Markas Pemerintahan Armada Timur

  • Home
  • Markas Pemerintahan Armada Timur
Call Directions Website Contact the organization

Markas Pemerintahan Armada Timur The official page of the HQ Eastern Fleet

06/09/2026

⚓ JOM SERTAI SANDAKAN NAVY FLEET RUN 2026 ! ⚓⚓⚓ SNFR 26 Bukan sekadar berlari, tapi satu pengalaman untuk kita berlari, berpeluh dan mencipta kenangan bersama ! ⚓

06/09/2026

Panglima Tentera Laut dan warga Navy People mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Inspektor Jeneral, Laksamana Muda Dato' Abdullah Sani bin Ismail atas pengurniaan Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Terengganu
sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-64 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu hari ini.



𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘-𝟲𝟵Kemerdekaan bukan sekadar sebuah sejarah yang diwarisi, tetapi amanah yang perlu ...
31/08/2026

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘-𝟲𝟵

Kemerdekaan bukan sekadar sebuah sejarah yang diwarisi, tetapi amanah yang perlu terus dipertahankan. Selama 69 tahun, Malaysia berdiri teguh sebagai sebuah negara berdaulat hasil pengorbanan dan perjuangan generasi terdahulu.

Bagi warga Markas Pemerintahan Armada Timur, semangat kemerdekaan diterjemahkan melalui kesetiaan yang tidak berbelah bahagi, keberanian menghadapi cabaran serta kesiapsiagaan untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Semangat para pahlawan terus menjadi obor perjuangan. Lautan yang luas, sempadan yang jauh dan ancaman yang sentiasa berubah tidak pernah menjadi alasan untuk berundur. Demi Malaysia, warga Armada Timur akan terus berdiri teguh, menjunjung amanah dan mempertahankan setiap inci kedaulatan negara.

Sesungguhnya, kemerdekaan yang kita nikmati hari ini adalah hasil pengorbanan mereka yang terdahulu, manakala kelangsungan kedaulatan negara adalah tanggungjawab kita bersama.

𝗗𝗲𝗺𝗶 𝗞𝗲𝗱𝗮𝘂𝗹𝗮𝘁𝗮𝗻.
𝗗𝗲𝗺𝗶 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮.
𝗗𝗲𝗺𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!










𝗔𝗨𝗗𝗜𝗧 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗔𝗣𝗦𝗜𝗔𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗗 𝗥𝗘𝗡𝗖𝗢𝗡𝗚 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗞𝗘 𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗔𝗣𝗦𝗜𝗔𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗚𝗚𝗨𝗟, 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗞𝗢𝗠𝗣𝗘𝗧𝗘𝗡KOTA KINABALU, 28 Ogos 2026 — Audit Ke...
28/08/2026

𝗔𝗨𝗗𝗜𝗧 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗔𝗣𝗦𝗜𝗔𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗗 𝗥𝗘𝗡𝗖𝗢𝗡𝗚 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗞𝗘 𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗔𝗣𝗦𝗜𝗔𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗚𝗚𝗨𝗟, 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗞𝗢𝗠𝗣𝗘𝗧𝗘𝗡

KOTA KINABALU, 28 Ogos 2026 — Audit Kesiapsiagaan KD RENCONG Tahun 2026 telah selesai dilaksanakan dengan jayanya, mencerminkan komitmen dan kesungguhan seluruh warga kapal dalam memastikan tahap kesiapsiagaan sentiasa berada pada tahap yang optimum.

Lebih membanggakan, 𝗞𝗗 𝗥𝗘𝗡𝗖𝗢𝗡𝗚 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗮𝘁𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗿𝗸𝗮𝗵 𝗔𝘂𝗱𝗶𝘁 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗮𝗽𝘀𝗶𝗮𝗴𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟴𝟯.𝟭𝟵% 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟴𝟯.𝟵𝟴%, iaitu peningkatan sebanyak 0.79% berbanding penilaian sebelumnya.
Pencapaian ini membuktikan semangat kerja berpasukan, disiplin serta komitmen berterusan warga kapal dalam memperkukuh kompetensi dan kesiapsiagaan demi mendukung misi serta tugasan yang diamanahkan.

𝗦𝘆𝗮𝗯𝗮𝘀 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗵𝗻𝗶𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗲𝗹𝘂𝗿𝘂𝗵 𝘄𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗞𝗗 𝗥𝗘𝗡𝗖𝗢𝗡𝗚.

