Terengganu State Parks

Call Directions Website Contact the organization

Terengganu State Parks Terengganu State Parks Management Council

Seminar Biodiversiti Terengganu Tahun 202628 Oktober 2026 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Ismail Ibni Al ...
29/10/2026

Seminar Biodiversiti Terengganu Tahun 2026

28 Oktober 2026 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Ismail Ibni Al - Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Pemangku Raja Terengganu telah berkenan berangkat bagi menyempurnakan majlis perasmian Seminar Biodiversiti Terengganu 2026 yang berlangsung di Dewan Besar Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Ismail Ibni Al - Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Pemangku Raja Terengganu disambut oleh YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu diiringi bersama YB Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Setiausaha Kerajaan Terengganu dan YB Dato’ Razali bin Idris, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim Terengganu serta YBhg. Dato' Haji Azran Amin bin Mazlan, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), YBhg. Dato’ Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak, Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN), dan YBrs. Ts. Dr. Khairul Naim bin Adham, Timbalan Setiausaha Bahagian (Seksyen Pengurusan Biodiversiti) mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).

Seramai 350 orang peserta dari agensi/jabatan kerajaan negeri, persekutuan, badan berkanun, ahli akademik, warga industri, NGO, komuniti tempatan, masyarakat Orang Asli dan mahasiswa telah menghadiri ke seminar ini.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Terengganu juga turut berkenan untuk melawat ruang pameran yang terdiri daripada pelbagai agensi/jabatan, universiti, industri, NGO dan komuniti yang mengetengahkan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan, warisan serta inovasi penyelidikan.

Selain itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Terengganu turut berkenan menyampaikan titah ucaptama yang antaranya memberi penekanan hasil penyelidikan dan data saintifik wajib diterjemahkan kepada tindakan praktikal di lapangan dan seterusnya menyempurnakan perasmian Seminar Biodiversiti Terengganu Tahun 2026 bertemakan “Acting Locally for Global Impact: Empowering Terengganu’s Biodiversity for Global Sustainability”.

Seminar ini telah memperlihatkan aplikasi nyata prinsip tersebut melalui empat (4) tunjang strategik melalui tiga (3) sesi perkongsian utama seminar iaitu 1) Komitmen Dasar, Perancangan Ruang Dan Modal Semula Jadi, 2) Keterjaminan Sumber dan Pengurusan Berasaskan Sains serta Teknologi 3) Landasan Moral, Etika Agama dan Pemerkasaan Generasi Belia dan 4) Sinergi Rakan Strategik: Dari Kepatuhan (Compliance) ke Pemilikan (Stewardship)

Justeru, Seminar Biodiversiti Terengganu 2026 telah melabuhkan tirainya dengan perasmian penutup oleh YB Dato’ Razali bin IdrisPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim Terengganu dengan harapan Terengganu bukan sahaja menjadi sebuah negeri yang kaya dengan biodiversiti tetapi juga menjadi contoh dalam pengurusan dan pemuliharaan sumber alam secara lestari.

MPTN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pembentang, moderator, ahli panel, peserta serta rakan strategik yang telah menjayakan seminar dwi tahunan ini. Segala resolusi, cetusan idea dan jalinan kerjasama sepanjang seminar ini akan menjadi panduan berharga buat MPTN dan seluruh agensi sahabat untuk terus melangkah ke hadapan.

Impact

‼️[[ SIARAN LANGSUNG ]]‼️SEMINAR BIODIVERSITI TERENGGANU 2026'ACTING LOCALLY FOR GLOBAL IMPACT''Impowering Terengganu's ...
28/10/2026

‼️[[ SIARAN LANGSUNG ]]‼️
SEMINAR BIODIVERSITI TERENGGANU 2026

'ACTING LOCALLY FOR GLOBAL IMPACT'
'Impowering Terengganu's Biodiversity for Global Sustainability'

Disempurnakan Oleh :
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TENGKU MUHAMMAD ISMAIL IBNI AL-WATHIQU BILLAH SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN, PEMANGKU RAJA TERENGGANU

📍 DEWAN BESAR, WISMA DARUL IMAN
🗓 RABU | 28 OKTOBER 2026
⏰ 9.15 PAGI
FB : https://www.facebook.com/upditerengganu/videos/2314217966089939/ YT : https://youtu.be/xMK5kuIEORE

‼️[[ SIARAN LANGSUNG ]]‼️SEMINAR BIODIVERSITI TERENGGANU 2026'AC...

إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَSeluruh Warga Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) merafak semba...
24/10/2026

إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Seluruh Warga Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) merafak sembah takziah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu serta seluruh kerabat diraja Terengganu atas kemangkatan adinda Baginda, Almarhum YAM Dato' Seri Dr Tengku Baderul Zaman ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada hari ini Sabtu, 24 Oktober 2026 bersamaan 13 Jamadilawal 1448H.

