RELA Malaysia

Call Directions Website Contact the organization

RELA Malaysia Laman Facebook rasmi Jabatan Sukarelawan Malaysia. Layari laman web rasmi RELA http://www.rela.gov.my
(415)

- Home Guard atau Pengawal Kampung ditubuhkan bertujuan untuk menjaga keselamatan setempat apabila darurat diisytiharkan pada tahun 1948. Ahli-ahlinya terdiri daripada sukarelawan masyarakat setempat. Pasukan Pengawal Kampung dibubarkan setelah darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960.

- Tenaga sukarelawan digembleng sekali lagi apabila negara menghadapai ancaman konfrontasi dengan Indonesia dari tahun 1963-1965. Pasukan Kawalan telah diwujudkan bagi membantu agensi keselamatan menangani pendaratan dan penyusupan pihak Indonesia. Pada waktu itu, Pasukan Kawalan bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan untuk melaporkan kepada pasukan keselamatan tentang ancaman pihak Indonesia. Apabila tamat konfrontasi pada tahun 1965, ia telah dibubarkan.

- Pada 13 Mei 1969 telah berlaku pergaduhan antara kaum. Insiden yang berlaku telah menyedarkan pemimpin-pemimpin negara pada ketika itu tentang pentingnya diwujudkan satu pasukan sukarela yang tetap bagi membantu kerajaan dalam menangani masalah dan ancaman keselamatan. Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri mencadangkan supaya pasukan sukarela berfungsi sebagai mata dan telinga kerajaan.

- Pada 11 Januari 1972, kerajaan telah mengambil keputusan untuk menubuhkan RELA di bawah Seksyen 2 Akta (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1964. Pasukan RELA dikawal di bawah Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964 ( Peraturan-Peraturan Perlu Ikatan Relawan Rakyat ) Pindaan 2005.

- Petikan ucapan oleh YAB Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad yang juga Menteri Dalam Negeri disambutan Hari RELA yang pertama di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur pada 13 Januari 1990."...The ACs, Home Guard and the Pasukan Kawalan have all since been abolished. But RELA continues to exist since its inception 18 years ago. It continued existence is proof of its role in helping to determine the security and defence of the country. RELA also signifies the goverment commitment to harness the people support through voluntary means, both during peace time or otherwise...".

- Pada 20 Mac 1999, YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi semasa menjadi Menteri Dalam Negeri telah mewujudkan Falsafah RELA yang baru. Falsafah ini mengandungi falsafah perjuangan RELA berasaskan lunas-lunas yang meliputi benteng ketiga pertahanan negara, pasukan sokongan berwibawa, tugas-tugas kebajikan serta ekonomi dan berdikari. Perkhidmatan teras RELA adalah berlandaskan kepada konsep 4K:

- Memastikan keselamatan setempat
- Memastikan keamanan setempat
- Memastikan kesejahteraan masyarakat setempat
- Memastikan keharmonian masyarakat setempat

Fungsi dan tugas RELA

- 'Mata dan telinga' kerajaan dalam aspek keselamatan, sosio ekonomi, pembangunan dan sebagainya.
- Sebagai duta kecil kerajaan dalam penyebaran dan perlaksanaan dasar-dasar kerajaan.
- Melaksanakan jaringan kerjasama dengan pasukan keselamatan dan lain-lain agensi penguatkuasaan.
- Menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan sosio-ekonomi setempat
- Membangunkan modal insan melalui latihan yang bersesuaian


Syarat Syarat Am Untuk Menjadi Ahli RELA

โ€ข Warganegara Malaysia.
โ€ข Umur 16 tahun dan ke atas.
โ€ข Sihat tubuh badan. Kecuali

โ€ข Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi.
โ€ข Ahli-ahli Jemaah Menteri dan ahli-ahli mana-mana Majlis Parlimen.
โ€ข Ahli-ahli bagi mana-mana Majlis Mesyuarat Kerajaan atau mana-mana Dewan Undangan sebagaimana ditakrif dalam Perlembagaan.
โ€ข Wakil-wakil Diplomat atau Konsul yang bertauliah dan pekerja-pekerja diplomat dan konsul yang tidak berdomisil di Malaysia.
โ€ข Orang-orang yang bekerja dalam Perkhidmatan Kerajaan mana-mana anggota Komanwel lain daripada Malaysia dan yang ada di Malaysia semata-mata oleh sebab mereka bekerja alam perkhidmatan itu.
โ€ข Anggota-anggota yang sedang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Persekutuan.
โ€ข Anggota-anggota yang sedang berkhidmat dalam Pasukan Sukarela Tentera Laut DiRaja Malaysia.
โ€ข Pasukan Pertahanan Tempatan, Pasukan Sukarela Tentera Udara DiRaja Malaysia.
โ€ข Anggota-anggota Pasukan Polis.
โ€ข Orang-orang sakit otak dalam pengertian mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia.
โ€ข Orang-orang yang diperakui sebagai buta oleh pengamal perubatan berdaftar.
โ€ข Ahli-ahli Pasukan Bomba yang disenggara di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia.
โ€ข Mana-mana orang lain atau mana-mana golongan orang lain yang dikecualikan daripada peraturan-peraturan ini dengan perintah Menteri.

