SM Sains Sabah, Bukit Padang

Call Directions Website Contact the organization

SM Sains Sabah, Bukit Padang Sekolah Berasrama Penuh Sabah (SBPS), Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Kluster, Kelab Radio Amatu Encik Mohd.

Sabah Sekolah Menengah Sains juga dikenali sebagai Sekolah Tinggi Sains Sabah (SMESH) dalam bahasa Melayu, adalah sekolah berasrama penuh kluster terkemuka di Malaysia Timur ditubuhkan sejak tahun 1978 tetapi beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 1984. Sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Berasrama Penuh Sabah (SBPS), ia merupakan perintis projek sekolah berasrama penuh di Sabah dan Sarawak dan telah dibina di atas tanah seluas 16 ekar (65,000 m2) berhampiran Kinabalu Golf and Country Club. Sekolah ini digredkan sebagai A - sekolah jenis kelompok dan kedudukan sebagai No.1 Sekolah di Sabah oleh Kementerian Pelajaran, manakala faedah pentadbir sekolah bilangan kuasa autonomi daripada status. Pada bulan Mei 2011, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran mengumumkan SM Sains Sabah didaftarkan sebagai Sekolah Prestasi Tinggi Negara (Sekolah Berprestasi Tinggi) status. Status SBT memperuntukkan kuasa autonomi tambahan untuk meneruskan inovasi dalam pengurusan sekolah dan meningkatkan produktiviti pelajar. Manfaat termasuk menetapkan tempoh minimum bagi mata pelajaran, melanjutkan waktu persekolahan dan membenarkan pelajar untuk menamatkan pengajian mereka pada tahun sebelumnya. Satu geran sekali gus akan disalurkan kepada sekolah-sekolah pada awal setiap tahun dan bahawa mereka akan mempunyai fleksibiliti penuh untuk berbelanja seperti yang diperlukan dan telah dikecualikan daripada sistem perolehan berpusat kementerian. Sejarah Ringkas SM Sains Sabah (SMESH)

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan satu kelompok sekolah berasrama elit yang dimodelkan selepas Sekolah Asrama Inggeris. Enrolmen kepada sekolah-sekolah ini adalah tertakluk kepada murid-murid dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang awam (5A UPSR dan 7A bagi PMR) serta dalam aktiviti ko-kurikulum. Mulai tahun 2007, kemasukan ke sekolah ini memerlukan semua pelajar yang layak bakal ujian yang akan dijalankan oleh pihak sekolah untuk menentukan sifat objektif pelajar dan kecenderungan ke arah proses pembelajaran di sekolah berasrama penuh yang sering dikaitkan dengan persekitaran yang amat kompetitif. Pada Januari 1984, SMESH mula beroperasi sepenuhnya dan menjadi sekolah pertama berasrama penuh yang dibina di Sabah dan Sarawak. Radzwan Mohd Yusof merupakan orang yang terawal yang bertanggungjawab dengan pentadbiran dan pendaftaran pelajar berdasarkan pada enrolmen sekolah-sekolah, Jabatan Pendidikan Sabah. Kumpulan pertama pelajar telah dipilih di seluruh Sabah dan didaftarkan sebagai pelajar Sains di Bilik Guru pada 26 Mei 1984. Sementara itu, enrolmen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) matrikulasi pelajar bermula pada tahun 1986.

🌷 Selamat Datang ke Sekolah Menengah Sains Sabah!Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Selamat datang diucapkan kepada  se...
29/10/2026

🌷 Selamat Datang ke Sekolah Menengah Sains Sabah!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat datang diucapkan kepada seorang lagi guru baharu yang telah melapor diri pada 28 September 2026.

Semoga kehadiran dan khidmat bakti yang dicurahkan dapat memacu kecemerlangan sekolah serta kemenjadian anak-anak didik.

