KPDN WP Labuan

Call Directions Website Contact the organization

KPDN WP Labuan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Dan Kos Sara Hidup W.P. Labuan
(KPDN W.P. Labuan)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ditubuhkan pada 27 Oktober 1990. Matlamat penubuhan Kementerian adalah untuk menggalakkan pembangunan perdagangan dalam negeri yang berdaya maju, berdaya saing, dan berdaya mampan, khususnya di dalam sektor perdagangan pengedaran. Sektor perdagangan pengedaran adalah antara penyumbang utama KDNK negara dan ia bertindak sebagai benteng kestabilan ekonomi, terutama semasa situasi ekonomi luaran berada di dalam keadaan ketidak tentuan. Perdagangan pengedaran perlu kukuh bagi menampan sebarang ketidakstabilan dalam ekonomi negara. Dalam masa yang sama, Kementerian juga komited dalam melindungi kepentingan dan hak-hak pengguna. Ini termasuk membangunkan ekosistem pengguna dan peniaga yang bersifat melengkapi dan ke arah self-regulated, seiring dengan aspirasi ke arah masyarakat negara maju. Ia diharapkan akan melahirkan pengguna dan peniaga yang matang dan beretika dalam berurusniaga, dan hasilnya adalah negara yang seimbang dari segi ekonomi dan sosial. Peranan dan fungsi Kementerian telah diperluaskan pada tahun 2009 untuk merangkumi sektor francais.

06/10/2026
05/10/2026

TIMBANG TAMAT TENTUSAH, PERUNCIT LABUAN DIKOMPAUN

Seorang peruncit di kawasan luar bandar Labuan dikompaun selepas KPDN mendapati alat timbang jenis neraca spring dua muka yang digunakan untuk urusan perdagangan sudah tamat tempoh tentusah.

KPDN Labuan menegaskan penguatkuasaan tetap dilaksanakan tanpa mengira lokasi, manakala kesalahan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 boleh membawa denda sehingga RM40,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Berita penuh di Sabah News Today.

05/10/2026

πŸ“’ Jom Baca Buletin KPDN!

Jangan lepaskan peluang untuk terus peka dan berinformasi bersama KPDN.

➑️ Baca, kongsi dan sebarkan kepada keluarga serta rakan-rakan!

Untuk membaca edisi penuh Buletin Edisi 4, sila layari Portal Rasmi KPDN atau melalui pautan di bawah.

https://www.kpdn.gov.my/ms/media-kpdn/penerbitan/buletin-kpdn



π—Ÿπ—¨π—”π—₯ 𝗕𝗔𝗑𝗗𝗔π—₯ π—•π—¨π—žπ—”π—‘ π—£π—˜π—‘π—šπ—˜π—–π—¨π—”π—Ÿπ—œπ—”π—‘, π—£π—˜π—₯π—¨π—‘π—–π—œπ—§ π——π—œπ—žπ—’π— π—£π—”π—¨π—‘ π—šπ—¨π—‘π—” π—”π—Ÿπ—”π—§ π—§π—œπ— π—•π—”π—‘π—š 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗧 π—§π—˜π—‘π—§π—¨π—¦π—”π—›5 Oktober 2026 | Isnin – Lokasi perni...
05/10/2026

π—Ÿπ—¨π—”π—₯ 𝗕𝗔𝗑𝗗𝗔π—₯ π—•π—¨π—žπ—”π—‘ π—£π—˜π—‘π—šπ—˜π—–π—¨π—”π—Ÿπ—œπ—”π—‘, π—£π—˜π—₯π—¨π—‘π—–π—œπ—§ π——π—œπ—žπ—’π— π—£π—”π—¨π—‘ π—šπ—¨π—‘π—” π—”π—Ÿπ—”π—§ π—§π—œπ— π—•π—”π—‘π—š 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗧 π—§π—˜π—‘π—§π—¨π—¦π—”π—›

5 Oktober 2026 | Isnin – Lokasi perniagaan bukan alasan untuk mengabaikan pematuhan undang-undang. Sama ada beroperasi di kawasan bandar mahupun luar bandar, setiap peniaga perlu memastikan peralatan yang digunakan dalam urusan perdagangan sentiasa mematuhi ketetapan yang berkuat kuasa.

Dalam pemeriksaan yang dijalankan di kawasan luar bandar Labuan hari ini, pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Labuan telah mengambil tindakan terhadap seorang peniaga runcit selepas didapati menggunakan alat timbang yang telah tamat tempoh tentusah.

Pemeriksaan mendapati sebuah alat timbang jenis neraca spring dua muka dengan had terima 20 kilogram (kg) masih digunakan bagi tujuan perdagangan walaupun tempoh tentusah alat berkenaan telah tamat.

