Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak - Rasmi

  • Home
  • Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak - Rasmi
Call Directions Website Contact the organization

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak - Rasmi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak adalah salah satu agensi Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Bertanggungjawab melaksanakan program belia, sukan dan rakan muda di peringkat akar umbi.

KLAS SENI BELA DIRI PERINGKAT BAHAGIAN KAPIT 2026 (SESI 1) MERIAHKAN SUASANA DI SMK KAPITDisediakan oleh :MCG,PBSBKPTKAP...
12/11/2026

KLAS SENI BELA DIRI PERINGKAT BAHAGIAN KAPIT 2026 (SESI 1) MERIAHKAN SUASANA DI SMK KAPIT

Disediakan oleh :MCG,PBSBKPT

KAPIT, 12 November 2026 – Program KLAS Seni Bela Diri Peringkat Bahagian Kapit 2026 (Sesi 1) telah berjaya dilaksanakan bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kapit.Program ini memberi pendedahan dan peluang kepada para peserta untuk mempelajari asas seni bela diri menerusi dua disiplin utama, iaitu Silat dan Taekwondo.

Pelaksanaan program ini merupakan hasil kerjasama antara Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit bersama Rajang Taekwondo Club dan Pertubuhan Seni Silat Helang Putih Perkasa Cawangan Kapit yang bertindak sebagai rakan kerjasama dalam menyediakan tenaga pengajar serta bimbingan kepada para peserta.

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan seni bela diri kepada golongan belia, di samping membentuk disiplin diri, meningkatkan keyakinan, memupuk semangat kerjasama serta menggalakkan amalan gaya hidup aktif dan sihat.

Diharapkan melalui pelaksanaan program KLAS Seni Bela Diri ini, lebih ramai golongan belia akan berminat untuk menyertai aktiviti seni bela diri serta menjadikan sukan sebagai salah satu medium pembangunan sahsiah dan kecergasan diri.




ARPRM Platform Perkasa Kepimpinan dan Kesukarelawanan RemajaDisediakan oleh : PCES, JBSN SarawakKUCHING, 12 November 202...
12/11/2026

ARPRM Platform Perkasa Kepimpinan dan Kesukarelawanan Remaja

Disediakan oleh : PCES, JBSN Sarawak

KUCHING, 12 November 2026 – Seramai 91 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Lintang telah menyertai Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) sempena International Lighthouse Lightship Weekend Camp pada 7 November 2026 bertempat di Sumiran Eco Camp, Batu Kawa. Taklimat disampaikan oleh Puan Joyce Anyie dari Unit Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching bagi memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai matlamat, pelaksanaan dan manfaat penyertaan dalam ARPRM.

Taklimat ini turut memberi penekanan kepada pembangunan potensi diri, kepimpinan, kesukarelawanan serta penglibatan aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Penganjuran taklimat ini diharapkan dapat meningkatkan minat golongan remaja untuk menyertai ARPRM, sekali gus melahirkan generasi yang berdisiplin, berkemahiran dan mempunyai semangat kepimpinan serta tanggungjawab sosial.







27 JUBAH, SATU TEKAD: DEMI BELIA SARAWAKDisediakan oleh: RJH, JBSN SarawakSEREMBAN, 11 November 2026 – Seramai 27 peneri...
11/11/2026

27 JUBAH, SATU TEKAD: DEMI BELIA SARAWAK

Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak

SEREMBAN, 11 November 2026 – Seramai 27 penerima dari Sarawak diraikan dalam Majlis Pentauliahan Profesionalisme Kerja Belia Kali Ketiga 2026 di Royale Chulan Seremban, Negeri Sembilan, sekali gus melakar detik membanggakan buat pembangunan belia negeri.

Turut menerima pentauliahan ialah Tuan Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, yang bersama para penerima meraikan pengiktirafan dalam bidang kerja belia.

Dengan jubah biru bersulam keemasan, keceriaan jelas terpancar pada wajah para penerima. Setiap senyuman membawa makna tersendiri, menandakan penghargaan terhadap usaha memperkukuh ilmu, kemahiran dan profesionalisme untuk menyantuni generasi muda.

Pentauliahan ini diharapkan menjadi pemangkin kepada perkhidmatan lebih berkualiti, pendekatan lebih berkesan serta komitmen berterusan dalam memperkasa potensi belia di seluruh Sarawak.

