Pejabat Pertanian Daerah Tenom

Directions

Pejabat Pertanian Daerah Tenom PEJABAT PERTANIAN DAERAH TENOM

JOM MERIAHKAN PESTA KOPI TENOM 2026! Pencinta kopi, peminat aktiviti menarik dan seluruh masyarakat Sabah, inilah masany...
22/10/2026

JOM MERIAHKAN PESTA KOPI TENOM 2026!

Pencinta kopi, peminat aktiviti menarik dan seluruh masyarakat Sabah, inilah masanya untuk kita bersama-sama memeriahkan Pesta Kopi Tenom 2026 sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah (HPPNS) 2026!

📅TARIKH: 23 – 25 Oktober 2026 (Jumaat – Ahad)
📍TEMPAT: Dewan Datuk Seri Panglima Antanom, Tenom dan Padang Bandaran, Pekan Tenom.

PELBAGAI AKTIVITI MENARIK MENANTI ANDA! ✨

☕ Pertandingan kopi dan World Coffee Blending Championship

🛍️ Pameran dan demonstrasi

🎤 Bicara Kopi Tenom bersama pakar dan penggiat industri kopi

🏆 Pertandingan menarik dengan hadiah menanti pemenang

🎨 Pertandingan melukis dengan kopi dan mewarna

🚴 Pertandingan Push Bike kanak-kanak

💃 Persembahan Tarian Kebudayaan Etnik Sabah

🎁 Cabutan bertuah dan pelbagai lagi aktiviti untuk seisi keluarga!

Bukan sekadar menikmati aroma dan keenakan kopi, pesta ini turut menjadi platform untuk mengetengahkan keunikan kopi Tenom, mempromosikan produk industri hiliran serta mengangkat warisan dan budaya kopi yang menjadi kebanggaan daerah Tenom.

Ayuh, ajak keluarga, sahabat handai dan rakan-rakan anda! Luangkan masa bersama-sama menikmati kemeriahan pesta, menyokong usahawan tempatan dan menghayati keistimewaan Kopi Tenom yang terkenal dengan aroma serta cita rasanya yang tersendiri.

🔥 TIGA HARI PENUH KEMERIAHAN, AROMA KOPI DAN PENGALAMAN MENARIK!

Jangan lepaskan peluang ini! Kita jumpa di Tenom!

☕PESTA KOPI TENOM 2026
🌿 Kopi Tenom, Kebanggaan dan Budaya Kita! 🌿

SEMUA DIJEMPUT HADIR!










JOM MERIAHKAN PESTA KOPI TENOM 2026!Ayuh warga Tenom dan seluruh rakyat Sabah! Jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan...
21/10/2026

JOM MERIAHKAN PESTA KOPI TENOM 2026!

Ayuh warga Tenom dan seluruh rakyat Sabah! Jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan Pesta Kopi Tenom 2026 yang berlangsung bersempena dengan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah (HPPNS) 2026!

📅Tarikh: 23 – 25 Oktober 2026
⏰Masa: 9.00 pagi – 6.00 petang
📍Tempat: Dewan Datuk Seri Panglima Antanom, Tenom, Sabah

Pelbagai pengisian menarik menanti anda! Antaranya:

TENOM COFFEE TALK – (Tarikh : 23 Oktober 2026 | Jumaat , Masa : 4.30 petang)
"Cabaran dan Hala Tuju Pembangunan Kopi Tenom" yang akan membincangkan potensi, cabaran dan masa depan industri kopi kebanggaan daerah kita.

"Pakej Teknologi Penyediaan Bahan Tanaman Kopi Robusta Berkualiti" – (Tarikh : 24 Oktober 2026 | Sabtu, Masa : 4.00 Petang)
Pendedahan mengenai kepentingan penyediaan bahan tanaman yang berkualiti bagi menyokong pembangunan industri kopi yang lebih maju dan berdaya saing.

Selain itu, nikmatilah kemeriahan Pesta Kopi Tenom yang mengetengahkan keunikan kopi tempatan, potensi industri hiliran serta peluang untuk mengenali lebih dekat usaha dan inovasi dalam pembangunan industri kopi di daerah Tenom.

Mari bersama-sama kita menyokong industri kopi tempatan, menghargai usaha para pengusaha dan petani serta mengangkat nama Kopi Tenom ke persada yang lebih tinggi!

Catat tarikhnya, ajak keluarga dan rakan-rakan, dan kita jumpa di Pesta Kopi Tenom 2026!