𝗧𝗲𝗿𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗼𝗺𝗲𝗻𝘁𝘂𝗺 𝗸𝗲𝗰𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻. 𝗞𝗲𝗸𝗮𝗹 𝘀𝗶𝗮𝗴𝗮, 𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹 𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂𝗹.

𝗦𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗕𝗲𝗿𝗸𝗼𝗿𝗯𝗮𝗻.

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗦𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗧𝗨𝗚𝗔𝗦 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗦𝗞𝗨𝗔𝗗𝗥𝗢𝗡 𝗞𝗔𝗣𝗔𝗟 𝗥𝗢𝗡𝗗𝗔 𝗞𝗘-𝟭𝟯 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗠𝗘𝗠𝗘𝗥𝗜𝗡𝗧𝗔𝗛 𝗞𝗗 𝗦𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗜𝗦 𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔 𝗞𝗗 𝗕𝗔𝗨𝗡𝗚Te...
28/08/2026

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗦𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗧𝗨𝗚𝗔𝗦 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗦𝗞𝗨𝗔𝗗𝗥𝗢𝗡 𝗞𝗔𝗣𝗔𝗟 𝗥𝗢𝗡𝗗𝗔 𝗞𝗘-𝟭𝟯 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗠𝗘𝗠𝗘𝗥𝗜𝗡𝗧𝗔𝗛 𝗞𝗗 𝗦𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗜𝗦 𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔 𝗞𝗗 𝗕𝗔𝗨𝗡𝗚

Tentera Laut Diraja Malaysia
Angkatan Tentera Malaysia
Kementerian Pertahanan Malaysia

𝗖𝗢𝗨𝗥𝗧𝗘𝗦𝗬 𝗩𝗜𝗦𝗜𝗧 𝗕𝗬 𝗔𝗨𝗦𝗧𝗥𝗔𝗟𝗜𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗙𝗘𝗡𝗖𝗘 𝗔𝗗𝗩𝗜𝗦𝗢𝗥 𝗧𝗢 𝗘𝗔𝗦𝗧𝗘𝗥𝗡 𝗙𝗟𝗘𝗘𝗧 𝗖𝗢𝗠𝗠𝗔𝗡𝗗𝗘𝗥KOTA KINABALU, 28 August 2026 – The Eastern Fleet...
28/08/2026

𝗖𝗢𝗨𝗥𝗧𝗘𝗦𝗬 𝗩𝗜𝗦𝗜𝗧 𝗕𝗬 𝗔𝗨𝗦𝗧𝗥𝗔𝗟𝗜𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗙𝗘𝗡𝗖𝗘 𝗔𝗗𝗩𝗜𝗦𝗢𝗥 𝗧𝗢 𝗘𝗔𝗦𝗧𝗘𝗥𝗡 𝗙𝗟𝗘𝗘𝗧 𝗖𝗢𝗠𝗠𝗔𝗡𝗗𝗘𝗥

KOTA KINABALU, 28 August 2026 – The Eastern Fleet Command received a courtesy visit from 𝗚𝗿𝗼𝘂𝗽 𝗖𝗮𝗽𝘁𝗮𝗶𝗻 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗻𝗱𝗮 𝗘𝗱𝗺𝘂𝗻𝗱𝘀 𝗥𝗔𝗔𝗙, 𝗗𝗲𝗳𝗲𝗻𝗰𝗲 𝗔𝗱𝘃𝗶𝘀𝗼𝗿 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗟𝘂𝗺𝗽𝘂𝗿, 𝗔𝘂𝘀𝘁𝗿𝗮𝗹𝗶𝗮𝗻 𝗛𝗶𝗴𝗵 𝗖𝗼𝗺𝗺𝗶𝘀𝘀𝗶𝗼𝗻, accompanied by 𝗖𝗼𝗺𝗺𝗮𝗻𝗱𝗲𝗿 𝗗𝘆𝗹𝗮𝗻 𝗪𝗵𝗶𝘁𝗲 𝗥𝗔𝗡, 𝗖𝗼𝗺𝗺𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴 𝗢𝗳𝗳𝗶𝗰𝗲𝗿 𝗛𝗠𝗔𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗛, and 𝗙𝗦𝗴𝘁 𝗔𝗻𝗴𝗲𝗹𝗮, 𝗗𝗲𝗳𝗲𝗻𝗰𝗲 𝗔𝗱𝘃𝗶𝘀𝗼𝗿 𝗔𝘀𝘀𝗶𝘀𝘁𝗮𝗻𝘁, on 28 August 2026.

