Dewan Muslimat PAS Kawasan Tebrau

Directions

Dewan Muslimat PAS Kawasan Tebrau Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Dewan Muslimat PAS Kawasan Tebrau, Political organisation, Ulu Tiram.

07/10/2026

Min sebenarnya rindu lah
Rindu langit biru, awan putih kepuk-kepuk dekat atas. Macam dah lama min tak nampak.

Sekarang bila pandang luar, kalau duduk di Batu Pahat, Bukit Soga tu macam jelas tak jelas je ek. *min confirm lah ni jerebu bukan sebab min rabun tau.

Setakat pagi ini, beberapa kawasan di Johor mencatatkan bacaan IPU tidak sihat. Batu Pahat antara yang tertinggi, diikuti beberapa kawasan seperti Pasir Gudang, Tangkak, Larkin, Pengerang, Kota Tinggi dan Kluang.

Beberapa sekolah di kawasan Negeri Johor hari ni tutup sebab bacaan IPU terlalu tinggi.

So kita semua jangan ambil mudah ya. Kita nak kuat cari rezeki, nak keluar berjalan, nak pergi makan, nak dessert hunting (eh), tapi paru-paru pun kena jaga sekali.

Poster ni beberapa tips kesihatan yang boleh diamalkan sepanjang musim jerebu ni.

Ingat tau

Cuaca kita tak boleh kawal, tapi kita boleh jaga diri. Semoga cepatlah dapat tengok langit biru yang rindu tu semula. ๐Ÿ’™

Btw, betul ke kalau batuk sebab jerebu ni bunyi dia kafh kafh kafh. erm

06/10/2026

TRAGEDI DI SEKOLAH: DMPM GESA SISTEM KESELAMATAN DIKAJI DAN DITAMBAH BAIK

Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menzahirkan rasa dukacita yang mendalam terhadap tragedi yang melibatkan keselamatan anak-anak di institusi pendidikan, termasuk kes terbaharu Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, yang ditemukan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor pada 3 Oktober 2026 sebelum disahkan meninggal dunia. Kes tersebut kini dalam siasatan polis.

Turut pernah dilaporkan kematian baru-baru ini,
Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, pelajar Tingkatan Dua SMK Zaโ€™ba, Kuala Pilah, ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sebelum disahkan meninggal dunia. Kes itu sedang disiasat polis di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, termasuk dakwaan bahawa mangsa dipukul selepas didakwa melanggar peraturan sekolah.

Rentetan insiden ini wajar menjadi peringatan serius bahawa aspek keselamatan murid di sekolah dan asrama perlu dinilai semula secara menyeluruh.

Sekolah sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk anak-anak menuntut ilmu, membina sahsiah dan mengembangkan potensi diri. Ibu bapa menghantar anak ke sekolah dengan kepercayaan bahawa keselamatan mereka berada dalam perhatian dan kawalan pihak yang bertanggungjawab.

Justeru, DMPM menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia supaya melaksanakan audit keselamatan secara menyeluruh dan berkala di semua sekolah serta institusi pendidikan, termasuk:

โ€ข keselamatan bangunan, asrama, tangga, balkoni, longkang dan kawasan berisiko;
โ€ข keberkesanan CCTV dan sistem pemantauan;
โ€ข kecukupan pengawasan guru serta warden;
โ€ข keselamatan aktiviti sukan dan kokurikulum;
โ€ข prosedur pengurusan buli, ancaman, keganasan dan gangguan seksual;
โ€ข sistem aduan murid yang selamat dan berkesan; serta
โ€ข kesiapsiagaan menghadapi kecemasan dan tindakan pantas apabila berlaku insiden.

DMPM juga menyeru agar setiap insiden keselamatan murid tidak hanya dilihat sebagai kes terpencil, sebaliknya dianalisis bagi mengenal pasti kelemahan sistem dan ruang penambahbaikan.

Persoalan yang perlu kita jawab ialah: Apakah sistem sedia ada benar-benar mampu mencegah, mengesan dan bertindak pantas apabila keselamatan seorang anak terancam?

Jangan menunggu satu lagi tragedi untuk kita bertindak.
Keselamatan anak-anak bukan sekadar SOP di atas kertas. Ia mesti diterjemahkan kepada sistem, pemantauan dan tindakan yang benar-benar berfungsi.

