Kolej Komuniti Bera

Call Directions Website Contact the organization

Kolej Komuniti Bera Kolej Komuniti Bera adalah sebuah IPTA di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Untuk Sebarang Pertanyaan
Sila Hubungi : 09-2502530
No.Faks : 09-2502531

FB: KOLEJ KOMUNITI BERA (Like Page)

PENAFIAN: Pihak Kolej Komuniti Bera tidak akan bertanggungjawab terhadap maklumat yang terdapat pada mana-mana laman facebook lain yang menggunakan nama jabatan ini selain daripada facebook rasmi seperti senarai diatas, kerana ia bukan dibawah pengawasan dan tanggungjawab pihak Kolej Komuniti Bera. KERAJAAN MALAYSIA tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang di alami kerana menggunakan maklumat di dalam laman web ini.

14/10/2026
SELAMAT DATANG KE KOLEJ KOMUNITI BERA!Seluruh warga Kolej Komuniti Bera mengalu-alukan kehadiran Puan Nur Liyana binti R...
14/10/2026

SELAMAT DATANG KE KOLEJ KOMUNITI BERA!

Seluruh warga Kolej Komuniti Bera mengalu-alukan kehadiran Puan Nur Liyana binti Rusli sebagai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT), berkuat kuasa pada 14 Oktober 2026.

Semoga kehadiran beliau dapat menyumbang kepada kecemerlangan dan kejayaan berterusan Kolej Komuniti Bera.

Selamat bertugas dan selamat maju jaya! πŸ’








πŠπ”π‘π’π”π’ ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π πˆπ¨π“ πƒπ€π‹π€πŒ π’πˆπ’π“π„πŒ π€πŠπ”π€πŠπ”π‹π“π”π‘12 OKTOBER 2026   |   BERA, PAHANGKolej Komuniti Bera terus komited dalam ...
13/10/2026

πŠπ”π‘π’π”π’ ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π πˆπ¨π“ πƒπ€π‹π€πŒ π’πˆπ’π“π„πŒ π€πŠπ”π€πŠπ”π‹π“π”π‘

12 OKTOBER 2026 | BERA, PAHANG

Kolej Komuniti Bera terus komited dalam memperkasa penguasaan teknologi dan inovasi melalui penganjuran Kursus Pembangunan Internet of Things (IoT) dalam Sistem Akuakultur yang telah berlangsung pada 12 Oktober 2026 (Isnin), bertempat di Kolej Komuniti Bera.

Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pembangunan Smart IoT Aquaculture System melalui integrasi teknologi Internet of Things (IoT), penggunaan sensor pintar, pemantauan parameter persekitaran serta sistem automasi bagi mewujudkan pengurusan akuakultur yang lebih cekap, sistematik dan berteraskan teknologi digital.

Lebih membanggakan, pembangunan Smart IoT Aquaculture System ini merupakan satu pencapaian penting Kolej Komuniti Bera sebagai sistem akuakultur pintar berasaskan Internet of Things (IoT) yang pertama di daerah Bera. Inisiatif ini menjadi satu lagi langkah signifikan dalam usaha memperkasa inovasi teknologi akuakultur tempatan, sekali gus meletakkan Kolej Komuniti Bera sebagai antara peneraju transformasi digital dalam bidang akuakultur ke arah pembangunan industri yang lebih moden, inovatif dan berdaya saing.

