Hospital Jempol

  • Home
  • Hospital Jempol
Call Directions Contact the organization

Hospital Jempol Hospital Jempol merupakan hospital daerah yg menawarkan perkhidmatan rawatan pesakit dalam & luar kepada warga Jempol dan sekitarnya.

Jab Kecemasan & Trauma,Klinik Pakar,Hemodialisis& Rawatan Harian, 4 wad, dewan bersalin, dewan bedah

13/05/2026
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐉𝐔𝐑𝐔𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 🩺💜Pihak Pengurusan serta seluruh warga kerja Hospital Jempol ingin mengucapkan Selam...
12/05/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐉𝐔𝐑𝐔𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 🩺💜

Pihak Pengurusan serta seluruh warga kerja Hospital Jempol ingin mengucapkan Selamat Hari Jururawat Sedunia kepada semua jururawat, khususnya jururawat Hospital Jempol yang sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit.

Tema tahun ini, “𝘖𝘶𝘳 𝘕𝘶𝘳𝘴𝘦𝘴. 𝘖𝘶𝘳 𝘍𝘶𝘵𝘶𝘳𝘦. 𝘌𝘮𝘱𝘰𝘸𝘦𝘳𝘦𝘥 𝘕𝘶𝘳𝘴𝘦𝘴 𝘚𝘢𝘷𝘦 𝘓𝘪𝘷𝘦𝘴”, membuktikan bahawa dedikasi anda bukan sekadar tugas rutin, malah merupakan nadi utama dalam sistem kesihatan negara.

Terima kasih atas kesabaran, kasih sayang dan pengorbanan anda dalam memberikan perawatan terbaik kepada para pesakit. Anda adalah sinar harapan, kekuatan dan kebanggaan kami.

Sama-sama hargai jasa jururawat kita! 💐

30/04/2026

𝖲𝖾𝗅𝖺𝗆𝖺𝗍 𝖧𝖺𝗋𝗂 𝖯𝖾𝗄𝖾𝗋𝗃𝖺 2026!

1 𝖬𝖾𝗂 𝗆𝖾𝗋𝗎𝗉𝖺𝗄𝖺𝗇 𝗁𝖺𝗋𝗂 𝗉𝖾𝗇𝗀𝗁𝖺𝗋𝗀𝖺𝖺𝗇 𝖻𝗎𝖺𝗍 𝗌𝖾𝗅𝗎𝗋𝗎𝗁 𝗐𝖺𝗋𝗀𝖺 𝗄𝖾𝗋𝗃𝖺 𝖧𝗈𝗌𝗉𝗂𝗍𝖺𝗅 𝖩𝖾𝗆𝗉𝗈𝗅 𝗒𝖺𝗇𝗀 𝗌𝖾𝗇𝗍𝗂𝖺𝗌𝖺 𝗆𝖾𝗇𝗃𝖺𝖽𝗂 𝗍𝗎𝗇𝗃𝖺𝗇𝗀 𝖽𝖺𝗅𝖺𝗆 𝗆𝖾𝗆𝖺𝗌𝗍𝗂𝗄𝖺𝗇 𝗄𝖾𝗌𝖾𝗃𝖺𝗁𝗍𝖾𝗋𝖺𝖺𝗇 𝖽𝖺𝗇 𝗄𝖾𝗌𝗂𝗁𝖺𝗍𝖺𝗇 𝗆𝖺𝗌𝗒𝖺𝗋𝖺𝗄𝖺𝗍.

𝖳𝖾𝗋𝗂𝗆𝖺 𝗄𝖺𝗌𝗂𝗁 𝖺𝗍𝖺𝗌 𝗌𝖾𝗀𝖺𝗅𝖺 𝗃𝖺𝗌𝖺, 𝖽𝖾𝖽𝗂𝗄𝖺𝗌𝗂 𝖽𝖺𝗇 𝗄𝗈𝗆𝗂𝗍𝗆𝖾𝗇 𝗒𝖺𝗇𝗀 𝗍𝗂𝖽𝖺𝗄 𝗉𝖾𝗋𝗇𝖺𝗁 𝗅𝗎𝗇𝗍𝗎𝗋 𝖽𝖺𝗅𝖺𝗆 𝗆𝖾𝗆𝖻𝖾𝗋𝗂𝗄𝖺𝗇 𝗉𝖾𝗋𝗄𝗁𝗂𝖽𝗆𝖺𝗍𝖺𝗇 𝗍𝖾𝗋𝖻𝖺𝗂𝗄.

