Unit Komunikasi Korporat Uitm Cawangan SABAH

  • Home
  • Unit Komunikasi Korporat Uitm Cawangan SABAH
Call Directions Contact the organization

Unit Komunikasi Korporat Uitm Cawangan SABAH Unit Komunikasi Korporat di UiTM Cawangan Sabah ditubuhkan pada tahun 2002 dan berada di bawah Pejabat Rektor.

Unit ini mempunyai peranan penting untuk memastikan dan mengekalkan imej serta reputasi baik universiti sentiasa berada di tahap optimum. Unit ini juga memainkan peranan penting dalam menjaga hubungan baik universiti bersama badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan, komuniti, media, majikan-pekerja dan pihak-pihak berkepentingan yang lain. Selain itu, unti ini juga bertanggungjawab untuk memperluas hubungan universiti di peringkat nasional dan antarabangsa. Selain bertanggungjawab untuk mengekalkan reputasi dan citra yang baik, sebahagian daripada tanggungjawab lain unit ini adalah untuk mempromosikan universiti kepada masyarakat setempat dan membuka ruang akses yang adil untuk pendidikan tinggi.

LAWATAN AUDIT AKREDITASI PROGRAM (LAAP) – PENILAIAN IQA02 PROGRAM PASCASISWAZAHUiTM Cawangan Sabah berbesar hati menerim...
11/11/2026

LAWATAN AUDIT AKREDITASI PROGRAM (LAAP) – PENILAIAN IQA02 PROGRAM PASCASISWAZAH

UiTM Cawangan Sabah berbesar hati menerima kunjungan Panel Auditor sempena Lawatan Audit Akreditasi Program (LAAP) bagi Penilaian IQA02 Program Pascasiswazah yang berlangsung pada 11 dan 12 November 2026 bertempat di UiTM Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu.

Lawatan audit ini melibatkan dua program Doktor Falsafah (PhD), iaitu:

BA950 – Doktor Falsafah (Pengurusan Perniagaan)

HM950 – Doktor Falsafah (Pengurusan Hotel dan Pelancongan)

Pelaksanaan audit ini merupakan salah satu usaha berterusan universiti dalam memastikan kualiti akademik, kecemerlangan program serta pematuhan terhadap standard dan keperluan akreditasi yang ditetapkan.

Semoga lawatan audit ini berjalan lancar dan mencapai objektif yang disasarkan demi memperkukuh kecemerlangan pendidikan pascasiswazah UiTM.

Memperkasa Kualiti, Menjamin Kecemerlangan Pascasiswazah.

Seluruh warga Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah amat mengalu-alukan dengan ucapan Selamat Datang kepada pa...
26/10/2026

Seluruh warga Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah amat mengalu-alukan dengan ucapan Selamat Datang kepada para Pelajar Latihan Industri ke UiTM Cawangan Sabah

𝘚𝘦𝘮𝘰𝘨𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘨𝘢𝘭𝘢𝘮𝘢𝘯 𝘪𝘯𝘪 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘱𝘦𝘭𝘶𝘢𝘯𝘨 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘬𝘢𝘭𝘪𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘢𝘮𝘣𝘢𝘩 𝘪𝘭𝘮𝘶,
𝘮𝘦𝘯𝘨𝘦𝘮𝘣𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘰𝘵𝘦𝘯𝘴𝘪 𝘥𝘪𝘳𝘪 𝘥𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘮𝘱𝘦𝘳𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘮𝘢𝘯𝘧𝘢𝘢𝘵 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘱𝘢𝘯𝘫𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯.

Daripada Rektor
dan Pengurusan Eksekutif Negeri,
Serta seluruh warga UiTM Cawangan Sabah

Selamat Datang diucapkan

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional

اوسها تقوى موليا

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT UiTM CAWANGAN SABAH TAHUN 2026M / 1448H Alhamdulillah, marilah kita bersama-sam...
26/10/2026

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT UiTM CAWANGAN SABAH TAHUN 2026M / 1448H

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama menghayati dan menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul sebagai tanda kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Sambutan ini merupakan wadah untuk memperingati kelahiran Rasulullah SAW, menghayati sirah perjuangan Baginda serta mencontohi akhlak mulia dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

Tarikh: 23 Oktober 2026 (Jumaat)
Masa: 7.00 pagi – 11.30 pagi
Tempat: Dewan Al-Bukhari, Ujana Sarjana, UiTM Sabah

Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Rozita @ Uji binti Mohammed dan dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Sabah dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Jawatankuasa Pusat Islam (JPI) dan Rakan Siswa YADIM (RSY).

