15/10/2026
⏰🎂 𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐓𝐀𝐑𝐈𝐊𝐇, 𝐃𝐔𝐀 𝐃𝐄𝐓𝐈𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐀𝐊𝐍𝐀! 𝐂𝐋𝐎𝐂𝐊 𝐎𝐔𝐓 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑, 𝐋𝐄𝐆𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐊𝐀𝐋 𝐀𝐁𝐀𝐃𝐈! ❤️🥹
📍 Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah
📅 14 Oktober 2026 | Rabu
14 Oktober bukan sekadar tarikh di kalendar. Ia menjadi saksi sebuah penamat yang indah dan permulaan lembaran kehidupan baharu. ✨
Tanggal 14 Oktober 2026 mencatatkan detik penuh bermakna apabila YBhg. Datuk Mohd Razali bin Wahab, Setiausaha Persekutuan Sabah yang ke-23, diraikan dalam Majlis Persaraan dan Sesi Clock Out Terakhir bersama warga Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah.
🎂 Istimewanya, hari persaraan ini turut bertepatan dengan ulang tahun kelahiran Datuk!
Satu tarikh, dua peristiwa istimewa. Hari meraikan pertambahan usia, dan hari menutup tirai sebuah perjalanan panjang penuh khidmat bakti, amanah serta pengorbanan dalam perkhidmatan awam. 🇲🇾
⏰ 𝐂𝐋𝐎𝐂𝐊 𝐎𝐔𝐓 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑, 𝐍𝐀𝐌𝐔𝐍 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐍𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑!
Satu sentuhan terakhir pada sistem kehadiran menandakan berakhirnya tanggungjawab rasmi, namun segala jasa, tunjuk ajar dan kepimpinan Datuk akan terus terpahat dalam ingatan.
🥹 Ada senyuman, ada tawa, ada juga rasa sebak. Begitulah indahnya sebuah perpisahan apabila yang diraikan bukan sekadar seorang ketua, tetapi seorang pemimpin yang telah banyak mencurahkan bakti dan meninggalkan kenangan bermakna.
💐 TERIMA KASIH, DATUK!
Seluruh warga Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa, bimbingan, kepercayaan dan kepimpinan Datuk sepanjang menerajui pejabat ini.
🎉 Selamat Ulang Tahun Kelahiran dan Selamat Bersara, Datuk!
Semoga lembaran kehidupan baharu ini dipenuhi kebahagiaan, kesihatan yang berpanjangan, ketenangan jiwa dan keberkatan bersama insan-insan tersayang.
❤️ Kerana seorang pemimpin yang hebat tidak hanya dikenang ketika memegang jawatan, tetapi terus dihargai walaupun setelah meninggalkan perkhidmatan.
Jam tugas telah berhenti. Khidmat bakti telah disempurnakan. Namun, legasi Datuk akan terus hidup dalam lipatan sejarah PSUP Sabah.
✨ SELAMAT BERSARA, DATUK. JASAMU DIKENANG, BAKTIMU DISANJUNG! 🇲🇾