Pejabat Pertanian Daerah Marang

  • Home
  • Pejabat Pertanian Daerah Marang
Call Directions Website

Pejabat Pertanian Daerah Marang Perkhidmatan Pengembangan Pertanian

🌾 TURUN PADANG, MENYANTUNI USAHAWAN TANI! 🌱10 Ogos 2026 (Isnin)Komitmen terhadap pembangunan sektor pertanian terus dipe...
16/08/2026

🌾 TURUN PADANG, MENYANTUNI USAHAWAN TANI! 🌱

10 Ogos 2026 (Isnin)

Komitmen terhadap pembangunan sektor pertanian terus diperkasa melalui agenda turun padang oleh YBrs. Dr. Sukati bin Sakka, Pengarah Pertanian Negeri Terengganu, yang berkesempatan meninjau secara dekat perkembangan projek-projek pertanian di Daerah Marang.

Antara projek yang dilawati adalah:

🌱 Projek Napier – Kg. Tertak Batu
🌳 Projek Kelompok Durian – Kg. Bukit Parit
🥥 Projek RTB Kelapa – Batu Putih
🍌 Projek Pisang – Sungai Serai
🐝 Projek Kelulut Sejati Madani – Jerong Seberang
🥬 Projek Fertigasi – Kg. Rawai

Lawatan ini bukan sekadar melihat perkembangan projek, malah menjadi platform untuk berinteraksi secara langsung dengan para pengusaha, mendengar pengalaman serta memahami cabaran yang dihadapi di lapangan.

Pelbagai pandangan, idea dan potensi turut dikongsikan bagi memastikan projek-projek pertanian terus berkembang serta mampu memberikan manfaat dan meningkatkan pendapatan para pengusaha.

💚 Turun padang, dengar suara pengusaha, kenal pasti cabaran dan bersama-sama memperkasa sektor pertanian Terengganu!

Sorotan Pameran Pejabat Pertanian daerah Marang sempena program TI-BSaS Tech Talent 2026 di SMK Bukit Sawa, Marang.12 da...
16/08/2026

Sorotan Pameran Pejabat Pertanian daerah Marang sempena program TI-BSaS Tech Talent 2026 di SMK Bukit Sawa, Marang.

12 dan 13 Ogos 2026 - Rabu & Khamis.

Terima Kasih Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Dan Bahagian kawalan Racun Perosak dan Baja yang turut serta membuat perkongisian sepanjang program.

Pemantauan BPIT Putrajaya ke Projek Lengkuas dan Halia Pejabat Pertanian Daerah Marang. Permulaan memperkasakan industri...
30/07/2026

Pemantauan BPIT Putrajaya ke Projek Lengkuas dan Halia Pejabat Pertanian Daerah Marang. Permulaan memperkasakan industri herba dan rempah ratus dalam negara. Boleh kurangkan import dari luar.

30/07/2026

☕ 𝙅𝙊𝙈 𝘽𝙀𝙇𝘼𝙅𝘼𝙍 𝙏𝙀𝙆𝙉𝙄𝙆 𝘾𝘼𝙉𝙏𝙐𝙈𝘼𝙉 𝙈𝘼𝙏𝘼 𝙏𝙐𝙉𝘼𝙎 𝙋𝙊𝙆𝙊𝙆 𝙆𝙊𝙋𝙄! ☕

Peminat kopi dan pengusaha tanaman di luar sana! Nak tahu rahsia pembiakan pokok kopi Liberica yang berkualiti tinggi dan hasil sedap do’oh? 🌿✨

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Demonstrasi Cantuman Mata Tunas Pokok Kopi secara terus daripada pakar!

📌 𝗕𝗨𝗧𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠:
👤 𝐏𝐞𝐧𝐜𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐡/𝐏𝐞𝐦𝐨𝐧𝐬𝐭𝐫𝐚𝐬𝐢: Encik Mohd Rani bin Awang (Pegawai Penyelidik MARDI Jerangau)
📅 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡: 30 Julai 2026 (Khamis)
⏰ 𝑴𝒂𝒔𝒂: 8:00 Malam - 10:00 Malam
📍 𝑳𝒐𝒌𝒂𝒔𝒊: Booth Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, Festival Kopi & Budaya Kemaman

Jemput singgah ke booth kami malam ini! Bawa rakan-rakan dan keluarga sekali untuk timba ilmu pertanian secara percuma.

𝑺𝒂𝒎𝒂-𝒔𝒂𝒎𝒂 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒎𝒆𝒓𝒊𝒂𝒉𝒌𝒂𝒏 𝑭𝒆𝒔𝒕𝒊𝒗𝒂𝒍 𝑲𝒐𝒑𝒊 & 𝑩𝒖𝒅𝒂𝒚𝒂 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒎𝒂𝒏 𝟐𝟎𝟐𝟔! 🙌





📢 Perhatian!!! Pertandingan Durian Kampung Premium Negeri Terengganu 2026 ditangguhkan sehingga dimaklumkan kelak.Harap ...
30/07/2026

📢 Perhatian!!!

Pertandingan Durian Kampung Premium Negeri Terengganu 2026 ditangguhkan sehingga dimaklumkan kelak.
Harap maklum.

