Perpustakaan Desa Kampung Raja Bashah

  • Home
  • Perpustakaan Desa Kampung Raja Bashah
Directions Website

Perpustakaan Desa Kampung Raja Bashah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perpustakaan Desa Kampung Raja Bashah, Government Organization, .

Perpustakaan Desa Kampung Raja Bashah merupakan salah satu daripada perbadanan di bawah kerajaan negeri Perak Darul Ridzuan yang ditubuhkan di bawah Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak Bil 4 pada 22 Sept 1977 - pindaan Julai 2005

RAK BUKU BARU DAH PENUH !!Perhatian buat semua pembaca & pengunjung Perpustakaan Desa Kg Raja Bashah ! Koleksi buku baru...
28/10/2026

RAK BUKU BARU DAH PENUH !!

Perhatian buat semua pembaca & pengunjung Perpustakaan Desa Kg Raja Bashah ! Koleksi buku baru yang menarik dah sedia untuk di pinjam & di baca ! Singgah ke perpustakaan dan jadi antara orang pertama yang membaca koleksi baru ini .. Jangan sampai orang lain kebas dulu taw !!

Alhamdulillah, selesai Aktiviti Craft With Paper . Seronok tengok melihat gelak tawa dan semangat anak-anak yang hadir m...
24/10/2026

Alhamdulillah, selesai Aktiviti Craft With Paper . Seronok tengok melihat gelak tawa dan semangat anak-anak yang hadir menghasilkan pelbagai kraf kertas yang comel dan kreatif. Pelbagai rekaan kraf kertas yang menarik telah berjaya dihasilkan dengan penuh kreativiti. Tahniah buat semua peserta !!

Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang menyokong dan membawa anak-anak hadir memeriahkan program ini.

Semoga aktiviti seperti ini dapat mengasah bakat serta mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat.




10/10/2026 - Sabtu Meriah perpustakaan dengan kehadiran adik-adik yang penuh semangat untuk menyertai pelbagai aktiviti ...
13/10/2026

10/10/2026 - Sabtu

Meriah perpustakaan dengan kehadiran adik-adik yang penuh semangat untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik ! Bagi mengisi masa lapang , dua aktiviti telah dijalankan :

1.Aktiviti Kreatif : Emoji Cup
Bagi mengasah bakat seni dan daya imaginasi, adik-adik diajar untuk melukis dan menghias pelbagai ekspresi muka emoji pada cawan kertas masing-masing. Pelbagai gaya dan emosi comel serta kreatifnya adik-adik dapat dilihat hasil daripada cetusan idea masing-masing.

2.Permainan Minda : Penyiasat Memori
Dalam aktiviti ini , adik-adik dicabar untuk menguji daya ingatan, fokus , dan keprihatinan mereka. Mereka perlu melihat dan mengingati kedudukan serta susunan pelbagai barangan di atas meja. Aktiviti bukan sahaja melatih daya ingatan yang kuat, malah memupuk fokus adik-adik . Ternyata ingatan adik-adik kita sangat tajam dan cekap !

Terima kasih diucapkan kepada adik-adik yang hadir dan memeriahkan suasana hari ini. Semoga aktiviti ini dapat menggalakkan lagi kehadiran adik-adik ke perpustakaan untuk belajar sambil bermain !!



💡 JOM Uji Minda !!09/10/2026 - JumaatJom uji pengetahuan anda ! Cuba jawab soalan kuiz ini dan kita  lihat apakah jawapa...
09/10/2026

💡 JOM Uji Minda !!

09/10/2026 - Jumaat

Jom uji pengetahuan anda ! Cuba jawab soalan kuiz ini dan kita lihat apakah jawapan anda tepat !

06/10/2026 - SelasaAlhamdulillah, hari ini berkesempatan ke Tadika Islam Perak Nurul Wardah (TIP Nurul Wardah)Sesi aktiv...
06/10/2026

06/10/2026 - Selasa

Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ke Tadika Islam Perak Nurul Wardah (TIP Nurul Wardah)

Sesi aktiviti pembelajaran dan kraf kreatif bersama adik- adik yang bersemangat. Melalui aktiviti hands-on Paper Face Puppets anak-anak teruja membuat macam-macam ekspresi comel. Senyum lebar masing-masing bila dapat tunjuk kreativiti masing- masing. Adik-adik bukan sahaja dapat mengasah bakat kemahiran motor halus , malah dapat membna keyakinan diri semasa berkongsi hasil kerja mereka .

Terima Kasih kepada cikgu dan adik-adik yang hadir dan memberi kerjasama yang cukup ceria ! Semoga menjadi kenangan manis baut adik-adik !