Semoga terus berbakti demi anak bangsa dan mencipta kenangan indah bersama warga SMESH. 💐

🌷 Selamat Datang ke Sekolah Menengah Sains Sabah!Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Selamat datang diucapkan kepada  se...
29/10/2026

🌷 Selamat Datang ke Sekolah Menengah Sains Sabah!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat datang diucapkan kepada seorang lagi guru baharu yang telah melapor diri pada 19 Oktober 2026.

Semoga kehadiran dan khidmat bakti yang dicurahkan dapat memacu kecemerlangan sekolah serta kemenjadian anak-anak didik.

Semoga terus berbakti demi anak bangsa dan mencipta kenangan indah bersama warga SMESH. 💐

🌷 Selamat Datang ke Sekolah Menengah Sains Sabah!Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Selamat datang diucapkan kepada  se...
29/10/2026

🌷 Selamat Datang ke Sekolah Menengah Sains Sabah!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat datang diucapkan kepada seorang lagi guru baharu yang telah melapor diri pada 22 Oktober 2026.

Semoga kehadiran dan khidmat bakti yang dicurahkan dapat memacu kecemerlangan sekolah serta kemenjadian anak-anak didik.

Semoga terus berbakti demi anak bangsa dan mencipta kenangan indah bersama warga SMESH. 💐

🎉 TAHNIAH CIKGU JEEMION BIN JEALI! 🎉Warga Sekolah Menengah Sains Sabah (SMESH) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah...
05/10/2026

🎉 TAHNIAH CIKGU JEEMION BIN JEALI! 🎉

Warga Sekolah Menengah Sains Sabah (SMESH) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Cikgu Jeemion Bin Jeali, guru Fizik SMESH, atas pelantikan sebagai Guru Cemerlang Gred DG12 KUP Sekolah Berasrama Penuh, berkuat kuasa 24 Julai 2026.

Pengiktirafan ini membuktikan kepakaran, dedikasi dan sumbangan besar cikgu dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SMESH untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan.

Kecemerlangan cikgu, kebanggaan kami! 👏

Hari Terakhir di SMESH Tuaran 💙Momen-momen terakhir warga SM Sains Sabah (SMESH) di Tuaran sebelum melangkah ke kampus b...
16/09/2026

Hari Terakhir di SMESH Tuaran 💙

Momen-momen terakhir warga SM Sains Sabah (SMESH) di Tuaran sebelum melangkah ke kampus baharu di Bukit Padang.

10 tahun menyimpan seribu satu kenangan. Kini, satu lagi lembaran baharu bakal bermula.

Selamat tinggal SMESH Tuaran, selamat datang SMESH Bukit Padang! 🏫✨

📸 Photo credits: Sir Zulfadhli Mohamad
https://photos.app.goo.gl/opB4KNq6nKdoTkSU9

🎉 TAHNIAH & SYABAS! 🎉Sekolah Menengah Sains Sabah (SMESH) berbangga mengucapkan tahniah kepada dua murid yang mewakili s...
08/09/2026

🎉 TAHNIAH & SYABAS! 🎉

Sekolah Menengah Sains Sabah (SMESH) berbangga mengucapkan tahniah kepada dua murid yang mewakili sekolah dalam Borneo International Science and Mathematics Olympiad (BISMO) 2026 (1-3 Sept, SRJK Yuk Chin, Tawau):

🥇 Joel Aiden Azali — Pingat Emas
🥉 Putri Amy Lyiana Zahirah Binti Maghfur — Pingat Gangsa

Syabas atas komitmen dan usaha murid-murid, serta terima kasih kepada guru pembimbing, ibu bapa dan pentadbir sekolah atas sokongan padu.