28/07/2026
🌳 𝑷𝑬𝑹𝑻𝑨𝑵𝑫𝑰𝑵𝑮𝑨𝑵 𝑫𝑼𝑹𝑰𝑨𝑵 𝑲𝑨𝑴𝑷𝑼𝑵𝑮 𝑷𝑹𝑬𝑴𝑰𝑼𝑴 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝑻𝑬𝑳𝑨𝑯 𝑫𝑰𝑩𝑼𝑲𝑨!🌟 𝙋𝙚𝙩𝙖𝙣𝙞 𝙙𝙪𝙧𝙞𝙖𝙣 𝙠𝙖𝙢𝙥𝙪𝙣𝙜 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙏𝙚𝙧𝙚𝙣𝙜𝙜𝙖𝙣𝙪, 𝙞𝙣𝙞𝙡𝙖𝙝 𝙢𝙖𝙨𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 ...
27/07/2026

🌳 𝑷𝑬𝑹𝑻𝑨𝑵𝑫𝑰𝑵𝑮𝑨𝑵 𝑫𝑼𝑹𝑰𝑨𝑵 𝑲𝑨𝑴𝑷𝑼𝑵𝑮 𝑷𝑹𝑬𝑴𝑰𝑼𝑴 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝑻𝑬𝑳𝑨𝑯 𝑫𝑰𝑩𝑼𝑲𝑨!

🌟 𝙋𝙚𝙩𝙖𝙣𝙞 𝙙𝙪𝙧𝙞𝙖𝙣 𝙠𝙖𝙢𝙥𝙪𝙣𝙜 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙏𝙚𝙧𝙚𝙣𝙜𝙜𝙖𝙣𝙪, 𝙞𝙣𝙞𝙡𝙖𝙝 𝙢𝙖𝙨𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙪𝙠𝙩𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙝𝙖𝙨𝙞𝙡 𝙠𝙚𝙗𝙪𝙣 𝙖𝙣𝙙𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙖𝙙𝙖 𝙙𝙞 𝙖𝙣𝙩𝙖𝙧𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙏𝙀𝙍𝘽𝘼𝙄𝙆 𝙙𝙞 𝙣𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙞𝙣𝙞!

🍈 Adakah durian kampung anda mempunyai rasa yang luar biasa, isi yang tebal, aroma yang memikat dan kualiti premium?
Kini peluang anda untuk mengetengahkannya melalui:

🏆 PERTANDINGAN DURIAN KAMPUNG PREMIUM Peringkat Negeri Terengganu 2026

📅 Tarikh Pertandingan - 2 Ogos 2026 (Ahad)
📍 Tempat - Dewan Besar, Kompleks Pertanian Negeri Ajil,
Hulu Terengganu.
⸻
SIAPA BOLEH MENYERTAI?
✅ Warganegara Malaysia
✅ Mempunyai tanaman durian kampung di Negeri Terengganu
✅ Penyertaan adalah PERCUMA
✅ Hanya untuk durian kampung yang belum didaftarkan sebagai varieti kebangsaan.
⸻
🎁 Hadiah-hadiah menarik menanti para pemenang!
Selain pertandingan, program ini turut menjadi platform memperkenalkan durian kampung Terengganu kepada orang ramai serta meningkatkan nilai komersial hasil tanaman tempatan.

📌 Permohonan dibuka mulai 23 Julai 2026
📌 Tarikh tutup permohonan: 1 Ogos 2026
⸻
☎️ Sebarang pertanyaan:
📞 Encik Omar Bin Misran
012-7236345
📞 Puan Nurhafizah Binti Mustapha
013-2447923
⸻
🍈 Mari bersama-sama mengangkat martabat Durian Kampung Negeri Terengganu.

Semoga lahir lebih ramai pengusaha durian berkualiti tinggi yang mampu membawa nama negeri ke peringkat lebih tinggi.

Jabatan Pertanian Negeri Terengganu

📅 15 Julai 2026 (Rabu)Walkabout Pengarah Pertanian Negeri Terengganu ke Kelompok Buah Sungai Serai dan Kelompok Buah Gon...
22/07/2026

📅 15 Julai 2026 (Rabu)

Walkabout Pengarah Pertanian Negeri Terengganu ke Kelompok Buah Sungai Serai dan Kelompok Buah Gondang, Marang 🌳🍃

Pengarah Pertanian Negeri Terengganu berkesempatan “bertemu mata” bersama beberapa orang pekebun di Kelompok Buah Sungai Serai dan Kelompok Buah Gondang, Marang yang melibatkan keluasan kawasan melebihi 4,000 ekar.

Lawatan ini turut memberi peluang untuk meninjau keadaan infrastruktur ladang serta melihat perkembangan semasa kawasan pertanian, di samping berdialog dan bertukar pandangan bersama para peserta serta penduduk kampung berkaitan isu, keperluan dan potensi pembangunan sektor pertanian di kawasan berkenaan.

Semoga kunjungan dan sesi dialog ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak jabatan dengan para pekebun serta komuniti setempat, di samping memperkukuh usaha pembangunan dan kemajuan sektor pertanian di daerah Marang.

Terima kasih PPN Ganu atas kesudian t

Address


Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096182311

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pertanian Daerah Marang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share