AADK Daerah Langkawi

  • Home
  • AADK Daerah Langkawi
Call Directions Website

AADK Daerah Langkawi DADAH TERKAWAL 2030

05/10/2026

Jika anda memerlukan khidmat nasihat, bantuan pemulihan, atau ingin membuat aduan (identiti pengadu adalah rahsia dan dilindungi), sila hubungi:

Talian Hotline AADK: 1800-22-2235
WhatsApp AADK: 019-626 2233


05/10/2026

🚫 JANGAN TERJEBAK DENGAN DADAH ATS!

ATS atau Amphetamine-Type Stimulants ialah kumpulan dadah perangsang yang memberi kesan kepada sistem saraf pusat. Penggunaannya boleh menyebabkan seseorang berasa lebih bertenaga dan berjaga buat sementara waktu, namun kesannya boleh membawa kepada gangguan kesihatan mental, masalah jantung, ketagihan, kemerosotan prestasi kerja dan pelajaran serta keretakan hubungan keluarga.

Dadah ATS seperti Syabu (M**hamphetamine), Ice (Crystal M**h) dan Ecstasy bukan jalan menuju kejayaan. Lindungi diri, keluarga dan komuniti dengan menjauhi dadah serta memilih gaya hidup yang sihat. 💪

HIDUP SIHAT TANPA DADAH!
Rugi Kalau Terjebak!
AADK ALOR GAJAH


05/10/2026

Hangpa rasa kenapa ada yang sanggup utamakan Dadah daripada makanan?
Min kalau sehari x mkn rasa badmood tau😂

Jangan nilai seseorang hanya pada masa lalunya. Beri ruang untuk berubah, sokong pemulihan dan bina semula kehidupan. ❤️...
05/10/2026

Jangan nilai seseorang hanya pada masa lalunya. Beri ruang untuk berubah, sokong pemulihan dan bina semula kehidupan. ❤️

Kredit to AADK Bandar Baharu, Kedah



Hari ini pilihan kita. Jangan tunggu esok untuk berubah. Pilih jalan yang betul, bina sokongan, dan cipta hidup yang leb...
05/10/2026

Hari ini pilihan kita. Jangan tunggu esok untuk berubah. Pilih jalan yang betul, bina sokongan, dan cipta hidup yang lebih bermakna. 💙

Kredit to AADK Daerah Baling




05/10/2026
04/10/2026

Cara paling Berkesan untuk Berhenti menagih Dadah adalah Jauhi Kawan & Tempat yang Berisiko.
Setuju tak? 🥰

Salam takziah buat seluruh keluarga, guru dan sahabat-sahabat Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal.Al-Fatihah.Semoga Allah ...
04/10/2026

Salam takziah buat seluruh keluarga, guru dan sahabat-sahabat Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal.
Al-Fatihah.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman

Dia baru 16 tahun.

Namanya Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, atau Fiya.

Seorang pelajar Tingkatan Empat yang dikenali sebagai pendiam, sangat fokus belajar dan sering berada di tempat pertama atau kedua dalam tingkatan. Rakan-rakannya melihat Fiya sebagai antara pelajar harapan sekolah dengan potensi memperoleh 9A dalam SPM.

Tetapi yang paling meruntun hati, Fiya sebenarnya menyimpan satu cita-cita besar.

Dia mahu menjadi doktor.

Dia mahu mengikuti jejak arwah ibunya yang juga seorang doktor, termasuk menjadi doktor kesihatan awam. Ibunya meninggal dunia akibat kanser ketika Fiya baru berusia lapan tahun.

Semalam, perjalanan seorang anak yang begitu panjang di hadapannya terhenti.

Fiya ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas kelas tambahan di sebuah sekolah di Yong Peng. Neneknya yang datang mencarinya dilaporkan memeluk Fiya sambil membimbingnya mengucapkan kalimah syahadah.

Kes ini kini dalam siasatan pihak berkuasa sebagai kes kematian yang dipercayai mempunyai unsur jenayah.

Sukar membayangkan perasaan seorang nenek yang keluar mencari cucunya kerana tidak pulang dari sekolah, kemudian menemukannya dalam keadaan sedemikian.

Lebih menyedihkan apabila mengetahui begitu banyak impian masih menunggu Fiya.

Sekolah sepatutnya menjadi tempat anak-anak pulang dengan ilmu dan cita-cita bukan tempat sebuah keluarga kehilangan anak mereka.

Salam takziah buat seluruh keluarga, guru dan sahabat-sahabat Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal.

Al-Fatihah.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman.

03/10/2026

Tidur 8 Jam. Tapi Bangun Macam Tak Tidur Langsung.

Pernah?

Tidur awal.

Cukup 7–8 jam.

Tapi bangun pagi masih berat.

Mengantuk.

Tak fokus.

Badan rasa macam tak pernah benar-benar rehat.

Kadang-kadang masalahnya bukan sekadar berapa lama kita tidur.

Tetapi bagaimana kita tidur.

Tidur yang kerap terganggu, berdengkur kuat, masalah pernafasan ketika tidur, stress berpanjangan atau jadual tidur yang tak menentu boleh menyebabkan tidur tidak berkualiti.

Rasa letih berpanjangan juga boleh berlaku dengan keadaan lain seperti anemia atau masalah tiroid.

Sebab itu jangan normalize:

“Aku memang jenis penat.”

Kalau hampir setiap hari tidur cukup tetapi masih terlalu letih, terutama jika berdengkur kuat, terjaga tercungap-cungap atau terlalu mengantuk waktu siang

dapatkan penilaian.

Tidur bukan sekadar berapa jam mata kita tertutup.

Yang kita perlukan ialah tidur yang benar-benar memulihkan tubuh.

PIL KUDA BUKAN SEKADAR “CUBA-CUBA"Sekali terjebak, kesannya boleh ganggu otak, emosi, tingkah laku dan kawalan diri. Jan...
03/10/2026

PIL KUDA BUKAN SEKADAR “CUBA-CUBA"

Sekali terjebak, kesannya boleh ganggu otak, emosi, tingkah laku dan kawalan diri. Jangan tunggu sampai diri sendiri berubah, keluarga terluka dan masa depan jadi taruhan.

❌ Jangan cuba.
❌ Jangan ikut kawan.
❌ Jangan anggap boleh berhenti bila-bila.

Pilih untuk kekal waras. Pilih masa depan.
🔥 RUGI KALAU TERJEBAK. LEBIH BAIK CEGAH

Kredit to AADK Daerah Yan Kedah



Address


Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049693110

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Daerah Langkawi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share