14/10/2026
πππππππ ππππ πππππ ππ ππππππ πππ "ππππππππ πππ" πππππππππ πππππππ πππππ πππππ
SELASA | 13 OKTOBER 2026 | DPS TSB TERIS, LANCHANG
Pada hari semalam, pejabat telah mengadakan sebuah Program melibatkan kesemua kakitangan pejabat turun ke lapangan khususnya pada kali ini untuk memahami selok belok Strategi Pemasaran Hasil (GAP 5) yang diadakan pada Hari Jualan Getah (Skrap) Secara Berkelompok di depo tersebut. Kakitangan yang terlibat adalah dari Unit Pentadbiran, Kewangan, Tanam Semula dan Bekalan, Unit Pembangunan Usahawan dan Program Khas, Unit Produktiviti dan Pemasaran, Unit Pengembangan & Perancangan dan 2 Pejabat RISDA Stesen.
Pegawai RISDA Daerah tidak dapat hadir atas sebab urusan lain di pejabat diwakili oleh Timbalan Pegawai RISDA Daerah Temerloh, Encik Rizzal bin Romlay mengetuai lawatan ini serta dibantu Ketua Unit Pengembangan & Perancangan, Encik Khairumfahmi bin Sahimi selaku pengurus program. Turut serta 2 PEWARIS RISDA Daerah Temerloh, peserta jualan dan pekebun kecil sekitarnya.
Program di mulakan dengan taklimat berkenaan Depo Pengumpulan oleh Ketua stesen Encik Muhammad Fadzil Mohd Nor dan diteruskan dengan sesi "Learning Day" oleh Ketua Unit Produktiviti & Pemasaran, Encik Khairul Yusri bin Ahmad. Dalam ucapannya menerangkan tatacara pengurusan depo, penentuan kualiti skrap getah dan lain-lain lagi.
Kami yakin program seperti ini memupuk kefahaman antara tugasan pejabat dan di lapangan. Tidak lupa juga, semangat kerjasama antara satu sama lain diperkukuhkan.
Ingat aokmer semua.. Antara faktor harga jualan tinggi ditentukan oleh barang getah dari kebun aokmer yang berkualiti!
RISDA - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah
RISDA Negeri Pahang