Semoga sambutan ini menyemai rasa cinta kepada Rasulullah SAW, memperkukuh ukhuwah serta mendorong seluruh warga UiTM untuk mengamalkan nilai-nilai Islam dan menjadikan akhlak Rasulullah SAW sebagai panduan hidup.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

MAJLIS PERASMIAN BULAN KAUNSELING 2026 Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Perasmian Bulan Kaunseling...
19/10/2026

MAJLIS PERASMIAN BULAN KAUNSELING 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Perasmian Bulan Kaunseling 2026 peringkat UiTM Cawangan Sabah. Dengan tema bermakna:
“Kaunseling Era Digital Memacu Kesejahteraan”
Majlis ini bertujuan untuk memartabatkan peranan dan kepentingan perkhidmatan kaunseling dalam memacu kesejahteraan mental warga UiTM, selari dengan cabaran era digital masa kini.
9 Oktober 2026 |. 8.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari |. Dewan Al-Bukhari,
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis ini. Semoga Bulan Kaunseling ini memberi manfaat kepada semua.Kesejahteraan Anda Keutamaan Kami!

MAJLIS PENGIKTIRAFAN IMPAK PROJEK INOVASI AKUAKULTUR LOBSTER AIR TAWAR16 Oktober 2026 | Universiti Teknologi MARA (UiTM)...
19/10/2026

MAJLIS PENGIKTIRAFAN IMPAK PROJEK INOVASI AKUAKULTUR LOBSTER AIR TAWAR

16 Oktober 2026 | Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu

Majlis Pengiktirafan Impak Projek Inovasi Akuakultur Lobster Air Tawar (LAT) telah diadakan bagi mengetengahkan potensi inovasi dalam bidang akuakultur melalui pendekatan Freshwater Lobster Production: Green Aquaponic Perennial System (FLP-GAPS).

Projek ini mencerminkan usaha dalam memperkasa inovasi, menggalakkan amalan akuakultur yang mampan serta membuka peluang kepada pembangunan ekonomi dan keusahawanan berasaskan sumber pertanian dan akuakultur.

Semoga inisiatif ini terus memberikan impak positif kepada komuniti serta menyumbang kepada perkembangan teknologi dan inovasi dalam sektor akuakultur negara. 🌱🦞

𝗠𝗔𝗥𝗥𝗜𝗢𝗧𝗧 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗥𝗡𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 × 𝗨𝗶𝗧𝗠: 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗗𝗔𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡𝗜 𝗠𝗘𝗠𝗢𝗥𝗔𝗡𝗗𝗨𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗙𝗔𝗛𝗔𝗠𝗔𝗡 (𝗠𝗼𝗨)15 Oktober 2026 - Marriott Internation...
19/10/2026

𝗠𝗔𝗥𝗥𝗜𝗢𝗧𝗧 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗥𝗡𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 × 𝗨𝗶𝗧𝗠: 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗗𝗔𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡𝗜 𝗠𝗘𝗠𝗢𝗥𝗔𝗡𝗗𝗨𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗙𝗔𝗛𝗔𝗠𝗔𝗡 (𝗠𝗼𝗨)

15 Oktober 2026 - Marriott International dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Dewan Tun Mustapha, UiTM Cawangan Sabah. Majlis ini mencerminkan komitmen kedua-dua pihak dalam mengeratkan hubungan antara institusi akademik dengan industri hospitaliti. Kerjasama ini turut membuka peluang dalam aspek pembelajaran, pendedahan kepada industri serta pembangunan kerjaya pada masa hadapan, sekali gus memberikan manfaat dan peluang berharga kepada generasi baharu yang bakal menceburi bidang hospitaliti.

