Jabatan Pendidikan Negeri Melaka

  • Home
  • Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
Directions Website

Jabatan Pendidikan Negeri Melaka Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera government organization

23/10/2026

PELAKSANAAN UJIAN BERTUTUR SPM 2026

Calon diingatkan untuk hadir mengikut tarikh, hari dan sidang yang ditetapkan serta mematuhi arahan sepanjang pelaksanaan Ujian Bertutur Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris SPM 2026.

Semoga semua calon dipermudah urusan dan memperoleh kejayaan.

23/10/2026

PERHATIAN CALON SPM 2026

Pastikan persediaan anda lengkap sebelum hadir menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

✅ Bawa dokumen pengenalan diri yang sah seperti Kad Pengenalan Malaysia (MyKad) atau pasport pada setiap hari peperiksaan.

🚫 Patuhi larangan penggunaan peranti elektronik sepanjang peperiksaan, termasuk telefon bimbit, jam pintar, fon telinga, tablet, komputer riba dan cermin mata pintar.

Semak persediaan anda, patuhi arahan peperiksaan dan berikan tumpuan sepenuhnya untuk menjawab setiap kertas dengan tenang.

Selamat Maju Jaya!

𝐉𝐨𝐦 𝐤𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐢𝐭𝐚:𝐌𝐞𝐦𝐚𝐤𝐧𝐚𝐢 𝐇𝐚𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭! 🇲🇾Dapatkan pelbagai perkhidmatan dan informasi daripada Kement...
23/10/2026

𝐉𝐨𝐦 𝐤𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐢𝐭𝐚:
𝐌𝐞𝐦𝐚𝐤𝐧𝐚𝐢 𝐇𝐚𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭! 🇲🇾

Dapatkan pelbagai perkhidmatan dan informasi daripada Kementerian Pendidikan (KPM) yang disediakan untuk anda.

📅 25 Oktober 2026 (Ahad)
⏰ 9:00 pagi – 4:00 petang
📍 Dewan Serbaguna PPR
Sungai Putat, Batu Berendam,
Melaka

Perkhidmatan disediakan:
➡️ Salinan Keputusan Peperiksaan – RM10.00
➡️ Tampalan Sijil SPM – RM100.00
➡️ Terjemahan Salinan Keputusan/Sijil daripada Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris – RM10.00

🔖 Promosi khas Salinan Keputusan Peperiksaan atau Terjemahan Sijil hanya RM10.00 berbanding kadar biasa RM30.00.

📃 Salinan keputusan dijangka dapat dikeluarkan pada hari yang sama selepas bayaran dibuat, tertakluk kepada semakan dan kelulusan Lembaga Peperiksaan.

Jumpa anda di sana!

𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐊𝐎𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐘𝐔 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄-𝟔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔Karnival Koakademik Bahasa...
22/10/2026

𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐊𝐎𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐘𝐔 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄-𝟔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

Karnival Koakademik Bahasa Melayu Kelas Peralihan Peringkat Negeri Melaka Kali Ke-6 Tahun 2026 berlangsung pada 22 Oktober 2026 di Anjung Gemilang, SMK Paya Rumput. Seramai 127 orang murid Kelas Peralihan dari seluruh negeri Melaka menyertai program ini.

Program dirasmikan oleh Pn. Hajah Rubaiya binti Abu Nawas, Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, JPN Melaka dan dihadiri oleh YB Datuk Ronald Gan.

Tahniah kepada SMK Paya Rumput atas penganjuran yang cemerlang, teratur dan profesional. Penghargaan diberikan kepada semua pihak yang berkolaborasi dalam menjayakan program ini.

Tahniah kepada SMJK Notre Dame Convent yang memenangi gelaran Johan Keseluruhan.

Semoga program ini terus menjadi platform untuk mencungkil bakat, meningkatkan keyakinan diri dan memperkasakan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid Kelas Peralihan.

Penyelarasan Program,
Kavitha Kannan


22/10/2026

Ujian Bertutur Bahasa Melayu (UBBM), Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (UBBI) dan Ujian Amali Sains (UAS) bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2026 akan berlangsung bermula 26 Oktober 2026 hingga 18 November 2026. Ujian ini melibatkan 420,911 calon di 3,344 pusat peperiksaan.

