PAS KAWASAN WANGSA MAJU

Call Directions Contact the organization

PAS KAWASAN WANGSA MAJU PAS KAWASAN WANGSA MAJU

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾PAS Kawasan Wangsa Maju mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada sel...
16/09/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

PAS Kawasan Wangsa Maju mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti sebuah negara yang dibina atas kepelbagaian, perpaduan dan semangat kebersamaan. Perbezaan bukan alasan untuk kita berpecah, sebaliknya menjadi kekuatan untuk terus membina Malaysia yang lebih harmoni dan sejahtera.

Semoga semangat Hari Malaysia terus menyuburkan rasa cinta kepada tanah air, memperkukuh ukhuwah sesama rakyat serta menyatukan kita dalam usaha membina masa depan Malaysia yang lebih baik.

Selamat Hari Malaysia 2026.



PAS WANGSA MAJU SANTUNI 12 KELUARGA MELALUI PROGRAM MAHABBAHOleh : Abdul FatehWANGSA MAJU, 12 September :PAS Kawasan Wan...
12/09/2026

PAS WANGSA MAJU SANTUNI 12 KELUARGA MELALUI PROGRAM MAHABBAH

Oleh : Abdul Fateh

WANGSA MAJU, 12 September :PAS Kawasan Wangsa Maju meneruskan komitmen mendekati masyarakat menerusi program Mahabbah dengan menziarahi dan menyantuni 12 buah rumah di Seksyen 1, Wangsa Maju, hari ini.

Program tersebut memberi tumpuan kepada golongan yang memerlukan perhatian dan sokongan, termasuk orang sakit, ibu tunggal, anak yatim serta keluarga yang berdepan kekangan kehidupan.

Ziarah Mahabbah itu diketuai oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud, bersama saf kepimpinan PAS Kawasan Wangsa Maju. Turut serta Pengarah JPRP, Saudara Rahim Sulaiman, serta Ketua PAS Cawangan Seksyen 1.

Dalam kunjungan tersebut, pimpinan PAS Wangsa Maju bukan sahaja menyampaikan sumbangan beras dan saguhati, malah meluangkan masa bertanya khabar, mendengar permasalahan serta memahami keadaan semasa keluarga yang diziarahi.

Ustaz Abdul Rani berkata, pendekatan turun padang dan menziarahi masyarakat perlu diteruskan secara konsisten kerana kebajikan masyarakat merupakan amanah yang tidak mengenal musim politik.

“Bagi PAS Wangsa Maju, masyarakat bukan sekadar untuk kita temui ketika pilihan raya. Kita mahu terus berada bersama mereka dalam setiap keadaan, terutama ketika mereka diuji dengan kesakitan, kesusahan dan pelbagai cabaran kehidupan.

Program Mahabbah ini menjadi ruang untuk kami mendengar sendiri denyut nadi masyarakat, bertanya khabar dan sekurang-kurangnya meringankan sedikit beban mereka. Sumbangan yang diberikan mungkin tidak besar nilainya, tetapi keprihatinan dan ukhwah itulah yang kita mahu bina bersama masyarakat.

Insya-Allah, PAS Wangsa Maju akan terus turun padang, menyantuni masyarakat dan memastikan tiada golongan yang memerlukan terpinggir daripada perhatian kita.”

Program Mahabbah ini mencerminkan pendekatan PAS Wangsa Maju yang terus memperkukuh hubungan bersama masyarakat melalui ziarah, kebajikan dan khidmat kemasyarakatan.

Dekat dengan masyarakat.
Turun menyantuni Bersama membawa harapan.

PAS Wangsa Maju Istiqamah Berkhidmat Untuk Ummah.

Perwakilan PAS Kawasan Wangsa Maju hadir bagi menyertai Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-72 yang berlangsung di Pusat Tarbiy...
04/09/2026

Perwakilan PAS Kawasan Wangsa Maju hadir bagi menyertai Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-72 yang berlangsung di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), Kelantan.

