Puspen Perlop Perak

  • Home
  • Puspen Perlop Perak
Call Directions Website Contact the organization

Puspen Perlop Perak "DASAR MUSUH NO.1 NEGARA"
"KEPULIHAN ANDA BERMULA DI SINI"
Sekiranya tuan/puan ada sebarang pertanya

Pengarah, Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Perlop, Agensi Antidadah Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri, 31110 Sungai Siput (U), Perak Darul Ridzuan

Biar gambar berbicara. Simpan sini sebagai ingatan.Program Pengukuhan Pasukan Puspen Perlop Perak.Mengeratkan hubungan- ...
10/10/2026

Biar gambar berbicara. Simpan sini sebagai ingatan.

Program Pengukuhan Pasukan Puspen Perlop Perak.

Mengeratkan hubungan- komunikasi lebih berkesan
Memantapkan kerjasama antara unit dan yang paling penting kami memahami pentingnya menjaga kesihatan mental.

Jauh dari kesibukan rutin di Puspen Perlop , kami menikmati alam dengan pengisian yang memberi makna setiakawan, semangat berpasukan dan mencipta momen berharga selagi ada bersama.

Terima kasih semua yang menjadikan program ini realiti & 'memorable' , penghargaan juga kepada pengurusan tertinggi meluluskan permohonan kami ☺️


🌸 SELAMAT DATANG & SELAMAT MENJALANI LATIHAN INDUSTRI 🌸Dengan penuh sukacita, kami mengalu-alukan kehadiran dua orang ma...
06/10/2026

🌸 SELAMAT DATANG & SELAMAT MENJALANI LATIHAN INDUSTRI 🌸

Dengan penuh sukacita, kami mengalu-alukan kehadiran dua orang mahasiswa daripada Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) sebagai pelajar latihan industri di PUSPEN Perlop.

Semoga sepanjang tempoh latihan ini, anda memperoleh pengalaman, ilmu dan kemahiran yang bermakna serta dapat membina keyakinan diri dalam melangkah ke alam kerjaya.

✨ Selamat datang ke keluarga kami!
🤝 Belajar, berkembang dan cipta pengalaman bersama.

Selamat menjalani latihan industri dan semoga terus cemerlang! 🌷

KURSUS PEMERIKSAAN FIZIKAL PUSPEN PERLOP TAHUN 2026 DENGAN KERJASAMA JABATAN PENJARA MALAYSIA TARIKH : 22 SEPTEMBER 2026...
23/09/2026

KURSUS PEMERIKSAAN FIZIKAL PUSPEN PERLOP TAHUN 2026 DENGAN KERJASAMA JABATAN PENJARA MALAYSIA

TARIKH : 22 SEPTEMBER 2026
MASA : 8.30 PAGI - 4.00 PETANG
TEMPAT : PUSPEN PERLOP
PESERTA : PEGAWAI DAN ANGGOTA PUSPEN PERLOP

"MEMPERKUKUHKAN KEMAHIRAN, MENINGKATKAN PROFESIONALISME DALAM PENGURUSAN KLIEN"






Alhamdulillah, selesai sudah Ceramah Sempena Maulidur Rasul 1448H anjuran PUSPEN Perlop dengan kerjasama YADIM.Setinggi-...
27/08/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Ceramah Sempena Maulidur Rasul 1448H anjuran PUSPEN Perlop dengan kerjasama YADIM.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada AF Ustaz Mohd Fadhil bin Mohd Sayuti, Zamalah YADIM Negeri Perak atas perkongsian ilmu yang penuh manfaat dan inspirasi.

Terima kasih juga kepada semua yang telah hadir serta menjayakan program ini. Semoga segala ilmu yang dikongsikan menjadi pedoman dalam kehidupan dan meningkatkan lagi rasa cinta kepada Rasulullah SAW.

Semoga kita dipertemukan lagi dalam program-program ilmu yang akan datang, insya-Allah.

PERTANDINGAN LAGU PATRIOTIK SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2026
27/08/2026

PERTANDINGAN LAGU PATRIOTIK SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2026

🇲🇾 PERTANDINGAN KAWAD KAKI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2026 🇲🇾Alhamdulillah, Pertandingan Kawad Kaki Sempena Bulan Kemerde...
27/08/2026

🇲🇾 PERTANDINGAN KAWAD KAKI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2026 🇲🇾

Alhamdulillah, Pertandingan Kawad Kaki Sempena Bulan Kemerdekaan Peringkat PUSPEN PERLOP telah berlangsung dengan jayanya pada 26 Ogos 2026 (Rabu).

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua kontinjen, peserta, urus setia serta pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan pertandingan ini. Semangat disiplin, kerjasama dan patriotisme yang dipamerkan amat membanggakan.

Semoga semangat kemerdekaan terus mekar dalam jiwa kita semua.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾

HEBAHAN TAWARAN SEBUT HARGAAdalah dimaklumkan bahawa tawaran sebut harga bagi Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Paip dan Si...
06/08/2026

HEBAHAN TAWARAN SEBUT HARGA

Adalah dimaklumkan bahawa tawaran sebut harga bagi

Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Paip dan Sistem Kumbahan serta Kerja-Kerja Berkaitan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Perlop, Sungai Siput (U), Perak kini dibuka.

Kontraktor yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan adalah dipelawa untuk menyertai tawaran ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.

ISU TULAR PENGHUNI PUSPEN MELARIKAN DIRIAgensi Antidadah Kebangsaan (AADK) ingin memaklumkan pada Jumaat lepas telah ber...
30/07/2026

ISU TULAR PENGHUNI PUSPEN MELARIKAN DIRI

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) ingin memaklumkan pada Jumaat lepas telah berlaku insiden kelarian empat orang penghuni Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Perlop, Perak.
AADK ingin mengesahkan bahawa keempat-empat orang penghuni tersebut telah berjaya ditangkap semula di sekitar daerah Sungai Siput dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan penduduk kampung.

Lanjutan daripada kejadian itu, tersebarnya mesej mendakwa penghuni tersebut berada di sekitar Bandar Baru Bangi dan dianggap berbahaya kepada orang ramai sekali gus telah menimbulkan keresahan kepada penduduk di kawasan tersebut. Mesej yang tular tersebut adalah *PALSU* berikutan kesemua penghuni tersebut hanya melarikan diri dan berada di sekitar daerah Sungai Siput, Perak sebelum ditangkap semula.








22/07/2026

Address


Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:30 - 17:00

Telephone

+6055911686

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puspen Perlop Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Puspen Perlop Perak:

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share