Al-Fatihah.

🌊 BIDONG BEACH & UNDERWATER CLEAN UP 2026 | TAMAN NEGERI PULAU BIDONGMajlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) te...
08/10/2026

🌊 BIDONG BEACH & UNDERWATER CLEAN UP 2026 | TAMAN NEGERI PULAU BIDONG

Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) telah menganjurkan Bidong Beach & Underwater Clean Up 2026 pada 7 Oktober 2026 di Taman Negeri Pulau Bidong, Kuala Nerus, melibatkan seramai 60 orang peserta daripada agensi Kerajaan Negeri, institusi pengajian tinggi, NGO serta operator selaman. Program ini mendapat kerjasama Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu, Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Pejabat Daerah Kuala Nerus, Angkatan Pertahanan Awam Negeri Terengganu, Universiti Malaysia Terengganu, Reef Check Malaysia, Panthera Malaysia, Nemo Divers dan Big Blue World Adventure Sdn Bhd.

Aktiviti pembersihan meliputi kawasan pantai, tapak peninggalan Orang Hanyut Vietnam, jeti, surau, tandas awam, laluan trekking serta kawasan dasar laut di sekitar bawah jeti dan Pulau Karah.

Program ini juga turut menjadi sebahagian daripada Lawatan Kerja Rasmi YB Dato' Haji Mohd Azmi Bin Mohamad Daham, Setiausaha Kerajaan Terengganu merangkap Pengerusi MPTN, susulan daripada pewartaan rasmi Taman Negeri Pulau Bidong pada 16 Julai 2026. Lawatan YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Terengganu juga turut disertai oleh YB Dato’ Mohd Nawawi Bin Ismail, Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu, YB Dato’ Haji Rosli Bin Latif, Pegawai Kewangan Negeri Terengganu, YBhg. Dato’ Haji Azran Amin Bin Mazlan, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan)/Pengarah UPEN diiringi oleh YBhg. Dato’ Tun Ahmad Faisal Bin Tun Abdul Razak, Pengarah MPTN, YM Dato’ Tengku Mohd Arifin Bin Tengku A. Rahman, Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dan YBrs. Tuan Haji Azizul Bin Ab. Hadi, Pegawai Daerah Kuala Nerus, Terengganu turut memberi tumpuan kepada tinjauan keadaan semasa Pulau Bidong, khususnya berkaitan penggunaan tanah, aktiviti pelancongan dan selaman skuba, serta hala tuju pengurusan pulau sebagai destinasi pelancongan harian (day-trip destination) yang lebih tersusun, terkawal dan berteraskan kelestarian.

MPTN komited untuk memastikan pengurusan Taman Negeri Pulau Bidong dilaksanakan secara bersepadu dengan mengimbangi pemuliharaan biodiversiti, nilai sejarah dan warisan serta pembangunan pelancongan yang lestari, demi manfaat generasi kini dan akan datang.

Taman Negeri Pulau Bidong — Melindungi Khazanah, Memelihara Masa Hadapan. 🌿🌊

SETINGGI-TINGGI TAHNIAHYBhg. Dato’ Fakh­rul Hatta bin Musa atas pelantikan sebagai KETUA PENGARAH JABATAN PERHILITAN SEM...
07/10/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

YBhg. Dato’ Fakh­rul Hatta bin Musa atas pelantikan sebagai KETUA PENGARAH JABATAN PERHILITAN SEMENANJUNG MALAYSIA berkuat kuasa 5 Oktober 2026.

Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat menjalankan amanah kepada YBhg. Dato’ atas pelantikan ini.

Pelantikan tersebut merupakan satu pengiktirafan terhadap kepimpinan, pengalaman serta komitmen YBhg. Dato’ dalam memperkukuh agenda pemuliharaan biodiversiti, perlindungan hidupan liar dan kelestarian khazanah alam semula jadi negara.

Semoga YBhg. Dato’ terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan keberkatan dalam menerajui Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia serta memperkukuh kerjasama strategik antara agensi pemuliharaan demi kelestarian alam untuk generasi akan datang.

TAHNIAH!

30 September 2026 - Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) dengan kerjasama WWF-Malaysia di bawah UN-SDG Trust...
01/10/2026

30 September 2026 - Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) dengan kerjasama WWF-Malaysia di bawah UN-SDG Trust Fund telah melaksanakan Program Penanaman Semula Pokok Gelam di Taman Negeri Setiu Wetlands sebagai sebahagian daripada usaha pemuliharaan dan pemulihan ekosistem hutan gelam di kawasan Setiu Wetlands.