DMPM menyeru semua pihak Kementerian Pendidikan, pihak sekolah, guru, warden, ibu bapa dan komuniti untuk bersama-sama memastikan setiap sekolah menjadi ruang yang selamat, terlindung dan kondusif untuk anak-anak kita.

DMPM turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Irene Sofiya serta semua keluarga yang pernah kehilangan anak dalam tragedi berkaitan institusi pendidikan.

๐”๐ฌ๐ญ๐š๐ณ๐š๐ก ๐‡๐š๐ฃ๐ฃ๐š๐ก ๐๐ฎ๐ซ๐ข๐๐š๐ก ๐›๐ญ ๐’๐š๐ฅ๐ฅ๐ž๐ก
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM)
5 Oktober 2026 bersamaan 23 Rabiulakhir 1448-H

06/10/2026

Sejak kecil, dia tak pernah diminta memikul apa-apa.

Pinggan ditinggalkan, ibu yang basuh. "Biarlah, dia kecil lagi."

Kalah pertandingan, dia mengamuk. Ibu pujuk, "Cikgu tu memang tak adil," lalu belikan hadiah.

Setiap kali dia kecewa, ada orang yang datang menyelamatkan.

Kemudian dia meningkat remaja.

Dia membuli kawan. "Budak-budak, biasalah."

Dia menipu. "Saya kenal anak saya."

Dia malas belajar. "Tak apalah, esok-esok ada juga kerjanya."

Satu hari, seorang guru menegurnya kerana biadab. Malam itu, ibu bapanya menulis panjang di media sosial. Gambar guru tersebar. Aduan SISPA dinaikkan.

Guru-guru lain melihat, dan belajar satu perkara.

Lebih selamat jangan tegur.

Jangan sentuh. Jangan tinggikan suara. Masuk kelas, ajar silibus, balik. Perlahan-lahan, sekolah tidak lagi menjadi tempat mendidik. Ia hanya tempat bekerja.

Ya, ada guru yang melampaui batas, dan itu wajib dibetulkan melalui saluran yang betul. Tetapi apabila setiap teguran dianggap penghinaan, tiada siapa lagi yang berani membetulkan anak-anak kita.

Ibu bapa seperti dalam cerita ini ada namanya. Enabler.

Mereka tidak menyuruh anak berbuat salah. Tetapi mereka pastikan anak tidak pernah menanggung akibatnya.

Akhirnya remaja itu membesar tanpa pernah belajar menerima kekalahan.

Sedangkan jiwa remaja sedang bergelora. Emosinya besar. Egonya rapuh. Maruah di depan kawan terasa lebih penting daripada segalanya.

Sehinggalah ada yang berani berkata "tidak" kepadanya. Ada yang lebih hebat daripadanya.

Ada yang mendapat perhatian lebih daripada yang dia dapat. Ada pertelingkahan yang dia kalah, dan dia perlu beralah.

Dia rasa tercabar.

Buat pertama kali, tiada siapa datang menyelamatkan dia.

Bagi kita, kekalahan itu sakit, tetapi boleh dilalui. Bagi dia, kekalahan terasa seperti dihina.

Penghinaan, bagi sesetengah orang, terasa wajib dibalas.

Dari situlah lahirnya dendam.

Dendam yang dipupuk menjadi buli yang dibiarkan, dan akhirnya berakhir dengan jenayah.

Setiap kali berlaku jenayah dalam kalangan remaja, kita kerap memandang ke luar.

Keselamatan sekolah? Pengawasan? Peranan sekolah? Pihak berwajib?

Semuanya wajar dipersoal, dan memang ada yang perlu diperbaiki.

Tetapi ada satu tempat yang jarang kita lihat. Rumah kita sendiri.

Kita sering sangka remaja yang terlibat jenayah datang dari keluarga yang bermasalah, membesar kurang perhatian dan kasih sayang.

Ada benarnya.

Tetapi ada juga yang datang dari rumah seperti anak tadi. Ibu ayah ada. Rumah selesa. Cukup segalanya.