The delegation was received by First Admiral Erman Shahril bin Adlan, Deputy Eastern Fleet Commander, together with Captain Rusdi Hisyam bin Mohamad RMN, Director of Operations.

The courtesy visit served as a strategic platform to further strengthen bilateral relations and defence cooperation between the Royal Malaysian Navy (RMN) and the Royal Australian Navy (RAN), particularly in fostering professional engagement, exchanging perspectives and enhancing maritime cooperation in the region.

The visit was conducted in conjunction with the routine visit of HMAS PERTH (157) from 27 August to 1 September 2026. The visit is intended to facilitate replenishment and crew rest before the ship continues her voyage back to Australia.

The enduring relationship and continued cooperation between the two navies reflect their shared commitment towards strengthening regional maritime security, stability and peace.

“𝙎𝙩𝙧𝙚𝙣𝙜𝙩𝙝𝙚𝙣𝙞𝙣𝙜 𝙈𝙖𝙧𝙞𝙩𝙞𝙢𝙚 𝙋𝙖𝙧𝙩𝙣𝙚𝙧𝙨𝙝𝙞𝙥, 𝘼𝙙𝙫𝙖𝙣𝙘𝙞𝙣𝙜 𝙍𝙚𝙜𝙞𝙤𝙣𝙖𝙡 𝙎𝙚𝙘𝙪𝙧𝙞𝙩𝙮.”

Tentera Laut Diraja Malaysia
Angkatan Tentera Malaysia
Kementerian Pertahanan Malaysia
Royal Australian Navy
Royal Australian Air Force









26/08/2026
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗠𝗔𝗨𝗟𝗜𝗗𝗨𝗥 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟 𝗦𝗔𝗪 𝟭𝟰𝟰𝟴𝗛12 𝘙𝘢𝘣𝘪‘𝘶𝘭 𝘈𝘸𝘸𝘢𝘭 1448𝘏 | 25 𝘖𝘨𝘰𝘴 2026Kelahiran Rasulullah SAW bukan sekadar un...
25/08/2026

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗠𝗔𝗨𝗟𝗜𝗗𝗨𝗥 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟 𝗦𝗔𝗪 𝟭𝟰𝟰𝟴𝗛
12 𝘙𝘢𝘣𝘪‘𝘶𝘭 𝘈𝘸𝘸𝘢𝘭 1448𝘏 | 25 𝘖𝘨𝘰𝘴 2026

Kelahiran Rasulullah SAW bukan sekadar untuk dikenang, tetapi untuk dijadikan teladan dalam setiap langkah kehidupan.

Baginda mengajar kita erti kasih sayang, kesabaran, kejujuran, amanah dan kepedulian terhadap sesama manusia. Maka, marilah kita hidupkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan memperbanyakkan selawat serta berusaha mengamalkan sunnah dan akhlak Baginda dalam kehidupan seharian. 🤍

Semoga kita semua tergolong dalam kalangan umat yang mencintai Rasulullah SAW dan mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak.

اللهم صل على محمد وعلى آل محمد

Selamat menyambut Maulidur Rasul SAW 1448H.

𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗦𝗘𝗥𝗔𝗛, 𝗟𝗘𝗚𝗔𝗦𝗜 𝗗𝗜𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦𝗞𝗔𝗡: 𝗦𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗨𝗚𝗔𝗦 𝗞𝗢𝗠𝗔𝗡𝗗𝗘𝗥 𝗨𝗗𝗔𝗥𝗔 𝗧𝗜𝗠𝗨𝗥KOTA KINABALU, 21 OGOS 2026 – Satu detik penting dala...
21/08/2026

𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗦𝗘𝗥𝗔𝗛, 𝗟𝗘𝗚𝗔𝗦𝗜 𝗗𝗜𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦𝗞𝗔𝗡: 𝗦𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗨𝗚𝗔𝗦 𝗞𝗢𝗠𝗔𝗡𝗗𝗘𝗥 𝗨𝗗𝗔𝗥𝗔 𝗧𝗜𝗠𝗨𝗥

KOTA KINABALU, 21 OGOS 2026 – Satu detik penting dalam kesinambungan kepimpinan dan pengurusan keupayaan udara TLDM telah berlangsung menerusi 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗦𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗧𝘂𝗴𝗮𝘀 𝗞𝗼𝗺𝗮𝗻𝗱𝗲𝗿 𝗨𝗱𝗮𝗿𝗮 𝗧𝗶𝗺𝘂𝗿 yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Laksamana Madya Dato’ Khir Junaidi bin Idris, Panglima Armada Timur.

