Majlis Perbandaran Kubang Pasu

  • Home
  • Majlis Perbandaran Kubang Pasu
Call Directions Website Contact the organization

Majlis Perbandaran Kubang Pasu "Ke Arah Perbandaran Bersih-Indah, Makmur dan Selamat"

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 (𝐂𝐋𝐎𝐒𝐈𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆) 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋 𝐃𝐑𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐊𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐍𝐔𝐓𝐑𝐀𝐒𝐄𝐔𝐓𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐃𝐗𝐍 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐂𝐅𝐔...
22/10/2026

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 (𝐂𝐋𝐎𝐒𝐈𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆) 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋 𝐃𝐑𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐊𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐍𝐔𝐓𝐑𝐀𝐒𝐄𝐔𝐓𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐃𝐗𝐍 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐂𝐅𝐔𝟖 𝐃𝐄𝐑𝐀𝐒

Program DERAS di bawah inisiatif Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) melalui Unit Konsultansi dan Fasilitasi Pembangunan (CFU8) merupakan pendekatan strategik dalam memudah cara dan menyelaras urusan pembangunan projek Kilang Nutraceutical DXN.

Kejayaan program ini dapat dilihat melalui pengukuhan kerjasama antara MPKP, pelabur dan pihak perunding, penyelarasan isu teknikal secara bersepadu serta usaha memastikan pelaksanaan projek berjalan mengikut sasaran masa yang ditetapkan.

Inisiatif ini membuktikan komitmen MPKP dalam meningkatkan kecekapan fasilitasi pembangunan, memperkukuh keyakinan pelabur dan menyokong pertumbuhan ekonomi serta pembangunan industri di daerah Kubang Pasu.

Program DERAS — Memudah Cara Pembangunan, Memperkasa Pelaburan, Memacu Kemajuan Kubang Pasu.





🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/.../majlis-perbandaran-kubang-pasu/
📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
📱 WhatsApp Aduan :
https://wa.link/c38jh1

𝗔𝗣𝗟𝗜𝗞𝗔𝗦𝗜 𝗺𝘆𝗖𝘂𝗮𝗰𝗮 𝟯.𝟬𝙈𝙖𝙠𝙡𝙪𝙢𝙖𝙩 𝘾𝙪𝙖𝙘𝙖 𝙙𝙞 𝙃𝙪𝙟𝙪𝙣𝙜 𝙅𝙖𝙧𝙞, 𝙆𝙚𝙨𝙞𝙖𝙥𝙨𝙞𝙖𝙜𝙖𝙖𝙣 𝙎𝙚𝙥𝙖𝙣𝙟𝙖𝙣𝙜 𝙈𝙖𝙨𝙖
20/10/2026

𝗔𝗣𝗟𝗜𝗞𝗔𝗦𝗜 𝗺𝘆𝗖𝘂𝗮𝗰𝗮 𝟯.𝟬
𝙈𝙖𝙠𝙡𝙪𝙢𝙖𝙩 𝘾𝙪𝙖𝙘𝙖 𝙙𝙞 𝙃𝙪𝙟𝙪𝙣𝙜 𝙅𝙖𝙧𝙞, 𝙆𝙚𝙨𝙞𝙖𝙥𝙨𝙞𝙖𝙜𝙖𝙖𝙣 𝙎𝙚𝙥𝙖𝙣𝙟𝙖𝙣𝙜 𝙈𝙖𝙨𝙖

𝗔𝗣𝗟𝗜𝗞𝗔𝗦𝗜 𝗺𝘆𝗖𝘂𝗮𝗰𝗮 𝟯.𝟬

𝙈𝙖𝙠𝙡𝙪𝙢𝙖𝙩 𝘾𝙪𝙖𝙘𝙖 𝙙𝙞 𝙃𝙪𝙟𝙪𝙣𝙜 𝙅𝙖𝙧𝙞, 𝙆𝙚𝙨𝙞𝙖𝙥𝙨𝙞𝙖𝙜𝙖𝙖𝙣 𝙎𝙚𝙥𝙖𝙣𝙟𝙖𝙣𝙜 𝙈𝙖𝙨𝙖

myCuaca Versi 3.0 merupakan aplikasi mudah alih rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) yang telah diluncurkan pada 13 Oktober 2026. Versi terkini ini menampilkan reka bentuk antaramuka yang lebih mesra pengguna, fungsi personalisasi serta penyampaian maklumat cuaca berasaskan lokasi bagi memberikan pengalaman penggunaan yang lebih mudah, interaktif dan informatif.

Aplikasi ini menyediakan maklumat ramalan cuaca dan amaran cuaca bagi seluruh Malaysia, sekali gus membantu orang ramai merancang aktiviti harian, membuat persediaan menghadapi perubahan cuaca serta meningkatkan tahap kesedaran dan kesiapsiagaan terhadap risiko cuaca.