Delegasi PAS Kawasan Wangsa Maju diketuai oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud, serta turut disertai pimpinan Dewan Pemuda PAS, Dewan Ulamak PAS dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Wangsa Maju.

Lebih bermakna, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud turut diberikan kesempatan untuk mewakili PAS Wilayah Persekutuan bagi membahaskan Ucapan Dasar Presiden PAS dalam persidangan muktamar kali ini.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen serta kesungguhan PAS Kawasan Wangsa Maju dalam memastikan suara akar umbi Wilayah Persekutuan terus dibawa dan diketengahkan dalam medan tertinggi parti.

Muktamar menjadi medan memperkukuh saf perjuangan, memperteguh kesatuan dan memperkemas gerak kerja demi memastikan agenda Islam terus diperjuangkan.




04/09/2026

🔴((LIVE)) CERAMAH PERDANA JUBLI INTAN 75 TAHUN PAS

📅 4 September 2026 | 22 Rabiulawal 1448H | Jumaat
⏰ 9.30 Petang
📍 PUTIK, Kelantan

📺 Saksikan siaran langsung di Facebook dan kongsikan live ini kepada rakan-rakan anda.
👍 LIKE
💬 KOMEN
🔄 SHARE
➕ FOLLOW

04/09/2026

🔴((LIVE)) BICARA PERJUANGAN

📅 4 September 2026 | 22 Rabiulawal 1448H | Jumaat
⏰ 7.30 Petang
📍 PUTIK, Kelantan

📺 Saksikan siaran langsung di Facebook dan kongsikan live ini kepada rakan-rakan anda.
👍 LIKE
💬 KOMEN
🔄 SHARE
➕ FOLLOW See less See less

04/09/2026

🔴((LIVE)) SEPETANG ANAK MUDA BERSAMA UAI

📅 4 September 2026 | 22 Rabiulawal 1448H | Jumaat

⏰ 5.30 Petang
📍 PUTIK, Kelantan

📺 Saksikan siaran langsung di Facebook dan kongsikan live ini kepada rakan-rakan anda.
👍 LIKE
💬 KOMEN
🔄 SHARE
➕ FOLLOW See less

POLITIK BOLEH BERBEZA, KEMANUSIAAN JANGAN TERPISAH: PAS WANGSA MAJU ZIARAH PIMPINAN WANITA UMNOKUALA LUMPUR, 25 Ogos– Ya...
25/08/2026

POLITIK BOLEH BERBEZA, KEMANUSIAAN JANGAN TERPISAH: PAS WANGSA MAJU ZIARAH PIMPINAN WANITA UMNO

KUALA LUMPUR, 25 Ogos– Yang Dipertua PAS Kawasan Wangsa Maju, Ustaz Abdul Mohamed Daud, meneruskan usaha memperkukuh hubungan silaturahim dan semangat kemasyarakatan apabila menziarahi Puan Hasimah binti Mohd Noor, Timbalan Ketua Wanita UMNO Bahagian Wangsa Maju, di kediamannya di Taman Melati, semalam.

Puan Hasimah kini sedang menjalani ujian kesihatan apabila menghidap penyakit kronik kanser payudara.

Ziarah tersebut turut disertai pimpinan Dewan Muslimat PAS Kawasan Wangsa Maju sebagai tanda keprihatinan serta sokongan moral kepada beliau dan keluarga dalam menghadapi ujian yang sedang dilalui.

Dalam suasana penuh ukhuwah, pertemuan tersebut menjadi medan untuk menyampaikan kata-kata semangat, doa dan sokongan agar Puan Hasimah terus diberikan kekuatan, kesabaran serta kesembuhan oleh Allah SWT.

Ustaz Abdul Mohamed Daud berkata, ziarah ini bukan sekadar kunjungan atas dasar hubungan politik, sebaliknya merupakan tuntutan Islam untuk saling mengambil berat, khususnya ketika seseorang saudara sedang diuji dengan kesakitan.

