Pusat Latihan RELA Negeri Sabah

Directions Contact the organization

Pusat Latihan RELA Negeri Sabah Laman Facebook Rasmi Pusat Latihan RELA Negeri Sabah ( PLRNS ) PAGE INI DIWUJUDKAN BERTUJUAN UNTUK MEMBERI INFO DAN MAKLUMAT KEPADA SEMUA.

05/10/2026
π“π€πŠπ‹πˆπŒπ€π“ 𝐀𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 πŠπ„π’π„π‹π€πŒπ€π“π€π 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 π‹π€π“πˆπ‡π€π 𝐑𝐄𝐋𝐀 ππ„π†π„π‘πˆ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 πŠπ„ππ€πƒπ€ 𝐏𝐄𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‹π€π“πˆπ‡π€π πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 (ππ‹πŠπ) 3.0 π™πŽπ...
03/10/2026

π“π€πŠπ‹πˆπŒπ€π“ 𝐀𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 πŠπ„π’π„π‹π€πŒπ€π“π€π 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 π‹π€π“πˆπ‡π€π 𝐑𝐄𝐋𝐀 ππ„π†π„π‘πˆ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 πŠπ„ππ€πƒπ€ 𝐏𝐄𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‹π€π“πˆπ‡π€π πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 (ππ‹πŠπ) 3.0 π™πŽπ ππŽπ‘ππ„πŽ

TUARAN, 03 Oktober 2026 β€” Satu sesi Taklimat Arahan Keselamatan Pusat Latihan RELA Negeri Sabah (PLRNS) kepada peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Zon Borneo telah diadakan bertempat di Dewan Kinabalu, Pusat Latihan RELA Negeri Sabah. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh PgR Yuslin bin Omar, Pegawai Persenjataan dan Keselamatan, Pusat Latihan RELA Negeri Sabah, yang memberikan penerangan berkaitan peraturan serta arahan keselamatan yang perlu dipatuhi sepanjang peserta berada di kawasan PLRNS.

Sesi taklimat ini turut memberi penekanan terhadap aspek keselamatan diri, disiplin, pematuhan peraturan, tindakan semasa kecemasan serta penggunaan fasiliti secara selamat. Penerangan ini penting bagi memastikan para peserta memahami tanggungjawab masing-masing dan sentiasa mengutamakan keselamatan sepanjang mengikuti Program PLKN 3.0 Zon Borneo.

Pelaksanaan taklimat ini mencerminkan komitmen PLRNS dalam memastikan persekitaran latihan yang selamat, teratur dan kondusif, di samping menyokong kelancaran pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara di Sabah.






πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŒπ„ππ€ππƒπ€π“π€ππ†π€ππˆ 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐓𝐔𝐉𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀𝐀𝐍 π…π€π’πˆπ‹πˆπ“πˆ 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 π‹π€π“πˆπ‡π€π 𝐑𝐄𝐋𝐀 ππ„π†π„π‘πˆ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 π‹π€π“πˆπ‡π€π πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“ 𝐍𝐄...
03/10/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŒπ„ππ€ππƒπ€π“π€ππ†π€ππˆ 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐓𝐔𝐉𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀𝐀𝐍 π…π€π’πˆπ‹πˆπ“πˆ 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 π‹π€π“πˆπ‡π€π 𝐑𝐄𝐋𝐀 ππ„π†π„π‘πˆ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 π‹π€π“πˆπ‡π€π πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 (π‰π‹πŠπ)

TUARAN, 02 Oktober 2026 (Jumaat)β€” Satu Majlis Menandatangani Persetujuan Penggunaan Fasiliti antara Pusat Latihan RELA Negeri Sabah (PLRNS) bersama Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) telah berlangsung di Bilik Mesyuarat, Pusat Latihan RELA Negeri Sabah, hari ini.

Majlis ini merupakan satu langkah kerjasama antara kedua-dua pihak dalam memperkukuhkan hubungan strategik serta menyokong pelaksanaan program dan aktiviti berkaitan latihan khidmat negara. Persetujuan penggunaan fasiliti PLRNS turut mencerminkan komitmen dalam mengoptimumkan kemudahan sedia ada bagi menyokong keperluan latihan dan pembangunan peserta.

Kerjasama ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak serta memperkukuhkan jaringan kerjasama antara agensi kerajaan, khususnya dalam aspek latihan, pembangunan sahsiah, disiplin dan kesiapsiagaan. PLRNS sentiasa komited untuk memberikan sokongan terhadap usaha kerajaan dalam menjayakan agenda pembangunan generasi muda dan pengukuhan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.






02/10/2026

πŸ”₯ π‚π”ππ‹πˆπŠπ€π π•πˆπƒπ„πŽ | π’πˆπŒπ”π‹π€π’πˆ πŠπ„ππ€πŠπ€π‘π€π ππ‹π‘ππ’πŸš’

Sekitar Simulasi Kebakaran di Pusat Latihan RELA Negeri Sabah (PLRNS) dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Tuaran pada 01 Oktober 2026.