KOPI TENOM, KEBANGGAAN DAN BUDAYA KITA!





/myOrganik




PELAKSANAAN KOPI TARIK SECARA SERENTAK – JOM CIPTA SEJARAH!Sempena percubaan rekod Malaysia Book of Records (MBOR) – Lar...
21/10/2026

PELAKSANAAN KOPI TARIK SECARA SERENTAK – JOM CIPTA SEJARAH!

Sempena percubaan rekod Malaysia Book of Records (MBOR) – Largest Participation in a Synchronized Kopi Tarik Session, semua peserta dimohon untuk mengikuti langkah-langkah penyediaan dan pelaksanaan kopi tarik secara serentak seperti yang ditetapkan.

📌 5 LANGKAH PELAKSANAAN:

1️⃣ Buka Kit Kopi Tarik.
2️⃣ Sediakan Cawan A dan Cawan B.
3️⃣ Tuang kopi ke dalam Cawan A.
4️⃣ Apabila kiraan bermula, semua peserta menarik kopi secara serentak.
5️⃣ Ulang tarikan kopi sebanyak 10 kali mengikut arahan penganjur.

Tarikh: 24 Oktober 2026 (Sabtu)
Tempat: Dewan DSP Antanom & Padang Bandaran Pekan Tenom

Satu gerakan, satu semangat, satu sejarah! Kerjasama dan disiplin setiap peserta amat penting untuk memastikan percubaan rekod ini berjalan lancar dan berjaya.

Ayuh, warga Tenom! Bersama-sama kita buktikan semangat perpaduan dan kebanggaan terhadap kopi tempatan!

KOPI TENOM, KEBANGGAAN DAN BUDAYA KITA!





JOM MERIAHKAN PESTA KOPI TENOM 2026 SEMPENA HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN PERINGKAT NEGERI SABAHMari bersama-sama...
21/10/2026

JOM MERIAHKAN PESTA KOPI TENOM 2026 SEMPENA HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN PERINGKAT NEGERI SABAH

Mari bersama-sama memeriahkan Majlis Perasmian Pesta Kopi Tenom sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah (HPPNS) 2026 yang bakal berlangsung seperti ketetapan berikut:

📅Tarikh: 23 Oktober 2026 (Jumaat)
⏰Masa: 3.00 petang
📍Tempat: Dewan Datuk Seri Panglima Antanom, Tenom

Pesta Kopi Tenom bukan sekadar meraikan keenakan kopi tempatan, malah menjadi platform untuk mengangkat keistimewaan kopi Tenom, memperkukuh industri kopi serta menyokong usahawan tempatan.

Berikut dikongsikan atur cara Majlis Perasmian Pesta Kopi Tenom 2026 untuk makluman dan rujukan semua.

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan acara istimewa ini! Mari kita terus menyokong produk tempatan dan mengangkat nama Tenom sebagai destinasi kopi kebanggaan Sabah.

KOPI TENOM, KEBANGGAAN DAN BUDAYA KITA!






PELAKSANAAN MBOR “KOPI TARIK” PENDAFTARAN Sempena Pesta Kopi dalam Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringk...
20/10/2026

PELAKSANAAN MBOR “KOPI TARIK”
PENDAFTARAN

Sempena Pesta Kopi dalam Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah (HPPNS) 2026, semua peserta dimohon untuk mengikuti langkah-langkah yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan percubaan rekod Malaysia Book of Records (MBOR) – Largest Participation in a Synchronized Kopi Tarik Session.

Tarikh: 24 Oktober 2026 (Sabtu)
Tempat: Dewan DSP Antanom & Padang Bandaran Pekan Tenom

4 LANGKAH PENTING UNTUK PESERTA:

1️⃣ Membuat pendaftaran.
2️⃣ Mengesahkan kehadiran (Tandatangan)
3️⃣ Menerima Kit Kopi Tarik.
4️⃣ Bersedia di ruangan yang ditetapkan oleh penganjur.

Kerjasama semua peserta amat dihargai bagi menjayakan usaha mengangkat Kopi Tenom sebagai kebanggaan dan budaya kita!

Ayuh, bersama-sama kita satukan semangat, cipta sejarah dan harumkan nama Kopi Tenom di persada Malaysia!

KOPI TENOM, KEBANGGAAN DAN BUDAYA KITA!