Dia bukan kurang perhatian. Dia terlalu biasa menjadi pusat perhatian. Dia rasa berhak, dan tiada sesiapa boleh lebih daripadanya.

Keluarga itu tidak pecah. Tetapi ia tidak berfungsi sebagai keluarga.

Ibu bapanya memberi segalanya, tetapi terlupa membezakan tiga perkara.

Keperluan: makan, tempat tinggal, kasih sayang. Dia dapat.

Kehendak: menang setiap masa, dibela setiap kali. Dia dapat.

Kepentingan: belajar bertanggungjawab ke atas diri sendiri, belajar menerima kekalahan, belajar menerima teguran.

Itulah satu-satunya yang tidak pernah diberi.

Pada usia remaja, dia sudah tahu beza betul dan salah. Kalah atau ditolak tidak pernah menjadi alasan untuk menyakiti orang lain.

Tetapi kemampuan menerima kekalahan tidak datang sendiri. Ia sebahagian daripada kecerdasan emosi yang perlu dipupuk di rumah, bertahun-tahun sebelum dia melangkah ke sekolah menengah dan alam dewasa.

Keselamatan sekolah boleh diperkukuh. Sistem boleh ditambah baik.

Tetapi tiada sekolah yang mampu membetulkan apa yang rumah enggan ajar.

Berilah anak tanggungjawab. Biarkan mereka belajar kecewa.

Kerana anak yang kita didik hari ini akan menjadi kawan sekelas, rakan sekerja, suami, isteri, ayah dan ibu kepada anak orang lain esok.

Keselamatan anak orang lain juga bermula dari rumah kita.

Nadia Irdina
Exco Penerangan
Ameerah Johor
DMPNJ

๐‰๐„๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹~ Menghayati sirah, meneladani sunnah, membina ummah ~~ Cinta Nabi Menyatukan Hat...
06/10/2026

๐‰๐„๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹

~ Menghayati sirah, meneladani sunnah, membina ummah ~

~ Cinta Nabi Menyatukan Hati ~

JOM DAFTAR SEKARANG

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc8TYKBlegN-2nFC5JgxXhPUtvKK-Cf4-ySR3vm41V87IC3Vg/viewform?usp=header

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐๐ฎ๐๐ฎ๐ค๐ข ๐๐ž๐ง๐ญ๐š๐ค๐ฌ๐ข๐ซ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ญ๐ซ๐ข๐ค๐ฌ ๐๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ๐š๐ง ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ’ (๐Œ๐๐“๐Ÿ’) - 6-8 Oktober 2026- Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Ma...
05/10/2026

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐๐ฎ๐๐ฎ๐ค๐ข ๐๐ž๐ง๐ญ๐š๐ค๐ฌ๐ข๐ซ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ญ๐ซ๐ข๐ค๐ฌ ๐๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ๐š๐ง ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ’ (๐Œ๐๐“๐Ÿ’)

- 6-8 Oktober 2026
- Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains
- Semoga diberi kelapangan hati dan ketajaman minda untuk menjawab soalan.

Sebagai ikhtiar dan tawakkal, Ibu ayah digalakkan membaca doa yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Ibnu Abbas r.a.:

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ููŽู‚ูู‘ู‡ู’ู‡ู ูููŠ ุงู„ุฏูู‘ูŠู†ู ูˆูŽุนูŽู„ูู‘ู…ู’ู‡ู ุงู„ุชูŽู‘ุฃู’ูˆููŠู„ูŽ

Maksudnya: โ€œYa Allah, berikanlah kepadanya kefahaman dalam agama serta ajarkanlah kepadanya tafsiran al-Quran.โ€
(HR Ahmad, Sahih)

Dan juga doa ini:

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุนูŽู„ูู‘ู…ู’ู‡ู ุงู„ู’ุญููƒู’ู…ูŽุฉูŽ

Maksudnya: โ€œYa Allah, ajarkanlah kepadanya hikmah kebijaksanaan.โ€ (HR al-Bukhari)