Majlis menyaksikan 𝗞𝗲𝗽𝘁𝗲𝗻 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱 𝗦𝗵𝗮𝗺 𝗯𝗶𝗻 𝗦𝗮𝗶𝗺𝗼𝗻 𝗧𝗟𝗗𝗠 menyerahkan tampuk pemerintahan Komander Udara Timur kepada 𝗞𝗼𝗺𝗮𝗻𝗱𝗲𝗿 𝗛𝗮𝗶𝗿𝗼𝗹 𝗜𝘀𝗺𝗮 𝗯𝗶𝗻 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺 𝗧𝗟𝗗𝗠, sekali gus menandakan satu fasa baharu dalam kesinambungan kepimpinan, kesiagaan dan kecemerlangan operasi udara TLDM di Armada Timur.

Sepanjang tempoh memegang amanah bermula 𝟰 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟯 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟮𝟭 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟲, Yang Berbahagia Kepten Mohamad Sham bin Saimon TLDM telah mencurahkan komitmen serta kepimpinan dalam memperkukuh keupayaan dan peranan elemen udara TLDM.

Antara pencapaian signifikan adalah kejayaan mengusulkan penglibatan Pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM) dalam 𝘚𝘦𝘢𝘳𝘤𝘩 𝘢𝘯𝘥 𝘙𝘦𝘴𝘤𝘶𝘦 𝘌𝘹𝘦𝘳𝘤𝘪𝘴𝘦 (SAREX) 2026, yang menjadi penyertaan julung kalinya aset udara TLDM dalam eksesais tersebut. Penglibatan ini turut memperlihatkan keupayaan aset udara TLDM kepada agensi-agensi berkaitan serta memperkukuh tahap interoperabiliti dalam operasi mencari dan menyelamat.

Selain itu, kepimpinan beliau turut menyaksikan kemajuan projek pembinaan bangunan tambahan SUKK selaras dengan keperluan pembangunan infrastruktur stesen serta peneraju pelaksanaan 𝘗𝘦𝘳𝘧𝘰𝘳𝘮𝘢𝘯𝘤𝘦-𝘉𝘢𝘴𝘦𝘥 𝘊𝘰𝘯𝘵𝘳𝘢𝘤𝘵 (PBC) bagi Helikopter Operasi Maritim (HOM) AW139 TLDM yang dikendalikan oleh Galaxy Aerospace Malaysia Sdn. Bhd.

Majlis turut diserikan dengan upacara menurunkan insignia pemerintahan, penyerahan Nota Serah Terima Tugas serta simbolik pemerintahan sebagai lambang peralihan amanah dan kesinambungan kepimpinan Komander Udara Timur.
Peralihan kepimpinan bukan sekadar pertukaran tampuk pemerintahan, tetapi merupakan kesinambungan amanah, pengalaman dan legasi dalam memastikan kesiagaan serta keupayaan udara TLDM terus diperkasa.

"𝘈𝘮𝘢𝘯𝘢𝘩 𝘥𝘪𝘴𝘦𝘳𝘢𝘩. 𝘓𝘦𝘨𝘢𝘴𝘪 𝘥𝘪𝘵𝘦𝘳𝘶𝘴𝘬𝘢𝘯. 𝘔𝘪𝘴𝘪 𝘥𝘪𝘱𝘦𝘳𝘬𝘢𝘴𝘢."

Selamat maju jaya kepada Yang Berbahagia Kepten Mohamad Sham bin Saimon TLDM atas segala khidmat bakti dan kepimpinan yang telah dicurahkan.

Selamat menjalankan amanah kepada Yang Berbahagia Komander Hairol Isma bin Ibrahim TLDM sebagai Pemangku Komander Udara Timur.

“𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧, 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦 𝗕𝗘𝗥𝗪𝗜𝗥𝗔.”

Angkatan Tentera Malaysia
Kementerian Pertahanan Malaysia
Tentera Laut Diraja Malaysia

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Markas Pemerintahan Armada Timur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Markas Pemerintahan Armada Timur:

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share