UMN0 BAHAGIAN TUMPAT

Call Directions Contact the organization

UMN0 BAHAGIAN TUMPAT " KEJARLAH AKHIRAT, JANGAN LUPA DUNIA"

PROGRAM SEMBANG SANTAI DI PDM CHENDERONG BATUSantuni masyarakat, eratkan silaturahim!Program Sembang Santai di PDM Chend...
10/10/2026

PROGRAM SEMBANG SANTAI DI PDM CHENDERONG BATU

Santuni masyarakat, eratkan silaturahim!

Program Sembang Santai di PDM Chenderong Batu telah berlangsung dengan jayanya bertempat di perkarangan rumah Pengerusi JPKKP Chenderong Batu.

Program anjuran Komuniti MADANI Kebakat dengan kerjasama JPKKP Mukim Chenderong Batu ini turut dihadiri oleh Naib Ketua UMNO Bahagian Tumpat.

Pelbagai pengisian telah diadakan, antaranya sesi penerangan mengenai isu-isu semasa bagi memberi pendedahan dan kefahaman kepada masyarakat setempat. Program turut disusuli dengan agihan bakul makanan kepada masyarakat sekitar sebagai tanda keprihatinan dan usaha membantu golongan yang memerlukan.

Semoga program seumpama ini dapat terus mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kebersamaan serta memperkukuh hubungan antara pemimpin dan masyarakat demi kesejahteraan bersama.

💙 UMNO BAHAGIAN TUMPAT
Bersama rakyat, terus berkhidmat.

Ketua UMNO Bahagian Tumpat bersama Naib Ketua UMNO Bahagian berkesempatan mengadakan kunjungan ziarah ke atas Pengerusi ...
06/10/2026

Ketua UMNO Bahagian Tumpat bersama Naib Ketua UMNO Bahagian berkesempatan mengadakan kunjungan ziarah ke atas Pengerusi JPKKP Mukim Chenderong Kubu, Che Aziz @ Abe Hamid yang sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Semoga Abe Hamid dikurniakan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan serta diberikan kekuatan untuk kembali menjalankan amanah seperti sediakala.

Seluruh warga UMNO Bahagian Tumpat mendoakan agar beliau terus tabah dan diberikan kesihatan yang berpanjangan.

Naib Ketua UMNO Bahagian Tumpat, turut bersama menghadiri solat jenazah bonda (Arwah Kak Cik) kepada Mantan Adun Pengkal...
29/09/2026

Naib Ketua UMNO Bahagian Tumpat, turut bersama menghadiri solat jenazah bonda (Arwah Kak Cik) kepada Mantan Adun Pengkalan Kubur dan juga merupakan Imam Tua Masjid Simpangan, Ustaz Mat Razi Mat Ail. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka2 yg beriman.

🇲🇾 TAHNIAH TOKOH KRAF NEGARA 2026 🇲🇾UMNO Bahagian Tumpat merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Abe...
26/09/2026

🇲🇾 TAHNIAH TOKOH KRAF NEGARA 2026 🇲🇾

UMNO Bahagian Tumpat merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Abe Di atau Ibrahim Deraman, Adiguru Kraf Batik Terap dan Blok dari Kampung Talak, Wakaf Bharu, Tumpat, yang telah dinobatkan sebagai Tokoh Kraf Negara 2026.

Pengiktirafan berprestij tersebut telah diterima pada Majlis Perasmian Malaysia International Craft Fair (MICF) 2026 yang berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

Abe Di yang merupakan pengusaha batik dari Tumpat telah banyak berjasa dalam memartabatkan seni dan warisan batik tradisional, khususnya dalam penghasilan batik terap dan blok.

Lebih membanggakan, Abe Di juga merupakan ayahanda kepada saudara Agil, AJK Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tumpat.

Kejayaan ini pastinya menjadi satu kebanggaan buat keluarga, masyarakat Tumpat dan seluruh negeri Kelantan, serta membuktikan bahawa anak jati Tumpat mampu mengangkat seni dan warisan tempatan ke persada negara.

Semoga pengiktirafan sebagai Tokoh Kraf Negara 2026 terus menjadi inspirasi untuk generasi akan datang dalam mempertahankan, mengembangkan dan memartabatkan warisan kraf serta seni budaya negara.

