BKPA UPU

Call Directions Website

BKPA UPU Facebook ini merupakan facebook rasmi Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi

Bahagian ini dikenali sebagai Unit Pusat Universiti (UPU) pada awal 1970-an hingga 10 Oktober 1995. Mulai 10 Oktober 1995 hingga 31 Disember 2004 UPU dinaiktaraf dan dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar IPT (BPKP IPT), Jabatan Pendidikan Tinggi. Mulai 01 Januari 2005 - dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP). Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) adalah satu Bahagian dalam Sektor Pengurusan IPTA, Jabatan Pengurusan IPT, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia yang bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelaras kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA) tempatan. Perubahan ini adalah selaras dengan penyusunan semula struktur organisasi Kementerian Pendidikan Tinggi pada 01 Januari 2005.

21/10/2026

21 Oktober 2026

Taklimat UPUOnline®️ @ Kolej Tingkatan Enam Seri Putera ,Perak

Fokus utama sesi ini adalah penyampaian maklumat mengenai peluang melanjutkan pelajaran tinggi ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti, serta MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT).

Jangan lupa ikuti 👉🏻 Tiktok BKPA UPU untuk maklumat lanjut!


SESI TAKLIMAT UPUONLINE @ SMJK KEAT HWA🎓✨Pada 18 Oktober 2026 telah berlangsung Sesi Taklimat UPUOnline di Sekolah Menen...
21/10/2026

SESI TAKLIMAT UPUONLINE @ SMJK KEAT HWA🎓✨

Pada 18 Oktober 2026 telah berlangsung Sesi Taklimat UPUOnline di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa!

Sesi ini berfokuskan penyampaian maklumat terkini serta panduan lengkap mengenai laluan dan peluang melanjutkan pengajian tinggi ke:
✅ Universiti Awam (UA)
✅ Politeknik
✅ Kolej Komuniti
✅ MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT)
✅ Kolej Matrikulasi

Buat para pelajar dan ibu bapa, pastikan anda tidak melepaskan peluang ini untuk merancang masa depan akademik dengan lebih jelas.

Jangan lupa ikuti TikTok rasmi BKPA UPU untuk info dan kemas kini terkini! 📱

Setinggi-tinggi Tahniah dan Selamat datang kepada Encik Nadzrin Azri bin Nor Azmi dan Encik Syaiful Ezlan bin Mahmood at...
15/10/2026

Setinggi-tinggi Tahniah dan Selamat datang kepada Encik Nadzrin Azri bin Nor Azmi dan Encik Syaiful Ezlan bin Mahmood atas pelantikan sebagai Penolong Pengarah Kanan (DH10) Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA(BKPA).

Ikhlas daripada:

Pengarah dan seluruh warga Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA Jabatan Pendidikan Tinggi

*SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH 💐*Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada En. Rudy Adr...
15/10/2026

*SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH 💐*

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada En. Rudy Adrie bin Idris, En. Mohd Hanif bin Khairuddin dan En. Sulaiman bin Mohd Shah atas segala khidmat bakti, komitmen, dedikasi dan kerjasama yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA , Jabatan Pendidikan Tinggi .

Segala sumbangan dan jasa yang diberikan amatlah dihargai serta akan sentiasa terpahat dalam kenangan warga BKPA.

Semoga terus cemerlang dan dalam menggalas amanah serta tanggungjawab yang seterusnya.

Ikhlas daripada Pengarah dan seluruh warga BKPA

10/10/2026

KEMBARA BERSASAR 2026 📍 PAHANG 🏆🔥 ARENA SUKAN, DESTINASI AKADEMIK! 🎓⚽

Sorotan Program Kembara Bersasar 2026: Arena Sukan, Destinasi Akademik telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Oktober 2026 (Sabtu) bertempat di Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP). 🎉

Antara pengisian program termasuklah pameran reruai pendidikan tinggi, taklimat hala tuju pendidikan tinggi serta perkongsian maklumat berkaitan kemasukan ke IPTA bagi membantu pelajar merancang laluan akademik dan masa depan mereka. 🎓✨

Dirasmikan oleh Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia merangkap Ahli Parlimen Paya Besar, YB Dato’ Sri Mohd Shahar Bin Abdullah; serta turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim; Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (TKPPT) (Akademik dan Penyelidikan), YBhg Prof. Dr. Zainal Amin bin Ayub; dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Penyelidikan) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, YBhg Prof. Ts. Dr. Kamal bin Yusoh.

