31/10/2022
Tanggal 23hb. Oktober 2022, Pulau Redang, Terengganu telah menjadi saksi kepada 50 Pegawai Kanan dan Rendah Polis yang telah berjaya mengharungi Kursus Selam "Public Safety Diver, Sub-Aquatic Forensic Investigations". Penutupan kursus telah disempurnakan oleh DCP Dato' Muhammad b. Abdul Halim, Timbalan Pengarah JKDNKA (PGA). Timbalan Pengarah JSJ (Risikan/ Operasi) DCP Dato' Hussein b. Omar Khan dan Timbalan Pengarah JSJ (Forensik/ Perancangan Strategik) DCP Tuan Azari b. Hj. Abd Rahman turut sama menyempurnakan upacara pemakaian lencana kemahiran kepada peserta kursus.
Kursus anjuran Makmal Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) ini telah dijalankan dalam dua (2) fasa dan tiga (3) siri bermula 17hb. Julai dan berakhir pada 1hb. Oktober 2022. Penyertaan adalah daripada Bahagian Forensik (D10), D13 & D6 JSJ dan turut disertai oleh penyelam dari Pasukan Polis Marin, Unit Tindakhas, Komando 69 dan Balai Polis Redang. Setiap peserta kursus telah menjalani fasa perairan terkawal selama 8 hari di Institut Latihan Pengangkutan Laut (ILPL), Perlabuhan Klang sebelum meneruskan latihan di fasa perairan terkawal selama 14 hari di Pulau Redang dan Sungai Merang, Setiu, Terengganu.
Semasa di fasa perairan terkawal, peserta telah menjalani ujian renang di permukaan, selam bebas dan menyelamat di air sebelum melalui cabaran menyelam yang lebih getir seperti "black mask" (penuh dan separuh), ujian stress dan ujian sangkar halangan (entanglement cage).
Manakala di fasa perairan terbuka p**a peserta telah didedahkan dengan isyarat tali dan 12 jenis teknik penggeledahan bawah air. Penggunaan peralatan seperti lifting bag, pengusung (gred marin), pengesan logam dan pelbagai jenis peralatan profesional yang lain turut dipraktiskan. Latihan "black water" (zero visibility) di jalankan di Sungai Merang, Setiu, Terengganu.
Kelas akademik p**a telah diadakan pada setiap malam sepanjang 22 hari berkursus. Melalui sesi ini peserta telah diajar mengenai pertolongan cemas, penyakit selam, tahap kedalaman maksima gas beroperasi, organisasi, pengurusan kecemasan, langkah perlaksanaan penggeledahan dan rujukan Garis Panduan Standard Operasi (S.O.G) antarabangsa seperti OSHA, NFPA dan US Navy Diving Manual. Latihan telah mengikut piawaian Diver Alert Network (DAN) dan National Association of Underwater Instructors (NAUI).
Selain daripada jurulatih-jurulatih NAUI, bantuan jurulatih daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Unit Tindakhas PDRM serta pesara Penyelam Ranjau Tentera Laut Diraja Malaysia turut berkongsi kemahiran, pengalaman dan pengetahuan. Persijilan dan kejurulatihan diuruskan oleh Specialty Training and Services (STS).
Kursus ini telah menuntut tahap kemahiran selam dan komitmen yang cukup tinggi dari setiap peserta. Syabas dan Tahniah kepada semua peserta yang telah ditauliahkan sebagai ‘Public Safety Diver’.