03/09/2026
*𝗦𝗠𝗔𝗥𝗧 𝗧𝗘𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗡𝗢𝗕𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡 𝗣𝐮𝐛𝐥𝐢𝐜 𝗦𝐞𝐜𝐭𝐨𝐫 𝗔𝗜 𝗡𝐞𝐱𝐮𝐬 𝗖𝐡𝐚𝐥𝐥𝐞𝐧𝐠𝐞 (𝐏𝐒𝐀𝐈𝐍𝐂) 𝟮𝟬𝟮𝟲 & 𝗠𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗞𝗨𝗟 𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗣𝗕𝗧 𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔 𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗨𝗦𝗘𝗥 𝗖𝗔𝗦𝗘*
Majlis Daerah Tanah Merah mengukir kejayaan gilang-gemilang selepas pasukan inovasi MDTM, SMART TEAM, dinobatkan sebagai Johan Public Sector AI Nexus Challenge (PSAINC) 2026 pada Majlis Penyampaian Anugerah PSAINC 2026 bersempena Seminar AI Sektor Awam 2026 yang berlangsung di Putrajaya pada 3 September 2026.
Pertandingan ini telah disertai oleh 40 organisasi di peringkat Pusat, Negeri dan PBT dan yang membanggakan adalah MDTM merupakan satu-satunya peserta dari Kelantan.
Kemenangan bermakna ini lebih manis apabila SMART TEAM MDTM turut merangkul Anugerah Khas Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Anugerah Khas User Case oleh Amazon Web Services (AWS) sekali gus membuktikan keupayaan dan daya saing PBT di peringkat daerah dalam memacu transformasi digital serta pengaplikasian teknologi Kecerdasan Buatan (AI) di peringkat kebangsaan.
MDTM telah mempertaruhkan aplikasi myLicensePBT yang berasaskan teknologi AI bagi membantu melancarkan operasi bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan yang sekaligus meningkatkan hasil PBT serta pematuhan terhadap undang-undang.
Majlis perasmian dan penyampaian anugerah ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.
Turut hadir memberikan sokongan moral dan menyaksikan kejayaan bersejarah ini ialah YBhg. Dato' Haji Azi Rahimee bin Haji Mohamed, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pengurusan) bersama YABrs. Encik Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin, Yang Dipertua Majlis Daerah Tanah Merah.
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan khusus kepada pasukan SMART TEAM atas dedikasi serta usaha gigih yang ditunjukkan.