Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera

  • Home
  • Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera
Call Directions Website

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera PERHEBAT berperanan sebagai Enabler kerjaya kedua kepada Anggota ATM yang akan bersara & Veteran ATM

08/10/2026

Hairul Azuar Omar pernah berbakti mempertahan kedaulatan samudera negara, kini dengan inisiatif Kerjaya Kedua Perwira beliau meneruskan perkhidmatan sebagai Juruteknik bersama salah sebuah hotel di bandar Kuantan, Pahang.

Veteran Bintara Kanan TLDM ini juga merupakan alumni Latihan Peralihan PERHEBAT Pahang. Kami di PERHEBAT mengucapkan Selamat Maju Jaya!

Bakal Pesara diseru manfaatkan Latihan Peralihan, bina kerjaya kedua SG. BULOH, 7 Oktober 2026 - Sempena Majlis Perasmia...
08/10/2026

Bakal Pesara diseru manfaatkan Latihan Peralihan, bina kerjaya kedua

SG. BULOH, 7 Oktober 2026 - Sempena Majlis Perasmian Program Orientasi Pelatih Baharu sesi Oktober, Ketua Pengarah PERHEBAT, Dato' Ts. Amir Md Noor menyeru bakal pesara lebih cakna kepentingan Latihan Peralihan dalam membina kerjaya kedua mereka.

Pelbagai inisiatif latihan dan padanan pekerjaan bersama industri yang diatur berupaya melatih dan membimbing bakal pesara bertepatan dengan kemahiran dan pengalaman mereka semasa dalam perkhidmatan ATM.

08/10/2026

Malaysia perlu memperkukuh pertahanan negara khususnya di Sabah susulan perkembangan serantau yang melibatkan ketenteraan kuasa besar di Laut China Selatan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Malaysia memberikan perhatian kepada perkembangan itu dan perlu mengambil tindakan yang boleh membantu negara dari segi pertahanan.

Beliau berkata kebimbangan utama Malaysia adalah sekiranya berlaku konflik atau insiden luar jangka di kawasan terbabit yang berpotensi mencetuskan impak kepada negara, khususnya Sabah.


07/10/2026

𝗕𝗨𝗟𝗘𝗧𝗜𝗡 𝗔𝗧𝗠 : 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗟𝗨𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗟𝗜𝗠𝗔 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗗𝗜 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗟𝗜𝗠𝗔 𝗚𝗔𝗚𝗔𝗛 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 (𝗣.𝗚.𝗔.𝗧)

Seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Malek Razak bin Sulaiman di atas penganugerahan Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) pada 6 Oktober 2026 bersamaan 24 Rabiulakhir 1448H.

Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna atas jasa, bakti, dedikasi serta kepimpinan cemerlang yang telah dicurahkan dalam menerajui Angkatan Tentera Malaysia, khususnya dalam memperkukuh kesiapsiagaan, profesionalisme serta kedaulatan pertahanan negara.

Semoga penganugerahan ini terus menjadi inspirasi dalam mencurahkan khidmat bakti yang terbaik demi Angkatan Tentera Malaysia dan kedaulatan Negara




Selamat Datang Pelatih Baharu 🇲🇾SG. BULOH, 6 Oktober 2026 – Anggota-anggota ATM yang bakal bersara daripada perkhidmatan...
06/10/2026

Selamat Datang Pelatih Baharu 🇲🇾

SG. BULOH, 6 Oktober 2026 – Anggota-anggota ATM yang bakal bersara daripada perkhidmatan, hadir mendaftar untuk mengikuti Latihan Peralihan PERHEBAT bagi pengambilan sesi Oktober 2026.

Program Latihan Peralihan merupakan satu program khas yang disediakan oleh Kerajaan kepada anggota ATM yang akan menamatkan perkhidmatan agar mereka memperolehi suatu kemahiran dan pengalaman supaya dapat menyesuaikan diri dengan corak penghidupan baru selepas tamat perkhidmatan seterusnya berupaya memperoleh kerjaya kedua. Pendaftaran diadakan secara serentak di seluruh negara.

PERHEBAT mengucapkan Selamat Datang & Selamat Maju Jaya kepada semua pelatih!

