Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan - MAIWP

Call Directions Website Contact the organization

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan - MAIWP Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan (MAIWP)
Blok 4, Tingkat 13 Kompleks Ujana Kewangan Peti Surat 80960 87019 LABUAN Baitulmal MAIWP

๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ต ๐—๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฎ๐—ธ๐˜„๐—ฎ๐—ต, ๐— ๐—”๐—œ๐—ช๐—ฃ ๐—–๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—บ๐—ฎ ๐—ž๐˜‚๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐——๐— ๐—ฅ๐—ฆ ๐— ๐˜‚๐˜€๐—น๐—ถ๐—บMAIWP Cawangan Labuan hari ini menerima kun...
07/10/2026

๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ต ๐—๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฎ๐—ธ๐˜„๐—ฎ๐—ต, ๐— ๐—”๐—œ๐—ช๐—ฃ ๐—–๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—บ๐—ฎ ๐—ž๐˜‚๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐——๐— ๐—ฅ๐—ฆ ๐— ๐˜‚๐˜€๐—น๐—ถ๐—บ

MAIWP Cawangan Labuan hari ini menerima kunjung hormat daripada Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim SeMalaysia (KDMRS Muslim) yang diketuai oleh Tuan Haji Muhammad Nicholas Sylvester Abdullah, Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif KDMRS Muslim.

Kunjungan tersebut disambut oleh YBhg. Ustaz Mohd Rafie Zakaria, Pengurus MAIWP Cawangan Labuan dan menjadi platform untuk memperkenalkan peranan serta gerak kerja KDMRS Muslim selain bertukar pandangan berkaitan usaha memperkukuh agenda dakwah dan pembangunan masyarakat Islam.

Dalam pertemuan tersebut, turut dibincangkan cadangan pelaksanaan Konvensyen Dakwah Seborneo 2.0 yang dilihat berpotensi menjadi wadah memperkukuh jaringan kerjasama dakwah serta perkongsian ilmu dan pengalaman antara agensi dan pertubuhan Islam di rantau Borneo.

MAIWP Cawangan Labuan berharap jalinan kerjasama ini dapat terus diperkasakan demi memperluas manfaat dakwah dan kebajikan kepada masyarakat khususnya di Labuan.

๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ป๐—ถ ๐——๐˜‚๐—ธ๐—ฎ, ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ถ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป: ๐— ๐—”๐—œ๐—ช๐—ฃ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐—ป๐—ท๐—ถ๐—ฟTidak kira hujan mahupun panas, Skuad ...
07/10/2026

๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ป๐—ถ ๐——๐˜‚๐—ธ๐—ฎ, ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ถ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป: ๐— ๐—”๐—œ๐—ช๐—ฃ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐—ป๐—ท๐—ถ๐—ฟ

Tidak kira hujan mahupun panas, Skuad Musibah MAIWP Cawangan Labuan terus turun padang meninjau keadaan mangsa yang terjejas akibat musibah. Sesi turun padang ini melibatkan kediaman Puan Junaidah Adan di Kampung Layang-Layangan yang ditimpa musibah kebakaran pada petang semalam. Hasil dapatan di lokasi, hampir 80% kediaman Puan Junaidah musnah dalam kebakaran tersebut.

Pada masa yang sama, skuad Musibah turut menyantuni Encik Mahmud di kediamannya di Kampung Sungai Miri yang terjejas akibat banjir susulan hujan berterusan pada malam sebelumnya.

Dalam kunjungan tersebut, mangsa turut menerima bakul makanan serta borang permohonan bagi mendapatkan bantuan segera melalui Skim Bantuan Musibah MAIWP.

Turut hadir, wakil JPKK Kg. Sungai Miri dan Kg. Layang-Layangan. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen MAIWP untuk sentiasa cakna dan prihatin terhadap kebajikan masyarakat khususnya mereka yang berdepan musibah serta memerlukan bantuan.