VERIFIKASI LADANG BAGI PERMOHONAN PINDAH MILIK TANAH📅 Tarikh: 19 Oktober 2026 (Isnin)⏰ Masa: 11.30 pagi📍Tempat: Kg. Pagu...
19/10/2026

VERIFIKASI LADANG BAGI PERMOHONAN PINDAH MILIK TANAH

📅 Tarikh: 19 Oktober 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 11.30 pagi
📍Tempat: Kg. Paguokon Laut, Tenom

Pejabat Pertanian Daerah Tenom telah melaksanakan verifikasi ladang di Kg. Paguokon Laut bagi tujuan permohonan pindah milik tanah.

Lawatan ini bertujuan untuk membuat pengesahan berkaitan keadaan dan penggunaan tanah bagi menyokong proses permohonan berkenaan.

Semoga pelaksanaan verifikasi ini dapat membantu melancarkan urusan permohonan serta memastikan maklumat berkaitan ladang dapat disahkan dengan sewajarnya.





PROGRAM SIMULASI BENCANA DAN LIBAT URUS PENGURUSAN BENCANA BAHAGIAN KENINGAU📅Tarikh: 17 Oktober 2026 (Sabtu)⏰Masa: 9.30 ...
17/10/2026

PROGRAM SIMULASI BENCANA DAN LIBAT URUS PENGURUSAN BENCANA BAHAGIAN KENINGAU

📅Tarikh: 17 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰Masa: 9.30 pagi
📍Tempat: Dewan Serbaguna Sapong, Tenom

Pejabat Pertanian Daerah Tenom telah menghadiri Program Simulasi Bencana dan Libat Urus Pengurusan Bencana Bahagian Keningau telah diadakan bagi meningkatkan kesiapsiagaan serta memperkukuh kerjasama antara agensi dan pihak berkepentingan dalam menghadapi situasi kecemasan dan bencana.

Melalui program ini, peserta berpeluang memahami prosedur pengurusan bencana, meningkatkan koordinasi antara agensi serta memperkukuh tindakan tindak balas bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.

Diharapkan program seumpama ini dapat meningkatkan kesedaran, kesiapsiagaan dan keupayaan semua pihak dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana pada masa hadapan.

Bersedia Menghadapi Bencana, Bersama Melindungi Komuniti!






15.10.2026 | KhamisKUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TENOMPegawai Pertanian Daerah Tenom, mewakili Pegawai D...
15/10/2026

15.10.2026 | Khamis

KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TENOM

Pegawai Pertanian Daerah Tenom, mewakili Pegawai Daerah Tenom, telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pendidikan Daerah Tenom bagi menyelaras penglibatan warga pendidikan dan pelajar dalam percubaan mencipta rekod “Largest Participation in a Synchronized ‘Kopi Tarik’ Session”.

Percubaan rekod ini akan diadakan bersempena Pesta Kopi Tenom semasa Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah (HPPNS) 2026.

Kerjasama ini diharap dapat menggalakkan penyertaan warga pendidikan dan pelajar untuk bersama-sama menjayakan acara serta mengangkat keunikan kopi Tenom.

Kopi Tenom, Kebanggaan dan Budaya Kita!





PERBINCANGAN BERSAMA PENGUSAHA PADI SKIM PENGAIRAN KUALA TOMANI15 Oktober 2026 (Khamis) | 9.00 pagiBilik Mesyuarat, Peja...
15/10/2026

PERBINCANGAN BERSAMA PENGUSAHA PADI SKIM PENGAIRAN KUALA TOMANI

15 Oktober 2026 (Khamis) | 9.00 pagi
Bilik Mesyuarat, Pejabat Pertanian Daerah Tenom

Sesi perbincangan bersama pengusaha padi Skim Pengairan Kuala Tomani telah diadakan dengan dipengerusikan oleh Pegawai Pertanian Daerah Tenom.

Sesi ini melibatkan Pejabat Pertanian Daerah Tenom, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tenom serta Ketua Peladang Muda Unit Peladang Kalibatang Baru dan pengusaha padi Skim Pengairan Kuala Tomani sebagai ruang perbincangan dan penyelarasan bersama.

Semoga kerjasama ini terus memperkukuh usaha pembangunan sektor pertanian, khususnya tanaman padi di daerah Tenom.





15/10/2026

Mari datang beramai-ramai memeriahkan HPPNS 2026 di Tenom! Ajak keluarga dan rakan-rakan, kita meriahkan bersama!



Address

Pejabat Pertanian Peti Surat No. 172
Tenom
89908

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pertanian Daerah Tenom posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share