Ikhlas Dari: Dewan Muslimat PAS Kawasan Tebrau

Team Muslimat Tebrau ๐Ÿ’š๐Ÿซถ๐Ÿป
05/10/2026

Team Muslimat Tebrau ๐Ÿ’š๐Ÿซถ๐Ÿป

KEMBALIKAN SEKOLAH YANG SELAMAT UNTUK ANAK-ANAK KITA
05/10/2026

KEMBALIKAN SEKOLAH YANG SELAMAT UNTUK ANAK-ANAK KITA

KENYATAAN MEDIA
DEWAN ULAMA PAS NEGERI JOHOR (DUPNJ)

QISAS: PENAWAR WAHYU UNTUK MELINDUNGI NYAWA DAN MEMBENDUNG JENAYAH PEMBUNUHAN

1. Tragedi Irene Sofiya menuntut kita bertanya lebih jauh

Dewan Ulamak PAS Negeri Johor (DUPNJ) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamha Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16 tahun, yang meninggal dunia dalam kejadian tragis di sebuah sekolah di Yong Peng.

DUPNJ menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak berkuasa dan menghormati prinsip keadilan serta proses perundangan. Kes tersebut masih dalam siasatan dan motif kejadian belum dipastikan.

Namun tragedi ini menuntut masyarakat bertanya satu persoalan yang lebih besar:

Apakah pendekatan kita terhadap jenayah pembunuhan benar-benar menyentuh akar masalah, atau kita hanya bertindak selepas nyawa menjadi korban?

Pada tahun 2024 sahaja, statistik rasmi merekodkan 237 kes intentional homicide di Malaysia, selain dua kes non-intentional homicide. Ini menunjukkan pembunuhan bukan sekadar isu terpencil, tetapi merupakan ancaman serius terhadap keselamatan nyawa manusia. (Department of Statistics Malaysia)

2. Mengapa manusia menjauh daripada penawar yang diberikan oleh wahyu?

Islam tidak melihat jenayah semata-mata sebagai masalah undang-undang. Jenayah lahir daripada gabungan kerosakan akidah, akhlak, jiwa, keluarga, pendidikan, persekitaran dan sistem sosial.

Sebab itu Islam memberikan pencegahan dari hulu hingga ke hilir:

iman membentuk hati, pendidikan membentuk akhlak, amar makruf nahi mungkar membentuk masyarakat, dan undang-undang menjaga keselamatan manusia.

Apabila seseorang tidak lagi takut kepada Allah, tidak menghormati nyawa manusia dan tidak mempunyai benteng akhlak yang kukuh, undang-undang semata-mata tidak mencukupi.

Persoalannya bukan mengapa manusia takut kepada hukuman semata-mata.

Persoalannya ialah:

Mengapa kita tidak mahu mengambil serius sistem pencegahan jenayah yang telah digariskan oleh wahyu?

3. Allah sendiri menyebut qisas sebagai โ€œkehidupanโ€

Allah SWT berfirman:

ูˆูŽู„ูŽูƒูู…ู’ ูููŠ ุงู„ู’ู‚ูุตูŽุงุตู ุญูŽูŠูŽุงุฉูŒ ูŠูŽุง ุฃููˆู„ููŠ ุงู„ู’ุฃูŽู„ู’ุจูŽุงุจู ู„ูŽุนูŽู„ูŽู‘ูƒูู…ู’ ุชูŽุชูŽู‘ู‚ููˆู†ูŽ

โ€œDan dalam pelaksanaan qisas itu ada jaminan kehidupan bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertakwa.โ€
Surah al-Baqarah, 2:179

Ayat ini sangat jelas.

Allah tidak menggambarkan qisas sebagai sekadar pembalasan. Allah menyebutnya sebagai โ€œhayahโ€ (kehidupan).

Mengapa?

Kerana apabila masyarakat mengetahui bahawa mengambil nyawa secara zalim mempunyai akibat yang amat berat, ia menjadi benteng pencegahan kepada orang lain daripada melakukan pembunuhan.

Qisas bukan budaya membalas dendam.

Qisas ialah keadilan yang dikawal oleh hukum Allah.

4. Qisas bukan sekadar hukuman mati

Salah satu salah faham terbesar terhadap qisas ialah menganggap qisas bermaksud โ€œsetiap pembunuh mesti dibunuhโ€.

Hakikatnya, sistem qisas mempunyai prinsip keadilan dan ruang pengampunan.