๐“๐€๐Š๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐“ ๐’๐Š๐ˆ๐Œ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐’๐Ž๐’๐ˆ๐€๐‹ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐€๐ ๐’๐„๐๐ƒ๐ˆ๐‘๐ˆ (๐’๐Š๐’๐๐’) ๐๐„๐‘๐Š๐„๐’๐Ž ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐€๐๐†๐†๐Ž๐“๐€ ๐‘๐„๐‹๐€ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐๐† 20 Oktober 2026- A...
20/10/2026

๐“๐€๐Š๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐“ ๐’๐Š๐ˆ๐Œ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐’๐Ž๐’๐ˆ๐€๐‹ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐€๐ ๐’๐„๐๐ƒ๐ˆ๐‘๐ˆ (๐’๐Š๐’๐๐’) ๐๐„๐‘๐Š๐„๐’๐Ž ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐€๐๐†๐†๐Ž๐“๐€ ๐‘๐„๐‹๐€ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐๐†

20 Oktober 2026- Anggota RELA Daerah Mersing telah mengikuti taklimat kesedaran dan sesi pendaftaran caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) yang disampaikan oleh YBrs. Encik Mohd Saifuddin bin Mohd Nor, Pengurus Pejabat PERKESO Kluang.

Taklimat ini bertujuan meningkatkan kesedaran anggota RELA mengenai kepentingan perlindungan keselamatan sosial, termasuk manfaat yang disediakan serta proses pendaftaran dan caruman SKSPS.

Semoga perkongsian ini dapat meningkatkan kefahaman dan kesedaran anggota mengenai kepentingan perlindungan keselamatan sosial demi menjaga kebajikan diri.

Sumber: RELA Daerah Mersing







๐’๐„๐’๐ˆ ๐๐€๐™๐ˆ๐‘๐€๐ ๐“๐€๐ƒ๐๐ˆ๐‘ ๐”๐‘๐”๐’ ๐ƒ๐€๐ ๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐ˆ๐“๐ˆ ๐’๐๐‘๐Œ ๐“๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ๐€๐ ๐”๐๐ˆ๐“ ๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐ˆ๐“๐ˆ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐’๐”๐Š๐€๐‘๐„๐‹๐€๐–๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ (๐‘๐„๐‹๐€)20 Oktober 2026 -...
20/10/2026

๐’๐„๐’๐ˆ ๐๐€๐™๐ˆ๐‘๐€๐ ๐“๐€๐ƒ๐๐ˆ๐‘ ๐”๐‘๐”๐’ ๐ƒ๐€๐ ๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐ˆ๐“๐ˆ ๐’๐๐‘๐Œ ๐“๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ๐€๐ ๐”๐๐ˆ๐“ ๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐ˆ๐“๐ˆ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐’๐”๐Š๐€๐‘๐„๐‹๐€๐–๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ (๐‘๐„๐‹๐€)

20 Oktober 2026 - Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah menerima kunjungan dari Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi pelaksanaan Sesi Naziran Tadbir Urus dan Integriti terhadap Unit Integriti RELA.

Sesi ini dipengerusikan oleh YBhg. TKPjR Mahather bin Smoh, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) RELA, dan Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) SPRM yang diketuai oleh PPj Mohd Nizam bin Kalam, Ketua Cawangan Libat Urus, bersama-sama PsK Ahmad Syamil bin Ahmad Shuhaimi dan PKPs Alma binti Albani.

Naziran bertujuan untuk menilai tahap pematuhan RELA terhadap Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (Ceraian SP.1.2.1) dan Garis Panduan Pengurusan Unit Integriti Agensi Awam, di samping menilai keberkesanan pelaksanaan fungsi teras Unit Integriti serta mengenal pasti aspek yang memerlukan penambahbaikan dari segi tadbir urus, pengurusan integriti dan pelaksanaan fungsi unit berkenaan.

