Pasukan Polis Marin Perak

  • Home
  • Pasukan Polis Marin Perak
Call Directions Website

Pasukan Polis Marin Perak FACEBOOK RASMI PASUKAN POLIS MARIN PERAK WILAYAH SATU (PDRM)


MARKAS OPERASI PASUKAN POLIS MARIN (MO PPM) KG. TEL: 05-6916999
FAX: 05-6924961

ACHEH WILAYAH 1, 32000, SITIAWAN PERAK DARUL RIDZUAN.

𝐁𝐎𝐓 𝐏𝐔𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐍𝐊𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐆𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐀𝐊𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍 𝟏𝟗𝟖𝟓 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐍 (𝐏𝐏𝐌) 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 KUALA KURAU, 05 Apr...
06/04/2022

𝐁𝐎𝐓 𝐏𝐔𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐍𝐊𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐆𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐀𝐊𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍 𝟏𝟗𝟖𝟓 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐍 (𝐏𝐏𝐌) 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊


KUALA KURAU, 05 April 2022 – Semasa dalam rondaan Op Gelora RH 34 dari Markas Tektikal Pasukan Polis Marin Kuala Kurau Wilayah Satu Perak telah berjaya menahan (4) buah bot nelayan jenis Kenka Berganding iaitu 2 pasangan yang melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat-syarat lesen.

Hasil pemeriksaan lanjut didapati bot berkenaan tersebut telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu pemilik bot tidak mengusahkan sendiri malah menggunakan premit bot lain dan memiliki alat komunikasi tanpa kelulusan dari pihak SKMM turut menggunakan mata keroncong kurang dari 38mm. Bot berkenaan dengan hasil tangkapan ikan anggaran berat 700kg serta (4) orang nelayan warga tempatan ditahan dan dibawa balik ke Martek Kuala Kurau W1 dan seterusnya kes diserah kepada Pegawai Penyiasat Jabatan Perikanan Kuala Kurau, Perak untuk tindakan selanjutnya.

Pasukan Polis Marin akan meneruskan operasi serta rondaan di perairan Perak dalam memastikan masyarakat maritim terutama nelayan supaya tidak menyalahi undang-undang yang telah ditetapkan serta menyeru kepada semua masyarakat nelayan agar dapat menyalurkan sebarang maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang oleh mana-mana bot nelayan kepada pihak PPM Perak untuk di ambil tindakan.

Minuman keras bernilai RM761,580 dirampas, 4 lelaki ditahan
28/01/2022

Minuman keras bernilai RM761,580 dirampas, 4 lelaki ditahan

Manjung: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu merampas 2,442 botol minuman keras tanpa cukai bernilai RM761,580 dalam Ops Kontraban di Segari di sini, hari ini.

21/12/2021



POLIS SIAP SIAGA DAN SEDIA BERKHIDMAT

Polis Diraja Malaysia bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan kawasan yang terjejas akibat banjir.

Seramai 23,000 orang anggota polis telah siap sedia untuk ditugaskan dalam misi menyelamat mangsa bencana di kawasan terlibat dengan mengoptimumkan keperluan logistik sedia ada.

Sumber: Hamzah Zainudin

PASUKAN POLIS MARIN PERAK BERJAYA MENGAGALKAN CUBAAN SELUDUP ROKOK  TAIPING 06 OKTOBER 2021– Seorang pemandu lori yang m...
07/10/2021

PASUKAN POLIS MARIN PERAK BERJAYA MENGAGALKAN CUBAAN SELUDUP ROKOK

TAIPING 06 OKTOBER 2021– Seorang pemandu lori yang mengambil upah untuk menghantar rokok seludup ditahan bersama lebih 336,000 batang rokok jenis kretek dianggarkan bernilai RM 275,520 dalam serbuan di hadapan kawasan perumahan Batu Kurau, Taiping, Perak, semalam.

Rampasan itu dilakukan semasa operasi Op Kontraban oleh Unit Risikan Marin dari Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kg. Acheh (W1), Perak selepas menahan lori berkenaan pada 1.30 tengahari.

Hasil pemeriksaan yang dilakukan menemukan sejumlah rokok yang tidak mempunyai pengesahan bercukai oleh Kastam Diraja Malaysia. Bungkusan rokok itu ditutup dengan guni bagi tujuan mengaburi pihak berkuasa.

Suspek yang berumur 50-an ditahan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping, Perak dan direman untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967.

Pasukan Polis Marin akan tegas dalam melumpuhkan kegiatan penyeludupan ini dan penguatkuasaan terhadap aktiviti ini akan dilakukan secara berterusan. Pihak Pasukan Polis Marin juga memohon kepada semua orang awam untuk tampil menyalurkan apa jua maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan ini.










01/09/2021

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pasukan Polis Marin Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share