Semoga UBBM, UBBI dan UAS berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan buat semua calon.






🏆🚀 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐔𝐍𝐆𝐆𝐔𝐋 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐃𝐀 𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍!Jabatan Pendidikan Negeri Melaka merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syab...
22/10/2026

🏆🚀 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐔𝐍𝐆𝐆𝐔𝐋 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐃𝐀 𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍!

Jabatan Pendidikan Negeri Melaka merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada 𝐒𝐌𝐀 𝐀𝐬𝐬𝐲𝐚𝐤𝐢𝐫𝐢𝐧, 𝐉𝐚𝐬𝐢𝐧, 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚 atas kejayaan meraih 𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐓𝐄𝐑 𝐑𝐎𝐂𝐊𝐄𝐓 (𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇) dalam Karnival STEM Peringkat Kebangsaan 2026.

Kejayaan membanggakan ini telah mengharumkan nama Negeri Melaka menerusi pencapaian:

🥇 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐒𝐡𝐚𝐡𝐞𝐞𝐝 𝐛𝐢𝐧 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐘𝐚𝐭𝐢𝐦
🥇 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐀𝐪𝐢𝐥 𝐛𝐢𝐧 𝐇𝐮𝐳𝐚𝐢𝐥𝐚𝐧

Kejayaan ini mencerminkan kreativiti, daya inovasi, semangat berpasukan dan kesungguhan murid dalam menguasai bidang STEM.

JPN Melaka turut merakamkan penghargaan kepada guru pembimbing, pihak pentadbir sekolah, ibu bapa dan semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan kontinjen Melaka.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan yang berterusan serta menyemarakkan budaya inovasi dalam kalangan murid di Negeri Melaka.

Tahniah, wira STEM Melaka! Terus melakar kejayaan dan mengharumkan nama negeri di persada kebangsaan.

🔴🔵🟡 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐋𝐄𝐑!

𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀
𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐦𝐮𝐭𝐮, 𝐈𝐧𝐬𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤, 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐒𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚.


𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟐𝟑 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐...
22/10/2026

𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟐𝟑 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓)

Semua institusi pendidikan di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPN Melaka) 𝐛𝐞𝐫𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐛𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟐𝟑 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭). Walau bagaimanapun, semua 𝐚𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐤𝐚𝐧 berikutan keadaan jerebu.


21/10/2026

Ikuti temu bual bersama Timbalan Pengarah Sektor Sains dan Matematik, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan (KPM), Dr. Aszunarni Ayob, menerusi program Ruang Bicara di Bernama TV yang akan membincangkan tajuk “RTPMM 2026–2035: Melahirkan Generasi Celik Matematik”.

📅 Tarikh: 21 Oktober 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 9.00 hingga 10.00 malam

Saksikan siaran menerusi Bernama TV di saluran berikut:
📺 Astro 502 | Unifi TV 631 | MYTV 121

Siaran langsung turut boleh diikuti menerusi saluran YouTube Bernama TV:
▶️ https://www.youtube.com/

Tahun Ini, Tahun Kita
“Guru Bitara Nadi Negara”







21/10/2026

MATEMATIK BUKAN SEKADAR MENGIRA, TETAPI MELATIH MINDA UNTUK BERFIKIR! ➕➖

Tahukah anda bahawa penguasaan Matematik bukan hanya tentang menghafal formula atau mendapatkan jawapan yang betul? Sebaliknya, murid perlu menguasai konsep, membuat penaakulan dan mengaplikasikan pengetahuan dalam pelbagai situasi kehidupan.

Tahun Ini, Tahun Kita
“Guru Bitara Nadi Negara”







𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟐𝟐 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐...
21/10/2026

𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟐𝟐 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐊𝐇𝐀𝐌𝐈𝐒)

Semua institusi pendidikan di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPN Melaka) 𝐛𝐞𝐫𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐛𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟐𝟐 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬). Walau bagaimanapun, semua 𝐚𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐤𝐚𝐧 berikutan keadaan jerebu.


Address

Jalan Istana, Bukit Beruang

75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pendidikan Negeri Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share