POLIS BUKIT BESAR

  • Home
  • POLIS BUKIT BESAR
Call Directions

POLIS BUKIT BESAR Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from POLIS BUKIT BESAR, Government Organization, .

11/07/2025 | Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi (PKD) telah melaksanakan satu  Program Saringan Tibi Peringkat Daerah ...
11/07/2025

11/07/2025 | Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi (PKD) telah melaksanakan satu Program Saringan Tibi Peringkat Daerah Kota Tinggi yang bertempat di Dewan Felda Bukit Besar bermula jam 8.00 pagi hingga selesai.

Objektif program ini dijalankankan adalah meningkatkan pengesanan kes Tibi dalam kalangan barisan pertahanan hadapan, penduduk-penduduk dari Felda Bukit Besar, Felda Bukit Ramun, Felda Sungai Sayong, Felda Pasir Raja serta golongan berisiko tinggi (high risk group, HRG) bagi membolehkan diagnosis awal dan rawatan awal dapat dilaksanakan bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan, komplikasi dan kematian berkaitan Tibi.

Program berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang kejadian yang tidak diingini.

09/07/2025 |  Lawatan dan Pemeriksaan Balai PTKPN A117 oleh Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Daerah ...
09/07/2025

09/07/2025 | Lawatan dan Pemeriksaan Balai PTKPN A117 oleh Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Daerah Kota Tinggi. Pemeriksaan diketuai oleh Ketua Bahagian Asp Irwan Bin Ishak.

Pemeriksaan A117 ini bertujuan untuk penambahbaikkan pengurusan balai bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan pegawai dan anggota balai,serta memastikan fail-fail kerajaan lengkap mengikut arahan semasa PDRM. Pemeriksaan A117 ini berjalan dengan lancar.

30/06/2025
17/06/2025
07 Mac 2025 | Satu Mesyuarat Perbincangan Program Saringan Tibi Felda Bukit Besar Dan Felda Pasir Raja 2025 telah diadak...
07/03/2025

07 Mac 2025 | Satu Mesyuarat Perbincangan Program Saringan Tibi Felda Bukit Besar Dan Felda Pasir Raja 2025 telah diadakan jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, Dewan Felda Bukit Besar. Wakil KPB Bukit Besar iaitu Kpl Zulkifli Bin Ibrahim telah hadir bersama Kpl Tuan Mohammad Hazwan Bin Tuan Mansor ke mesyuarat tersebut.

Tujuan mesyuarat diadakan adalah bagi membincangkan cadangan program saringan tibi yang akan diadakan kedua-dua buah felda terutama kepada pekerja barisan hadapan dan pekerja-pekerja yang sentiasa bersemuka dengan orang awam dalam masa terdekat.

Mesyuarat berjalan lancar tanpa ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

27 Januari 2025 | Lawatan Dan Pemeriksaan Balai PTKPN A117 Oleh Cawangan Khas Daerah ke Balai Polis Bukit Besar
27/01/2025

27 Januari 2025 | Lawatan Dan Pemeriksaan Balai PTKPN A117 Oleh Cawangan Khas Daerah ke Balai Polis Bukit Besar

19 Disember 2024 - Sekitar Majlis Yassin/ Tahlil Dan Doa Selamat Sempena Persaraan Ketua Polis Balai  Bukit Besar, SM Ha...
20/12/2024

19 Disember 2024 - Sekitar Majlis Yassin/ Tahlil Dan Doa Selamat Sempena Persaraan Ketua Polis Balai Bukit Besar, SM Hassan Bin Md Said yang telah bersara secara rasmi pada 20.12.2024 (1986-2024 ). Terima kasih, Syabas dan Tahniah diucapkan di atas pencapaian sepanjang berkhidmat di dalam PDRM. Jasa beliau akan sentiasa kami kenang.

Lipat sirih di tapak tangan,
Letak sekapur dalam d**a,
Budi yang baik jadi kenangan,
budi tuan kami tak lupa.

Penghargaan buat SM(B) Hassan Bin Md Said - Mantan Ketua Polis Balai Bukit BesarPihak Balai dengan rasa penuh hormat dan...
19/12/2024

Penghargaan buat SM(B) Hassan Bin Md Said - Mantan Ketua Polis Balai Bukit Besar

Pihak Balai dengan rasa penuh hormat dan penghargaan ingin merakamkan ucapan terima kasih atas jasa dan dedikasi SM(B) Hassan Bin Md Said sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Anggota Polis yang cemerlang.

Pada tanggal 20 Disember 2024 merupakan hari paling bermakna di mana beliau akan menjalani persaraan wajib dalam perkhidmatan kerajaan sebagai Anggota Polis setelah berkhidmat selama 38 tahun.

Kami warga Balai Polis Bukit Besar mendoakan agar SM (B) Hassan Bin Md Said sentiasa diberi kesihatan yang baik, kebahagiaan, dan keberkatan dalam fasa kehid**an yang baru. Semoga jasa dan bakti beliau terus dikenang dan menjadi amal jariah yang berpanjangan.

Terima kasih atas segala-galanya. Selamat bersara dan semoga terus sukses dalam apa jua yang diceburi.

Address


Telephone

+6078977222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when POLIS BUKIT BESAR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share




Enable notifications