KENYATAAN DARI UMNO BAHAGIAN TUMPATAssalamualaikum.Merujuk kepada kenyataan mantan Penerangan UMNO Bahagian Tumpat berta...
24/08/2026

KENYATAAN DARI UMNO BAHAGIAN TUMPAT

Assalamualaikum.

Merujuk kepada kenyataan mantan Penerangan UMNO Bahagian Tumpat bertarikh Jumaat, 21 Ogos 2026 yang dimuat naik di Facebook Redzuan Jihad.

Kami mengambil maklum dan tampil memberikan penjelasan sebenar agar tidak timbul kekeliruan dalam kalangan akar umbi. Perbezaan pandangan adalah perkara biasa, namun biarlah ia disampaikan secara berhemah, matang dan berlandaskan fakta.

Yang penting, kita terus menjaga keharmonian serta kekuatan parti demi kepentingan UMNO Bahagian Tumpat.

UMN0 BAHAGIAN TUMPAT
Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan

UMNO Bahagian Tumpat mengucapkan ribuan terima kasih kepada DR ASYRAF WAJDI DUSUKI (Daddy MARA) dan MARA Negeri Kelantan...
18/08/2026

UMNO Bahagian Tumpat mengucapkan ribuan terima kasih kepada DR ASYRAF WAJDI DUSUKI (Daddy MARA) dan MARA Negeri Kelantan diatas keperihatinan kepada Masyarakat di Tumpat.

Naib Ketua Umno Bahagian Tumpat mewakili kepimpinan tertinggi UMNO Bahagian Tumpat hadir merasmikan perasmian penutup ke...
15/08/2026

Naib Ketua Umno Bahagian Tumpat mewakili kepimpinan tertinggi UMNO Bahagian Tumpat hadir merasmikan perasmian penutup kejohanan memancing tradisional yang diadakan di Kg Kutan. Tahniah diucapkan kepada Pengerusi JPKKP Mukim Kutan , Pengerusi KRT Kutan dan semua barisan jawatankuasa yang terlibat di atas kejayaan penganjuran program tersebut yang mana kejohanan memancing pada kali ini telah disertai oleh semua lapisan masyarakat di Kutan. Turut hadir bersama dalam program tersebut ialah Prof Dr Razak Idris (Pengerusi Kolej Dar Al Hikmah) , En Azwan (Penolong Pegawai Jabatan Perpaduan Tumpat) dan En Hazami (Setiausaha parti Amanah Kawasan Tumpat).

Ziarah kasih Naib Ketua UMNO Bahagian TumpatNaib Ketua Umno Bahagian Tumpat mewakili kepimpinan tertinggi UMNO Bahagian ...
10/08/2026

Ziarah kasih Naib Ketua UMNO Bahagian Tumpat

Naib Ketua Umno Bahagian Tumpat mewakili kepimpinan tertinggi UMNO Bahagian Tumpat menziarahi saudara Bukhari B Zakaria iaitu Setiausaha JPKKP Chenderong Batu yang diuji dengan sedikit masalah kesihatan 2 minggu lepas dan masih lagi meneruskan proses rawatan di hospital. Sama2 kita mendoakan kesembuhan yang cepat kepada beliau agar dapat meneruskan pekerjaan beliau di Pejabat Kesihatan Tumpat dan khidmat bakti aktiviti kemasyarakatan beliau.

Naib Ketua Umno Bahagian Tumpat, Saudara Abdul Mannan, Mewakili ketua UMNO Bahagian Tumpat menyampaikan papan Carom kepa...
01/02/2026

Naib Ketua Umno Bahagian Tumpat, Saudara Abdul Mannan, Mewakili ketua UMNO Bahagian Tumpat menyampaikan papan Carom kepada pemuda-pemuda Di Kg Jal Kecik. turut hadir pengerusi JPKKP Mukim Jal Kecik dan AJK Pergerakan Pemuda Bahagian.

Address

123, Jalan Hilir Pasar
Tumpat
16200

Telephone

+60133284515

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UMN0 BAHAGIAN TUMPAT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to UMN0 BAHAGIAN TUMPAT:

Shortcuts

Share