Melalui penambahbaikan ini, MET Malaysia terus memperkukuh penyampaian maklumat meteorologi secara digital agar lebih mudah diakses, pantas dan relevan dengan keperluan masyarakat, selaras dengan usaha meningkatkan keselamatan awam serta membina komuniti yang lebih berdaya tahan terhadap bencana berkaitan cuaca.

Pautan Muat Turun Aplikasi
GAMMA: https://gamma.malaysia.gov.my/appdetails/35
iOS: https://apps.apple.com/my/app/mycuaca/id955289490
Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.met.mycuaca&hl=en&gl=US

Orang ramai digalakkan untuk memuat turun aplikasi myCuaca atau layari laman web rasmi www.met.gov.my bagi mendapatkan maklumat dan amaran cuaca terkini.








𝐉𝐎𝐌 𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐁𝐔𝐃𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐃𝐈 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍𝐉𝐈𝐓𝐑𝐀 – Orang ramai dijemput hadir memeriahka...
20/10/2026

𝐉𝐎𝐌 𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐁𝐔𝐃𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐃𝐈 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍

𝐉𝐈𝐓𝐑𝐀 – Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Malam Kebudayaan dan Kesenian Islam 2026 dengan kerjasama Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) yang akan berlangsung pada 30 Oktober 2026 (Jumaat), bermula jam 3.00 petang hingga 12.00 tengah malam bertempat di Dataran Darulaman.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan, antaranya Malam Selawat, persembahan nasyid kontemporari, pelupusan Al-Quran, Ride Dakwah, pameran agensi dan jualan makanan. Program ini turut menawarkan cabutan bertuah kepada pengunjung.

Orang ramai dijemput hadir bersama keluarga dan rakan-rakan bagi memeriahkan program ini, di samping menghayati keindahan kebudayaan dan kesenian Islam serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.





🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/.../majlis-perbandaran-kubang-pasu/
📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
📱 WhatsApp Aduan :
https://wa.link/c38jh1

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda binti Mohamad Ariff, Raja Pua...
19/10/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍

Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda binti Mohamad Ariff, Raja Puan Muda Kedah pada 19 Oktober 2026M bersamaan 18 Jamadilawal 1448H.

Sempena hari yang penuh keberkatan ini, patik-patik sekalian mendoakan semoga Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Kedah dikurniakan kesihatan yang sempurna, dipanjangkan usia, serta sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT.

Sembah Takzim Daripada Yang Dipertua, Setiausaha, Ahli Majlis Serta Seluruh Warga Kerja Majlis Perbandaran Kubang Pasu.





🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/.../majlis-perbandaran-kubang-pasu/
📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
📱 WhatsApp Aduan :
https://wa.link/c38jh1

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐇𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐁𝐌𝐒 𝐈𝐒𝐎 𝟑𝟕𝟎𝟎𝟏:𝟐𝟎𝟐𝟓𝐀𝐋𝐎𝐑 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐑 – Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) ...
15/10/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐇𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐁𝐌𝐒 𝐈𝐒𝐎 𝟑𝟕𝟎𝟎𝟏:𝟐𝟎𝟐𝟓

𝐀𝐋𝐎𝐑 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐑 – Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) telah mengadakan Majlis Penutupan Kursus Pemahaman dan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS) ISO 37001:2025 yang berlangsung pada 13 hingga 15 Oktober 2026 di Raia Hotel & Convention Centre. Majlis penutupan tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Junaidi bin Abdul Rani @ Abdul Ghani, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu. Kursus ini bertujuan meningkatkan kefahaman warga kerja terhadap pengurusan anti-rasuah, pematuhan integriti, tadbir urus yang baik serta langkah pencegahan rasuah dalam organisasi.

Pihak pengurusan tertinggi MPKP berharap agar semua peserta dapat memahami ilmu dan pengetahuan yang diperoleh sepanjang kursus serta menterjemahkannya melalui amalan kerja yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas masing-masing. Penerapan nilai integriti ini amat penting bagi memperkukuh budaya kerja yang bebas daripada rasuah, meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam serta memastikan nama baik dan reputasi Majlis Perbandaran Kubang Pasu sentiasa terpelihara.





🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/.../majlis-perbandaran-kubang-pasu/
📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
📱 WhatsApp Aduan :
https://wa.link/c38jh1

𝐌𝐏𝐊𝐏 - 𝐅𝐑𝐈𝐌 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐊𝐎𝐊 𝐓𝐄𝐃𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐊𝐎𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐈𝐒𝐈𝐊𝐎𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈 – Majlis Perbandaran Kuban...
15/10/2026

𝐌𝐏𝐊𝐏 - 𝐅𝐑𝐈𝐌 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐊𝐎𝐊 𝐓𝐄𝐃𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐊𝐎𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐈𝐒𝐈𝐊𝐎

𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈 – Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menganjurkan Kursus Penyelenggaraan Pokok Teduhan dan Pemeriksaan Pokok Berisiko MPKP-FRIM yang berlangsung pada 11 hingga 14 Oktober 2026 di Langkawi. Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta kompetensi peserta dalam aspek pengurusan, penyelenggaraan dan pemeriksaan pokok, khususnya di kawasan bandar, bagi memastikan keselamatan orang awam serta kelestarian persekitaran sentiasa terpelihara.

