PAS Kawasan Tebrau

  • Home
  • PAS Kawasan Tebrau
Directions

PAS Kawasan Tebrau Page Official untuk PAS Kawasan Tebrau

01/06/2026

Kenyataan Media
Perikatan Nasional

Perikatan Nasional Sedia Masuk Gelanggang PRN Johor

Perikatan Nasional (PN) mengambil maklum pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri.

Pilihan raya bukan sekadar pertandingan politik, tetapi medan untuk menawarkan penyelesaian yang lebih baik kepada rakyat khususnya dalam isu kos sara hidup, peluang pekerjaan, pembangunan ekonomi negeri, integriti pentadbiran dan masa depan negara.

Sehubungan itu, saya menyeru seluruh kepimpinan, jentera dan ahli-ahli parti komponen Perikatan Nasional agar memberikan fokus sepenuhnya terhadap persiapan menghadapi pilihan raya ini dengan semangat kebersamaan, disiplin serta kesatuan tindakan.

Perikatan Nasional akan memasuki gelanggang pilihan raya ini dengan penuh tanggungjawab, matang dan profesional serta meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

Saya juga berharap seluruh jentera dapat mengelakkan sebarang bentuk provokasi melampau, politik kebencian dan perpecahan, sebaliknya menampilkan politik yang lebih tenang, berfakta dan berorientasikan solusi.

Insya-Allah, dengan kerjasama semua pihak serta sokongan rakyat, Perikatan Nasional akan terus membawa agenda pentadbiran yang stabil, bersih dan prihatin demi masa depan Johor dan Malaysia yang lebih baik.

YAB Datoโ€™ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
Pengerusi
Perikatan Nasional
1 Jun 2026

Kami bersedia!
01/06/2026

Kami bersedia!

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ
๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—›๐—๐—”๐—ฌ๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ

๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฃ ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—š๐—” ๐— ๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐—ž๐—˜-16

1. PAS Negeri Johor mengambil maklum pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor oleh YAB Menteri Besar yang telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor pada hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16.

2. PAS Johor menghormati proses demokrasi dan sistem Raja Berperlembagaan yang menjadi asas kepada perjalanan pentadbiran negeri dan negara.

3. PAS Johor telah memulakan persiapan awal serta menggerakkan seluruh jentera parti di semua peringkat bagi menghadapi PRN Johor Ke-16.

4. PAS Johor juga akan melangkah ke medan PRN Johor Ke-16 selaras dengan ketetapan yang diputuskan oleh PAS Pusat.

5. PAS Johor menyeru seluruh rakyat Johor agar menunaikan hak mengundi dengan penuh tanggungjawab serta bersama-sama memelihara suasana yang aman, harmoni dan sejahtera sepanjang proses pilihan raya berlangsung.

BERKAT โ€ข PRIHATIN โ€ข SEJAHTERA

๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—š๐˜‚๐—ฟ๐˜‚ ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผ' ๐——๐—ฟ. ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐—ต๐—ณ๐—ผ๐—ฑ๐˜‡ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ฒ๐—ฑ
๐—ฃ๐—ฒ๐˜€๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ต๐—ท๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ฟ

Tarikh: 1 Jun 2026

DIRGAHAYU TUANKUMerafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Keb...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Allah SWT mengurniakan keafiatan, kesejahteraan, kebijaksanaan serta keberkatan yang berpanjangan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam memayungi rakyat dan memimpin negara.

Daulat Tuanku.

Sembah takzim daripada
PAS Kawasan Tebrau

SALAM AIDILADHA 1447H / 2026Aidiladha bukan sekadar tentang pengorbanan, tetapi tentang keikhlasan hati dalam mentaati p...
26/05/2026

SALAM AIDILADHA 1447H / 2026

Aidiladha bukan sekadar tentang pengorbanan, tetapi tentang keikhlasan hati dalam mentaati perintah Ilahi.

Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan diterima Allah SWT dan menjadi asbab keberkatan buat diri, keluarga serta masyarakat.

Di hari penuh kemuliaan ini, marilah kita menghayati erti sabar, redha dan kasih sayang sesama insan.

Semoga ukhuwah terus diperkukuhkan dan kehidupan sentiasa dirahmati.

Selamat Hari Raya Aidiladha
Maaf Zahir & Batin

ุชูŽู‚ูŽุจูŽู‘ู„ูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ู…ูู†ูŽู‘ุง ูˆูŽู…ูู†ู’ูƒูู…ู’

Ikhlas daripada ;
Ustaz Khirul Muntanazar Ismail
YDP PAS Kawasan Tebrau

โœจ KEUTAMAAN PUASA ARAFAH โœจJangan lepaskan peluang berpuasa pada 9 Zulhijjah ๐ŸคSatu hari yang penuh keberkatan, pengampuna...
26/05/2026

โœจ KEUTAMAAN PUASA ARAFAH โœจ

Jangan lepaskan peluang berpuasa pada 9 Zulhijjah ๐Ÿค

Satu hari yang penuh keberkatan, pengampunan dan rahmat daripada Allah SWT.

