02/11/2026
WACANA MAHASISWA SEJAHTERA | 31 OKTOBER 2026
Alhamdulillah, program Wacana Mahasiswa Sejahtera telah melabuhkan tirai dengan jayanya pada 31 Oktober 2026 di Dewan Tuanku Canselor (DTC), Universiti Malaysia Perlis. Berpandukan tema "Sahsiah Unggul, Kesejahteraan Sosial, Kelestarian Bersama", hasrat COSCEM untuk berkongsi dan menyampaikan mesej penting mengenai amalan kelestarian seramai 2,800 orang pelajar UniMAP.
Fokus perkongsian menyentuh secara langsung tonggak Kelestarian Kampus, di mana para pelajar diseru untuk memupuk budaya kampus yang lestari dan bertanggungjawab. Diharapkan perkongsian ini memberi kesedaran kepada semua mahasiswa untuk mula mengambil cakna terhadap isu-isu kritikal seperti penjimatan elektrik, pengurusan air yang cekap, dan pengurangan sisa secara berhemah di dalam serta di luar kampus.
Sesi ini turut diperhebatkan dengan perkongsian daripada panel kedua, Puan Badrizawati binti Mohamad Zaki, seorang Pegawai Psikologi dari Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Kupasan beliau telah melengkapi teras kaunseling sosial wacana ini, memfokuskan kepada kesejahteraan diri dan hubungan sosial dalam kalangan mahasiswa.
Terima kasih kepada semua pelajar yang hadir dan memberikan tumpuan penuh sepanjang sesi yang berlangsung. Mari kita bersama-sama jadikan amalan kelestarian ini sebagai satu budaya hidup yang berterusan, selari dengan nilai ilmu, keikhlasan, dan kecemerlangan universiti kita.