19/09/2026
Sekali lagi, bersempena dengan Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan dan Festival Kesenian Borneo, sinergi antara Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah serta Perbadanan Labuan diperkukuhkan dengan penganjuran Karnival Sayangi Bahasa, Sayangi Negara.
Pelbagai aktiviti menarik telah disusun atur untuk disertai antaranya:
π Bicara Tokoh
π Majalah dalam Kelas
π Pertandingan e-Sukan Bahasa
π Pameran dan Jualan Buku DBP
Pada 25 September 2026 (Jumaat), 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Jumpa anda di sana
SAYANGI BAHASA, SAYANGI NEGARA
Labuan Tourism
/2026
ππππ, πππππππππππ ππππππππ πππππ ππππππ ππππππππππ πππππππππ πππππππ πππππππππππ ππππππ ππππ!
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah dengan kerjasama Perbadanan Labuan, Jabatan Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian, Perbadanan Labuan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Kolej Matrikulasi Labuan, dan Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) akan melaksanakan Karnival Sayangi Bahasa, Sayangi Negara bersempena dengan Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat Wilayah Persekutuan (WP) Labuan 2026 dan Festival Kesenian Borneo, pada 25 September 2026 (Jumaat), di Ujana Kewangan dan Kolej Matrikulasi Labuan (KML).
Pelbagai pengisian menarik akan dilaksanakan, iaitu Majalah dalam Kelas (MdK), Pertandingan e-Sukan Bahasa dan Bicara Tokoh βLentera Inspirasi: Sastera Penyuluh Zamanβ oleh YBrs. Tuan Haji Sukor bin Usin, Sasterawan Negeri Sabah.
Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan (DBK) Peringkat WP Labuan kali ini akan turut dimeriahkan dengan pelaksanaan Majlis Gema Sastera Siri 3/2026 dengan sokongan Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (Tugas-tugas Khas).
Ayuh, bersama-sama hadir memeriahkan program ini!
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan buku dan majalah terbitan DBP di reruai Pentas Anggerik, Ujana Kewangan sepanjang Festival Kesenian Borneo ini berlangsung.
/2026