Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi

  • Home
  • Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi
Call Directions Website

Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi Committed to SHAPING MINDS, BUILDING LEADERS, AKEPT is Malaysia's premier higher education leadership academy.

We train and nurture leaders for local and international HE.

Let’s Talk About Series 5/2026When Knowledge Meets the MarketThe fifth session of Let’s Talk About 2026 was successfully...
28/10/2026

Let’s Talk About Series 5/2026

When Knowledge Meets the Market

The fifth session of Let’s Talk About 2026 was successfully held, featuring an insightful discussion on the growing influence of market-driven approaches in higher education. The session highlighted the importance of balancing financial sustainability and commercial opportunities while safeguarding the fundamental mission of higher education as a public good.

We extend our sincere appreciation to our distinguished speakers and moderator:

• Dr. Yasutomo Nasu, President of Okayama University, Vice-Chair of the International Cooperation Committee, Japan Association of National Universities
• Abdul Saman Taip, Director, Malaysian Quality Assurance Training Centre (MQATC), Malaysian Qualifications Agency (MQA)
• Raja Muhamad Fariz Raja Eyuddin, Regional Director, Education Malaysia Global Sevices (EMGS)
• Dr. Prof. Dr. Kamisah Osman, Dekan Fakulti Pendidikan UKM (moderator)

Thank you to all panellists, moderator, participants and the organising committee for the valuable contributions to the success of this session.

See you in the next session!





✨ SULAM: DEMI MASA HADAPAN MASYARAKAT YANG LEBIH BAIK ✨📅 22 - 24 Oktober 2026 | 📍 AKEPT, Bandar EnstekPerjalanan memperk...
27/10/2026

✨ SULAM: DEMI MASA HADAPAN MASYARAKAT YANG LEBIH BAIK ✨

📅 22 - 24 Oktober 2026 | 📍 AKEPT, Bandar Enstek
Perjalanan memperkasa pedagogi Service Learning Malaysia - University for Society (SULAM) terus melangkah jauh!

Syabas dan tahniah kepada 42 orang Jurulatih Utama daripada IPTA dan IPTS yang telah berjaya melengkapkan kedua-dua siri Kursus Jurulatih Utama Modul Training of Trainers (ToT) SULAM (ILPB09) Siri 2 Tahun 2026 dan memberikan komitmen tinggi pada 22 hingga 24 Oktober yang lalu.

💡 Menerusi Siri 2 ini, para peserta telah dibekalkan dengan kemahiran serta strategi utama untuk:
✅ Pengintegrasian Kurikulum: Merancang strategi praktikal bagi mengintegrasikan elemen SULAM ke dalam kurikulum universiti secara berkesan.
✅ Kolaborasi Penta Helix: Merancang strategi kerjasama yang kukuh bersama pihak masyarakat, industri, NGO, dan kerajaan melalui model Penta Helix.
✅ Advokasi Pedagogi: Menjadi penggerak utama dalam mendokong dan mempromosikan pedagogi SULAM dalam kalangan pengamal pendidikan tinggi.
✅ Rangkaian Jurulatih Utama (Master Trainers): Membina jaringan jurulatih utama berkaliber yang berupaya terus membimbing serta memimpin para pensyarah di institusi masing-masing dan di peringkat kebangsaan.
AKEPT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan pembangun modul dan penceramah atas perkongsian kepakaran dan bimbingan sepanjang program.
👨‍🏫 YBrs. Prof. Dr. Sharipah Ruzaina Syed Aris, Profesor Fakulti Pendidikan UiTM
👨‍🏫 YBrs. Dr. Mohd Hafiz Abu Hassan, Timbalan Pengarah CETL USIM
👨‍🏫 YBrs. Dr. Serit Anak Banyan, Pensyarah LTU Swinburne University of Technology Sarawak
Tahniah kepada semua peserta yang kini bersedia menggalas tanggungjawab sebagai penggerak SULAM di institusi masing-masing! 🚀

When Knowledge Meets the MarketJoin us for Series 5 of our webinar series as we explore how market-driven approaches are...
26/10/2026

When Knowledge Meets the Market

Join us for Series 5 of our webinar series as we explore how market-driven approaches are transforming higher education, from the commercialisation of teaching and research to their implications for academic values, equity and access to knowledge.

