19/10/2026
DAH CUT SUGAR, TIBA-TIBA RASA MANIS MACAM HILANG. NORMAL KE?
Ada yang bertanya, sejak berhenti mengambil gula, rasa manis macam dah tak ada. Adakah ini normal?
Sebenarnya, kita perlu bezakan dua keadaan.
1. Dah tak s**a makanan atau minuman terlalu manis
Ini boleh berlaku. Apabila kita membiasakan diri dengan minuman kurang gula, tahap kemanisan yang kita selesa minum mungkin berubah.
Contohnya, dulu teh tarik biasa rasa sedap. Sekarang mungkin rasa terlalu manis.
Namun, perubahan ini tidak berlaku kepada semua orang. Kajian terkini juga menunjukkan mengurangkan makanan manis tidak semestinya mengubah sensitiviti atau kecenderungan terhadap rasa manis.
2. Langsung tak dapat rasa manis walaupun makan gula
Ini p**a BUKAN kesan normal yang patut kita anggap berlaku kerana cut sugar.
Keadaan ini boleh menandakan gangguan deria rasa (hypogeusia atau ageusia).
Antara puncanya ialah jangkitan virus, masalah deria bau, kesan ubat-ubatan atau masalah kesihatan mulut.
Jika rasa manis benar-benar hilang, terutama secara tiba-tiba atau berterusan, dapatkan pemeriksaan doktor.
Kesimp**annya, kurang menggemari makanan manis tidak sama dengan kehilangan keupayaan merasa manis.
Cut sugar sepatutnya membantu kita mengurangkan pengambilan gula tambahan, bukannya menyebabkan lidah kehilangan fungsi deria rasa.
Public Health Malaysia