๐—ฆ๐— ๐—” ๐— ๐—”๐—œ๐—ช๐—ฃ ๐—Ÿ๐—”๐—•๐—จ๐—”๐—ก, ๐— ๐—”๐—œ๐—ช๐—ฃ ๐—–๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—•๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—š๐—œMAIWP Cawangan Labuan hari ini menerima kunjung hormat d...
06/10/2026

๐—ฆ๐— ๐—” ๐— ๐—”๐—œ๐—ช๐—ฃ ๐—Ÿ๐—”๐—•๐—จ๐—”๐—ก, ๐— ๐—”๐—œ๐—ช๐—ฃ ๐—–๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—•๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—š๐—œ

MAIWP Cawangan Labuan hari ini menerima kunjung hormat daripada barisan pentadbir Sekolah Menengah Agama (SMA) MAIWP Labuan yang diketuai oleh YBrs. Puan Siti Aminah Zakaria, Pengetua SMA MAIWP Labuan.

Kunjung hormat ini menjadi platform untuk memperkenalkan barisan pentadbir baharu SMA MAIWP Labuan kepada pihak pengurusan MAIWP Cawangan Labuan di samping membincangkan hala tuju, visi dan misi SMA MAIWP Labuan dalam memperkukuh pengurusan serta kecemerlangan pendidikan. Sesi turut menyentuh fungsi dan peranan MAIWP Cawangan Labuan dalam melaksanakan tanggungjawab serta memberikan perkhidmatan kepada masyarakat di Labuan.

Kunjungan disambut oleh YBhg. Ustaz Mohd Rafie Zakaria, Pengurus MAIWP Cawangan Labuan bersama barisan pegawai MAIWP Cawangan Labuan. Semoga jalinan kerjasama yang terjalin terus diperkasa dalam mendukung aspirasi pendidikan dan pembangunan generasi masa hadapan di Labuan

๐Œ๐€๐ˆ๐–๐ ๐‡๐š๐๐ข๐ซ: ๐‡๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ค๐š๐ง ๐“๐š๐ง๐ ๐š๐ง, ๐‘๐ข๐ง๐ ๐š๐ง๐ค๐š๐ง ๐๐ž๐›๐š๐งHari ini MAIWP Cawangan Labuan turut menyantuni Puan Tuah @ Norsiah Lagim y...
05/10/2026

๐Œ๐€๐ˆ๐–๐ ๐‡๐š๐๐ข๐ซ: ๐‡๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ค๐š๐ง ๐“๐š๐ง๐ ๐š๐ง, ๐‘๐ข๐ง๐ ๐š๐ง๐ค๐š๐ง ๐๐ž๐›๐š๐ง

Hari ini MAIWP Cawangan Labuan turut menyantuni Puan Tuah @ Norsiah Lagim yang berusia 86 tahun di kediaman beliau di Kampung Patau-Patau Satu. Dalam kunjungan ini, MAIWP menyerahkan Bantuan Peralatan Kesihatan berupa bekalan colostomy bag bernilai RM2,340.00. Bantuan diserahkan oleh YBrs. Us. Mohd Rafie Zakaria, Pengurus MAIWP Cawangan Labuan.

Puan Tuah @ Norsiah terpaksa menjalani pembedahan pemotongan usus berikutan masalah usus yang dihadapinya. Beliau kini bergantung sepenuhnya kepada penggunaan stoma bag sepanjang hayat.

Turut hadir bersama MAIWP, Puan Fatimah Ahmad, Ketua Kampung Patau- Patau Satu. Diharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan serta memberikan keselesaan buat Puan Norsiah dan keluarga. Semoga beliau sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan harian.

๐Œ๐€๐ˆ๐–๐ ๐๐š๐ฐ๐š ๐’๐ข๐ง๐š๐ซ ๐‡๐š๐ซ๐š๐ฉ๐š๐ง: ๐๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐š๐ฅ๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ฎ๐š๐ญ ๐•๐ž๐ญ๐ž๐ซ๐š๐ง ๐“๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐šKeberanian dan jasa perwira negara sentiasa di...
05/10/2026

๐Œ๐€๐ˆ๐–๐ ๐๐š๐ฐ๐š ๐’๐ข๐ง๐š๐ซ ๐‡๐š๐ซ๐š๐ฉ๐š๐ง: ๐๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐š๐ฅ๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ฎ๐š๐ญ ๐•๐ž๐ญ๐ž๐ซ๐š๐ง ๐“๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐š

Keberanian dan jasa perwira negara sentiasa disanjung tinggi. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Cawangan Labuan menyantuni Encik Hassanuddin Abdullah, seorang veteran tentera yang berusia 87 tahun.