Semoga pelaksanaan naziran ini dapat memperkukuh budaya integriti, meningkatkan akauntabiliti serta memantapkan tadbir urus organisasi demi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang telus dan berkesan.







๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‘๐Ž๐๐ƒ๐€๐€๐ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐‘๐๐“ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐’๐€๐‡๐€๐๐€๐“ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ19 Oktober 2026 โ€“ Pengarah RELA Negeri Pulau Pinang, PPjKR Asrhab bin...
20/10/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‘๐Ž๐๐ƒ๐€๐€๐ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐‘๐๐“ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐’๐€๐‡๐€๐๐€๐“ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ

19 Oktober 2026 โ€“ Pengarah RELA Negeri Pulau Pinang, PPjKR Asrhab bin Jan, telah turun padang menyertai Rondaan Komuniti RELA Patrol Team (RPT) Bersama Sahabat MADANI di sekitar Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Program yang berlangsung di Pusat Khidmat Komuniti RELA (PKKR) Permatang Pauh ini bertujuan memperkukuh kehadiran rondaan keselamatan komuniti, di samping menyokong usaha pencegahan jenayah dan inisiatif โ€œ๐‘Šโ„Ž๐‘–๐‘ก๐‘’๐‘›๐‘–๐‘›๐‘” ๐‘กโ„Ž๐‘’ ๐ต๐‘™๐‘Ž๐‘๐‘˜๐‘ ๐‘๐‘œ๐‘กโ€ di kawasan tumpuan.

Rondaan secara konvoi bermotosikal melibatkan beberapa lokasi sekitar Permatang Pauh termasuk Taman Arowana, Taman Wakaf Seetee Aisah, Kampung Permatang Janggus dan Kampung Permatang Tengah. Program turut disusuli Mesyuarat Platun bagi membincangkan aspek pengurusan, penyelarasan aktiviti serta pelaksanaan tugas anggota di kawasan tanggungjawab masing-masing.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen RELA Negeri Pulau Pinang dalam memperkukuh kerjasama strategik bersama Sahabat MADANI dan komuniti setempat, sekaligus memupuk semangat kesukarelawanan serta tanggungjawab bersama dalam mewujudkan persekitaran yang aman, selamat dan sejahtera.

Program ini turut melibatkan 29 peserta terdiri daripada warga RELA, wakil MPKK Permatang Tengah dan Sahabat MADANI.

Sumber : RELA Negeri Pulau Pinang







Kerajaan MADANI menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh kesejahteraan rakyat melalui inisiatif Kampung...
19/10/2026

Kerajaan MADANI menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh kesejahteraan rakyat melalui inisiatif Kampung Angkat MADANI (KAM) 2026 dengan pelaksanaan kerja-kerja baik pulih 14 buah rumah penduduk kampung dan anggota RELA di Kampung Gosong, Machang, Kelantan.

14 RUMAH DIBAIK PULIH, KDN PERKASA TVET DAN PELUANG KEDUA DI KAMPUNG GOSONG

Kerajaan MADANI menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh kesejahteraan rakyat melalui inisiatif Kampung Angkat MADANI (KAM) 2026 dengan pelaksanaan kerja-kerja baik pulih 14 buah rumah penduduk kampung dan anggota RELA di Kampung Gosong, Machang, Kelantan.

โ€œPeluang kedua melalui TVET membolehkan Orang Yang Diselia (ODS) menyumbang semula kepada masyarakat dengan kemahiran yang berguna.โ€ โ€” YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Inisiatif ini dilaksanakan menerusi pendekatan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan kerjasama Akademi Binaan Malaysia (ABM), melibatkan 10 Orang Yang Diselia (ODS) di bawah Jabatan Penjara Malaysia serta 4 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Pendekatan ini bukan sahaja membantu penduduk menikmati kediaman yang lebih selesa dan selamat, malah membuka ruang kepada ODS untuk memperoleh kemahiran teknikal, membina keyakinan diri dan mempersiapkan mereka kembali ke pangkuan masyarakat.

Melalui kerjasama strategik KDN, Jabatan Penjara Malaysia, RELA dan ABM, program ini membuktikan bahawa usaha pemulihan dan pembangunan komuniti mampu digerakkan secara bersama demi manfaat rakyat.

Daripada pemulihan kepada kemahiran, daripada peluang kedua kepada bakti untuk masyarakat.