Dari arena sukan ke destinasi akademik, melakar masa depan, merealisasikan impian! 🏅🎓




Jom saksikan sesi siaran langsung 'Hello!! UPU' yang akan membincangkan Pengambilan Sesi Kedua ke UTHM bagi Lepasan STPM...
07/10/2026

Jom saksikan sesi siaran langsung 'Hello!! UPU' yang akan membincangkan Pengambilan Sesi Kedua ke UTHM bagi Lepasan STPM/Setaraf. Di sertai oleh
Dr. Mohd Akmal bin Rohiat
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat,
Pejabat Pemasaran dan Komunikasi, Korporat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

📅 Tarikh: Khamis, 8 Oktober 2026
🕚 Masa: 10.30 pagi
📺 Platform: TikTok BKPAUPU

Jangan ketinggalan!

Jangan lupa follow 👉🏻 Tiktok BKPA UPU untuk hebahan terkini!

/Setaraf

Jom saksikan sesi siaran langsung 'Hello!! UPU' yang akan membincangkan Pengambilan Sesi Kedua ke UniMAP bagi Lepasan ST...
05/10/2026

Jom saksikan sesi siaran langsung 'Hello!! UPU' yang akan membincangkan Pengambilan Sesi Kedua ke UniMAP bagi Lepasan STPM/Setaraf. Di sertai oleh
Tuan Syed Amir Fatir bin Syed Akhir
Pegawai Tadbir , Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Malaysia Perlis

📅 Tarikh: Selasa, 6 Oktober 2026
🕚 Masa: 10.30 pagi
📺 Platform: TikTok BKPAUPU

Jangan ketinggalan!

Jangan lupa follow 👉🏻 Tiktok BKPA UPU untuk hebahan terkini!

/Setaraf

Jom saksikan sesi siaran langsung 'Hello!! UPU' yang akan membincangkan Pengambilan Sesi Kedua ke UMPSA bagi Lepasan STP...
01/10/2026

Jom saksikan sesi siaran langsung 'Hello!! UPU' yang akan membincangkan Pengambilan Sesi Kedua ke UMPSA bagi Lepasan STPM/Setaraf. Di sertai oleh Puan Nur Afiera binti Mohd Bakri, Pembantu Eksekutif Pentadbiran , Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)

📅 Tarikh: Jumaat, 2 Oktober 2026
🕚 Masa: 10.30 pagi
📺 Platform: TikTok BKPAUPU

Jangan ketinggalan!

Jangan lupa follow 👉🏻 Tiktok BKPA UPU untuk hebahan terkini!

/Setaraf

Jom saksikan sesi siaran langsung 'Hello!! UPU' yang akan membincangkan Pengambilan Sesi Kedua ke UPSI bagi Lepasan STPM...
01/10/2026

Jom saksikan sesi siaran langsung 'Hello!! UPU' yang akan membincangkan Pengambilan Sesi Kedua ke UPSI bagi Lepasan STPM/Setaraf. Di sertai oleh Puan Siti Shahzana binti Saruan, Pegawai Tadbir Unit Promosi dan Kemasukan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

📅 Tarikh: Khamis, 1 Oktober 2026
🕚 Masa: 3.00 petang
📺 Platform: TikTok BKPAUPU

Jangan ketinggalan!

Jangan lupa follow 👉🏻 Tiktok BKPA UPU untuk hebahan terkini!

/Setaraf

Jom saksikan sesi siaran langsung 'Hello!! UPU' yang akan membincangkan Pengambilan Sesi Kedua ke UiTM bagi Lepasan STPM...
29/09/2026

Jom saksikan sesi siaran langsung 'Hello!! UPU' yang akan membincangkan Pengambilan Sesi Kedua ke UiTM bagi Lepasan STPM/Setaraf. Di sertai oleh Puan Norhafizah binti Ibrahim Apani
Ketua Unit Sarjana Muda, Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM dan Encik Syaiful Nizam bin Omar, Pegawai Eksekutif Kanan.

📅 Tarikh: Selasa, 29 September 2026
🕚 Masa: 10:30 Pagi
📺 Platform: TikTok BKPAUPU

Jangan ketinggalan!

Jangan lupa follow 👉🏻 Tiktok BKPA UPU untuk hebahan terkini!

/Setaraf

Address


Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:00
14:45 - 17:00

Telephone

+60386842363

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BKPA UPU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share