26/10/2026
JKR Daerah Marang telah mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama pihak konsesi Roadcare Sdn. Bhd. dan MS Citajaya Sdn. Bhd. bagi memperkukuh tahap kesiapsiagaan operasi, penyelarasan aset dan logistik serta perancangan tindakan kecemasan bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027.
Usaha ini bertujuan memastikan tindakan respons yang pantas dan berkesan, disamping memelihara keselamatan pengguna serta memastikan rangkaian jalan raya sentiasa berada pada tahap yang selamat dan boleh digunakan sepanjang tempoh monsun.
Semoga segala perancangan dan usaha yang dilaksanakan dipermudahkan, berjalan lancar serta mencapai objektif yang ditetapkan demi kesejahteraan dan keselamatan pengguna jalan raya.