Kebersamaan kepimpinan jabatan dan para penerima turut menyerlahkan semangat untuk terus belajar, meningkatkan keupayaan diri serta menggalas amanah pembangunan belia dengan penuh tanggungjawab.

Tahniah kepada kesemua 27 penerima atas kejayaan pentauliahan ini! Semoga ilmu yang diraih menjadi bekalan untuk mencipta lebih banyak perubahan bermakna.

Hari ini menyarung jubah kebanggaan, esok menyambung khidmat bakti.






SEMANGAT MEMBARA KONTINJEN WARGA EMAS SARAWAKDisediakan oleh: RJH, JBSN SarawakKUCHING, 11 November 2026 – Majlis Penyer...
11/11/2026

SEMANGAT MEMBARA KONTINJEN WARGA EMAS SARAWAK

Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak

KUCHING, 11 November 2026 – Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Sarawak ke Liga Sukan Warga Emas Peringkat Kebangsaan 2026 telah berlangsung di Auditorium, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak pada hari ini.

Majlis telah dirasmikan oleh Puan Hafizah binti Dahlan, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Turut hadir ialah Puan Fatimah binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, JBSN Sarawak.

Majlis tersebut menyemarakkan semangat kontinjen negeri menjelang pertandingan pada 14 November 2026 yang melibatkan tiga acara, iaitu petanque, dart dan tenpin boling.

Penyerahan bendera menjadi simbol amanah serta harapan agar kontinjen Sarawak menampilkan prestasi terbaik dengan semangat kesukanan yang tinggi. Sokongan ini diharapkan dapat meningkatkan keyakinan peserta untuk membawa cabaran negeri dengan penuh semangat serta menjunjung nilai perpaduan dan kerjasama sepanjang kejohanan peringkat kebangsaan berlangsung.

Penyertaan ini turut mencerminkan komitmen menggalakkan warga emas kekal aktif, sihat dan berdaya saing menerusi sukan, di samping mengeratkan hubungan silaturahim.

Kontinjen diharapkan dapat mengharumkan nama Sarawak serta membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk terus mencipta kejayaan. Selamat berjuang kepada wakil Sarawak yang bakal membawa cabaran negeri ke pentas kebangsaan!






3 PEGAWAI PBSB SRI AMAN TERIMA TAULIAH PROFESIONALISME KERJA BELIADisediakan oleh: NFS, JBSN SarawakSEREMBAN, 11 Novembe...
11/11/2026

3 PEGAWAI PBSB SRI AMAN TERIMA TAULIAH PROFESIONALISME KERJA BELIA

Disediakan oleh: NFS, JBSN Sarawak

SEREMBAN, 11 November 2026 - Majlis Pentauliahan Profesionalisme Kerja Belia Kali Ke-3 Tahun 2026 yang berlangsung di Royale Chulan Seremban, Negeri Sembilan telah menyaksikan seramai 3 pegawai PBSB Sri Aman menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 iaitu Encik Mohd. Israk bin Ismail, Pegawai Cawangan Pembangunan Sukan, Encik Howard Bunsu anak Resik, Pegawai Cawangan Pembangunan Rakan Muda dan Puan Norfazira binti Saadi dari Cawangan Pembangunan Belia.

Penganugerahan ini dilaksanakan melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) sebagai usaha memperkukuh profesionalisme dalam kalangan pekerja belia selain meningkatkan kompetensi serta keupayaan mereka dalam pembangunan belia negara.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Menteri Belia dan Sukan yang turut menyampaikan sijil tauliah kepada para penerima. Turut hadir, YBhg. Dato' Rahimi bin Ismail, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, YBrs. Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara dan Encik Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.

Setinggi-tinggi tahniah kepada penerima Tauliah Profesionalisme Pekerja Belia dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Semoga dedikasi serta semangat perkhidmatan yang tinggi akan diteruskan demi kemajuan belia di Sri Aman, Sarawak dan Malaysia.







11/11/2026
Jom belajar, berkembang dan merasai keseronokan sukan cheerleading!Hero Cheersport Academy dengan kerjasama JBSN Sarawak...
10/11/2026

Jom belajar, berkembang dan merasai keseronokan sukan cheerleading!

