Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - Sabah

  • Home
  • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - Sabah
Call Directions Website

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - Sabah Laman Rasmi JAKIM SABAH -
Melaksanakan Dakwah, Pendidikan dan Penyelidikan Islam di Negeri Sabah

23/10/2026

JUM PODCAST EPISOD 2 | KADER AGAMA DALAM KEPOLISAN

Bila sebut tentang PDRM, kita pasti terbayang tugas menjaga keselamatan negara. Tapi tahukah anda, Pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM juga turut berkhidmat dalam institusi kepolisan?

Bukan sekadar memberi bimbingan agama, mereka juga memainkan peranan dalam memperkukuh kerohanian, membina sahsiah dan menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan warga PDRM.

Jom ikuti perkongsian menarik bersama Ustazah Nor Dalilah Zakaria untuk kenali dengan lebih dekat peranan kader agama JAKIM dalam PDRM

📺 Saksikan JUM Podcast Episod 2 semua saluran media sosial MY JAKIM





23/10/2026

🎙️ PODCAST CAKAP PASAL ISU SOSIAL (CPS)
ODHA: ANTARA DUA GARISAN

Bagaimana kita memahami, mendekati dan membimbing golongan yang berdepan isu HIV dan AIDS dengan penuh empati, tanpa prejudis serta berlandaskan hikmah?

Jom bersama-sama menyertai Podcast Cakap Pasal Isu Sosial (CPS) anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Malaysia AIDS Council (MAC) bagi membincangkan isu ini secara lebih terbuka, berilmu dan berhemah.

Tarikh: 23 Oktober 2026 (Jumaat)
Masa: 10.00 – 11.00 pagi
Platform: Siaran langsung MyJAKIM di Facebook dan YouTube

BERITA BAIK! SIJIL PENYERTAAN AKAN DIBERIKAN kepada peserta yang mengikuti program ini mengikut ketetapan penganjur.

Luangkan satu jam untuk menambah ilmu, membuka perspektif dan membina kefahaman yang lebih baik terhadap isu sosial dalam masyarakat.

Jangan lupa! Tetapkan peringatan, ajak rakan-rakan dan saksikan siaran langsung ini di saluran media sosial rasmi MyJAKIM.

Mendengar dengan empati, membimbing dengan hikmah.

Council

KUNJUNGAN HORMAT JABATAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN CAWANGAN LABUAN KE JAKIM SABAHKOTA KINABALU, 22 Oktober 2026 - JAKIM ...
23/10/2026

KUNJUNGAN HORMAT JABATAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN CAWANGAN LABUAN KE JAKIM SABAH

KOTA KINABALU, 22 Oktober 2026 - JAKIM Sabah telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan di Pejabat JAKIM Sabah.

Delegasi diketuai oleh Dr. Haji Mohd Aizam bin Mas’od, Timbalan Mufti; Mohd Omar bin Sullahaji, diiringi oleh Ketua Unit Falak; Mohd Rezuan bin Md Nawawi, Ketua Unit Istinbat; Mohamad Salihin bin Hj. Hamden, Ketua Unit Buhuth; Noor Asyikin binti Jaafar, Penolong Pegawai Tadbir; Nur Balqish binti Azman, Unit Komunikasi Korporat; dan Azween Raihanah binti Khamis, Unit Falak.

Kunjungan ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim serta memantapkan kerjasama strategik antara JAKIM Sabah dengan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan.

Pertemuan ini turut membuka ruang untuk bertukar pandangan dan membincangkan peluang kerjasama dalam perkara yang berkaitan hal ehwal Islam serta pelaksanaan program pada masa akan datang.

YBrs. Dr. Baharudin bin Othman, Pengarah JAKIM Sabah, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada delegasi Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan dan berharap agar hubungan baik yang terjalin dapat terus diperkukuh demi memperluas kerjasama dan memberikan manfaat kepada masyarakat Islam di Sabah dan Labuan.







KUNJUNGAN HORMAT GABUNGAN DAKWAH MALAYSIA (GDM) CAWANGAN NEGERI SABAH KE JAKIM SABAHKOTA KINABALU, 22 Oktober 2026 - JAK...
23/10/2026

KUNJUNGAN HORMAT GABUNGAN DAKWAH MALAYSIA (GDM) CAWANGAN NEGERI SABAH KE JAKIM SABAH

KOTA KINABALU, 22 Oktober 2026 - JAKIM Sabah telah menerima kunjungan hormat daripada Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) Cawangan Negeri Sabah di Pejabat JAKIM Sabah.