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional

اوسها تقوى موليا

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) UiTM DAN JAMES COOK UNIVERSITY SINGAPOREUniversiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah me...
19/10/2026

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) UiTM DAN JAMES COOK UNIVERSITY SINGAPORE

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah menjalinkan kerjasama strategik bersama James Cook University Singapore melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh hubungan persahabatan, kerjasama serta mempromosikan persefahaman dalam bidang akademik, kebudayaan dan pemikiran saintifik.

Kerjasama ini diharap dapat membuka lebih banyak peluang dalam pertukaran ilmu, perkongsian kepakaran serta pelaksanaan inisiatif bersama yang memberi manfaat kepada kedua-dua institusi, sekali gus memperkukuh jaringan kerjasama di peringkat antarabangsa.

Bersama Memperkasa Ilmu, Memacu Kecemerlangan Global. 🌏

PROGRAM ADVOKASI KEPENGGUNAAN DALAM AKTIVISME BELIA & PENYERAHAN GERAN i-FB KEPADA GPS UiTM CAWANGAN SABAHKota Kinabalu,...
02/10/2026

PROGRAM ADVOKASI KEPENGGUNAAN DALAM AKTIVISME BELIA & PENYERAHAN GERAN i-FB KEPADA GPS UiTM CAWANGAN SABAH

Kota Kinabalu, 1 Oktober 2026 (Khamis) – UiTM Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu telah menerima Geran Inisiatif Food Bank (i-FB) daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).Program ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Armizan bin Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.Penganugerahan geran ini adalah sebagai pengiktirafan kepada Gerakan Pengguna Siswa (GPS) UiTM Cawangan Sabah atas komitmen dalam aktivisme kepenggunaan dan inisiatif Food Bank yang membantu kebajikan mahasiswa khususnya golongan B40.Terima kasih KPDN atas kepercayaan dan sokongan berterusan. Semoga inisiatif ini terus memperkasa peranan mahasiswa sebagai agen perubahan dalam agenda kepenggunaan negara.

25/09/2026
ZIARAH KASIH PELAJAR BAHARU UiTM CAWANGAN SABAH 21 September 2026 | UiTM Cawangan Sabah“Tiada yang lebih bermakna daripa...
21/09/2026

ZIARAH KASIH PELAJAR BAHARU UiTM CAWANGAN SABAH

21 September 2026 | UiTM Cawangan Sabah

“Tiada yang lebih bermakna daripada hadir ketika diperlukan.”

Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UiTM Cawangan Sabah meneruskan Ziarah Kasih kepada pelajar baharu sebagai tanda prihatin, sokongan dan keprihatinan universiti terhadap kebajikan serta kesejahteraan mahasiswa.

Ziarah Kasih pada kali ini turut disertai oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Rozita @ Uji Mohammed, Rektor UiTM Cawangan Sabah bersama Timbalan Rektor HEP, Ts. Dr. Ajimi Jawan, Staf BHEP dan Majlis Perwakilan Pelajar, NYD MPP Saudara Muhammad Erian bagi menyantuni pelajar, bertanya khabar serta memahami keadaan dan keperluan mereka dalam menyesuaikan diri dengan kehidupan di universiti. Sumbagan wang tunai dan barangan keperluan turut diberikan kepada pelajar baharu.

Bagi kami, setiap mahasiswa adalah insan yang amat bernilai. Kehadiran universiti bukan sekadar di bilik kuliah, tetapi juga sentiasa dekat ketika mahasiswa memerlukan sokongan, perhatian dan dorongan.

Tahniah diucapkan kepada para pelajar baharu atas kejayaan melanjutkan pengajian di UiTM Cawangan Sabah.

🌱 Anda tidak keseorangan.
🤝 HEP sentiasa bersama mahasiswa.
💙 Kita jaga kebajikan, kita bina masa depan.

Ziarah Kasih, Menyemai Prihatin, Membina Harapan.

Address


Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:30
14:00 - 17:00

Telephone

+6088325151

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Komunikasi Korporat Uitm Cawangan SABAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Unit Komunikasi Korporat Uitm Cawangan SABAH:

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share

Nearby government services