Allah SWT berfirman:

ููŽู…ูŽู†ู’ ุนููููŠูŽ ู„ูŽู‡ู ู…ูู†ู’ ุฃูŽุฎููŠู‡ู ุดูŽูŠู’ุกูŒ ููŽุงุชูู‘ุจูŽุงุนูŒ ุจูุงู„ู’ู…ูŽุนู’ุฑููˆูู ูˆูŽุฃูŽุฏูŽุงุกูŒ ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุจูุฅูุญู’ุณูŽุงู†ู

Islam memberikan ruang kepada pihak yang mempunyai hak untuk memaafkan dan menerima diyat mengikut ketetapan syarak.

Ini menunjukkan qisas mempunyai tiga unsur penting:

KEADILAN ~> PENCEGAHAN ~> RAHMAH.

Ia bukan hukuman secara membuta tuli.

5. Islam menjaga nyawa sebelum nyawa menjadi mangsa

Allah SWT berfirman:

ูˆูŽู„ูŽุง ุชูŽู‚ู’ุชูู„ููˆุง ุงู„ู†ูŽู‘ูู’ุณูŽ ุงู„ูŽู‘ุชููŠ ุญูŽุฑูŽู‘ู…ูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุฅูู„ูŽู‘ุง ุจูุงู„ู’ุญูŽู‚ูู‘

โ€œDan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah, kecuali dengan alasan yang benar.โ€
(Surah al-Israโ€™, 17:33)

Ini ialah prinsip asas Islam:

Nyawa manusia adalah suci.

Oleh sebab itu, Islam bukan sahaja menghukum pembunuhan selepas ia berlaku, bahkan membina sistem kehidupan untuk mencegah manusia daripada sampai kepada perbuatan tersebut.

6. Mengapa kita hanya membincangkan hukuman selepas berlaku pembunuhan?

Setiap kali berlaku pembunuhan, masyarakat akan bertanya:

โ€œApakah hukuman kepada pelaku?โ€

Tetapi DUPNJ berpandangan kita juga perlu bertanya:

Apakah sistem yang kita bina untuk mencegah seseorang daripada menjadi pembunuh?

Jika seorang anak hilang rasa takut kepada Allah, apakah pendidikan agama kita mencukupi?

Jika seorang remaja mudah terdedah kepada keganasan, pornografi, buli, budaya kebencian dan kandungan digital yang merosakkan, apakah kawalan sosial dan pendidikan kita memadai?

Jika keluarga semakin rapuh, apakah intervensi kita mencukupi?

Dan apabila jenayah berlaku, adakah hukuman yang ada benar-benar mempunyai kesan pencegahan yang diyakini masyarakat?

Inilah persoalan yang perlu dijawab secara serius.

7. Islam tidak mempertentangkan pencegahan dengan penguatkuasaan

DUPNJ tidak melihat qisas sebagai satu-satunya komponen dalam menangani jenayah.

Sebaliknya, pendekatan Islam terhadap jenayah mesti merangkumi:

Pertama: pendidikan akidah dan takwa sejak awal.

Kedua: pengukuhan institusi keluarga.

Ketiga: pencegahan buli, keganasan dan budaya agresif dalam kalangan pelajar.

Keempat: kawalan terhadap kandungan yang merosakkan akhlak dan pemikiran generasi muda.

Kelima: penguatkuasaan undang-undang yang tegas dan adil.

Keenam: sistem kehakiman yang memastikan pembuktian dan proses perbicaraan dilakukan secara adil.

Ketujuh: apabila syarat-syarat syarak dipenuhi, pelaksanaan hukum qisas sebagai mekanisme perlindungan nyawa.

8. Jangan tunggu lebih banyak keluarga kehilangan anak sebelum kita berani berfikir

Tragedi Irene Sofiya tidak sepatutnya berakhir dengan beberapa hari kemarahan masyarakat sebelum semuanya dilupakan.

Kita perlu mengambil tragedi ini sebagai muhasabah nasional tentang nilai nyawa manusia.

Statistik rasmi memang menunjukkan kes intentional homicide di Malaysia menurun kepada 237 kes pada 2024 berbanding tahun sebelumnya. Namun setiap angka itu sebenarnya mewakili manusia, keluarga, ibu bapa dan kehidupan yang musnah. (Department of Statistics Malaysia)

Satu nyawa pun terlalu mahal untuk kita korbankan.

