Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh- Laman Rasmi

Call Directions

Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh- Laman Rasmi Laman Facebook Rasmi Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh, Pahang (Kementerian Kesihatan Malaysia)

Nampak kesalahan merokok & v**e?Jom guna MyLapor!
17/10/2026

Nampak kesalahan merokok & v**e?
Jom guna MyLapor!

PERHIMPUNAN BULANAN OKTOBER PKD TEMERLOH: KESIHATAN WARGA KERJA TERUS DIUTAMAKAN16 Oktober 2026 (Jumaat) โ€“ Kakitangan ke...
17/10/2026

PERHIMPUNAN BULANAN OKTOBER PKD TEMERLOH: KESIHATAN WARGA KERJA TERUS DIUTAMAKAN

16 Oktober 2026 (Jumaat) โ€“ Kakitangan kesihatan juga tidak terkecuali daripada ancaman jerebu. Justeru, langkah perlindungan diri perlu diberi perhatian, termasuk pemakaian pelitup muka yang bersesuaian serta amalan penjagaan kesihatan.

Demikian antara amanat Dr Nordiana binti Rosli, Pegawai Kesihatan Daerah Temerloh, semasa Perhimpunan Bulanan Oktober Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh.

Kesihatan dan kesejahteraan warga kerja merupakan asas penting dalam memastikan perkhidmatan kesihatan dapat disampaikan dengan baik kepada masyarakat. Dalam kesibukan melaksanakan tanggungjawab, penjagaan kesihatan diri juga perlu sentiasa diutamakan.

Majlis turut diserikan dengan sambutan:

๐Ÿ“ Hari Kesihatan Mental Sedunia
๐Ÿ“ Hari Warga Emas
๐Ÿ“ Bulan Kesedaran Kanser Payudara
๐Ÿ“ Hari Doktor

Sambutan ini menjadi ruang untuk memperkukuh kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan mental, menghargai warga emas, meningkatkan kepekaan terhadap kanser payudara serta mengiktiraf sumbangan para doktor dalam perkhidmatan kesihatan.

Turut berlangsung ialah penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan e-Poster Hari Kebersihan Tangan serta penyampaian Anugerah Warga Emas.

Tahniah kepada semua penerima hadiah dan anugerah. Penghargaan turut diberikan kepada urus setia serta semua pihak yang menjayakan perhimpunan ini.

Semoga kebersamaan ini terus mengeratkan hubungan sesama warga PKD Temerloh, menyemai sikap saling menyokong dan menyuburkan budaya kerja yang sihat serta prihatin.



Jangan buang air bertakung sahaja, sental sekali!Telur nyamuk Aedes boleh melekat pada dinding bekas dan menetas semula ...
17/10/2026

Jangan buang air bertakung sahaja, sental sekali!

Telur nyamuk Aedes boleh melekat pada dinding bekas dan menetas semula apabila terkena air.

Jadi, jangan sekadar kosongkan bekas.

Buang, sental, bilas dan terbalikkan atau tutup bekas supaya air tidak bertakung semula.

Luangkan 10 minit setiap minggu untuk periksa bekas di sekitar rumah. Putuskan kitaran pembiakan Aedes.

AMBIL PEDULI, CEGAH DENGGI.

๐Ÿซ€Serangan jantung merupakan kemuncak kepada tanda kegagalan fungsi jantung sekiranya berlakunya komplikasi.โš ๏ธ Ketahui pu...
16/10/2026

๐Ÿซ€Serangan jantung merupakan kemuncak kepada tanda kegagalan fungsi jantung sekiranya berlakunya komplikasi.

โš ๏ธ Ketahui punca dan gejala serangan jantung sebagai panduan bersama.

๐Ÿšญ *TINDAKAN PANTAS PEGAWAI PENGUATKUASA SUSULAN ADUAN MyLAPOR: DUA NOTIS KOMPOUN  DIKELUARKAN!*14 Oktober  2026 (Rabu) :...
15/10/2026

๐Ÿšญ *TINDAKAN PANTAS PEGAWAI PENGUATKUASA SUSULAN ADUAN MyLAPOR: DUA NOTIS KOMPOUN DIKELUARKAN!*

14 Oktober 2026 (Rabu) : Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh telah menerima satu aduan berkaitan aktiviti merokok melalui aplikasi MyLAPOR pada 13 Oktober 2026.

Susulan aduan tersebut, pegawai penguatkuasa dari Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh telah turun ke lokasi aduan bagi menjalankan siasatan dan tindakan penguatkuasaan.

