Regulatori DVSSelangor

  • Home
  • Regulatori DVSSelangor
Call Directions Website

Regulatori DVSSelangor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Regulatori DVSSelangor, Government Organization, .

Bahagian Regulatori
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor

15/06/2026

[𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍]

Dimaklumkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan dan menaik taraf Catopia Taman Kucing Shah Alam akan dilaksanakan bermula 25 Mei hingga 30 Jun 2026.

Pelaksanaan kerja-kerja ini bertujuan meningkatkan kemudahan dan keselesaan persekitaran bagi memastikan Catopia terus menjadi lokasi rekreasi yang selamat, bersih dan kondusif untuk pengunjung serta haiwan peliharaan.

Segala kesulitan yang dihadapi amat dikesali dan kerjasama orang awam sepanjang tempoh pelaksanaan kerja ini amat dihargai.

🚨 ANDA TAHU APA PERLU DIBUAT JIKA BERDEPAN SERANGAN ANJING? 🐕Kekal tenang dan bertindak bijak boleh membantu menyelamatk...
15/06/2026

🚨 ANDA TAHU APA PERLU DIBUAT JIKA BERDEPAN SERANGAN ANJING? 🐕

Kekal tenang dan bertindak bijak boleh membantu menyelamatkan diri daripada situasi yang tidak dijangka. Berikut langkah keselamatan yang perlu diingat:

✅ Bergerak perlahan, jangan lari pantas
✅ Elakkan renungan mata secara terus
✅ Berdiri tegak dan jangan panik
✅ Lindungi bahagian sensitif tubuh jika diserang
✅ Segera dapatkan rawatan perubatan dan laporkan kejadian

⚠️ Keselamatan diri adalah keutamaan.
Kongsikan info ini kepada keluarga dan rakan sebagai langkah pencegahan bersama.

Jom warga Shah Alam. Boleh join PROGRAM Potong royong MBSA. Jangan lupa book slot tau. No walk in.... No no no....
15/06/2026

Jom warga Shah Alam. Boleh join PROGRAM Potong royong MBSA.
Jangan lupa book slot tau. No walk in.... No no no....

MBSA x Potong Royong akan mengadakan program pemandulan haiwan bersubsidi!

📍Tempat: Dewan Sri Gading, Seksyen U13, Shah Alam
🗓 Tarikh: 13-15 Julai 2026

✅️ Terbuka kepada warga MBSA
✅️ Perlu temu janji
❌️ Tidak terima 'walk-in'
❌️ Tidak terima haiwan baka tulen

Anda boleh membuat temu janji dengan mengimbas kod QR tertera atau layari qmed.asia/potongroyong sekarang.

Jumpa anda di sana! 🤗

Jom orang Penang...
15/06/2026

Jom orang Penang...

🐱💉 Mai singgah booth Jabatan Perkhidmatan Veterinar sempena Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2026!

Nak tahu lebih lanjut tentang penyakit zoonotik? Atau nak dapatkan vaksin kucing pada harga promosi? Mai jumpa kami!

📅 13 Jun 2026 (Sabtu)
🕖 7.00 pagi – 1.00 petang
📍 Kolej Tingkatan Enam Desa Murni, Sungai Dua, Butterworth

✨ Jom pakat mai ramai-ramai. Kami tunggu hampa di sana! 🐾💚🚭

Lawati media sosial DVS Penang https://linktr.ee/dvspenang

Niat di hati bela kucing sebab nak jadikan 'guard' kawal tikus kat dapur. Sekali tikus size lengan selamba lalu depan mu...
06/04/2026

Niat di hati bela kucing sebab nak jadikan 'guard' kawal tikus kat dapur.

Sekali tikus size lengan selamba lalu depan muka, dia cuma buka sebelah mata, menguap, lepas tu sambung tidur

Kenapa jadi macam tu? Tuan dia bagi makan wetput mahal tapi bab kerja pemalas?

Hakikatnya, kucing BUKAN mesin pemburu automatik

Tidak semua kucing rajin memburu. Ada yang memang kuat naluri pemangsanya, tapi majoriti kucing zaman sekarang lebih minat cari tempat empuk, 'healing' depan aircond dan tunggu tuan tuangkan makanan ke dalam mangkuk.

Ini sebab kenapa kucing anda 'buta' bila nampak tikus

1. Terlalu Kenyang & Selesa

Kalau mangkuk sentiasa penuh dengan wet food dan kibblespremium, buat apa dia nak kejar tikus longkang yang kotor dan berpenyakit?

2. Kurang Latihan 'Survival'

Kucing yang lahir dan dibesarkan sepenuhnya di dalam rumah (indoor) jarang diasah kemahiran memburunya. Dia nampak tikus bergerak, tapi dia tak anggap itu sebagai misi penting.

3. Faktor Fizikal

Umur yang dah senior personaliti yang terlalu jinak, atau saiz badan yang overweight, kucing gemuk buatkan mereka langsung tak teruja nak melompat.

Dari sudut Kesihatan Awam, kalau rumah anda ada masalah tikus, yang patut dipersalahkan ialah persekitaran, bukan kucing.

✅ Tutup lubang laluan paip/saluran masuk tikus.
✅ Simpan sisa makanan dalam tong sampah bertutup rapat.
✅ Jaga kebersihan dapur, jangan biarkan pinggan kotor semalaman.

Jangan letak harapan tinggi menggunung atas bahu seekor kucing yang lebih komited dengan bantal empuknya daripada keselamatan dapur anda.

Kadang-kadang, yang kita bela untuk tangkap tikus tu, rupa-rupanya dia datang untuk bermain dengan tikus sahaja.