🔬 ILMU PEMANGKIN, MASA DEPAN GEMILANG ✨

KURSUS YOUNG GUARDIANS (YG) 2026 MELABUHKAN TIRAI 🌟Kursus Young Guardians (YG) 2026 yang berlangsung pada 7–8 Ogos 2026 ...
10/08/2026

KURSUS YOUNG GUARDIANS (YG) 2026 MELABUHKAN TIRAI 🌟

Kursus Young Guardians (YG) 2026 yang berlangsung pada 7–8 Ogos 2026 di D’Tuaran Homestay telah selesai dengan jayanya. Program anjuran Pasukan Young Guardians bersama Unit Kurikulum, SM Sains Sabah ini melibatkan 64 orang murid dan 17 orang guru, dengan fokus memperkasakan kepimpinan akademik melalui pendekatan “Murid Membimbing Murid” (Peer Tutoring).

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Hajah Rokiah binti Abdullah, Pengetua SM Sains Sabah, atas sokongan, bimbingan dan kepercayaan yang diberikan. Lebih bermakna, Puan Pengetua turut bersama sepanjang program berlangsung, memberikan suntikan semangat kepada guru-guru dan anak-anak Young Guardians.

Ucapan penghargaan dan terima kasih juga kepada Penolong Kanan Pentadbiran, Tuan Haji Khairul Anuar bin Rahman, atas bimbingan, tunjuk ajar dan sokongan yang berterusan dalam memastikan pelaksanaan program Young Guardians berjalan dengan baik.

Terima kasih kepada guru-guru Young Guardians atas komitmen, kerjasama dan pengorbanan dalam menjayakan kursus ini.

Penghargaan yang tidak terhingga kepada PIBG SM Sains Sabah atas sumbangan dan sokongan yang diberikan serta Sabah Credit Cooperation Tuaran Sabah Credit Corporation atas sumbangan dan kesudian bersinergi bersama dalam menjayakan program ini.

Semoga Young Guardians terus memimpin, membimbing dan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan, seterusnya menyemarakkan budaya kecemerlangan di SM Sains Sabah. 🌟

SMESH! Soaring High! 🚀

🏆 TAHNIAH PASUKAN LOMPAT TALI SMESH! 🏆Alhamdulillah, semua peserta Pertandingan Sukan Lompat Tali Peringkat Negeri Sabah...
03/08/2026

🏆 TAHNIAH PASUKAN LOMPAT TALI SMESH! 🏆

Alhamdulillah, semua peserta Pertandingan Sukan Lompat Tali Peringkat Negeri Sabah 2026 telah selamat kembali ke bumi SMESH.

🎖️ Pencapaian SMESH:
🥇 Husni (4 Beta) – Johan Speed Kategori 16–17 Tahun
🥉 Aiman (4 DLP) – Tempat Ketiga Speed Kategori 16–17 Tahun
🥉 Gloria (2 Alfa) – Tempat Ketiga Speed Kategori 13–15 Tahun

Syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada semua peserta atas usaha serta semangat juang yang dipamerkan. Ucapan terima kasih juga kepada guru-guru yang telah membimbing dan mengiringi pasukan sepanjang pertandingan, serta kepada seluruh warga SMESH atas doa dan sokongan yang tidak putus-putus.

SMESH terus melakar kecemerlangan. Tahniah! 💙💛

🎉 SYABAS & TAHNIAH! 🎉Warga SM Sains Sabah (SMESH) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada tiga orang Alumni SMESH atas...
03/08/2026

🎉 SYABAS & TAHNIAH! 🎉

Warga SM Sains Sabah (SMESH) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada tiga orang Alumni SMESH atas kejayaan menerima Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah.

Kejayaan ini merupakan bukti bahawa usaha, ketekunan dan semangat untuk terus cemerlang sentiasa membuahkan hasil. Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SMESH untuk terus mengejar kecemerlangan dalam bidang akademik dan sahsiah.

Semoga terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Tahniah dan syabas! SMESH sentiasa berbangga dengan anda. 💙💛

Address

Bukit Padang
Tuaran Village
88450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088793806

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SM Sains Sabah, Bukit Padang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SM Sains Sabah, Bukit Padang:

Shortcuts

Share

Nearby government services