Kursus ini telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Asral bin Bahari Jambek dari Fakulti Kejuruteraan Teknologi Elektronik, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), yang berkongsi kepakaran, pengetahuan serta pengalaman dalam bidang teknologi elektronik dan pembangunan sistem pintar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Prof. Madya Dr. Asral bin Bahari Jambek atas kesudian berkongsi ilmu dan kepakaran, serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini. Semoga inisiatif ini menjadi pemangkin kepada pembangunan teknologi akuakultur pintar yang lebih inovatif, moden dan berdaya saing, khususnya di daerah Bera








ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππŽπ‘π“ π‡π„π€π‹πˆππ† π‘π€πŠπ€π ππ‘πˆπ‡π€π“πˆπ π’π„πŒππ„ππ€ π‡π€π‘πˆ π’π”πŠπ€π 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 πŸπŸŽπŸπŸ”10 OKTOBER 2026  |  BERA, PAHANGKolej Komuniti Bera tu...
12/10/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππŽπ‘π“ π‡π„π€π‹πˆππ† π‘π€πŠπ€π ππ‘πˆπ‡π€π“πˆπ π’π„πŒππ„ππ€ π‡π€π‘πˆ π’π”πŠπ€π 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 πŸπŸŽπŸπŸ”

10 OKTOBER 2026 | BERA, PAHANG

Kolej Komuniti Bera turut bersama-sama memeriahkan Program Port Healing Rakan Prihatin sempena sambutan Hari Sukan Negara 2026 anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Bera yang telah berlangsung pada 10 Oktober 2026 (Sabtu) bertempat di Pavilion Taman Awam Bera.

Program ini menjadi platform santai yang menghimpunkan komuniti setempat dalam suasana penuh kemesraan dan semangat kebersamaan, sekali gus menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti yang menyokong kesejahteraan fizikal, mental dan sosial.

Pelbagai pengisian menarik telah diadakan sepanjang program, antaranya persembahan busking, sesi motivasi (Motivation Talk), jamuan roti canai serta kuiz sukan yang menceriakan suasana dan menggalakkan interaksi antara para peserta.

Penganjuran program seumpama ini bukan sahaja menyemarakkan semangat Hari Sukan Negara, malah menjadi medium untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk gaya hidup sihat serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesejahteraan diri dan sokongan sosial dalam komuniti.

Penglibatan Kolej Komuniti Bera dalam program ini turut mencerminkan komitmen institusi untuk terus mendekati masyarakat serta menyokong inisiatif pembangunan komuniti yang inklusif dan berteraskan semangat kebersamaan.








πŠπ”π‘π’π”π’ ππ„ππƒπ„πŠ: πŒπ‚π’π€ – πŒπˆπ‚π‘πŽπ’πŽπ…π“ 𝐄𝐗𝐂𝐄𝐋10 - 11 OKTOBER 2026 | BERA, PAHANGβ€˜Kolej Komuniti Untuk Komuniti’Kolej Komuniti Be...
12/10/2026

πŠπ”π‘π’π”π’ ππ„ππƒπ„πŠ: πŒπ‚π’π€ – πŒπˆπ‚π‘πŽπ’πŽπ…π“ 𝐄𝐗𝐂𝐄𝐋

10 - 11 OKTOBER 2026 | BERA, PAHANG

β€˜Kolej Komuniti Untuk Komuniti’

Kolej Komuniti Bera terus komited dalam memperkasa kemahiran digital melalui penganjuran Kursus Pendek Microsoft Certified Solutions Associate (MCSA) – Microsoft Excel yang telah berlangsung pada 10 hingga 11 Oktober 2026 (Sabtu & Ahad), bertempat di Bilik Komputer, Kolej Komuniti Bera dengan penyertaan pelajar dari Pelajar Tahfiz Madrasah AnNajah Bukit Keledang.

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam penggunaan aplikasi Microsoft Excel, khususnya dalam pengurusan data, penyediaan jadual, penggunaan formula dan fungsi asas serta penghasilan lembaran kerja yang lebih sistematik dan berkesan.

Sepanjang kursus, para peserta berpeluang mengikuti sesi pembelajaran secara teori dan amali bagi mengukuhkan penguasaan kemahiran teknologi maklumat yang dapat dimanfaatkan dalam urusan pembelajaran, pentadbiran serta kehidupan seharian.