Inilah komitmen Kerajaan MADANI yang diterjemahkan KDN melalui pendekatan berteraskan rakyat, memperkukuh kesejahteraan komuniti tanpa mengabaikan aspek keselamatan dan pembangunan modal insan.

KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Sumber: Siaran Media, Kementerian Dalam Negeri (KDN), 17 Oktober 2026.

19 Oktober 2026 - YBrs. TKPjR Mahather Smoh, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) t...
19/10/2026

19 Oktober 2026 - YBrs. TKPjR Mahather Smoh, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah menghadiri Perjumpaan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri bersama-sama warga kementerian sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan Malaysia (M*F) yang disiarkan secara langsung bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat RELA Malaysia.

Turut mengikuti siaran langsung tersebut ialah pengarah-pengarah bahagian serta warga kerja Ibu Pejabat RELA Malaysia. Penyertaan ini mencerminkan komitmen warga RELA untuk menghayati amanat kepimpinan negara serta mendukung aspirasi Malaysia MADANI.







19/10/2026

๐๐„๐‘๐‰๐”๐Œ๐๐€๐€๐ ๐˜๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€-๐’๐€๐Œ๐€ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐ƒ๐„๐๐†๐€๐ ๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐Š๐„๐–๐€๐๐†๐€๐

19 Oktober 2026 - Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama-sama warga kementerian bersempena dengan Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan bertempat di Dewan Auditorium, Aras 1, Blok Tengah, Kompleks Kementerian Kewangan.

๐‘น๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ ๐‘ต๐‘ฌ๐‘ฎ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฐ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ต๐‘ป๐‘จ๐‘ต ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ซ๐‘ฐ๐‘จ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ต ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ฒ๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘ซ๐‘ด๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ต ๐‘ฎ๐‘ผ๐‘ต๐‘ป๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘น๐‘จ๐‘ด๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ป ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ช๐‘ผ๐‘ด๐‘จ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ด๐‘จ๐‘บ๐‘จ ๐‘ด๐‘จ๐‘ฑ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘บ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ณ๐‘ผ๐‘ต๐‘ช๐‘ผ๐‘น๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ด๐‘ท๐‘ผ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ป &  ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ฒ๐‘ถ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ...
18/10/2026

๐‘น๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ ๐‘ต๐‘ฌ๐‘ฎ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฐ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ต๐‘ป๐‘จ๐‘ต ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ซ๐‘ฐ๐‘จ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ต ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ฒ๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘ซ๐‘ด๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ต ๐‘ฎ๐‘ผ๐‘ต๐‘ป๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘น๐‘จ๐‘ด๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ป ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ช๐‘ผ๐‘ด๐‘จ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ด๐‘จ๐‘บ๐‘จ ๐‘ด๐‘จ๐‘ฑ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘บ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ณ๐‘ผ๐‘ต๐‘ช๐‘ผ๐‘น๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ด๐‘ท๐‘ผ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ป & ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ฒ๐‘ถ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ป ๐‘ด๐‘จ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต๐‘ฐ ๐‘ฒ๐‘ซ๐‘ต ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

17 Oktober 2026- YBrs. TKPjR Syamsul Badrin bin Mohsin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) diiringi PPjKR Amirul Ikhwan Ahmad Shukri, Pengarah RELA Negeri Kelantan, menghadiri Majlis Perasmian Kampung dan Sekolah Angkat MADANI Kementerian Dalam Negeri Tahun 2026 bertempat di Kampung Gosong dan Sekolah Kebangsaan Jambu Lawar, Machang, Kelantan.

Majlis yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri merupakan sebahagian daripada inisiatif Kerajaan MADANI menerusi peruntukan RM200 juta dalam Belanjawan 2026 bagi meningkatkan kemudahan asas, memperkasa komuniti serta merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dengan luar bandar.

Program di Kampung Gosong diisi dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, antaranya bantuan baik pulih 14 rumah daif, Ziarah Kasih, gotong-royong, perasmian surau dan masjid serta penyerahan bantuan kepada komuniti setempat.

Turut dilaksanakan perasmian Pusat Khidmat Komuniti Jabatan Sukarelawan Malaysia, penyerahan MyKad, kelulusan bantuan e-Kasih, agihan zakat dan sumbangan van jenazah.

Semasa program tersebut, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah memberikan perkhidmatan gunting rambut secara percuma kepada pengunjung ya g hadir di reruai RELA.

Sumber: RELA Negeri Kelantan







Address

Ulu Kelang

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60388703770

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RELA Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to RELA Malaysia:

Shortcuts

Share