Program diserikan lagi dengan Perasmian Tapak Penanaman Gelam oleh Ketua Penolong Pengarah mewakili YBhg. Dato’ Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak, Pengarah MPTN diiringi oleh YBrs. Cik Nor Aziemah Binti Mohd Azemi, Penolong Kanan Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal) Pejabat Daerah Setiu dan YBrs. Datin Hajah Daria Mathew Abdullah, Ketua Konservasi Air Tawar Semenanjung Malaysia WWF-Malaysia.

Sebanyak 2,000 anak pokok gelam telah ditanam dalam usaha memulihkan kawasan hutan gelam serta memperkukuh kesedaran dan penglibatan masyarakat terhadap kepentingan ekosistem ini dengan penglibatan peserta daripada Universiti Kolej Bestari, Pusat Tahfiz Al-Quran Baitul Rahmah dan Komuniti GelamCure. Penanaman semula anak pokok gelam bukan sahaja membantu memulihkan fungsi ekosistem, malah turut menyediakan habitat kepada hidupan liar serta memperkukuh hubungan antara kawasan semula jadi, sekali gus menyokong kelestarian biodiversiti di Taman Negeri Setiu Wetlands.

Selain itu, para peserta berpeluang mengunjungi Galeri GelamCure, Kampung Padang Jejawi, Setiu bagi melihat dengan lebih dekat usaha komuniti dalam pemuliharaan dan pemanfaatan sumber gelam secara lestari daripada penghasilan anak pokok di nurseri sehingga kepada penghasilan produk berasaskan gelam.

Usaha ini mencerminkan kepentingan kerjasama antara agensi kerajaan, organisasi pemuliharaan dan komuniti setempat dalam memastikan kelestarian biodiversiti serta manfaat ekosistem dapat dinikmati oleh generasi kini dan akan datang.


Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) dengan kerjasama Panthera Malaysia dan WCS Viet Nam telah menganjurkan ...
30/09/2026

Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) dengan kerjasama Panthera Malaysia dan WCS Viet Nam telah menganjurkan Bengkel Dua Hala Malaysia-Vietnam Mengenai Pembanterasan Pemburuan dan Penyeludupan Hidupan Liar bertempat di Hotel Raia, Kuala Terengganu pada 28-30 September 2026 dan bengkel tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak, Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu.

Bengkel ini melibatkan penglibatan pegawai dari pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) di peringkat negeri serta persekutuan dan seramai sembilan (9) orang delegasi Vietnam dari wilayah Quang Tri hadir sama bagi membincangkan isu-isu berkaitan aktiviti pemburu an dan penyeludupan hidupan liar, pengambilan hasil hutan secara tidak sah dan pencerobohan kawasan perlindungan dan Hutan Simpan oleh warganegara Vietnam di Malaysia.

Dalam ucapan perasmian bengkel tersebut, YBhg. Dato’ Pengarah menegaskan bahawa Malaysia memandang serius penglibatan individu dari Vietnam dalam aktiviti pemburuan haram dan pencerobohan kawasan perlindungan di negara ini, dengan menyatakan bahawa mana-mana individu yang memasuki Malaysia dengan tujuan menjalankan aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti memburu hidupan liar, menceroboh hutan simpan, rizab atau kawasan perlindungan serta mengambil hasil hutan secara haram perlu bersedia untuk berdepan dengan tindakan penguatkuasaan dan undang-undang Malaysia.

YBhg. Dato’ Pengarah turut menyeru agar pihak berkuasa dan agensi berkaitan di Vietnam, khususnya di wilayah Quang Tri, memainkan peranan dalam memberi kesedaran serta mencegah dan menghalang warganya daripada terlibat atau datang ke Malaysia dengan hasrat menjalankan aktiviti haram, sekaligus membantu memutuskan rantaian jenayah hidupan liar dan hasil hutan sebelum ia berlaku.

Di akhir sesi perbincangan, wakil-wakil agensi Malaysia yang hadir menyatakan iltizam bahawa akan terus memperkukuh koordinasi antara agensi di peringkat negeri dan persekutuan serta membina jaringan kerjasama dengan pihak berkuasa Vietnam dan rakan strategik bagi memastikan maklumat dapat dikongsi, risiko dikenal pasti lebih awal dan tindakan sewajarnya dapat diambil demi menjaga kelestarian alam semula jadi serta kepelbagaian biodiversiti di Malaysia.

___________________________________________

Terengganu State Parks Management Council, in collaboration with Panthera Malaysia and WCS Viet Nam, organised the Malaysia–Vietnam Bilateral Workshop on Combating Wildlife Poaching and Trafficking at Raia Hotel, Kuala Terengganu from 28-30 September 2026. The workshop was officially inaugurated by YBhg. Dato’ Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak, Director of the Terengganu State Parks Management Council.