“Apabila seseorang sahabat, jiran atau kenalan sedang diuji dengan penyakit, kita sebagai umat Islam mempunyai tanggungjawab untuk hadir memberikan sokongan, doa dan semangat.”

“Perbezaan wadah politik tidak seharusnya menjadi penghalang untuk kita menghulurkan kasih sayang dan menunjukkan keprihatinan. Dalam perkara kebajikan, kemanusiaan dan persaudaraan, kita boleh duduk bersama dan saling membantu.”

Beliau turut mendoakan agar Puan Hasimah dikurniakan kekuatan menghadapi rawatan serta dipermudahkan segala urusan.

“Saya bagi pihak PAS Kawasan Wangsa Maju dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Wangsa Maju mendoakan agar Puan Hasimah terus kuat dan tabah. Semoga Allah SWT mengangkat segala kesakitan, memberikan kesembuhan dan mengurniakan ketenangan kepada beliau serta seluruh keluarga.”

Menurut beliau, budaya ziarah-menziarahi dan saling menyantuni perlu terus diperkasakan dalam masyarakat kerana ia mampu membina jambatan persaudaraan serta mengukuhkan keharmonian dalam komuniti.

“Islam mengajar kita supaya sentiasa mengambil berat antara satu sama lain. Mudah-mudahan usaha kecil ini menjadi satu bentuk amal kebajikan dan membawa manfaat kepada semua,” katanya.

PAS Kawasan Wangsa Maju turut berharap agar masyarakat bersama-sama mendoakan kesembuhan Puan Hasimah serta memberikan sokongan moral kepada beliau dan keluarga sepanjang tempoh rawatan.

“Semoga Allah SWT memberikan kesembuhan yang sempurna, mengangkat segala kesakitan dan mengurniakan kekuatan kepada Puan Hasimah serta keluarga. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.”

SAAT RAKYAT DIUJI, PAS WANGSA MAJU HADIR MENYANTUNIOleh : Abdul FatehWANGSA MAJU, 25 Ogos 2026 — Lajnah Kebajikan PAS Ka...
25/08/2026

SAAT RAKYAT DIUJI, PAS WANGSA MAJU HADIR MENYANTUNI

Oleh : Abdul Fateh

WANGSA MAJU, 25 Ogos 2026 — Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Wangsa Maju meneruskan komitmen menyantuni masyarakat setempat menerusi program Ziarah MOSWAY dengan mengunjungi beberapa buah rumah di Seksyen 4, Wangsa Maju, disini, hari ini.

Program ziarah tersebut menjadi wadah mendekati masyarakat secara langsung, khususnya mereka yang memerlukan perhatian, sokongan dan keprihatinan daripada masyarakat sekeliling.

Dalam kunjungan berkenaan, Cik Najwa Hidayah turut menyampaikan cenderahati serta senaskhah buku Doa Mustajab kepada para penerima sebagai tanda ingatan dan sokongan moral daripada PAS Wangsa Maju.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengarah JPRP, Haji Rahim Sulaiman, Hajah Noorsamawati serta beberapa pimpinan PAS Kawasan Wangsa Maju yang bersama-sama turun padang menyantuni masyarakat.

Selain menyampaikan sumbangan dan cenderahati, kunjungan ini turut menjadi ruang untuk bertanya khabar, mendengar keadaan serta memberikan sokongan kepada keluarga yang diziarahi.

PAS Wangsa Maju melihat usaha turun padang seperti ini sebagai sebahagian daripada tanggungjawab untuk memastikan kebajikan masyarakat terus diberi perhatian, tanpa mengira latar belakang.

Dalam kesempatan tersebut, seluruh pimpinan dan warga PAS Wangsa Maju turut menitipkan doa agar mereka yang sedang diuji dengan masalah kesihatan diberikan kesembuhan yang sempurna, kekuatan serta penawar yang sebaik-baiknya oleh Allah SWT.

“Ya Allah, angkatlah segala kesakitan, kurniakanlah kesembuhan dan permudahkanlah segala urusan mereka yang sedang diuji.”