πŸ“ Pusat Latihan RELA Negeri Sabah

Simulasi ini dilaksanakan sebagai langkah meningkatkan kesiapsiagaan, kecekapan tindakan serta kerjasama antara agensi dalam menghadapi situasi kecemasan, khususnya melibatkan insiden kebakaran.

🀝 Kerjasama | Kesiapsiagaan | Keselamatan

π‹π€π“πˆπ‡π€π πŠπ„π’πˆπ€ππ’πˆπ€π†π€π€π πŠπ„ππ€πŠπ€π‘π€π 𝐃𝐀𝐍 ππ„π‘π“πŽπ‹πŽππ†π€π π‚π„πŒπ€π’ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 2026TUARAN, 1-2 Oktober 2026 β€” Pusat Latihan RELA Negeri Sab...
02/10/2026

π‹π€π“πˆπ‡π€π πŠπ„π’πˆπ€ππ’πˆπ€π†π€π€π πŠπ„ππ€πŠπ€π‘π€π 𝐃𝐀𝐍 ππ„π‘π“πŽπ‹πŽππ†π€π π‚π„πŒπ€π’ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 2026

TUARAN, 1-2 Oktober 2026 β€” Pusat Latihan RELA Negeri Sabah (PLRNS) telah melaksanakan Latihan Kesiapsiagaan Kebakaran dan Pertolongan Cemas Tahun 2026 yang berlangsung selama dua hari, bermula 1 hingga 2 Oktober 2026 bertempat di PLRNS dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Tuaran. Program ini melibatkan pegawai dan kakitangan PLRNS sebagai usaha meningkatkan tahap kesiapsiagaan serta keupayaan menghadapi situasi kecemasan di tempat kerja.

Latihan merangkumi beberapa pengisian berkaitan kesiapsiagaan menghadapi kebakaran, simulasi kebakaran dan pengungsian bangunan, asas menyelamat serta teknik pengosongan bangunan, selain latihan pertolongan cemas termasuk pengendalian situasi kecederaan dan kecemasan. Peserta turut didedahkan kepada aspek praktikal melalui demonstrasi dan latihan pemadaman kebakaran yang dikendalikan dengan kerjasama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Tuaran, sekali gus meningkatkan kefahaman serta kemahiran peserta dalam mengambil tindakan awal ketika berlaku kecemasan.

Pelaksanaan latihan ini diharap dapat memperkukuh tahap pengetahuan, kemahiran dan kesiapsiagaan warga PLRNS dalam menghadapi sebarang insiden kebakaran atau kecemasan, di samping memastikan tindakan yang pantas, teratur dan selamat dapat dilaksanakan apabila diperlukan. Program ini juga mencerminkan komitmen serta kerjasama strategik antara PLRNS dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Tuaran dalam memperkukuh aspek keselamatan dan kesiapsiagaan menghadapi kecemasan, selaras dengan usaha PLRNS memastikan keselamatan dan kebajikan warga kerja sentiasa diberi perhatian.






πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 πŠπ”π‘π’π”π’ πŠπ€π–π€π‹π€π ππ„π‘πˆπŒπ„π“π„π‘ (𝐊𝐊𝐏) π’πˆπ‘πˆ 1 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 2026TUARAN, 29 September 2026 β€” Majlis Penutupan Kursus Kaw...
29/09/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 πŠπ”π‘π’π”π’ πŠπ€π–π€π‹π€π ππ„π‘πˆπŒπ„π“π„π‘ (𝐊𝐊𝐏) π’πˆπ‘πˆ 1 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 2026

TUARAN, 29 September 2026 β€” Majlis Penutupan Kursus Kawalan Perimeter (KKP) Siri 1 Tahun 2026 Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Kuliah, Pusat Latihan RELA Negeri Sabah (PLRNS). Kursus ini bertujuan memperkukuh pengetahuan dan kemahiran peserta dalam aspek kawalan, pemantauan serta pengurusan keselamatan kawasan perimeter, di samping meningkatkan kesiapsiagaan dalam melaksanakan tugas dengan berdisiplin dan bertanggungjawab.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh YS PjR Darman bin Dabang, Pengarah RELA Negeri Sabah. Turut hadir YS PjR Mohamad Razib bin Buhaini, Pegawai Kanan Bahagian Sumber Manusia, serta PRD Daerah Penampang, PRD Daerah Tuaran, PPRD Daerah Kota Kinabalu dan PPRD Daerah Kota Belud. Majlis turut diisi dengan nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Gema RELA, bacaan Ikrar Rukun Negara, bacaan doa, tayangan montaj serta penyampaian sijil tamat kursus kepada para peserta.

Dalam ucapan penutupnya, Pengarah RELA Negeri Sabah menekankan agar ilmu dan kemahiran yang diperoleh sepanjang kursus diterapkan dalam pelaksanaan tugas sebenar. Para peserta turut diingatkan untuk terus mengamalkan nilai disiplin, tanggungjawab dan semangat kesukarelawanan dalam memberikan khidmat kepada masyarakat serta menyumbang kepada keselamatan dan ketenteraman awam.






