14/09/2026
𝐋𝐞𝐚𝐝𝐞𝐫𝐬 𝐚𝐫𝐞 𝐑𝐞𝐚𝐝𝐞𝐫𝐬.
Dalam usrah bulanan bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerantut, yang kali ini diadakan bersama PAS Cawangan Kuala Tembeling, saya berkesempatan membawa dan membedah 𝐔𝐜𝐚𝐩𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐮𝐝𝐚 𝐏𝐀𝐒 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 yang baru sahaja selesai bermuktamar dua minggu lalu di Grand Riverview Hotel, Kota Bharu, Kelantan.
Menyediakan sebuah ucaptama, apatah lagi ucapan dasar, bukanlah suatu tugas yang mudah. Ia lahir daripada penelitian, pemikiran dan gagasan yang panjang; dan akhirnya menjadi panduan serta neraca kepada seluruh ahli gerakan untuk memahami hala tuju perjuangan yang ingin dibawa oleh kepimpinan.
Sebab itu saya tekankan, seorang ketua sama ada di peringkat cawangan, kawasan mahupun negeri, tidak boleh sekadar mendengar ucaptama dan ucapan dasar. Kita perlu 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒂𝒄𝒂𝒏𝒚𝒂, 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒉𝒂𝒚𝒂𝒕𝒊𝒏𝒚𝒂 𝒅𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒂𝒉𝒂𝒔𝒌𝒂𝒏𝒏𝒚𝒂 𝒔𝒆𝒉𝒊𝒏𝒈𝒈𝒂 𝒍𝒖𝒎𝒂𝒕.
Perah setiap isinya. Telusuri ayat demi ayat. Cari hikmah di sebalik setiap gagasan. Kerana di situlah lahirnya kefahaman, dan daripada kefahaman itulah lahirnya tindakan yang tersusun.
READERS bukan sekadar mereka yang membaca.
READERS ialah mereka yang observe, meneliti, menyelusuri dan merenung setiap bait, sehingga mampu mengeluarkan mutiara hikmah yang akhirnya menjadi pengajaran, pedoman dan kekuatan kepada jemaah.
Kerana seorang pemimpin yang baik bukan hanya tahu ke mana hendak membawa jemaah, tetapi terlebih dahulu memahami 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐩𝐚 𝐣𝐞𝐦𝐚𝐚𝐡 𝐢𝐭𝐮 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐝𝐢𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐤𝐞 𝐬𝐚𝐧𝐚.
Semoga budaya membaca, membedah dan menghayati gagasan kepimpinan ini terus subur dalam kalangan kita.
In sha Allah, 𝗠𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝘂𝗮𝗻.