Sehubungan itu, peniaga terbabit telah dikenakan tindakan kompaun kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 [Akta 71].

Tindakan tersebut memperlihatkan bahawa pemeriksaan dan penguatkuasaan KPDN dilaksanakan tanpa mengira lokasi perniagaan. Premis di kawasan luar bandar juga tidak terkecuali daripada keperluan mematuhi perundangan yang ditetapkan bagi memastikan kepentingan pengguna terus dilindungi.

Penggunaan alat timbang dan sukat yang mempunyai tentusah sah penting bagi memastikan bacaan yang tepat serta menjamin urusan jual beli yang adil antara peniaga dan pengguna.

Sekiranya disabitkan kesalahan di bawah Akta 71, pelaku boleh dikenakan denda tidak melebihi RM40,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

KPDN Wilayah Persekutuan Labuan mengingatkan semua peniaga supaya sentiasa memastikan alat timbang dan sukat yang digunakan bagi tujuan perdagangan berada dalam tempoh tentusah yang sah serta mendapatkan tentusah semula sebelum tempoh berkenaan berakhir.

Pemeriksaan dan pemantauan akan terus dilaksanakan di seluruh Wilayah Persekutuan Labuan bagi memastikan semua peniaga, tanpa mengira lokasi, tidak terkecuali daripada mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

πŸ‘‰ Call Centre 1-800-886-800
πŸ‘‰ E-mel : [email protected]
πŸ‘‰ Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN
πŸ‘‰ Portal E-Aduan : https://eaduan.kpdn.gov.my
πŸ‘‰ Whatsapp : http://www.wasap.my/+60198488000/Aduan+Pengguna
πŸ‘‰ Pejabat KPDN WP Labuan : 087-423152
πŸ‘‰ Bilik Gerakan KPDN WP Labuan : 087-423209
πŸ‘‰ Faks : 087-452150

Ikuti laman rasmi KPDN WP Labuan
Facebook : https://www.facebook.com/share/18zGGckXQx/?mibextid=qi2Omg
TikTok : https://www.tiktok.com/?_t=ZS-8ti7p18sJSD&_r=1








05/10/2026
05/10/2026

Seorang peniaga runcit dikenakan tindakan kompaun selepas didapati menggunakan alat timbang yang telah tamat tempoh tentusah bagi tujuan perdagangan di kawasan luar bandar Labuan di sini.

Pautan berita penuh diruangan komen

05/10/2026

Semalam, bila nampak logo PETRONAS pada jentera Formula 1, rasa bangga sebagai rakyat Malaysia itu memang lain macam. Rasa nak angkat tangan dan cakap, β€œMaka KAMI! πŸ€šπŸ»πŸ‡²πŸ‡Ύβ€

Tapi tahu tak, sebenarnya banyak lagi jenama tempatan kita sedang melangkah ke pasaran antarabangsa? Di Jepun, penyertaan jenama Malaysia menerusi inisiatif Local to Global Retail meningkat daripada 8 jenama pada September 2025 kepada 38 jenama pada Jun 2026. Hampir lima kali ganda!

Saya cukup gembira kerana di sebalik angka ini, usahawan kita sudah berani untuk pergi lebih jauh. Sebab itu KPDN membuka peluang untuk produk kita diperkenalkan kepada pengguna di luar negara menerusi inisiatif ini.

Perkara ini tidak termasuk di Thailand dengan penyertaan pada November 2025 melibatkan 30 PKS dengan 30 jenama tempatan dan 125 SKU.

Langkah seterusnya, kita merancang penyertaan ke Afrika Selatan pada Oktober 2026 dengan 20 PKS dan 20 jenama tempatan, diikuti Kazakhstan pada November dengan 15 PKS dan 15 jenama tempatan. Kita mahu lebih ramai usahawan tempatan mencari pembeli dan membina hubungan perniagaan di pasaran baharu.

Ingat kalau kita boleh harumkan nama Malaysia dengan sebuah litar, saya yakin peniaga-peniaga tempatan yang kreatif dan ceria ini berpotensi untuk bawa nama negara lebih jauh lagi.

Siapa sangka negara yang kecil ini dikenali dunia dan saya mahu lebih ramai usahawan kita merasai rasa bangga yang sama.

Ayuh! kita beli barangan Malaysia bantu usahawan tempatan berkembang, kita bawa dari lokal ke global.

05/10/2026

RANGKUMAN ISU HARIAN KPDN EDISI 5 OKTOBER 2026



Address

No. 15B, Level 15, Block 4, Financial Park
Victoria
87000

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:30
14:00 - 17:00

Telephone

+6087423152

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KPDN WP Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KPDN WP Labuan:

Shortcuts

Share