Hero Cheersport Academy dengan kerjasama JBSN Sarawak dan Hornbill Cheerleading Club akan menganjurkan Bengkel Cheerleading Sarawak 2026.

Bengkel ini bertujuan untuk memperkenalkan dan mengembangkan kemahiran asas cheerleading dalam kalangan peserta, di samping memupuk semangat kerjasama berpasukan, keyakinan diri, disiplin dan semangat kesukanan.

Sepanjang bengkel ini, para peserta akan berpeluang mempelajari dan meningkatkan kemahiran melalui sesi latihan praktikal yang merangkumi:

Asas Cheerleading (Cheer Fundamentals) – Pengenalan kepada pergerakan asas, teknik dan persembahan cheerleading.

Teknik Lompatan (Jumps Technique) – Teknik lompatan yang betul, fleksibiliti dan pelaksanaan lompatan.

Kemahiran Tumbling (Tumbling Skills) – Pengenalan kepada teknik asas gimnastik dan perkembangan kemahiran tumbling.

Stunts & Kemahiran (Stunts & Skills) – Pengenalan kepada teknik stunt, kerjasama berpasukan dan aspek keselamatan.

MAKLUMAT PROGRAM

📅 Tarikh: 28 November 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
📍 Tempat: DEWAN SERBAGUNA KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI SARAWAK

Bengkel ini terbuka kepada pelajar sekolah, guru, bakal atlet cheerleading serta sesiapa sahaja yang berminat untuk mengenali dan mempelajari sukan cheerleading. (Terhad kepada 100 peserta)

Sila lengkapkan borang pendaftaran ini dengan maklumat yang diperlukan.

https://forms.gle/etGsB4HzsijDopz48

Kami amat mengalu-alukan penyertaan anda dan berharap dapat bertemu anda dalam bengkel yang penuh dengan ilmu, pengalaman dan keseronokan ini! Sebarang persoalan sila menghubungi Encik Jonathan Gale di talian +60123535984 ataupun emel [email protected].

Jom Bersorak, Belajar & Maju Bersama!

MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI PERINGKAT BAHAGIAN SRI AMAN TAHUN 2026 SIRI 4 MERIAHKAN SUASANA DI SK GRAN/ STUMBINDisediakan ...
10/11/2026

MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI PERINGKAT BAHAGIAN SRI AMAN TAHUN 2026 SIRI 4 MERIAHKAN SUASANA DI SK GRAN/ STUMBIN

Disediakan oleh: MII, JBSN SARAWAK

SRI AMAN, 10 November 2026 – Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Bahagian Sri Aman Tahun 2026 Siri 4 telah diadakan di SK Gran/ Stumbin dengan pengisian aktiviti senamrobik yang melibatkan penyertaan pelajar dan guru sekolah berkenaan. Program ini bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan komuniti khususnya warga sekolah melalui aktiviti fizikal yang menyeronokkan serta dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan.

Aktiviti senamrobik tersebut dikendalikan oleh barisan instruktor kecergasan daripada Kelab Senamrobik Bandar Benak (KSBB). Kerjasama di antara Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman, SK Gran/ Stumbin bersama KSBB berkenaan telah membantu menjayakan pelaksanaan aktiviti dengan suasana yang ceria dan penuh semangat. Penglibatan semua murid dan guru menunjukkan komitmen warga sekolah dalam menyokong usaha membudayakan aktiviti sukan dan rekreasi sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian.

Program Malaysia Aktif @ Komuniti merupakan antara inisiatif untuk menggalakkan masyarakat supaya terus aktif, meningkatkan tahap kecergasan fizikal serta menjadikan aktiviti sukan sebagai medium memperkukuh hubungan dan semangat kebersamaan dalam komuniti. Diharapkan pelaksanaan program seumpama ini dapat diteruskan bagi memupuk kesedaran tentang kepentingan gaya hidup sihat serta melahirkan masyarakat yang cergas, aktif dan sejahtera.