Delegasi GDM Sabah diketuai oleh Datuk Dr. Haji Mingu bin Haji Jumaan, Pengerusi GDM Sabah, diiringi oleh Tuan Johari Buning Abdullah@Samsuhi, Timbalan Pengerusi GDM Sabah; Norfarihah Izzati Azzahra binti Adnan, Setiausaha GDM Cawangan Negeri Sabah; Mohd. Zulfika bin Sahinin, Penolong Setiausaha GDM Sabah; Haji Amrun bin Derin, Bendahari GDM Sabah; Tuan Hissham Suherman, Ahli GDM Sabah; dan Puan Wong Yue Lee (Elyna), Ahli GDM Sabah.

Kunjungan hormat ini bertujuan memperkenalkan barisan kepimpinan GDM Sabah serta memperkukuh kerjasama dalam usaha membantu memperkasa dakwah dan pembangunan ummah di Sabah.

Pertemuan ini turut membuka ruang untuk bertukar pandangan dan merancang kerjasama strategik bagi pelaksanaan program dakwah pada masa akan datang.

YBrs. Dr. Baharudin bin Othman, Pengarah JAKIM Sabah, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada delegasi GDM Sabah atas kunjungan hormat ini dan berharap agar kerjasama ini dapat diteruskan dan diperkukuh demi manfaat masyarakat serta ummah di Sabah.








🕌 HEBAHAN PROGRAM MIYAWIH KOU ARANIH SO DILALOM ATOI MAITOH (KAMU SEMUA DEKAT DI HATI KAMI) 🕌Berita baik kepada warga Kg...
23/10/2026

🕌 HEBAHAN PROGRAM MIYAWIH KOU ARANIH SO DILALOM ATOI MAITOH (KAMU SEMUA DEKAT DI HATI KAMI) 🕌

Berita baik kepada warga Kg. Tanjung Nipis, Paitan dan warga sekitarnya! JAKIM Sabah dengan kerjasama JHEAINS Daerah Paitan akan mengadakan Program Miyawih Kou Aranih So Dilalom Atoi Maitoh (Kamu Semua Dekat di Hati Kami) pada ketetapan berikut:

🗓️ 24 Oktober 2026M | 13 Jamadilawal 1448H | Sabtu
⏰ 7.00 Pagi - 5.00 Petang
📍 Kg. Tanjung Nipis, Paitan

Semua penduduk kampung dan kawasan sekitar diundang untuk memeriahkan program, jom datang beramai-ramai!





✨ SETINGGI-TINGGI TAHNIAH ✨Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Datuk Haji Norjeli bin Haji Dais, Mantan Pengarah JA...
22/10/2026

✨ SETINGGI-TINGGI TAHNIAH ✨

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Datuk Haji Norjeli bin Haji Dais, Mantan Pengarah JAKIM Sabah, atas penerimaan Anugerah Tokoh Maulidur Rasul S.A.W. Tahun 1448H/2026M Peringkat Daerah Tuaran.

Semoga pengiktirafan ini menjadi tanda penghargaan atas jasa yang telah dicurahkan dalam memartabatkan syiar Islam.

Seluruh warga kerja JAKIM Sabah mendoakan agar Datuk sentiasa dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan keberkatan dalam meneruskan khidmat kepada agama dan masyarakat.

Tahniah dan semoga terus diberkati! 🤲

Tulus ikhlas daripada :
Dr. Baharudin bin Othman
Pengarah dan seluruh warga kerja
JAKIM Sabah






21/10/2026

PROGRAM ZIARAH D'BAYU MADANI JAKIM SABAH DAERAH KENINGAU

18 Oktober 2026 (Ahad) - JAKIM Sabah dengan kerjasama JHEAINS Daerah Keningau dan Masjid Nurul Iman, Kg. Meninipir, Keningau telah mengadakan Program Ziarah D’Bayu Madani JAKIM Sabah Daerah Keningau di Masjid Nurul Iman, Kg. Meninipir, Keningau.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program, antaranya ialah ceramah Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Lutfi bin Ahmadin, PPMD Daerah Sook dan Nabawan, Bengkel Pemantapan Ibadah, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Bengkel Pengurusan Jenazah yang disampaikan oleh Persatuan Sahabat Amal Khairat, Ziarah Kasih, Tazkirah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Haris bin Nain, Kader JAKIM Sekolah Henry Gurney dan Pertandingan Azan serta Hafazan.