3/10/2026 - SabtuTerima Kasih kepada adik-adik yang sudi hadir dan memeriahkan hari minggu ini di Perpustakaan Desa Kamp...
03/10/2026

3/10/2026 - Sabtu

Terima Kasih kepada adik-adik yang sudi hadir dan memeriahkan hari minggu ini di Perpustakaan Desa Kampung Raja Bashah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah :

-Building Block- warship, steam train- aktiviti ini dapat mengasah kemahiran pemikiran kritikal, kreativiti, dan penyelesaian masalah dalam kalangan peserta. Peserta dapat bekerjasama membina model binaan secara kreatif sambil merangsang koordinasi tangan dan mata, serta memupuk asas pemikiran teknologi secara interaktif.

-Butterfly Art Explosion - aktiviti ini dapat mengasah kreativiti , kemahiran motor halus , dan seni visual serta peserta juga menunjukkan daya imaginasi yang tinggi.

-Spelling Bee Challenge - aktiviti ini dapat menggalakkan pembelajaran bahasa secara interaktif , membina keyakinan diri, serta menambah kosa kata baharu para peserta. Ia juga dapat memupuk minat terhadap bahasa inggeris dan menguji kemahiran ejaan peserta.

Seronok tengok adik-adik semangat bermain. Adik bukan sahaja dapat meluangkan masa dengan aktiviti yang menguji kemahiran minda tetapi juga dapat mengasah kreativiti !

Semoga aktiviti serperti ini dapat memberi pengalaman yang menyeronokkan! Terima kasih buat semua !


NOTIS PENUTUPAN PERPUSTAKAAN Dimaklumkan bahawa Perpustakaan Desa Siber Ilmu Kg Raja Bashah akan ditutup pada 16 Septemb...
15/09/2026

NOTIS PENUTUPAN PERPUSTAKAAN

Dimaklumkan bahawa Perpustakaan Desa Siber Ilmu Kg Raja Bashah akan ditutup pada 16 September 2026 (Rabu) bersempena Cuti Umum Sambutan Hari Malaysia Tahun 2026. 🇲🇾

Selamat Menyambut Hari Malaysia !! 🇲🇾🇲🇾

SEGALA KESULITAN AMAT DI KESALI .

12/9/2026 - SabtuTerima kasih kepada adik-adik yang sudi hadir dan memeriahkan hujung minggu di Perpustaaan Desa Raja Ba...
12/09/2026

12/9/2026 - Sabtu

Terima kasih kepada adik-adik yang sudi hadir dan memeriahkan hujung minggu di Perpustaaan Desa Raja Bashah !

-Kuiz Kenali Malaysia.
-Kuiz Kemerdekaan Malaysia.
-Kuiz Nama Negeri
-Misi di Perpustakaan
-Permainan Board Games ( Carom, Catur , Lego & Congkak)

Seronok tengok adik-adik semangat menguji minda dan meneroka ilmu . Adik bukan sahaja dapat main permainan tradisional & moden , tapi melalui kuiz-kuiz yang disediakan adik-adik dapat belajar sejarah dan mengetahui makna tentang hari Malaysia yang di sambut setiap tahun pada 16 September !!

Semoga aktiviti seperti ini dapat menyemai rasa cinta akan negara dan memupuk minat membaca . Terima Kasih semua yang hadir !!



Aktiviti Cuti Sekolah !Terima kasih di ucapkan kepada adik-adik yang sudi hadir dan memeriahkan aktiviti cuti sekolah  a...
10/09/2026

Aktiviti Cuti Sekolah !

Terima kasih di ucapkan kepada adik-adik yang sudi hadir dan memeriahkan aktiviti cuti sekolah anjuran Perpustakaan Desa Kg Raja Bashah !

- Stem Project Lava Lamp
- Pertandingan Mewarna Poster Merdeka

Sepanjang aktviti, adik-adik berpeluang meluangkan masa dengan aktiviti yang menyeronokkan. Adik -adik dapat mengenali sains melalui eksperimen ringkas dan melihat sendiri bagaimana tindak balas bahan menghasilkan gelembung yang menarik serta adik-adik dapat menonjolkan kreativiti , imaginasi masing-masing melalui mewarna.

Semoga aktiviti yang dijalankan dapat memberi pengalaman yang menyeronokkan dan menambah ilmu serta mencetuskan minat adik-adik untuk terus belajar. Terima kasih semua yang hadir dan memberi kerjasama yang baik !!


Address


Opening Hours

Tuesday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 14:00
14:00 - 17:30
Friday 09:00 - 12:15
14:45 - 17:30
Saturday 09:00 - 14:00
14:00 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa Kampung Raja Bashah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share