Di usia emas ini, beliau yang menghidap penyakit Rectosigmoid Adenocarcinoma memerlukan perhatian serta sokongan berterusan dari segi penjagaan kesihatan. Bagi membantu meringankan beban kewangan dan kehidupan seharian beliau, MAIWP meluluskan Bantuan Peralatan Kesihatan berupa colostomy bag bernilai RM4,680.00.

Penyerahan bantuan ini diharapkan dapat memberikan keselesaan dan menyuntik semangat buat Encik Hassanuddin dalam menjalani rutin harian. Semoga Allah SWT menganugerahkan kesembuhan, kekuatan, serta keafiatan berpanjangan buat beliau.

Terima kasih kepada para pembayar zakat di Wilayah Persekutuan. Kerana zakat anda, bantuan dapat disalurkan terus kepada insan yang benar-benar memerlukan.

๐™‹๐™€๐™‡๐™๐˜ผ๐™‰๐™‚ ๐™†๐™€๐™๐™…๐˜ผ๐™”๐˜ผ ๐˜ฟ๐™„ ๐™ˆ๐˜ผ๐™„๐™’๐™‹ ๐˜พ๐˜ผ๐™’๐˜ผ๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™‰ ๐™‡๐˜ผ๐˜ฝ๐™๐˜ผ๐™‰Sedang mencari peluang untuk menyumbang melalui perkhidmatan yang penuh bermakna...
02/10/2026

๐™‹๐™€๐™‡๐™๐˜ผ๐™‰๐™‚ ๐™†๐™€๐™๐™…๐˜ผ๐™”๐˜ผ ๐˜ฟ๐™„ ๐™ˆ๐˜ผ๐™„๐™’๐™‹ ๐˜พ๐˜ผ๐™’๐˜ผ๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™‰ ๐™‡๐˜ผ๐˜ฝ๐™๐˜ผ๐™‰

Sedang mencari peluang untuk menyumbang melalui perkhidmatan yang penuh bermakna? MAIWP mempelawa warganegara Malaysia berumur 18 hingga 35 tahun yang berkelayakan untuk memohon jawatan berikut:

๐Ÿ”น Pembantu Tadbir (Kewangan) โ€” Gred W1 | 1 kekosongan
๐Ÿ”น Pembantu Khidmat Am โ€” Gred H1 | 1 kekosongan

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui:
๐Ÿ”— https://kerjaya.maiwp.gov.my/login

Anda seorang yang amanah, bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik? Inilah peluang anda!

02/10/2026

Eh, MC+ ada di Labuanโ‰๏ธ๐Ÿค” Yekeโ‰๏ธ

Nak tahu kenapa Sir Badang, Sir Fathi dan Sir Amir ada di Labuanโ“Meh pakat ramai- ramai tekan link TikTok Abang Li :
https://vt.tiktok.com/ZSbPjfv2o/

๐€๐”๐ƒ๐ˆ๐“ ๐๐Œ๐’ ๐Œ๐€๐ˆ๐–๐ : ๐Š๐”๐€๐‹๐ˆ๐“๐ˆ ๐Œ๐„๐Œ๐€๐‚๐” ๐Š๐„๐”๐๐†๐†๐”๐‹๐€๐ ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“๐€๐MAIWP terus memperkukuh komitmen terhadap pengurusan berkualiti ...
30/09/2026

๐€๐”๐ƒ๐ˆ๐“ ๐๐Œ๐’ ๐Œ๐€๐ˆ๐–๐ : ๐Š๐”๐€๐‹๐ˆ๐“๐ˆ ๐Œ๐„๐Œ๐€๐‚๐” ๐Š๐„๐”๐๐†๐†๐”๐‹๐€๐ ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“๐€๐

MAIWP terus memperkukuh komitmen terhadap pengurusan berkualiti melalui pelaksanaan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001:2015 yang dilaksanakan pada 28 hingga 30 September 2026 di MAIWP Cawangan Labuan. Pelaksanaan audit pada kali ini diketuai oleh Encik Umar Mukhtar bin Mohd Noor daripada MAIWP Kuala Lumpur.