Kalau tanya kucing apa paling sesuai dibela, ramai yang sibuk cari baka mahal bulu lebat harga ribu-ribu. Padahal, yang ...
06/04/2026

Kalau tanya kucing apa paling sesuai dibela, ramai yang sibuk cari baka mahal bulu lebat harga ribu-ribu.

Padahal, yang paling serasi dengan cuaca Malaysia, persekitaran rumah, dan dompet kita selalunya adalah KUCING KAMPUNG (Domestic Shorthair).

Kucing kampung bukan tak cantik. Kita saja yang terlalu bias. Hakikatnya, mereka ini sangat lasak, tak cerewet, imuniti badan kuat, dan paling penting... mereka sangat pandai menghargai kasih sayang.

Walaupun dipanggil "kucing kampung", mereka tak ada satu standard perangai yang sama. Ini 5 personaliti kucing kampung yang biasa kita jumpa.

Kucing anda kategori mana?

1. Si Manja (The Clingy)
Dia punya manja sampai tak boleh berenggang. Gesel-gesel kat kaki, ikut masuk sampai ke pintu tandas, dan sanggup tunggu kita balik kerja depan pintu.

2. Si Penakut (The Introvert)
Nampak je macam harimau, tapi dengar bunyi plastik sampah pun lari lintang-pukang masuk bawah sofa

Susah nak percaya orang luar, tapi dengan tuan sendiri, dia okey je.

3. Si Kaki Makan
Pantang dengar peti ais atau tin makanan dibuka, dari hujung rumah dia boleh sprint datang. Tak pernah rasa kenyang, pantang nampak ruang kosong dalam mangkuk

4. Si Garang
Muka sentiasa ketat. Nak pegang boleh, tapi ada limit masa. Lebih 10 saat, tangan anda akan dicakar atau digigit manja. S**a perhatikan manusia dari tempat tinggi

5. Si Kaki Gaduh (The Oyen/Fighter)
Aktif melampau. Siang tidur, malam buat ronda kawasan. Balik rumah je mesti telinga koyak atau hidung bercalar sebab berlawan dengan kucing sebelah rumah. Tapi esok, dia buat lagi

Tak perlu rumah mewah untuk mereka bahagia. Cukup ada makanan, tempat selamat, dan manusia yang ikhlas melayan mereka.

Bela kucing kampung bukan sekadar bela haiwan. Ia macam beri peluang kedua kepada makhluk kecil yang selalu dipinggirkan, untuk rasa disayangi dan ada rumah sendiri.

Dan percayalah, rumah yang ada kucing kampung selalunya lebih 'hidup' dan ada jiwa.

Kenyataan Media Berhubung Video Tular yang Memaparkan Seorang lelaki Mendera Seekor Anak KucingJabatan Perkhidmatan Vete...
04/04/2026

Kenyataan Media

Berhubung Video Tular yang Memaparkan Seorang lelaki Mendera Seekor Anak Kucing

Jabatan Perkhidmatan Veterinar

KEKALKAN POPULASI, JAMIN MASA HADAPAN 🐄🚫Tahukah anda bahawa penyembelihan lembu betina tanpa kawalan amat tidak digalakk...
03/04/2026

KEKALKAN POPULASI, JAMIN MASA HADAPAN 🐄🚫
Tahukah anda bahawa penyembelihan lembu betina tanpa kawalan amat tidak digalakkan? Langkah ini dilaksanakan demi memastikan kelestarian populasi ternakan dan menjamin kesinambungan bekalan daging serta susu negara untuk jangka masa panjang.
Penternak disarankan untuk mengekalkan lembu betina yang masih produktif bagi tujuan pembiakan. Sebarang urusan penyembelihan lembu betina adalah tertakluk kepada peraturan yang ketat, di mana pengesahan serta permit yang sah daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) wajib diperolehi terlebih dahulu bagi memastikan ia memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Mari kita bersama-sama melindungi aset ternakan kita demi jaminan sekuriti makanan negara! 🇲🇾✨

INFO DVS: PILIH INDUK, JAMIN HASIL 🐄✨Penternakan yang berjaya bermula daripada pemilihan baka yang tepat!Jangan tersilap...
03/04/2026

INFO DVS: PILIH INDUK, JAMIN HASIL 🐄✨
Penternakan yang berjaya bermula daripada pemilihan baka yang tepat!
Jangan tersilap langkah dalam memilih lembu betina untuk program pembiakan anda. Pemilihan yang bijak bukan sahaja menjamin kualiti anak, malah mengelakkan kerugian di masa hadapan.
Jom semak 5 KRITERIA UTAMA pemilihan lembu betina berkualiti tinggi dalam infografik di bawah. 👇
Dapatkan nasihat lanjut di pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) yang berhampiran anda.

Asas kepada ladang yang berjaya bermula dengan pemilihan induk yang berkualiti. Kita bukan sekadar membela, tetapi kita ...
03/04/2026

Asas kepada ladang yang berjaya bermula dengan pemilihan induk yang berkualiti. Kita bukan sekadar membela, tetapi kita merancang masa depan ternakan kita.
Setiap langkah dalam pemilihan lembu betina sebenarnya adalah pelaburan untuk mendapatkan hasil yang lebih lumayan. Apabila kualiti menjadi keutamaan, pengurusan ladang akan jadi lebih mudah dan pulangan pun lebih memuaskan.
Jom semak infografik di bawah untuk lihat bagaimana pemilihan induk yang tepat dapat membantu meningkatkan prestasi ladang anda. 👇
Pilihlah yang terbaik untuk hasil yang luar biasa! 📈

Address

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60355103900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Regulatori DVSSelangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share