𝖯𝖾𝗄𝖾𝗋𝗃𝖺 𝖬𝖺𝖽𝖺𝗇𝗂, 𝖪𝖾𝗌𝗎𝗆𝖺 𝖡𝖺𝗇𝗀𝗌𝖺!

29/04/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia atas kesudian mengadakan lawatan kerja rasmi ke Hospital Jempol.

Kehadiran YB Menteri Kesihatan amat bermakna dalam memperkukuh perkhidmatan kesihatan serta memberi inspirasi kepada seluruh warga hospital.

𝙻𝙰𝚆𝙰𝚃𝙰𝙽 𝙺𝙴𝚁𝙹𝙰 𝚈𝙱 𝙳𝙰𝚃𝚄𝙺 𝚂𝙴𝚁𝙸 𝙳𝚁. 𝙳𝚉𝚄𝙻𝙺𝙴𝙵𝙻𝚈 𝙰𝙷𝙼𝙰𝙳, 𝙼𝙴𝙽𝚃𝙴𝚁𝙸 𝙺𝙴𝚂𝙸𝙷𝙰𝚃𝙰𝙽 𝙺𝙴 𝙷𝙾𝚂𝙿𝙸𝚃𝙰𝙻 𝙹𝙴𝙼𝙿𝙾𝙻, 𝙽. 𝚂𝙴𝙼𝙱𝙸𝙻𝙰𝙽 | 28 𝙰𝙿𝚁𝙸𝙻 2026YB Dat...
28/04/2026

𝙻𝙰𝚆𝙰𝚃𝙰𝙽 𝙺𝙴𝚁𝙹𝙰 𝚈𝙱 𝙳𝙰𝚃𝚄𝙺 𝚂𝙴𝚁𝙸 𝙳𝚁. 𝙳𝚉𝚄𝙻𝙺𝙴𝙵𝙻𝚈 𝙰𝙷𝙼𝙰𝙳, 𝙼𝙴𝙽𝚃𝙴𝚁𝙸 𝙺𝙴𝚂𝙸𝙷𝙰𝚃𝙰𝙽 𝙺𝙴 𝙷𝙾𝚂𝙿𝙸𝚃𝙰𝙻 𝙹𝙴𝙼𝙿𝙾𝙻, 𝙽. 𝚂𝙴𝙼𝙱𝙸𝙻𝙰𝙽 | 28 𝙰𝙿𝚁𝙸𝙻 2026

YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah meneruskan lawatan kerja ke Negeri Sembilan dengan mengadakan lawatan ke lokasi kedua iaitu Hospital Jempol pada hari ini.

Ketibaan YB Menteri Kesihatan telah disambut oleh Pengarah Hospital Jempol, YBrs. Dr. Zul Iskandar bin Zainudin, sebelum dibawa meninjau sekitar hospital bagi melihat secara dekat kemudahan fasiliti serta perkhidmatan kesihatan yang disediakan kepada pesakit. Lawatan ini bertujuan menilai keperluan penambahbaikan dalam usaha memperkukuh kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan di hospital berkenaan.

Seterusnya, YB Menteri Kesihatan telah diberikan taklimat berhubung aspek pengoperasian serta perkembangan projek pembangunan Hospital Jempol. Hospital yang berkeluasan 29.32 ekar ini mula dibina pada Disember 2001 dan mula beroperasi pada 1 Disember 2005. Kini, hospital ini mempunyai kapasiti 108 katil dengan kekuatan 299 orang kakitangan, serta menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada lebih 129,000 penduduk di kawasan sekitarnya.

Sebagai sebuah hospital Jenis 3, Hospital Jempol yang terletak di bawah kluster Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah menawarkan pelbagai perkhidmatan kesihatan komprehensif merangkumi Perubatan Am; Kecemasan & Trauma; Pembedahan Am; Anaesthesiology; Orthopedic; Pediatric; O&G; Oftalmologi; Radiologi; Patologi & Tabung Darah; Dermatology; Nefrologi; dan Forensik.

Turut hadir, YB Dato’ Hajah Tengku Zamrah Binti Tengku Sulaiman, Exco Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO Negeri Sembilan; YB Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli, Ahli Parlimen Jempol dan YBrs. Dr. Suriyati binti Abd Aziz, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.

𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐇Hospital Jempol menjemput semua kakitangan dan orang awam untuk bersama-sama menyertai Kempen Derma Da...
31/03/2026

𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐇

Hospital Jempol menjemput semua kakitangan dan orang awam untuk bersama-sama menyertai Kempen Derma Darah bagi membantu menambah bekalan darah dan menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan.

📅 Tarikh: 08 April 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 10.00 pagi – 3.00 petang
📍 Tempat: Ruang Legar, Unit Tabung Darah, Hospital Jempol

Setitis darah anda mampu memberi sejuta harapan kepada mereka yang memerlukan.
Ayuh sama-sama kita hulurkan bantuan! ❤️

19/03/2026

✨ 𝕾𝖊𝖑𝖆𝖒𝖆𝖙 𝕳𝖆𝖗𝖎 𝕽𝖆𝖞𝖆 𝕬𝖎𝖉𝖎𝖑𝖋𝖎𝖙𝖗𝖎 ✨

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

𝑫𝒊 𝒌𝒆𝒔𝒆𝒎𝒑𝒂𝒕𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒖𝒍𝒊𝒂 𝒊𝒏𝒊, 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒊𝒏𝒈𝒊𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒖𝒄𝒂𝒑𝒌𝒂𝒏 𝑺𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒕 𝑯𝒂𝒓𝒊 𝑹𝒂𝒚𝒂 𝑨𝒊𝒅𝒊𝒍𝒇𝒊𝒕𝒓𝒊, 𝑴𝒂𝒂𝒇 𝒁𝒂𝒉𝒊𝒓 𝒅𝒂𝒏 𝑩𝒂𝒕𝒊𝒏 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒔𝒆𝒍𝒖𝒓𝒖𝒉 𝒘𝒂𝒓𝒈𝒂 𝒌𝒆𝒓𝒋𝒂 𝑯𝒐𝒔𝒑𝒊𝒕𝒂𝒍 𝑱𝒆𝒎𝒑𝒐𝒍, 𝒑𝒂𝒓𝒂 𝒑𝒆𝒔𝒂𝒌𝒊𝒕 𝒅𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒍𝒂𝒘𝒂𝒕.

𝑺𝒆𝒎𝒐𝒈𝒂 𝑺𝒚𝒂𝒘𝒂𝒍 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒏𝒋𝒆𝒍𝒎𝒂 𝒊𝒏𝒊 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒂𝒘𝒂 𝒌𝒆𝒈𝒆𝒎𝒃𝒊𝒓𝒂𝒂𝒏, 𝒌𝒆𝒃𝒆𝒓𝒌𝒂𝒕𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒓𝒕𝒂 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒆𝒓𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒍𝒂𝒈𝒊 𝒔𝒊𝒍𝒂𝒕𝒖𝒓𝒂𝒉𝒊𝒎 𝒔𝒆𝒔𝒂𝒎𝒂 𝒌𝒊𝒕𝒂.

𝑺𝒆𝒕𝒊𝒏𝒈𝒈𝒊-𝒕𝒊𝒏𝒈𝒈𝒊 𝒑𝒆𝒏𝒈𝒉𝒂𝒓𝒈𝒂𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒕𝒆𝒓𝒊𝒎𝒂 𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒅𝒊𝒖𝒄𝒂𝒑𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒔𝒆𝒎𝒖𝒂 𝒑𝒆𝒕𝒖𝒈𝒂𝒔 𝒌𝒆𝒔𝒊𝒉𝒂𝒕𝒂𝒏 𝒂𝒕𝒂𝒔 𝒌𝒐𝒎𝒊𝒕𝒎𝒆𝒏, 𝒅𝒆𝒅𝒊𝒌𝒂𝒔𝒊 𝒅𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒏𝒈𝒐𝒓𝒃𝒂𝒏𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒑𝒆𝒓𝒏𝒂𝒉 𝒑𝒖𝒕𝒖𝒔 𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒆𝒓𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒓𝒌𝒉𝒊𝒅𝒎𝒂𝒕𝒂𝒏 𝒕𝒆𝒓𝒃𝒂𝒊𝒌.

