08/10/2026
PROGRAM KEMPEN DERMA DARAH JPJ CAWANGAN SANDAKAN DAN STESEN PENGUATKUASA BATU 32 BERSAMA JABATAN PERUBATAN TRANSFUSI HOSPITAL DUCHESS OF KENT
SETITIS DARAH HARAPAN SEJUTA NYAWA ANJURAN KORPORAT JPJ SANDAKAN
SANDAKAN 8 Oktober 2026 (Khamis)
Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Daerah Sandakan merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program kempen Derma Darah dengan kerjasama Unit Transfusi Darah Hospital Duchess Of Kent Sandakan yang diadakan di pejabat JPJ Cawangan Sandakan.
Sorotan gambar sepanjang pelaksanaan program tersebut yang disempurnakan oleh Tuan Joegeoffrey Bin Dyadmus Ketua Cawangan JPJ Sandakan bersama kakitangan, petugas kaunter, anggota penguatkuasa, anggota Rela, kakitangan pembersihan, pelajar praktikal dan pelanggan yang hadir di pejabat ini.
Kami di Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Sandakan amat berbesar hati dan berharap semoga usaha murni seperti ini dapat diteruskan dari masa ke semasa bagi memberikan manfaat kepada setiap masyarakat khususnya di Daerah Sandakan.
Terus Ikuti laman sosial rasmi JPJ Sandakan Official untuk Mengetahui informasi terkini.