🎓 Marketization and the Commodification of Knowledge
📅 27 October 2026 (Tuesday)
🕙 10:00 AM – 11:30 AM (Malaysia Time)

Don't miss this opportunity to broaden your perspectives, gain valuable insights and engage in meaningful discussions on key issues shaping the higher education landscape. E-certificates will be provided to participants attending the session. Don't miss out! Catch the session LIVE on our page:

https://www.facebook.com/akeptmohe/

TAHNIAH ATAS PENERIMAAN ANUGERAH PEKERJA CONTOH BULANAN KPTAkademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) merakamkan ucapa...
23/10/2026

TAHNIAH ATAS PENERIMAAN ANUGERAH PEKERJA CONTOH BULANAN KPT

Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Nurul Kamsiah Hanim binti Md Yusof, Penolong Pengarah Kanan, Pusat Pengurusan Bakat (CeTM), dan Puan Norazira binti Shafiee, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, atas penerimaan Anugerah Pekerja Contoh Bulanan (APCB) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KSU KPT).

Pengiktirafan ini mencerminkan penghargaan terhadap komitmen, dedikasi dan kualiti kerja yang ditunjukkan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diberikan.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga AKEPT untuk terus memperkukuh budaya kerja cemerlang, meningkatkan profesionalisme dan mengekalkan kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan awam.

Tahniah dan syabas atas pencapaian yang membanggakan!

⚖️ KURSUS INTEGRITI DAN NILAI (INTERMEDIATE)Sukacita bahawa AKEPT akan menganjurkan KURSUS INTEGRITI DAN NILAI khusus un...
23/10/2026

⚖️ KURSUS INTEGRITI DAN NILAI (INTERMEDIATE)

Sukacita bahawa AKEPT akan menganjurkan KURSUS INTEGRITI DAN NILAI khusus untuk Institusi Pendidikan Tinggi dalam membantu pemimpin pertengahan IPT memperkukuh kepimpinan berintegriti berteraskan prinsip dan nilai.

📅 3 – 5 November 2026 (Selasa – Khamis)
📍 Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Bandar Enstek, Negeri Sembilan
💳 Yuran: RM 1,100 / Peserta (HRD Corp Claimable)

Fokus utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan menyeluruh dari aspek luaran dan dalaman untuk membudayakan integriti dan nilai dalam organisasi.

✨ Antara pengisian utama program:
✅ Sesi bersama Institut Integriti Malaysia (IIM) sebagai penggerak Strategi Pembudayaan Integriti Nasional (NIES).
✅ Sesi Pengajaran dan Iktibar Kes-Kes Integriti di IPT bersama Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA).
✅ Bicara Kepimpinan bersama Kepimpinan Tertinggi Institusi.
✅ Pembentangan Capstone Project peserta secara individu.

🎯 Program ini disasarkan untuk:
- Timbalan Dekan, Timbalan Pengarah, Pemimpin Berpotensi IPT, Pegawai Kanan Pentadbiran & Kepimpinan Akademik

📲 DAFTAR SEGERA – TEMPAT ADALAH TERHAD!
Imbas kod QR pada brosur untuk pendaftaran.

📩 Sebarang pertanyaan:
👤 Cik Intan Nadiah binti Mahraji
📞 06-797 9451
📧 [email protected]

22/10/2026
22/10/2026
MELESTARI KEPIMPINAN MASA HADAPAN: AKEPT SOKONG PEMPROFILAN BAKAT UMS MENERUSI INISIATIF BeSTARI (LeadDNA)KOTA KINABALU,...
19/10/2026

MELESTARI KEPIMPINAN MASA HADAPAN: AKEPT SOKONG PEMPROFILAN BAKAT UMS MENERUSI INISIATIF BeSTARI (LeadDNA)

KOTA KINABALU, 13 Oktober 2026 - Membina barisan pelapis kepimpinan institusi pendidikan tinggi bukan sekadar perancangan kontigensi, sebaliknya pelaburan strategik demi kelestarian masa hadapan.

Mendukung agenda ini, Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) berbesar hati bekerjasama dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat (BKePT) bagi menjayakan Program BeSTARI Khas: Leadership Development Need Analysis (LeadDNA) pada 13 hingga 15 Oktober 2026 di Café D'Sireh, Bangunan Canselori UMS.

Menghimpunkan 16 pegawai akademik dan pentadbir berpotensi tinggi, inisiatif ini memberi tumpuan kepada tiga fokus utama:
- Penetapan Garis Asas Kompetensi: Menilai profil dan keupayaan kepimpinan secara objektif melalui instrumen pemprofilan AKEPT.
- Pengukuhan Pelan Penggantian: Menyediakan data berwibawa bagi menyokong kesinambungan tampuk kepimpinan UMS secara bersasar.
- Penginstitusian Ekosistem CBTM: Memperluas amalan Competency-Based Talent Management dalam tadbir urus bakat institusi.

Sinergi padu ini membuktikan komitmen kedua-dua pihak dalam memastikan bakat dalaman bukan sahaja dikenal pasti, malah dipersiapkan dengan intervensi yang tepat. Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan UMS, BKePT, dan para peserta atas komitmen luar biasa sepanjang tiga hari program berlangsung.

Address


Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6067979400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share