Sebab itu wahyu menyebut:

โ€œDan dalam qisas itu ada kehidupan.โ€

9. Jangan malu kembali kepada wahyu

Persoalan yang perlu ditanya kepada masyarakat hari ini bukan:

โ€œAdakah kita sudah cukup moden sehingga tidak memerlukan hukum wahyu?โ€

Sebaliknya:

โ€œApakah kita terlalu jauh daripada wahyu sehingga penawar yang Allah berikan untuk menjaga nyawa manusia sendiri kita abaikan?โ€

Kemajuan sebuah negara bukan diukur hanya dengan bangunan tinggi, teknologi canggih dan kecerdasan buatan.

Kemajuan sebenar juga diukur dengan:

Sejauh mana nyawa manusia dilindungi.
Sejauh mana keluarga dipelihara.
Sejauh mana generasi muda dibentuk dengan iman dan akhlak.
Dan sejauh mana keadilan ditegakkan.

DUPNJ menyeru supaya tragedi Irene Sofiya menjadi titik tolak kepada perbincangan yang matang, ilmiah dan serius mengenai pendekatan Islam dalam pencegahan jenayah, termasuk prinsip qisas, diyat dan pencegahan sosial yang digariskan oleh syariah.

Jangan hanya merawat luka selepas jenayah berlaku.
Carilah penawar sebelum lebih banyak nyawa menjadi korban.

Dalam qisas itu ada kehidupan.

DEWAN ULAMAK PAS NEGERI JOHOR (DUPNJ)
5 Oktober 2026

Selamat Menduduki Peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA) bagi para pelajar tingkatan 2 Sekolah-sekolah Menengah ...
05/10/2026

Selamat Menduduki Peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA) bagi para pelajar tingkatan 2 Sekolah-sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor

- 5-7 Oktober 2026
- Semoga diberi kelapangan hati dan ketajaman minda untuk menjawab soalan.

Sebagai ikhtiar dan tawakkal, Ibu ayah digalakkan membaca doa yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Ibnu Abbas r.a.:

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ููŽู‚ูู‘ู‡ู’ู‡ู ูููŠ ุงู„ุฏูู‘ูŠู†ู ูˆูŽุนูŽู„ูู‘ู…ู’ู‡ู ุงู„ุชูŽู‘ุฃู’ูˆููŠู„ูŽ

Maksudnya: โ€œYa Allah, berikanlah kepadanya kefahaman dalam agama serta ajarkanlah kepadanya tafsiran al-Quran.โ€
(HR Ahmad, Sahih)

Dan juga doa ini:

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุนูŽู„ูู‘ู…ู’ู‡ู ุงู„ู’ุญููƒู’ู…ูŽุฉูŽ

Maksudnya: โ€œYa Allah, ajarkanlah kepadanya hikmah kebijaksanaan.โ€ (HR al-Bukhari)

04/10/2026

Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarhamah Irene Sofiya binti Mohd Khairool Faisal atas pemergian insan tersayang menghadap Ilahi.

Adik Irene Sofea, pelajar Tingkatan 4, dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah sekolah menengah di Yong Peng.

Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian. Semoga Allah SWT mengurniakan ketabahan dan kekuatan kepada seluruh ahli keluarga dalam menghadapi ujian kehilangan ini.

Alhamdulillah, DMPK Ayer Hitam mewakili Muslimat PAS Negeri Johor berkesempatan menziarahi keluarga Allahyarhamah di Kampung Parit Selamat, Yong Peng.

Jenazah masih berada di Hospital Batu Pahat dan difahamkan akan dikebumikan selepas Asar, insya-Allah.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, menerima segala amal solehnya, mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya bersama hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Buat seluruh keluarga, semoga dikurniakan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan ini.

Al-Fatihah. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Alhamdulillah. Tahniah atas penganjuran program terbaik ini.
04/10/2026

Alhamdulillah. Tahniah atas penganjuran program terbaik ini.

Address

Ulu Tiram

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Muslimat PAS Kawasan Tebrau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share