Rasulullah ๏ทบ bersabda:
โ€œPuasa Arafah menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.โ€
(HR. Muslim)

๐ŸŒ™ Antara keistimewaan Puasa Arafah:
๐Ÿคฒ Menghapus dosa-dosa kecil
๐Ÿ“– Menambah pahala dan keberkatan hidup
๐Ÿ•Š๏ธ Mendekatkan diri kepada Allah SWT
โค๏ธ Melatih keikhlasan dan kesabaran
๐Ÿ•‹ Mencontohi amalan para jemaah haji di Padang Arafah

Jom rebut ganjaran besar ini dengan:
๐Ÿ“ฟ Perbanyakkan zikir
๐Ÿคฒ Perbanyakkan doa
๐Ÿ“– Membaca Al-Quran
๐Ÿ’ Bersedekah dan berbuat kebaikan

Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita dan mengurniakan keberkatan dunia serta akhirat.
Aamiin Ya Rabbal โ€˜Alamin ๐Ÿค๐Ÿ’š



Tahniah Dewan Pemuda PAS Kawasan Tebraua berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan 2026.
23/05/2026

Tahniah Dewan Pemuda PAS Kawasan Tebraua berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan 2026.

22/05/2026
Jom bersama-sama kami
19/05/2026

Jom bersama-sama kami

PAS Johor Lancar Kempen โ€œPAS Pilihankuโ€, Sasar 5,000 Ahli Baharu

JOHOR BAHRU, 14 Mei โ€” PAS Johor bakal melancarkan Kempen Penambahan Keahlian โ€œPAS Pilihankuโ€ sebagai usaha memperkukuhkan organisasi parti serta meningkatkan jumlah keahlian baharu di seluruh negeri Johor sepanjang tahun 2026.

Kempen yang membawa tema โ€œBerkat, Prihatin, Sejahteraโ€ itu dijadualkan dilancarkan pada 24 Mei 2026 di Pejabat PAS Johor, Bandar Baru UDA selepas Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri (BPPN) Johor.

Pengerusi Lajnah Pemerkasaan Parti PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, kempen berkenaan merupakan kesinambungan kepada gerakan penambahan keahlian yang diperkenalkan oleh PAS Pusat sejak tahun 2017.

Menurut beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, PAS telah berjaya mencapai sasaran sejuta ahli pada tahun 2022 dan pencapaian itu menjadi pemangkin untuk terus memperluaskan gerak kerja parti termasuk di negeri Johor.

โ€œPAS Johor turut melaksanakan kempen ini secara berterusan dan kali terakhir pelancarannya diadakan pada tahun 2022 di Parit Tarom, Muar,โ€ katanya.

Penambahan seramai 3,513 ahli baharu sepanjang tempoh 2021 hingga 2025 menjadi pemangkin kepada PAS Johor untuk memperkukuhkan lagi gerak kerja penambahan keahlian menerusi kempen yang lebih tersusun dan menyeluruh.

Sehubungan itu, PAS Johor menetapkan sasaran baharu iaitu menambah 5,000 ahli baharu termasuk Ahli PAS dan Ahli Bersekutu PAS bagi tempoh Jun hingga Disember 2026.

Antara objektif utama kempen tersebut ialah menggiatkan usaha penambahan ahli di semua peringkat organisasi, memperkukuhkan gerak kerja parti di peringkat akar umbi serta memperbanyak program mendekati dan menyantuni masyarakat.

Selain itu, kempen berkenaan turut bertujuan mewujudkan persaingan sihat antara PAS Kawasan dalam usaha memperluaskan keahlian serta menggalakkan penglibatan seluruh ahli keluarga bersama PAS.

Bagi memastikan kempen berjalan aktif dan tersusun, pelancaran di peringkat PAS Kawasan akan dilaksanakan bermula Jun 2026 manakala pertandingan penambahan keahlian terbanyak antara PAS Kawasan turut dicadangkan berlangsung dari Jun hingga Ogos 2026.

Khairul Faizi berkata, kempen tersebut amat penting dalam suasana rakyat semakin memberi perhatian kepada pendekatan PAS yang menekankan aspek kebajikan, keprihatinan masyarakat serta pengukuhan nilai dan kesejahteraan bersama.

Beliau berharap seluruh jentera parti di semua peringkat dapat memainkan peranan aktif dalam menjayakan kempen tersebut demi memperkukuhkan organisasi serta memperluaskan agenda khidmat masyarakat di negeri Johor.

โ€œSemoga Allah mempermudahkan segala urusan bagi mencapai hasrat yang telah digariskan bersama-sama,โ€ katanya.

Selamat Bermesyuarat Agung Tahunan
17/05/2026

Selamat Bermesyuarat Agung Tahunan

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐€๐†๐”๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐๐€๐ ๐ƒ๐„๐–๐€๐ ๐๐„๐Œ๐”๐ƒ๐€ ๐๐€๐’ ๐Š๐€๐–๐€๐’๐€๐ ๐“๐„๐๐‘๐€๐” ๐Š๐€๐‹๐ˆ ๐Š๐„-๐Ÿ‘๐Ÿ”

Ayuh!!..Pemuda PAS Tebrau sekalian dijemput menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan DPPK Tebrau yang bakal tiba ini.

Tarikh : 20 Mei 2026 (Rabu)
Masa : 7.00 malam
Tempat : Dewan SRITI Al-Irfan Tebrau 2, Jalan Rambai 12, Taman Kota Masai

Dirasmikan oleh :
Ust Mohamad Ekhwan Nazari Bin Mohd Nazari,
Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Johor

Jumpa anda di sana!!


Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Kawasan Tebrau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share