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkesempatan menyantuni booth makanan yang diusahakan veteran Tentera Dar...
06/10/2026

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkesempatan menyantuni booth makanan yang diusahakan veteran Tentera Darat Malaysia, Nuratiqah Mahadzir sempena Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada Ahad lalu, 4 Oktober 2026.

Nuratiqah adalah alumni PERHEBAT, kursus Usahawan Penyediaan Makanan terus cekal dan gigih mengusahakan Mumieka Kitchen yang menawarkan produk sejuk beku dan aneka makanan.

Layari FB Mumieka Kitchen
https://www.facebook.com/share/19Eg8vYjZH/?mibextid=wwXIfr

Tel : 019-214 8512

https://linktr.ee/mumiekakitchen?utm_source=linktree_profile_share<sid=43acf101-fef2-40fd-b66b-cff0cd4e5ade

PERHEBAT Rakan Strategik @ UMK CONNECT 20261 Oktober 2026, World Trade Center, Kuala Lumpur – PERHEBAT berbesar hati men...
04/10/2026

PERHEBAT Rakan Strategik @ UMK CONNECT 2026

1 Oktober 2026, World Trade Center, Kuala Lumpur – PERHEBAT berbesar hati menerima penghargaan sebagai Rakan Strategik Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sempena Program UMK CONNECT 2026 – Industry Appreciation and Strategic Collaboration Hi-Tea.

Watikah penghargaan disampaikan Naib Canselor UMK, Dato’ Prof. Ir. Ts. Dr. Arham Abdullah kepada wakil Ketua Pengarah PERHEBAT, Pengajar Kanan, Mohd Hisham Idris. PERHEBAT dan UMK menjalin kerjasama menerusi program USAHAWANTANI iaitu program latihan berstruktur dalam bidang pertanian khusus untuk bakal pesara dan veteran ATM.

Sejumlah 104 rakan industri diraikan daripada pelbagai bidang memfokuskan kepada kebolehpasaran graduan, pembangunan bakat, penyelidikan, serta perkongsian kepakaran teknologi. Majlis perasmian disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pengarah UMK, Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff. Inisiatif tersebut meletakkan sasaran jelas untuk meluaskan ekosistem universiti-industri menerusi tiga pendekatan utama iaitu Industry Engagement, Talent Connection dan Career Development.

Pendaftaran Latihan Peralihan : Kemasukan Sesi Oktober 2026Tarikh : 6 Oktober 2026 (Selasa)Lokasi Pendaftaran : Pelatih ...
02/10/2026

Pendaftaran Latihan Peralihan : Kemasukan Sesi Oktober 2026

Tarikh : 6 Oktober 2026 (Selasa)

Lokasi Pendaftaran :
Pelatih di Ibu Pejabat :
Dewan Jubli Perak, Kompleks PERHEBAT, Kem Sg. Buloh, Sg. Buloh, Selangor

Pelatih di Negeri :
Pusat Latihan & Bimbingan Veteran (PLBV) Negeri
Rujuk alamat PLBV di sini https://www.perhebat.com.my/pelan-lokasi/

Motivasi Jaya Diri (Pra Latihan Peralihan) Peringkat Negeri MelakaPERHEBAT Melaka menjalankan kursus Motivasi Jaya Diri ...
01/10/2026

Motivasi Jaya Diri (Pra Latihan Peralihan) Peringkat Negeri Melaka

PERHEBAT Melaka menjalankan kursus Motivasi Jaya Diri pada 28 September - 1 Oktober 2026 bertempat di Pusat Latihan & Bimbingan Veteran (PLBV), Taman Terendak Height Melaka.

Seramai 113 anggota Tentera Darat Malaysia terlibat dalam program persediaan persaraan tersebut yang memberi pendedahan dan perkongsian maklumat berkaitan perancangan kewangan, kerjaya kedua bermajikan dan keusahawanan serta Latihan Peralihan. Kursus kendalian Pengarah PERHEBAT Melaka, Mejar Hairil Abd Hamid (Bersara) bersama kakitangan negeri.

Address


Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60361569412

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share