Kursus ini telah dikendalikan oleh Encik Lukman Hakimi bin Ahmad selaku tenaga pengajar utama, dibantu oleh Puan Asma Laily binti Md Hanafiah, yang berkongsi ilmu, kemahiran dan bimbingan secara langsung kepada para peserta.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Madrasah AnNajah Bukit Keledang, para peserta serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan secara berterusan serta menjadi pemangkin kepada peningkatan kompetensi digital pada masa hadapan.








πŠπ”π‘π’π”π’ ππ„ππ†π”πŠπ”π‡π€π ππ€πŠπ€π“: πŠπ”π‘π’π”π’ 𝐔𝐑𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 ππ„π‘π’π€π‹πˆπ03, 04 DAN 10 OKTOBER 2026    I   BERA, PAHANG "π™†π™€π™‘π™šπ™Ÿ 𝙆𝙀𝙒π™ͺπ™£π™žπ™©π™ž 𝙐𝙣...
12/10/2026

πŠπ”π‘π’π”π’ ππ„ππ†π”πŠπ”π‡π€π ππ€πŠπ€π“: πŠπ”π‘π’π”π’ 𝐔𝐑𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 ππ„π‘π’π€π‹πˆπ

03, 04 DAN 10 OKTOBER 2026 I BERA, PAHANG

"π™†π™€π™‘π™šπ™Ÿ 𝙆𝙀𝙒π™ͺπ™£π™žπ™©π™ž 𝙐𝙣𝙩π™ͺ𝙠 𝙆𝙀𝙒π™ͺπ™£π™žπ™©π™ž"

Kursus Pengukuhan Bakat: Kursus Urutan Selepas Bersalin telah dilaksanakan dalam tiga siri pada 3, 4 dan 10 Oktober 2026 sebagai salah satu usaha untuk memperkasa kemahiran, pengetahuan dan kebolehan peserta dalam bidang penjagaan ibu selepas bersalin.

Objektif dan tujuan kursus ini adalah untuk memberikan pendedahan serta meningkatkan kemahiran peserta dalam teknik urutan selepas bersalin yang betul, selamat dan bersesuaian dengan keperluan ibu. Selain itu, kursus ini bertujuan membina keyakinan peserta untuk memberikan perkhidmatan urutan secara profesional, di samping memupuk kesedaran tentang kepentingan penjagaan dan pemulihan ibu dalam tempoh berpantang.

Melalui latihan teori dan amali, peserta berpeluang memperkukuh kemahiran praktikal, memahami aspek keselamatan serta meningkatkan kompetensi dalam bidang urutan selepas bersalin. Inisiatif ini juga diharapkan dapat membuka peluang kepada peserta untuk menjana pendapatan, menceburi bidang keusahawanan dan meningkatkan kebolehpasaran kemahiran dalam industri perkhidmatan penjagaan selepas bersalin.

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti serta menyumbang kepada kesejahteraan komuniti.








ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‰π„π‰π€πŠ 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐒𝐓𝐀𝐑 : 𝐀𝐑𝐓 πŽπ… 𝐌𝐈𝐍𝐈 π“π„π‘π‘π€π‘πˆπ”πŒ10 OKTOBER 2026   |   JERANTUT, PAHANG"π™†π™€π™‘π™šπ™Ÿ 𝙆𝙀𝙒π™ͺπ™£π™žπ™©π™ž 𝙐𝙣𝙩π™ͺ𝙠 𝙆𝙀𝙒π™ͺπ™£π™žπ™©π™ž"Kole...
12/10/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‰π„π‰π€πŠ 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐒𝐓𝐀𝐑 : 𝐀𝐑𝐓 πŽπ… 𝐌𝐈𝐍𝐈 π“π„π‘π‘π€π‘πˆπ”πŒ

10 OKTOBER 2026 | JERANTUT, PAHANG

"π™†π™€π™‘π™šπ™Ÿ 𝙆𝙀𝙒π™ͺπ™£π™žπ™©π™ž 𝙐𝙣𝙩π™ͺ𝙠 𝙆𝙀𝙒π™ͺπ™£π™žπ™©π™ž"

Kolej Komuniti Bera terus komited dalam memperkasa komuniti setempat melalui penganjuran Kursus Pendek: Art of Mini Terrarium yang telah berlangsung pada 10 Oktober 2026 (Sabtu) bertempat di Felda Padang Piol, Jerantut, dengan penyertaan komuniti sekitar Jerantut.

