FELDA Wilayah Jengka

  • Home
  • FELDA Wilayah Jengka
Call Directions Contact the organization

FELDA Wilayah Jengka Laman Facebook Rasmi FELDA Wilayah Jengka

JAWATAN KOSONG JENGKA SINERGI BESTARIJengka Sinergi Bestari Sdn Bhd (syarikat milikan penuh Gabungan JKKR/JPKK/GPW Wilay...
02/09/2026

JAWATAN KOSONG JENGKA SINERGI BESTARI

Jengka Sinergi Bestari Sdn Bhd (syarikat milikan penuh Gabungan JKKR/JPKK/GPW Wilayah Jengka) membuka peluang pekerjaan kepada warga FELDA Wilayah Jengka yang berkelayakan untuk dimohon.

Maklumat tawaran dan permohonan adalah seperti yang tertera di poster yang dilampirkan.

26/08/2026
18/08/2026
17/08/2026

Setinggi-tinggi Tahniah kepada YBrs. Encik Razuwan bin Che Rose atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah Besar Perladangan FELDA berkuatkuasa 17 Ogos 2026 hingga 16 Ogos 2028.

“Bakti Disemai, Bukti Dituai”



17/08/2026

Setinggi-tinggi Tahniah kepada YBrs. Encik Ahmad Syaarani bin Azulan atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti FELDA berkuatkuasa 17 Ogos 2026 hingga 16 Ogos 2028.

“Bakti Disemai, Bukti Dituai”



06/08/2026
🌿 Rehat seketika, nikmati ketenangan alam di Felda Residence Tekam. Jom cipta memori bersama keluarga dan rakan-rakan! 🏞...
05/08/2026

🌿 Rehat seketika, nikmati ketenangan alam di Felda Residence Tekam. Jom cipta memori bersama keluarga dan rakan-rakan! 🏞️✨

KUNJUNG HORMAT TABUNG HAJI DAN KOLEJ MATRIKULASI PAHANGPengarah Wilayah Jengka, Encik Hasrul Nizam Hassan telah menerima...
28/07/2026

KUNJUNG HORMAT TABUNG HAJI DAN KOLEJ MATRIKULASI PAHANG

Pengarah Wilayah Jengka, Encik Hasrul Nizam Hassan telah menerima kunjung hormat dari pihak Tabung Haji Pahang dan Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang (KMPh) dalam sesi yang berlangsung secara berasingan di Pejabat FELDA Wilayah Jengka.

Dalam pertemuan tersebut, perbincangan adalah mengutamakan penyediaan kemudahan kepada warga FELDA khususnya yang berada di rancangan Wilayah Jengka.

Pihak Tabung Haji menyatakan sasarannya untuk merealisasikan sehingga 100% umat Islam khususnya warga Wilayah Jengka menjadi pendeposit TH.

Manakala pihak KMPh turut menyatakan hasrat untuk mengeratkan kerjasama strategik bersama Pengurusan FELDA dalam aspek pendidikan dan kemahiran.



21/07/2026

SANTAI PERANTAU SEMPENA 70 TAHUN FELDA

Sempena 70 Tahun FELDA, mari bersama kita eratkan kembali silaturahim, ukhwah dan persahabatan dalam suasana penuh santai dan kekeluargaan menerusi Santai Perantau.

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda — santai BBQ bakar sendiri, persembahan artis & buskers, pemeriksaan kesihatan, pameran dan jualan, cabutan bertuah, hadiah menarik serta pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga.

Ayuh, warga FELDA dan perantau sekalian, kita berkumpul semula, berkongsi cerita dan mengimbau kenangan. Satu hati, satu keluarga, satu FELDA.

📅 Sabtu, 25 Julai 2026
⏰ 8.00 malam
📍 Perkarangan Dewan Perdana FELDA, Jalan Semarak, Kuala Lumpur

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan malam penuh kenangan ini!





Address


Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6094718400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FELDA Wilayah Jengka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to FELDA Wilayah Jengka:

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share