Pejabat Penerangan Daerah Bagan Datuk

Directions Contact the organization

Pejabat Penerangan Daerah Bagan Datuk Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Penerangan Daerah Bagan Datuk, Government Organization, Aras 2 Blok A, Banggunan Persekutuan Jalan Changkat Jong, Teluk Intan.

Page Pejabat Penerangan Daerah Bagan Datuk diwujudkan bagi tujuan untuk memasarkan maklumat berkaitan dasar-dasar kerajaan, program yang berlangsung di Bagan Datuk dan juga mempromosikan tempat menarik dan budaya di Daerah Bagan Datuk

Belanjawan 2027 meningkatkan peruntukan Bantuan Warga Emas kepada RM1.3 bilion bagi hampir 200,000 penerima. Kadar pence...
26/10/2026

Belanjawan 2027 meningkatkan peruntukan Bantuan Warga Emas kepada RM1.3 bilion bagi hampir 200,000 penerima. Kadar pencen minimum turut dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,350 sebulan. πŸ‘΅πŸ’°

Inisiatif lain merangkumi kemudahan pengeluaran bulanan melalui i-EMAS, latihan penjaga warga emas, pembangunan pusat penjagaan bersepadu serta peluasan pelepasan cukai bagi perbelanjaan penjagaan ibu bapa dan datuk nenek. πŸ₯🀝





πŸ›’ Kerajaan bersetuju memperluas penggunaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi pembelian barangan basah dan segar.πŸ₯¬ Pembel...
26/10/2026

πŸ›’ Kerajaan bersetuju memperluas penggunaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi pembelian barangan basah dan segar.

πŸ₯¬ Pembelian boleh dibuat di 216 pasar tani atau tamu di bawah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di seluruh negara.





πŸ›’ Peruntukan Jualan RAHMAH MADANI dan Jualan Agro MADANI ditingkatkan daripada RM630 juta kepada RM750 juta.πŸ“ˆ Peningkata...
26/10/2026

πŸ›’ Peruntukan Jualan RAHMAH MADANI dan Jualan Agro MADANI ditingkatkan daripada RM630 juta kepada RM750 juta.

πŸ“ˆ Peningkatan peruntukan ini menyasarkan sebanyak 35,000 penganjuran bagi kedua-dua program tersebut.





Belanjawan 2027 memperuntukkan RM6.92 bilion kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi memperkukuh kete...
26/10/2026

Belanjawan 2027 memperuntukkan RM6.92 bilion kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi memperkukuh keterjaminan makanan negara, memodenkan sektor pertanian serta menyokong kebajikan pesawah dan nelayan. 🌾🐟





πŸ’Ό Kerajaan akan melaksanakan pembaharuan kerangka pendapatan pekerja dengan memperkenalkan gaji minimum sebanyak RM2,500...
26/10/2026

πŸ’Ό Kerajaan akan melaksanakan pembaharuan kerangka pendapatan pekerja dengan memperkenalkan gaji minimum sebanyak RM2,500 sebulan bagi pekerjaan separa mahir dan graduan sebagai permulaan.

πŸ“ˆ Kerajaan turut menyambut baik komitmen syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk meningkatkan penanda aras gaji sara hidup daripada RM3,100 kepada RM3,400 sebulan. Langkah ini memberi manfaat kepada 230,000 pekerja.





🏫 Kerajaan menyediakan peruntukan hampir RM1.3 bilion bagi menaik taraf 682 sekolah daif di seluruh negara.πŸ”§ Tumpuan khu...
26/10/2026

🏫 Kerajaan menyediakan peruntukan hampir RM1.3 bilion bagi menaik taraf 682 sekolah daif di seluruh negara.

πŸ”§ Tumpuan khusus diberikan kepada sekolah-sekolah daif di Sabah dan Sarawak.





26/10/2026

Berita Baik !

Menerusi Belanjawan 2027, peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ditingkatkan kepada RM16 bilion.

Bantuan ini membantu menampung pembelian barangan asas dan meringankan perbelanjaan harian keluarga.

Kerajaan MADANI terus komited membantu rakyat. Ringankan beban, sejahterakan kehidupan!





🀝 Sukarelawan berbakti, insentif menanti!Kerajaan memperkenalkan Program BUDI Belia menerusi Belanjawan 2027 dengan inse...
26/10/2026

🀝 Sukarelawan berbakti, insentif menanti!

Kerajaan memperkenalkan Program BUDI Belia menerusi Belanjawan 2027 dengan insentif e-dompet RM100 kepada belia yang menyertai aktiviti sukarelawan bersama NGO terpilih serta melengkapkan jumlah jam yang ditetapkan.





BAGAN DATUK | 25 Oktober 2026 - Program JIWA@Komuniti MADANI Sembang Santai Komuniti MADANI Rungkup 1 dan Taklimat Belan...
26/10/2026

BAGAN DATUK | 25 Oktober 2026 - Program JIWA@Komuniti MADANI Sembang Santai Komuniti MADANI Rungkup 1 dan Taklimat Belanjawan 2027 serta IOW mengenai Belanjawan 2027 di Dewan Perumahan Awam Parit 4, Sungai Sumun.
β€Ž
Taklimat Belanjawan 2027 telah disampaikan oleh Encik Mohammad Rasuli Bin Ras-Nazeruddin, Pegawai Penerangan Daerah Bagan Datuk.

Taklimat Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Program Kesedaran Keselamatan Kebakaran & Kesiapsiagaan Komuniti turut diadakan.
β€Ž
β€ŽTurut diadakan, edaran risalah berkaitan Belanjawan 2027.
β€Ž

β€Ž
β€Ž
β€Ž

JIWA @ Komuniti MADANI Daerah Bagan Datuk.Ziarah Kasih: Pegawai Penerangan Daerah Bagan Datuk bersama Ketua Komuniti MAD...
26/10/2026

JIWA @ Komuniti MADANI Daerah Bagan Datuk.

Ziarah Kasih: Pegawai Penerangan Daerah Bagan Datuk bersama Ketua Komuniti MADANI Rungkup 1 menyantuni penduduk-penduduk sekitar Sungai Sumun, semalam.


Address

Aras 2 Blok A, Banggunan Persekutuan Jalan Changkat Jong
Teluk Intan
36000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Penerangan Daerah Bagan Datuk posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Penerangan Daerah Bagan Datuk:

Shortcuts

Share