Program Ziarah MOSWAY ini diharapkan dapat terus menyuburkan budaya ziarah, prihatin dan saling membantu, selain mengukuhkan hubungan antara PAS Wangsa Maju dengan masyarakat setempat.

PAS WANGSA MAJU Menyantuni Masyarakat, Memperkasa Kebajikan.

Jom hadir beramai-ramai ke Malam Wilayah Berselawat 2026
22/08/2026

Jom hadir beramai-ramai ke Malam Wilayah Berselawat 2026

MALAM WILAYAH BERSELAWAT 2026 🌙

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama menghadiri Malam Wilayah Berselawat sebuah majlis penuh keberkatan untuk kita memperbanyakkan selawat, mengeratkan ukhuwah dan bersama-sama memohon keberkatan, keamanan serta kesejahteraan buat Wilayah Persekutuan dan Malaysia tercinta. 🇲🇾

📅 Tarikh : Isnin, 24 Ogos 2026
⏰ Masa : 8.00 malam
📍 Tempat : Dataran Akademi Kuizm, Taman Melewar, Kuala Lumpur
Penampilan Khas : Daqmie, Nur Syahadah, Qasidah, Ustaz Ahmad bin Shahdan, Ustaz Hasnil Abu Bakar, Ustaz Azhar bin Yahya dan ramai lagi.

👨‍👩‍👧‍👦 Bawa keluarga, sahabat dan kenalan untuk hadir bersama!

Luangkan masa kita untuk berselawat. Hadirkan hati dalam majlis yang penuh keberkatan. Semoga setiap langkah kita menuju majlis ini menjadi asbab turunnya rahmat dan keberkatan Allah SWT. 🤲🏻

✨ AYUH! KITA PENUHI MALAM INI DENGAN SELAWAT & DOA UNTUK MALAYSIA! 🇲🇾

Anjuran bersama Ummah Prihatin, Yayasan NurRamlah, DPN Wilayah Persekutuan

PAS WANGSA MAJU GERAK JELAJAH JPRP, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN JENTERA PILIHAN RAYAOleh : Abdul RahimWANGSA MAJU, 21 Ogos– P...
22/08/2026

PAS WANGSA MAJU GERAK JELAJAH JPRP, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN JENTERA PILIHAN RAYA

Oleh : Abdul Rahim

WANGSA MAJU, 21 Ogos– PAS Kawasan Wangsa Maju meneruskan usaha memperkukuh kesiapsiagaan jentera pilihan raya menerusi Usrah Jelajah Jabatan Pilihan Raya PAS (JPRP) ke UDM Kampung Padang Balang.

Program tersebut menjadi platform untuk memperkemaskan gerak kerja pilihan raya di peringkat cawangan serta memastikan seluruh jentera PAS sentiasa bersedia menghadapi sebarang perkembangan politik semasa.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kawasan Wangsa Maju, Haji Rahim Sulaiman, dalam penyampaiannya menekankan kepentingan kesiapsiagaan, penyelarasan gerak kerja dan kekuatan jentera di peringkat akar umbi dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud, turut menyampaikan tausiyah kepada ahli PAS Cawangan Padang Balang.

Tausiyah tersebut menjadi pengisian penting dalam menyuntik semangat perjuangan, memperkukuh ukhuwah serta mengingatkan ahli agar terus istiqamah melaksanakan amanah perjuangan dengan penuh keikhlasan.

PAS Wangsa Maju akan terus mempergiatkan program jelajah dan pengukuhan jentera di peringkat cawangan sebagai persediaan menghadapi pilihan raya, di samping memperkasakan khidmat serta pendekatan PAS bersama masyarakat setempat.

PAS Wangsa Maju Istiqamah Berjuang, Bersama Membela Rakyat.

Address

Wangsa Maju

Telephone

+60124505561

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS KAWASAN WANGSA MAJU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PAS KAWASAN WANGSA MAJU:

Shortcuts

Share