Kursus ini merangkumi sesi kuliah dan amali yang disampaikan oleh Dr. Ahmad Nazarudin bin Mohd Roseli, Cik Norsham Suhaina binti Yaakob dan En. Abdul Hayat bin Mat Saad, Certified Arborist (CA) dari FRIM. Antara pengisian kuliah ialah taklimat asas pokok teduhan, risiko dan keselamatan kerja serta penilaian tanah dan kesannya terhadap kesihatan pokok. Sesi amali p**a melibatkan pemeriksaan visual pokok yang merangkumi struktur batang, dahan dan akar, pengenalpastian kecacatan serta tanda bahaya, di samping penilaian pokok berisiko dan kaedah membuat keputusan tindakan. Peserta turut didedahkan kepada pengurusan dan penyelenggaraan pokok bandar serta pemeriksaan menggunakan teknologi PiCUS Sonic Tomograph bagi membantu menilai keadaan dalaman pokok.

Penganjuran kursus ini diharap dapat memperkukuh keupayaan warga kerja MPKP dalam melaksanakan pengurusan pokok secara lebih sistematik, berkesan dan berasaskan pengetahuan teknikal. Pendedahan melalui kuliah, latihan amali dan demonstrasi ini juga menjadi langkah penting dalam meningkatkan keupayaan mengenal pasti risiko pokok serta menentukan tindakan penyelenggaraan yang bersesuaian. Usaha ini selaras dengan komitmen MPKP untuk memastikan persekitaran bandar yang selamat, hijau dan lestari, di samping meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.





🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/.../majlis-perbandaran-kubang-pasu/
📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
📱 WhatsApp Aduan :
https://wa.link/c38jh1

𝑴𝑷𝑲𝑷 𝑷𝒆𝒓𝒌𝒖𝒌𝒖𝒉 𝑰𝒏𝒕𝒆𝒈𝒓𝒊𝒕𝒊 𝑾𝒂𝒓𝒈𝒂 𝑲𝒆𝒓𝒋𝒂 𝑴𝒆𝒏𝒆𝒓𝒖𝒔𝒊 𝑲𝒖𝒓𝒔𝒖𝒔 𝑷𝒆𝒎𝒂𝒉𝒂𝒎𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝑷𝒆𝒍𝒂𝒌𝒔𝒂𝒏𝒂𝒂𝒏 𝑺𝒊𝒔𝒕𝒆𝒎 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒕𝒊-𝑹𝒂𝒔𝒖𝒂𝒉 (𝑨𝑩𝑴𝑺) 𝑰𝑺𝑶 3...
13/10/2026

𝑴𝑷𝑲𝑷 𝑷𝒆𝒓𝒌𝒖𝒌𝒖𝒉 𝑰𝒏𝒕𝒆𝒈𝒓𝒊𝒕𝒊 𝑾𝒂𝒓𝒈𝒂 𝑲𝒆𝒓𝒋𝒂 𝑴𝒆𝒏𝒆𝒓𝒖𝒔𝒊 𝑲𝒖𝒓𝒔𝒖𝒔 𝑷𝒆𝒎𝒂𝒉𝒂𝒎𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝑷𝒆𝒍𝒂𝒌𝒔𝒂𝒏𝒂𝒂𝒏 𝑺𝒊𝒔𝒕𝒆𝒎 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒕𝒊-𝑹𝒂𝒔𝒖𝒂𝒉 (𝑨𝑩𝑴𝑺) 𝑰𝑺𝑶 37001:2025

ALOR SETAR – Unit Integriti Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) telah menganjurkan Kursus Pemahaman dan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS) ISO 37001:2025 pada 13 hingga 15 Oktober 2026 bertempat di Raia Hotel & Convention Centre. Kursus selama tiga hari ini bertujuan meningkatkan kefahaman warga kerja MPKP mengenai standard pengurusan anti-rasuah, pematuhan integriti, tatakelola yang baik serta langkah-langkah pencegahan rasuah. Sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh En. Mohd Kamal Fitri bin Mohd Ghazali.

Penganjuran kursus ini mencerminkan komitmen berterusan MPKP dalam memperkukuh budaya kerja yang telus, berintegriti dan bebas daripada rasuah. Melalui ilmu serta kemahiran yang diperoleh, warga kerja MPKP diharapkan dapat mengaplikasikan amalan terbaik dalam tugas harian, sekali gus memperkukuh sistem kawalan dalaman dan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, beretika dan bertanggungjawab.





🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/.../majlis-perbandaran-kubang-pasu/
📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
📱 WhatsApp Aduan :
https://wa.link/c38jh1

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐃𝐄𝐋𝐄𝐆𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐏𝐊𝐏 𝐊𝐄 𝐌𝐏𝐒 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐎𝐍𝐆𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐈𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐈𝐒𝐈𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐏𝐈𝐍...
09/10/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐃𝐄𝐋𝐄𝐆𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐏𝐊𝐏 𝐊𝐄 𝐌𝐏𝐒 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐎𝐍𝐆𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐈𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐈𝐒𝐈𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐏𝐈𝐍𝐓𝐀𝐑

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐘𝐀𝐍𝐆 – Majlis Perbandaran Selayang (MPS) hari ini menerima lawatan kerja rasmi daripada delegasi Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) bertempat di Ibu Pejabat MPS, Selayang.
​Lawatan delegasi MPKP tersebut bertujuan untuk meneliti, berkongsi pandangan, serta mempelajari amalan terbaik pengurusan perbandaran, khususnya dalam aspek penambahbaikan perkhidmatan awam dan penerapan teknologi bandar pintar (smart city).

​Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat khas mengenai pengoperasian Pusat Kawalan Perbandaran (Command Centre) MPS. Pihak MPS memberi pendedahan menyeluruh mengenai fungsi Command Centre yang berperanan sebagai pusat pemantauan bersepadu bagi pelbagai aspek perbandaran. Melalui penggunaan sistem pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) secara real-time, analisis data berpusat, dan pengurusan respons aduan awam yang lebih pantas, pihak MPS berjaya meningkatkan kecekapan kawalan keselamatan serta pengurusan lalu lintas di kawasan pentadbiran mereka.
​
​Delegasi MPKP turut dibawa melawat pelbagai kemudahan serta prasarana perbandaran yang disediakan oleh MPS. Lawatan ini memberi peluang kepada MPKP untuk melihat secara dekat pelaksanaan pengurusan kemudahan awam, fasiliti sukan, kawasan rekreasi, serta infrastruktur digital yang dibangunkan untuk keselesaan penduduk tempatan. MPKP menyifatkan penyediaan kemudahan MPS sebagai model penandaarasan yang berkesan untuk diaplikasikan di daerah Kubang Pasu.

​Di samping lawatan kemudahan, kedua-dua pihak PBT telah mengadakan sesi perbincangan meja bulat berfokuskan pembangunan Bandar Pintar (Smart City). Antara topik utama yang dibincangkan termasuklah pengurusan pepejal dan alam sekitar serta penggunaan teknologi pintar dalam sistem pengutipan sampah serta pemantauan pencemaran.

​Strategi Pembangunan Sosioekonomi: Usaha memperkasakan ekonomi tempatan menerusi infrastruktur berteknologi tinggi dan kerjasama strategik. Pengerusi delegasi MPKP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MPS atas sudi menerima kunjungan dan berkongsi kepakaran. Lawatan kerja ini dijangka dapat memperkukuhkan lagi hubungan kerjasama dua hala antara kedua-dua PBT demi memajukan perkhidmatan perbandaran demi kesejahteraan rakyat.





Portal : https://pbt.kedah.gov.my/.../majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
WhatsApp Aduan :
https://wa.link/c38jh1

𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐒 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇, 𝐁𝐀𝐑𝐔𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐒𝐀 𝐍𝐀𝐊 𝐆𝐔𝐍𝐀!Tandas awam yang bersih bermula dengan sikap setiap pengguna. Amalkan etika ...
08/10/2026

𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐒 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇, 𝐁𝐀𝐑𝐔𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐒𝐀 𝐍𝐀𝐊 𝐆𝐔𝐍𝐀!

Tandas awam yang bersih bermula dengan sikap setiap pengguna. Amalkan etika penggunaan tandas dengan mengepam selepas digunakan, membuang sampah ke dalam tong yang disediakan, menggunakan air dan tisu secara berhemah serta mencuci tangan sebelum dan selepas menggunakan tandas.

Pada masa yang sama, elakkan mencangkung di atas tandas duduk, merokok atau menghisap v**e, dan pastikan tandas ditinggalkan dalam keadaan bersih demi keselesaan serta keselamatan pengguna lain.

Setiap tindakan kecil memberi impak besar. Bersama-sama kita jadikan tandas awam sentiasa bersih, selesa dan kondusif untuk semua.





Portal : https://pbt.kedah.gov.my/.../majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
WhatsApp Aduan :
https://wa.link/c38jh1

Address


Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049183340

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perbandaran Kubang Pasu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Perbandaran Kubang Pasu:

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share