Bomba Dan Penyelamat Tuaran

Call Directions Contact the organization

Bomba Dan Penyelamat Tuaran FIREMAN

01/10/2026
๐Ÿš’ KUNJUNGAN HORMAT PIHAK HOSPITAL TUARAN KE BBP TUARANBalai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran telah menerima kunjungan h...
24/09/2026

๐Ÿš’ KUNJUNGAN HORMAT PIHAK HOSPITAL TUARAN KE BBP TUARAN

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Hospital Tuaran dalam usaha memperkukuhkan hubungan kerjasama serta jaringan strategik antara kedua-dua agensi.

Kunjungan ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan dan maklumat berkaitan pengurusan insiden, tindakan kecemasan, penyelamatan serta aspek keselamatan, khususnya dalam memastikan koordinasi antara agensi dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

๐Ÿ”ฅ Bersama Meneruskan Khidmat Untuk Masyarakat
๐Ÿš’ โ€œCepat dan Mesraโ€
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ โ€œBomba Tonggak Penyelamat Negaraโ€
โ€œFirst In Last Outโ€






Boleh laa datang beramai2.. jom.
24/09/2026

Boleh laa datang beramai2.. jom.

๐Ÿ“ข The CPS Blood Donation Campaign 2026 is back AGAIN!

๐Ÿฉธ Weโ€™re excited to announce the return of our blood donation drive โ€” an opportunity for you to give the gift of life.

๐Ÿ“… Date: Saturday, 7th November 2026
โฐ Time: 8:30 AM โ€“ 9:00 PM
๐Ÿ“ Venue: Event Hall, Ground Floor & Palm Square, 4th Floor

As usual, for early birds we have special goodies waiting for you!

Be part of this life-saving cause. Your single donation can bring hope and health to those in need.

We Love, We Care, We Give ๐Ÿฉธ

๐Ÿš’ LAWATAN & KAJIAN KAWASAN JAGAANPasukan Bomba Sukarela Pantai Dalit, Kampung Mengkabong, TuaranPada 23 September 2026, ...
23/09/2026

๐Ÿš’ LAWATAN & KAJIAN KAWASAN JAGAAN

Pasukan Bomba Sukarela Pantai Dalit, Kampung Mengkabong, Tuaran

Pada 23 September 2026, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran telah melaksanakan Lawatan dan Kajian Kawasan Jagaan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pantai Dalit, Kampung Mengkabong, Tuaran sebagai salah satu usaha memperkukuhkan kesiapsiagaan serta kerjasama antara agensi keselamatan dan komuniti setempat.

Lawatan ini bertujuan mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai keadaan sebenar kawasan, tahap risiko serta keperluan operasi sekiranya berlaku sebarang kecemasan atau bencana.

Lawatan dan kajian seperti ini amat penting bagi memastikan anggota bomba dan komuniti setempat lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, di samping membantu pasukan mengenali keadaan sebenar kawasan jagaan sebelum sesuatu insiden berlaku.

Kerjasama erat antara BBP Tuaran, Pasukan Bomba Sukarela Pantai Dalit dan komuniti Kampung Mengkabong diharapkan dapat terus diperkukuhkan demi meningkatkan tahap keselamatan serta kesiapsiagaan penduduk setempat.

โ€œBersama Komuniti, Demi Keselamatan.โ€
โ€œKomuniti Selamat, Negara Sejahtera.โ€









Api kecil menjadi kawan bila besar menjadi lawan๐Ÿ˜
23/09/2026

Api kecil menjadi kawan bila besar menjadi lawan๐Ÿ˜

๐Ÿ”ฅ CEGAH KEBAKARAN DI MUSIM PANAS ๐Ÿ”ฅโ˜€๏ธ Musim panas dan cuaca kering meningkatkan risiko berlakunya kebakaran, khususnya ke...
23/09/2026

๐Ÿ”ฅ CEGAH KEBAKARAN DI MUSIM PANAS ๐Ÿ”ฅ

โ˜€๏ธ Musim panas dan cuaca kering meningkatkan risiko berlakunya kebakaran, khususnya kebakaran terbuka, hutan, belukar, lalang serta kawasan yang mempunyai tumbuhan kering.

Dalam keadaan cuaca panas, api yang kecil boleh merebak dengan cepat sekiranya ditiup angin dan terdapat bahan mudah terbakar di sekeliling.

๐Ÿšซ JANGAN LAKUKAN PEMBAKARAN TERBUKA

Elakkan membakar sampah, daun kering, rumput, lalang atau sisa kebun secara terbuka. Api yang ditinggalkan tanpa pengawasan boleh merebak ke kawasan berhampiran dan menyebabkan kebakaran yang lebih besar.

07/05/2026

๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—š | ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—ข๐—ง๐—” ๐—•๐—ข๐— ๐—•๐—” ๐—ฆ๐—˜๐——๐—จ๐—ก๐—œ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan siaran langsung Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 yang membawa tema โ€œBomba Tonggak Penyelamatan Negaraโ€.

Sambutan ini merupakan simbol penghargaan terhadap keberanian, pengorbanan dan komitmen warga bomba yang sentiasa berada di barisan hadapan dalam melindungi nyawa, harta benda serta kesejahteraan masyarakat.

Ikuti siaran langsung ini dan bersama-sama raikan jasa insan-insan yang sentiasa bersedia menyahut panggilan tugas demi negara.

๐Ÿ—“ 9 Mei 2026 (Sabtu)
โฐ 10.05 pagi
๐Ÿ“ Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor

Saksikan secara langsung menerusi TV1 dan RTM Klik di pautan:

RTMKlik https://share.google/20qjjetzpUBtJYFP9




Address

Tuaran

Telephone

+6088793791

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bomba Dan Penyelamat Tuaran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bomba Dan Penyelamat Tuaran:

Shortcuts

Share