Hasil siasatan mengesahkan terdapat individu yang merokok di kawasan larangan merokok, iaitu suatu kesalahan di bawah Seksyen 16(2) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024.

Hasil tindakan di lokasi aduan, sebanyak *DUA (2) NOTIS KOMPAUN* telah dikeluarkan oleh pegawai penguatkuasa terhadap kesalahan yang dikesan di bawah Seksyen 48(2) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024.

โš ๏ธ MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN!

Larangan merokok bukan sekadar peraturan, tetapi langkah penting untuk melindungi kesihatan orang awam daripada bahaya asap rokok dan pendedahan kepada asap rokok sekunder.

๐Ÿ“ข Aduan anda, tindakan kami!

Setiap aduan yang diterima akan diteliti dan tindakan sewajarnya diambil berdasarkan hasil siasatan serta peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Ingat! Pematuhan undang-undang adalah tanggungjawab bersama. Hormati kawasan larangan merokok dan lindungi kesihatan masyarakat.

PENGUATKUASAAN BERTERUSAN, KESIHATAN DIUTAMAKAN!







๐Ÿ“ข TAKLIMAT PROGRAM KOMUNITI SIHAT PEMBINA NEGARA (KOSPEN) MARA NEGERI PAHANG SIRI 2 TAHUN 202614 Oktober  2026 (Rabu) : ...
15/10/2026

๐Ÿ“ข TAKLIMAT PROGRAM KOMUNITI SIHAT PEMBINA NEGARA (KOSPEN) MARA NEGERI PAHANG SIRI 2 TAHUN 2026

14 Oktober 2026 (Rabu) : Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Temerloh telah memenuhi jemputan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Negeri Pahang untuk menyampaikan taklimat berkaitan Program Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) bersempena Program Hari Bertemu Pelanggan MARA Negeri Pahang Siri 2 Tahun 2026 bertempat di Dewan Srikandi Cintaku, Arked MARA Mentakab, Pahang

Taklimat telah disampaikan oleh Dr. Lim Say Hiang, Pakar Kesihatan Awam (Pra-Warta), yang berkongsi maklumat dan penerangan berkaitan pelaksanaan program KOSPEN serta kepentingan pengesanan awal faktor risiko penyakit tidak berjangkit (NCD) dalam kalangan warga kerja.

Program ini turut merangkumi demonstrasi dan latihan praktikal penggunaan peralatan pemeriksaan kesihatan bagi meningkatkan pengetahuan serta kemahiran peserta. Antara aktiviti yang dijalankan ialah:

โœ… Pengukuran tekanan darah menggunakan alat blood pressure monitor.
โœ… Pemeriksaan paras glukosa darah menggunakan glucometer.
โœ… Pengukuran berat badan dan ketinggian.
โœ… Pengukuran lilitan pinggang.
โœ… Pengiraan Indeks J***m Badan (BMI).

Melalui sesi praktikal ini, peserta berpeluang mempelajari kaedah pemeriksaan asas kesihatan dengan betul untuk diaplikasikan dalam pelaksanaan aktiviti KOSPEN di institusi MARA masing-masing di seluruh Negeri Pahang.

Program ini telah dirasmikan oleh Encik Zahrail Affenday bin Mohamed, Pengarah MARA Negeri Pahang, dan melibatkan penyertaan warga kerja MARA daripada pelbagai institusi di Negeri Pahang.

Diharapkan program ini dapat memperkukuh kerjasama antara PKD Temerloh dan MARA Negeri Pahang dalam membudayakan amalan hidup sihat, meningkatkan kesedaran terhadap faktor risiko NCD serta memperkasakan usaha pencegahan penyakit di tempat kerja.

Mencegah Lebih Baik daripada mengubati ๐Ÿ’š

Sistem pencernaan adalah kumpulan organ penting yang bertanggungjawab untuk memecahkan makanan menjadi komponen untuk ke...
15/10/2026

Sistem pencernaan adalah kumpulan organ penting yang bertanggungjawab untuk memecahkan makanan menjadi komponen untuk kegunaan badan.

Bagi individu bergelar warga emas ๐Ÿ‘ด๐Ÿผ๐Ÿ‘ต๐Ÿผ, risiko untuk berdepan kemerosotan dalam fungsi sistem tersebut akan meningkat.

Ia sudah tentu mempunyai kesan daripada diet pemakanan ๐Ÿœ๐Ÿ›, amalan gaya hidup ๐Ÿšถ๐Ÿผโ€โ™€๏ธ๐Ÿง˜๐Ÿผโ€โ™€๏ธ, penyakit serta ubatan yang diambil.