Pelaksanaan audit dalaman QMS ini merupakan salah satu mekanisme penting dalam memastikan sistem pengurusan kualiti MAIWP sentiasa dipantau, dipatuhi dan ditambah baik secara berterusan. Audit ini turut bertujuan menilai tahap pematuhan terhadap keperluan MS ISO 9001:2015, mengenal pasti ruang penambahbaikan serta memastikan sebarang ketidakpatuhan dapat ditangani melalui tindakan pembetulan yang bersesuaian.

Melalui pelaksanaan audit ini, MAIWP terus komited dalam memperkukuh budaya kerja berteraskan kualiti, meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan serta memastikan setiap proses kerja dilaksanakan secara sistematik, cekap dan berkesan demi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

๐™•๐™„๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™ƒ ๐™‹๐™๐™„๐™ƒ๐˜ผ๐™๐™„๐™‰ ๐™ˆ๐˜ผ๐™„๐™’๐™‹ ๐™‡๐˜ผ๐˜ฝ๐™๐˜ผ๐™‰: ๐™๐™„๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™‰๐™†๐˜ผ๐™‰ ๐˜ฝ๐™€๐˜ฝ๐˜ผ๐™‰ ๐™‹๐™๐˜ผ๐™‰ ๐˜ผ๐™‰๐™„๐™Ž๐˜ผ๐™ƒ ๐™Ž๐™€๐™†๐™€๐™‡๐™๐˜ผ๐™๐™‚๐˜ผMajlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Cawan...
30/09/2026

๐™•๐™„๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™ƒ ๐™‹๐™๐™„๐™ƒ๐˜ผ๐™๐™„๐™‰ ๐™ˆ๐˜ผ๐™„๐™’๐™‹ ๐™‡๐˜ผ๐˜ฝ๐™๐˜ผ๐™‰: ๐™๐™„๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™‰๐™†๐˜ผ๐™‰ ๐˜ฝ๐™€๐˜ฝ๐˜ผ๐™‰ ๐™‹๐™๐˜ผ๐™‰ ๐˜ผ๐™‰๐™„๐™Ž๐˜ผ๐™ƒ ๐™Ž๐™€๐™†๐™€๐™‡๐™๐˜ผ๐™๐™‚๐˜ผ

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Cawangan Labuan meneruskan agenda menyantuni masyarakat menerusi program Ziarah Asnaf ke kediaman Puan Anisah Abdul Rasid di Kampung Kerupang. Sejak pemergian suami tercinta pada Mei lalu, beliau yang merupakan seorang suri rumah kini bergantung kepada pemberian anak bagi menyara kehidupan bersama empat orang anak yang masih bersekolah.

Bagi meringankan beban kewangan keluarga ini, MAIWP meluluskan Bantuan Sara Hidup sebanyak RM600 sebulan, Bantuan Barangan Keperluan Asasi melalui akaun eWallet Boost bernilai RM300 sebulan serta Bantuan Am Persekolahan buat anak-anak beliau. Hadir sama dalam sesi ziarah tersebut ialah Pengurus MAIWP Cawangan Labuan, YBrs. Ustaz Mohd Rafie Bin Zakaria dan Encik Rozlan Ibrahim, Ketua Kampung Nagalang. Turut disampaikan sumbangan bakul makanan untuk Puan Anisah sekeluarga.

Semoga bantuan yang dihulurkan ini dapat memberi sedikit kelegaan dan ruang buat Puan Anisah sekeluarga untuk meneruskan kehidupan dengan lebih tenang.

Address

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Victoria
87019

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:30
14:00 - 17:00

Telephone

+6087418512

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan - MAIWP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan - MAIWP:

Shortcuts

Share