Kursus ini merupakan salah satu pengisian di bawah Program Jejak TVET Star @ Jerantut 2026 yang terus menyemarakkan budaya Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) menerusi pelbagai aktiviti kemasyarakatan, khidmat sosial (CSR) dan kursus pendek berasaskan kemahiran yang memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Melalui kursus ini, para peserta diberi pendedahan dan kemahiran asas dalam menghasilkan mini terrarium, iaitu seni menyusun dan menghias tanaman di dalam bekas lutsinar bagi menghasilkan landskap mini yang kreatif, menarik dan bernilai estetika.

Sepanjang kursus, para peserta berpeluang mempelajari teknik penyediaan bahan, susunan tanaman serta elemen dekorasi melalui aktiviti amali secara langsung. Selain menggalakkan kreativiti, kemahiran ini turut berpotensi dijadikan sebagai hobi produktif dan sumber pendapatan sampingan.

Kursus ini telah dikendalikan oleh dua tenaga pengajar daripada Kolej Komuniti Bera, iaitu Encik Mohd Hafizi bin Johan dan Encik Nur Hafizam Shah bin Husin, yang berkongsi ilmu, kemahiran serta tunjuk ajar kepada para peserta.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta serta pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian, sekali gus memperkukuh peranan Kolej Komuniti sebagai pusat pembelajaran sepanjang hayat yang dekat dengan masyarakat.








πŠπ”π‘π’π”π’ ππ€πŠπ€π“ : 𝐀𝐒𝐀𝐒 ππˆπŽπ…π‹πŽπŠ03 - 04 OKTOBER 2026   I   BERA, PAHANGβ€˜π™†π™€π™‘π™šπ™Ÿ 𝙆𝙀𝙒π™ͺπ™£π™žπ™©π™ž 𝙐𝙣𝙩π™ͺ𝙠 𝙆𝙀𝙒π™ͺπ™£π™žπ™©π™žβ€Kolej Komuniti Bera tel...
12/10/2026

πŠπ”π‘π’π”π’ ππ€πŠπ€π“ : 𝐀𝐒𝐀𝐒 ππˆπŽπ…π‹πŽπŠ

03 - 04 OKTOBER 2026 I BERA, PAHANG

β€˜π™†π™€π™‘π™šπ™Ÿ 𝙆𝙀𝙒π™ͺπ™£π™žπ™©π™ž 𝙐𝙣𝙩π™ͺ𝙠 𝙆𝙀𝙒π™ͺπ™£π™žπ™©π™žβ€

Kolej Komuniti Bera telah berjaya melaksanakan Kursus Bakat: Asas Bioflok yang berlangsung selama dua hari bertempat di Mini RTC Kg. Paya Serai, Bera dengan penyertaan seramai 16 orang peserta.

Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan serta pengetahuan asas berkaitan teknologi sistem ternakan ikan menggunakan kaedah bioflok, yang merupakan antara pendekatan akuakultur moden, inovatif dan mampan.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta berpeluang mempelajari konsep asas bioflok, kaedah penyediaan sistem ternakan serta teknik pengurusan air dan penjagaan ikan melalui sesi penerangan dan latihan amali secara langsung.

Kursus ini dikendalikan oleh barisan tenaga pengajar berpengalaman dari Kolej Komuniti Bera, iaitu Encik Mohd Hafizi bin Johan, Encik Ahmad Yasir bin Md Yamin dan Encik Nur Hafizam Shah bin Husin, yang berkongsi pengetahuan, kemahiran teknikal serta bimbingan praktikal kepada para peserta.