๐Ÿ’กDikongsikan tip pencegahan sembelit dalam kalangan warga emas.

Fakta menarik! Makan sayur-sayuran hijauseperti bayam, sawi dan ulam-ulaman ๐Ÿฅฌ๐Ÿฅ’membantu meningkatkan daya tumpuan dan mem...
14/10/2026

Fakta menarik! Makan sayur-sayuran hijau
seperti bayam, sawi dan ulam-ulaman ๐Ÿฅฌ๐Ÿฅ’membantu meningkatkan daya tumpuan dan memberi nutrien penting untuk mengoptimumkan kesihatan anda.

๐Ÿซถ๐Ÿป Mari tambahkan lebih banyak sayuran dalam hidangan anda!

๐Ÿด ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—› ๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ก๐—š๐—œ ๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ง๐—œ๐—ž๐—” ๐—๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—•๐—จJerebu tidak dapat dielakkan, namun pendedahan kepadanya boleh dikurangkan.Sehingga...
14/10/2026

๐Ÿด ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—› ๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ก๐—š๐—œ ๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ง๐—œ๐—ž๐—” ๐—๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—•๐—จ

Jerebu tidak dapat dielakkan, namun pendedahan kepadanya boleh dikurangkan.

Sehingga pukul 8.00 pagi, 10 Oktober 2026 (Sabtu), sebanyak 32 stesen pemantauan kualiti udara di lapan (๐Ÿ˜Ž negeri dan dua (2) Wilayah Persekutuan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap Tidak Sihat.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai supaya:

๐Ÿšถ Elakkan atau Tangguhkan Aktiviti Luar: Terutama bagi kanak-kanak, warga emas, dan pesakit paru-paru atau jantung.

๐Ÿ˜ท Pakai Pelitup Muka yang Bersesuaian: Gunakan pelitup muka seperti N95 jika perlu berada di luar.

๐Ÿƒ Elakkan atau Tangguhkan Aktiviti Lasak: Tangguhkan aktiviti sukan dan riadah di luar bangunan.

๐Ÿ“… Tangguhkan Program Luar: Penganjur perlu menangguhkan program luar ketika IPU Tidak Sihat.

๐Ÿš— Pandu dengan Berhati-hati: Perlahankan kenderaan atau berhenti di tempat selamat jika jarak penglihatan terhad.

๐ŸชŸ Tutup Tingkap: Elakkan merokok dan pastikan persekitaran dalaman bersih.

๐Ÿ’Š Teruskan Pengambilan Ubat: Pesakit kronik perlu mengambil ubat secara teratur. Dapatkan rawatan segera jika sukar bernafas.

๐Ÿ” Semak Bacaan IPU: Pantau bacaan IPU melalui saluran rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS).

๐Ÿ“ข ๐๐š๐ค ๐›๐ฎ๐š๐ญ ๐š๐๐ฎ๐š๐ง ๐Œ๐ฒ๐‹๐š๐ฉ๐จ๐ซ ๐๐ข ๐Œ๐ฒ๐’๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐š?๐ŸšญKini, aduan berkaitan kesalahan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesih...
14/10/2026

๐Ÿ“ข ๐๐š๐ค ๐›๐ฎ๐š๐ญ ๐š๐๐ฎ๐š๐ง ๐Œ๐ฒ๐‹๐š๐ฉ๐จ๐ซ ๐๐ข ๐Œ๐ฒ๐’๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐š?๐Ÿšญ

Kini, aduan berkaitan kesalahan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] boleh disalurkan melalui MyLapor di aplikasi MySejahtera.

Ikuti langkah mudah berikut untuk menghantar aduan. Setiap aduan yang disalurkan adalah satu tindakan yang bermakna. ๐Š๐ž๐ซ๐š๐ง๐š ๐ก๐ž๐ซ๐จ ๐›๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ค๐š๐๐š๐ซ ๐ฆ๐ž๐ฅ๐ข๐ก๐š๐ญ, ๐ก๐ž๐ซ๐จ ๐ฆ๐ž๐ฆ๐ข๐ฅ๐ข๐ก ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐›๐ž๐ซ๐ญ๐ข๐ง๐๐š๐ค. ๐Ÿ’™

๐‹๐ข๐ก๐š๐ญ. ๐Š๐ฅ๐ข๐ค. ๐‹๐š๐ฉ๐จ๐ซ

Address

Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh
Temerloh
28000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6092961800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh- Laman Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share