VERIFIKASI STOR PBSB SARIKEI PERKUKUH KETELUSAN DAN KECEKAPAN PENGURUSAN STOK KERAJAANDisediakan oleh: NAS,JBSN SarawakS...
10/11/2026

VERIFIKASI STOR PBSB SARIKEI PERKUKUH KETELUSAN DAN KECEKAPAN PENGURUSAN STOK KERAJAAN
Disediakan oleh: NAS,JBSN Sarawak

SARIKEI, 10 November 2026 – Pengurusan stor yang sistematik dan teratur memainkan peranan penting dalam memastikan setiap stok kerajaan direkod, disimpan dan dikawal selia dengan baik. Sehubungan itu, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah melaksanakan Pemeriksaan Verifikasi Stor Tahun 2026 di stor pejabat berkenaan pada 2 November 2026.

Pemeriksaan tersebut diketuai oleh Pegawai Verifikasi Stor, Encik Yaman bin Yahya, dengan, Encik Abu bin Amir.Pelaksanaan verifikasi ini bertujuan menyemak dan mengesahkan baki stok fizikal dengan rekod yang dicatatkan dalam Kad Kawalan Stok bagi memastikan ketepatan serta keselarasan maklumat inventori.

Pemeriksaan ini turut memastikan pengurusan dan penyimpanan stok barangan serta bekalan mematuhi tatacara pengurusan stor kerajaan yang berkuat kuasa.
Pemeriksaan verifikasi secara berkala amat penting bagi memastikan setiap stok yang disimpan berada dalam keadaan baik, sempurna dan selamat digunakan. Langkah ini juga dapat membantu mengenal pasti sebarang ketidakselarasan rekod serta mengurangkan risiko pembaziran, kehilangan dan kerosakan stok.

Selain itu, pengurusan stor yang cekap dapat membantu memastikan bekalan pejabat sentiasa berada pada tahap yang bersesuaian dengan keperluan operasi, sekali gus menyokong kelancaran urusan pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan.

Pemeriksaan verifikasi tersebut berjaya diselesaikan dengan lancar hasil kerjasama dan komitmen warga kerja Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei.
Melalui pelaksanaan verifikasi ini, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei terus komited memperkukuh tadbir urus pengurusan stor yang cekap, telus dan berakauntabiliti selaras dengan peraturan pengurusan kewangan serta stor kerajaan.





PEMERIKSAAN ASET PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN SARIKEI TAHUN 2026 PERKUKUH TADBIR URUS PENGURUSAN ASET KERAJAANDisedi...
10/11/2026

PEMERIKSAAN ASET PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN SARIKEI TAHUN 2026 PERKUKUH TADBIR URUS PENGURUSAN ASET KERAJAAN

Disediakan oleh: NAS, JBSN Sarawak

SARIKEI, 10 November 2026 – Pengurusan aset kerajaan yang sistematik dan teratur merupakan elemen penting dalam memastikan kelancaran operasi pejabat serta penyampaian perkhidmatan yang cekap. Sehubungan itu, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah melaksanakan Pemeriksaan Aset Kerajaan Tahun 2026 di pejabat berkenaan pada 3 November 2026.

Pemeriksaan tersebut diketuai oleh Pegawai Pemeriksa Aset, Puan Fatimah binti Abdul Rahman, bersama Cik Margaret anak Sawing. Pelaksanaan pemeriksaan ini bertujuan memastikan semua aset alih, peralatan pejabat dan kelengkapan fasiliti sukan di bawah seliaan pejabat berada dalam keadaan baik, teratur serta diuruskan mengikut tatacara dan peraturan pengurusan aset kerajaan yang sedang berkuat kuasa.

Pemeriksaan ini penting bagi memastikan rekod inventori aset sentiasa dikemas kini, selain mengenal pasti aset yang memerlukan penyelenggaraan, pembaikan atau tindakan pelupusan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Usaha ini juga merupakan sebahagian daripada komitmen pejabat dalam memperkukuh akauntabiliti, kecekapan pengurusan dan pemantauan aset kerajaan bagi memastikan setiap aset dimanfaatkan secara optimum serta memberikan nilai terbaik kepada perkhidmatan awam.

Pemeriksaan yang dilaksanakan berjalan lancar dengan kerjasama penuh daripada warga kerja Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei. Melalui pelaksanaan pemeriksaan ini, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei terus komited memastikan pengurusan aset kerajaan dilaksanakan secara sistematik, berintegriti dan bertanggungjawab demi menyokong kelancaran operasi pejabat serta penyampaian perkhidmatan kepada komuniti belia dan sukan di Bahagian Sarikei.





Address


Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082240631

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak - Rasmi:

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share