24/09/2026
π‡π€π‘πˆ πŠπ„πƒπ”π€ πŠπ”π‘π’π”π’ ππ„ππ†π”πŠπ”π‡π€π ππ€π’π”πŠπ€π ππ€π†πˆ ππ„π†π€π–π€πˆ 𝐃𝐀𝐍 πŠπ€πŠπˆπ“π€ππ†π€π (π’π”πŠπ€π ππŽπ–π‹πˆππ†) 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 π‹π€π“πˆπ‡π€π 𝐑𝐄𝐋𝐀 ππ„π†π„π‘πˆ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 2...
24/09/2026

π‡π€π‘πˆ πŠπ„πƒπ”π€ πŠπ”π‘π’π”π’ ππ„ππ†π”πŠπ”π‡π€π ππ€π’π”πŠπ€π ππ€π†πˆ ππ„π†π€π–π€πˆ 𝐃𝐀𝐍 πŠπ€πŠπˆπ“π€ππ†π€π (π’π”πŠπ€π ππŽπ–π‹πˆππ†) 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 π‹π€π“πˆπ‡π€π 𝐑𝐄𝐋𝐀 ππ„π†π„π‘πˆ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 2026

KOTA KINABALU, 24 September 2026 (Khamis) – Hari kedua Kursus Pengukuhan Pasukan bagi Pegawai dan Kakitangan Pusat Latihan RELA Negeri Sabah Tahun 2026 diteruskan dengan aktiviti Sukan Bowling yang berlangsung di MyBowl, 1 Borneo Hypermall, Kota Kinabalu.

Aktiviti ini melibatkan seramai 61 peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan Pusat Latihan RELA Negeri Sabah (PLRNS). Penganjuran aktiviti sukan secara berkumpulan ini bertujuan memperkukuh semangat kerjasama, meningkatkan interaksi serta memupuk hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja PLRNS.

Turut serta dalam aktiviti tersebut ialah PPjR Mohd Rosdin bin Daming, Komandan Pusat Latihan RELA Negeri Sabah, bersama-sama pegawai dan kakitangan. Aktiviti bowling berlangsung dalam suasana ceria dan santai, di samping memberi peluang kepada warga PLRNS mengeratkan hubungan serta membina semangat berpasukan di luar persekitaran kerja.

Program pengukuhan pasukan ini diharap dapat terus menyemai nilai kerjasama, kekitaan dan persefahaman dalam kalangan warga PLRNS, seterusnya menyumbang kepada pembentukan pasukan kerja yang lebih mantap dan harmoni.






πŠπ”π‘π’π”π’ ππ„ππ†π”πŠπ”π‡π€π ππ€π’π”πŠπ€π ππ€π†πˆ ππ„π†π€π–π€πˆ 𝐃𝐀𝐍 πŠπ€πŠπˆπ“π€ππ†π€π 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 π‹π€π“πˆπ‡π€π 𝐑𝐄𝐋𝐀 ππ„π†π„π‘πˆ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 2026TUARAN, 23 September 202...
24/09/2026

πŠπ”π‘π’π”π’ ππ„ππ†π”πŠπ”π‡π€π ππ€π’π”πŠπ€π ππ€π†πˆ ππ„π†π€π–π€πˆ 𝐃𝐀𝐍 πŠπ€πŠπˆπ“π€ππ†π€π 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 π‹π€π“πˆπ‡π€π 𝐑𝐄𝐋𝐀 ππ„π†π„π‘πˆ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 2026

TUARAN, 23 September 2026 (RABU) – Pusat Latihan RELA Negeri Sabah (PLRNS) telah melaksanakan Kursus Pengukuhan Pasukan bagi Pegawai dan Kakitangan Pusat Latihan RELA Negeri Sabah Tahun 2026 bertempat di Padang Kawad, PLRNS.

Turut serta dalam program tersebut ialah PPjR Mohd Rosdin bin Daming, Komandan Pusat Latihan RELA Negeri Sabah, bersama pegawai dan kakitangan PLRNS. Program yang dilaksanakan menerusi Latihan Berkumpulan ini memberi penekanan kepada aspek kerjasama, komunikasi, disiplin serta semangat berpasukan dalam kalangan warga kerja.

Pelbagai aktiviti berkumpulan dilaksanakan bagi membina persefahaman, meningkatkan semangat kekitaan serta mengukuhkan hubungan silaturahim antara pegawai dan kakitangan. Pelaksanaan kursus ini diharap dapat membentuk pasukan yang lebih mantap, berdisiplin dan mempunyai koordinasi yang baik dalam melaksanakan tugasan serta tanggungjawab yang diamanahkan.






Address

Jalan Sulaman, Kg. Gayang, Peti Surat 869
Tuaran
89208

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Latihan RELA Negeri Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Latihan RELA Negeri Sabah:

Shortcuts

Share