Ikhlas daripada,
DR. ZUL ISKANDAR BIN ZAINUDIN
Pengarah
Hospital Jempol

𝙻𝙰𝚆𝙰𝚃𝙰𝙽 𝚉𝙸𝙰𝚁𝙰𝙷 𝙺𝙰𝚂𝙸𝙷 𝚈𝙱 𝙳𝙰𝚃𝙾’ 𝙷𝙰𝙹𝙸 𝙼𝚄𝚂𝚃𝙰𝙿𝙷𝙰 𝙱𝙸𝙽 𝙽𝙰𝙶𝙾𝙾𝚁 𝙱𝙴𝚁𝚂𝙰𝙼𝙰 𝙰𝙷𝙻𝙸 𝙻𝙴𝙼𝙱𝙰𝙶𝙰 𝙿𝙴𝙻𝙰𝚆𝙰𝚃 𝙷𝙾𝚂𝙿𝙸𝚃𝙰𝙻 𝙹𝙴𝙼𝙿𝙾L 𝙺𝙴 𝚆𝙰𝙳 𝙷𝙾𝚂𝙿𝙸𝚃𝙰𝙻 𝙹𝙴𝙼𝙿...
15/03/2026

𝙻𝙰𝚆𝙰𝚃𝙰𝙽 𝚉𝙸𝙰𝚁𝙰𝙷 𝙺𝙰𝚂𝙸𝙷 𝚈𝙱 𝙳𝙰𝚃𝙾’ 𝙷𝙰𝙹𝙸 𝙼𝚄𝚂𝚃𝙰𝙿𝙷𝙰 𝙱𝙸𝙽 𝙽𝙰𝙶𝙾𝙾𝚁 𝙱𝙴𝚁𝚂𝙰𝙼𝙰 𝙰𝙷𝙻𝙸 𝙻𝙴𝙼𝙱𝙰𝙶𝙰 𝙿𝙴𝙻𝙰𝚆𝙰𝚃 𝙷𝙾𝚂𝙿𝙸𝚃𝙰𝙻 𝙹𝙴𝙼𝙿𝙾L 𝙺𝙴 𝚆𝙰𝙳 𝙷𝙾𝚂𝙿𝙸𝚃𝙰𝙻 𝙹𝙴𝙼𝙿𝙾𝙻

14 Mac 2026 | Hospital Jempol

YB Dato’ Haji Mustapha bin Nagoor bersama Ahli Lembaga Pelawat Hospital Jempol telah mengadakan lawatan ziarah kasih ke wad-wad Hospital Jempol bagi menziarahi pesakit yang sedang menerima rawatan.

Dalam lawatan tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada pesakit sebagai tanda keprihatinan dan sokongan.

Lawatan ini mencerminkan keprihatinan pihak kepimpinan terhadap kebajikan pesakit di Hospital Jempol.

Pihak Hospital Jempol merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian beliau serta Ahli Lembaga Pelawat Hospital Jempol meluangkan masa menziarahi pesakit.

MAKLUMANTALIAN TELEFON HOSPITAL JEMPOL TELAH KEMBALI PULIHAssalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,Untuk makluman, tali...
13/03/2026

MAKLUMAN

TALIAN TELEFON HOSPITAL JEMPOL TELAH KEMBALI PULIH

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman, talian telefon di Hospital Jempol, Negeri Sembilan (06-4592000) telah kembali pulih dan boleh digunakan seperti biasa.

Perhatian dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Terima kasih.

MAKLUMANGANGGUAN / KEROSAKAN TALIAN TELEFONHOSPITAL JEMPOL, NEGERI SEMBILAN📞 Dimaklumkan bahawa sistem talian panggilan ...
13/03/2026

MAKLUMAN

GANGGUAN / KEROSAKAN TALIAN TELEFON
HOSPITAL JEMPOL, NEGERI SEMBILAN

📞 Dimaklumkan bahawa sistem talian panggilan Hospital Jempol (06-4592000) sedang mengalami gangguan / kerosakan.

🔧 Usaha pembaikan sedang dijalankan bagi mengatasi masalah ini dengan segera.

Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

17/01/2026

Salam Israk dan Mikraj

Ikhlas daripada
Warga Kerja Hospital Jempol

Semoga peristiwa Israk dan Mikraj ini menjadi sumber keinsafan, memperkukuh keimanan, serta mendorong kita semua untuk terus melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah, keikhlasan dan kasih sayang.

Selamat memperingati Israk dan Mikraj. 🌙

Address


Telephone

+6064592000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Jempol posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Hospital Jempol:

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share