Penganjuran kursus ini mencerminkan komitmen Kolej Komuniti Bera dalam memperkasa kemahiran komuniti setempat melalui pembelajaran sepanjang hayat, di samping membuka peluang kepada masyarakat untuk meneroka potensi bidang akuakultur sebagai sumber pendapatan dan keusahawanan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan tenaga pengajar, semua peserta serta pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini.








ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŒπ‚π’π€ – πŒπˆπ‚π‘πŽπ’πŽπ…π“ π–πŽπ‘πƒ03 – 04 OKTOBER 2026  I   BERA, PAHANGβ€˜π™†π™€π™‘π™šπ™Ÿ 𝙆𝙀𝙒π™ͺπ™£π™žπ™©π™ž 𝙐𝙣𝙩π™ͺ𝙠 𝙆𝙀𝙒π™ͺπ™£π™žπ™©π™žβ€Kolej Komuniti Bera te...
12/10/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŒπ‚π’π€ – πŒπˆπ‚π‘πŽπ’πŽπ…π“ π–πŽπ‘πƒ

03 – 04 OKTOBER 2026 I BERA, PAHANG

β€˜π™†π™€π™‘π™šπ™Ÿ 𝙆𝙀𝙒π™ͺπ™£π™žπ™©π™ž 𝙐𝙣𝙩π™ͺ𝙠 𝙆𝙀𝙒π™ͺπ™£π™žπ™©π™žβ€

Kolej Komuniti Bera telah melaksanakan Program Microsoft Certified Solutions Associate (MCSA) – Microsoft Word selama dua hari dengan penyertaan pelajar tahfiz daripada Madrasah AnNajah, Bukit Keledang.

Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran digital peserta, khususnya dalam penggunaan aplikasi Microsoft Word bagi menghasilkan, menyunting dan mengurus dokumen secara lebih sistematik, cekap serta profesional.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah diberikan pendedahan dan latihan secara praktikal di bawah bimbingan Puan Asma Laily binti Md Hanafiah selaku tenaga pengajar, dengan dibantu oleh Puan Siti Rahayu binti Sheikh Abdullah.

Penganjuran program ini merupakan salah satu usaha berterusan Kolej Komuniti Bera dalam memperkasakan kemahiran ICT serta membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dalam kalangan komuniti setempat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Madrasah AnNajah, Bukit Keledang atas kerjasama dan komitmen yang diberikan. Semoga segala ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam pembelajaran serta kehidupan seharian.








09/10/2026

🎬✨ MOMEN TERINDAH | POLYCC AI-DRIVEN DIGITAL ENTREPRENEURSHIP BOOTCAMP 2026 πŸš€

Setiap detik mencipta kenangan, setiap pengalaman membuka ruang kejayaan! 🌟

Jom kita imbau kembali sorotan momen-momen menarik sepanjang berlangsungnya POLYCC AI-Driven Digital Entrepreneurship Bootcamp 2026 yang bertempat di Swiss-Belhotel Kuantan, Pahang.

Montaj khas ini telah ditayangkan sempena Majlis Penutup pada 8 Oktober 2026, merakamkan pelbagai detik bermakna sepanjang penganjuran program, daripada sesi perkongsian ilmu, latihan praktikal, penerokaan teknologi kecerdasan buatan (AI), penghasilan kandungan digital sehinggalah kepada semangat kerjasama, kreativiti dan kesungguhan para peserta.

πŸŽ₯ Ayuh, saksikan kembali detik-detik penuh inspirasi, gelak tawa, semangat dan kenangan yang pastinya sukar dilupakan!

Program berakhir, kenangan terpahat, ilmu dan pengalaman terus dimanfaatkan.

Address

No 1, Jalan Bera Jaya 2, Taman Bera Jaya
Triang
28300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6092502530

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Bera posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kolej Komuniti Bera:

Shortcuts

Share