Program ini telah dirasmikan oleh Dr. Baharudin bin Othman, Pengarah JAKIM Sabah. Turut hadir, Ustazah Nor Diyana binti Mohamed Rais, Ketua Unit Pengurusan Dakwah JAKIM Sabah, Ustaz Kalana bin Lias, Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Daerah Keningau, Encik Zulkairah Maidin, Pengerusi Masjid Nurul Iman Kg. Meninipir, Encik Matsud bin Salin, JPKK Kg. Meninipir, Encik Mohd Ishar Salimin, Encik Matjabor bin Lasiman, Setiausaha JPKK Kg. Meninipir, Biro Gerakan Pemuda Kg. Meninipir, PPMD Daerah Sook, PMSK Daerah Keningau, PMSK Daerah Tambunan, PMSK Ibu Pejabat dan penduduk Kg. Meninipir, Keningau dan sekitarnya.

Selain itu, Pengarah JAKIM Sabah turut menziarahi ahli kariah Masjid Kampung Meninipir yang baru kehilangan anak sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral kepada keluarga yang sedang berduka. Ziarah ini mencerminkan komitmen JAKIM Sabah dalam menyantuni masyarakat, khususnya mereka yang berhadapan dengan ujian dan kesedihan, di samping mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam komuniti. Semoga keluarga yang ditimpa musibah diberikan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan tersebut.

Program ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada masyarakat, merapatkan silaturahim serta mengukuhkan jalinan kerjasama strategik dengan agensi yang lain. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini diberkati Allah SWT.






21/10/2026
21/10/2026

PROGRAM ZIARAH D'BAYU MADANI JAKIM SABAH DAERAH SOOK

17 Oktober 2026 (Sabtu) - JAKIM Sabah dengan kerjasama JHEAINS Daerah Sook dan Masjid Al-Ikhsan, Kg. Rancangan Belia Tiulon, Sook telah mengadakan Program Ziarah D’Bayu Madani JAKIM Sabah Daerah Sook di Masjid Al-Ikhsan, Kg. Rancangan Belia Tiulon.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program, antaranya ialah ceramah Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang disampaikan oleh Dr. Yusof Jasmin @ Joseph Gimbad, Ketua Penterjemah Al-Quran Etnik Sabah, Bengkel Pemantapan Ibadah, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Bengkel Pengurusan Jenazah yang disampaikan oleh Ustaz Badrul Amin, Daie YADIM Daerah Sook, Ziarah Kasih, sukaneka, Tazkirah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Lutfi bin Ahmadin, PPMD Daerah Sook dan Nabawan dan Malam Kesenian Islam.

Program ini telah dirasmikan oleh Ustazah Nor Diyana binti Mohamed Rais, Ketua Unit Pengurusan Dakwah JAKIM Sabah mewakili Pengarah JAKIM Sabah. Turut hadir, Ustazah Noor Jannah binti Rusinin, Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Daerah Sook, Encik Joilim @ Zainal bin Abidin, Ketua Kampung Rancangan Belia Tiulon, Jawatankuasa Masjid Al-Ikhsan, PPMD Daerah Sook dan Nabawan, PPMD Daerah Keningau, PMSK Daerah Sook, PMSK Ibu Pejabat, Penyelia KAFA Daerah Sook dan penduduk Kg. Rancangan Belia Tiulon dan sekitarnya.

Program ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada masyarakat, merapatkan silaturahim serta mengukuhkan jalinan kerjasama strategik dengan agensi yang lain. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini diberkati Allah SWT.






KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JAKIM SABAH KE KOLEJ KOMUNITI BEAUFORTBEAUFORT, 19 Oktober 2026 - Pengarah Jabatan Kemajuan Is...
19/10/2026

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JAKIM SABAH KE KOLEJ KOMUNITI BEAUFORT

BEAUFORT, 19 Oktober 2026 - Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sabah, YBrs. Dr. Baharudin bin Othman telah mengadakan kunjungan hormat ke Kolej Komuniti Beaufort, hari ini.

Kunjungan tersebut telah disambut mesra oleh Pengarah Kolej Komuniti Beaufort, Ts. Julkifli bin Awang Besar bersama Timbalan Pengarah (Pengurusan), Encik Mohd. Fikri bin Mushidi dan warga kolej.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut adalah barisan pegawai daripada JAKIM Sabah dan Kolej Komuniti Beaufort.

Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk menjalinkan kerjasama strategik antara JAKIM Sabah dan Kolej Komuniti Beaufort serta mengadakan perbincangan berkaitan pengurusan aset kenderaan jabatan.

Pihak JAKIM Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengarah dan seluruh warga Kolej Komuniti Beaufort atas sambutan mesra dan kesudian menerima kunjungan ini. Semoga jalinan kerjasama ini akan terus diperkukuh pada masa akan datang.







Address


Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:30
14:00 - 17:00

Telephone

+6088488641

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share