23/06/2026
Saya telah mengumumkan keseluruhan 56 orang calon yang bakal mewakili Pakatan Harapan pada pilihan raya negeri Johor yang akan datang. Insya-Allah, mereka akan mewakili masyarakat pelbagai kaum dengan isu-isu setempat yang dekat dengan sanubari masyarakat.
Alhamdulillah, dengan ‘track record’ yang terbaik di peringkat Persekutuan, kita meyakini bahawa kita memasuki pilihan raya ini dengan hasrat dan matlamat yang jitu untuk perubahan. Komitmen ini terlihat melalui pelbagai inisiatif dan peruntukan yang telah disalurkan kepada negeri Johor sepanjang tempoh pentadbiran Kerajaan MADANI.
Johor tidak pernah diabaikan, bahkan peruntukan dan pembangunan untuk negeri ini meningkat saban tahun. Johor menyumbang sekitar RM14 bilion kepada Persekutuan, namun kita kembalikan lebih RM16 bilion untuk pembangunan, infrastruktur dan kebajikan rakyat Johor. Bahkan peruntukan keseluruha ketiga terbesar berbanding negeri-negeri lain.
Saya turut tegaskan agar demokrasi mesti terus marak dan kekal pertandingan antara parti politik tanpa melibatkan mana-mana institusi, termasuk institusi diraja.
Jika mahu bertarung, masuk gelanggang dan bertarung secara bermaruah. Lawan dengan fakta dan rekod, bukan menunggang institusi diraja dan menghasut sentimen kaum atau agama semata-mata untuk meraih sokongan politik. Rakyat Johor berhak mendengar tawaran terbaik untuk masa depan mereka, bukan disogok kebencian dan perpecahan.
Pesanan kepada semua calon, persaingan dalam pilihan raya ini bukan soal merebut kuasa atau jawatan. Ini adalah amanah besar untuk bekerja keras menyelesaikan masalah rakyat serta menggalas HARAPAN membawa Johor melangkah lebih jauh ke hadapan.
Johor Ke Depan. Undi HARAPAN! 🚩
Anwar Ibrahim