The workshop brought together officers from various government agencies and non-governmental organisations (NGOs) at both the state and federal levels. Nine (9) delegates from Quang Tri Province, Vietnam, also participated in the workshop to discuss issues relating to wildlife poaching and trafficking, illegal harvesting of forest resources, as well as the encroachment of protected areas and Permanent Reserved Forests by Vietnamese nationals in Malaysia.

In his opening remarks, YBhg. Dato’ Director emphasised that Malaysia takes seriously the involvement of individuals from Vietnam in illegal wildlife poaching and encroachment of protected areas in the country. He stressed that any individual entering Malaysia with the intention of engaging in unlawful activities, including wildlife poaching, encroachment into Permanent Reserved Forests, reserves or protected areas, and illegal harvesting of forest resources, should be prepared to face enforcement action under Malaysian laws.

YBhg. Dato’ Director also called upon the relevant authorities and agencies in Vietnam, particularly in Quang Tri Province, to play an active role in raising awareness and preventing their nationals from becoming involved in or travelling to Malaysia with the intention of carrying out illegal activities. Such efforts are important in helping to disrupt the wildlife and forest resource crime chain before such activities take place.

At the conclusion of the discussions, representatives of the Malaysian agencies reaffirmed their commitment to strengthening coordination among agencies at both the state and federal levels, while building stronger networks of cooperation with Vietnamese authorities and strategic partners. This will facilitate information sharing, enable risks to be identified at an earlier stage, and support appropriate action to safeguard Malaysia’s natural heritage and biodiversity.

Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) dengan kerjasama Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP) telah m...
29/09/2026

Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) dengan kerjasama Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP) telah mengadakan Program “Grounded in Harmony” di Taman Negeri Setiu Wetlands.

Program yang bertemakan “A Tree Planting Initiative for A Greener Tomorrow” telah melibatkan aktiviti penanaman 200 anak pokok bakau serta taklimat kesedaran alam sekitar sebagai usaha bersama dalam menyokong pemuliharaan ekosistem hutan bakau dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan biodiversiti.

Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam memulihara ekosistem tanah bencah, di samping meningkatkan kesedaran masyarakat melalui kerjasama antara agensi kerajaan, korporat dan institusi pendidikan terhadap kepentingan biodiversiti sebagai khazanah yang menyokong keseimbangan alam, sumber kehidupan dan kesejahteraan komuniti.

Seramai 120 peserta daripada Jabatan Alam Sekitar Terengganu, INSTEP dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah berganding bahu dalam penanaman tersebut. Turut hadir sama ialah Penolong Pegawai Biodiversiti MPTN, Pembantu Penguatkuasa TNSW serta Renjer Komuniti TNSW.

🎙️ JOM SERTAI BORAK SANTAI BERSAMA PENGARAH MPTN!Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) ingin mengajak semua u...
29/09/2026

🎙️ JOM SERTAI BORAK SANTAI BERSAMA PENGARAH MPTN!

Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) ingin mengajak semua untuk bersama dalam Tuesday Live Show 2.0 anjuran Paya Bunga Hotel Terengganu, yang akan menampilkan YBhg. Dato’ Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak, Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu.

Dalam sesi bertajuk “Menerokai Taman Negeri Terengganu”, pelbagai perkara menarik berkaitan Taman Negeri Terengganu, khazanah biodiversiti, pemuliharaan alam semula jadi serta peranan MPTN akan dikongsikan secara santai dan informatif.

📅 29 September 2026 (Selasa)
⏰ 2.30 petang – 3.30 petang
📱 Saksikan secara LIVE di TikTok: Paya Bunga Hotel Terengganu

🌿 Jom bersama-sama mengenali, menghargai dan memahami kepentingan khazanah alam semula jadi Terengganu.

Jangan lupa! Jumpa anda di LIVE nanti! 🌱

Tuesday Live Show 2.0 kembali hari ini! Jom borak santai bersama Dato’ Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak, Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu dalam sesi “Menerokai Taman Negeri Terengganu”.

📅 29 September 2026 | 2.30 petang – 3.30 petang
📱 TikTok: Paya Bunga Hotel Terengganu

🇲🇾 HARI MALAYSIA 🇲🇾Selamat Menyambut Hari Malaysia (16 September 2026)
16/09/2026

🇲🇾 HARI MALAYSIA 🇲🇾

Selamat Menyambut Hari Malaysia (16 September 2026)

Address

Wilayah Persekutuan

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 16:00
Friday 09:00 - 16:00
Saturday 09:00 - 16:00
Sunday 09:00 - 16:00

Telephone

+6096263062

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Terengganu State Parks posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Terengganu State Parks:

Share

Nearby government services