Polis Daerah Yan

Call Directions

Polis Daerah Yan Teruskan bersama sama kita banteras kegiatan jenayah dan aktiviti tidak bermoral di kawasan Yan.... apa-apa info maklumat boleh roje admin segera...

20/10/2026



ANAK SELAMAT DI RUMAH, TAPI SELAMATKAH DI ALAM MAYA?

Keselamatan anak bukan hanya perlu diberi perhatian ketika berada di luar rumah, malah turut merangkumi aktiviti mereka di alam maya.

Bimbing anak-anak menggunakan teknologi secara bijak dan selamat. Pantau, lindungi dan didik kerana keselamatan mereka di alam maya juga tanggungjawab kita bersama.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik โ€˜Likeโ€™ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
https://www.tiktok.com/





#20102026

20/10/2026
20/10/2026

๐Ÿšจ SCAM ALERT! AWAS PENDAFTARAN PALSU๐Ÿšจ

PERHATIAN KEPADA SEMUA PESERTA POLIS KEDAH NIGHT RUN 2026!

Kami telah mengesan satu posting daripada page โ€œPantau Jalan Johor" yang menggunakan semula bahan promosi rasmi event kami dan menyebarkan maklumat pendaftaran yang TIDAK BENAR.

โš ๏ธ Posting tersebut menawarkan PENDAFTARAN PERCUMA berserta QR code yang tidak dikeluarkan oleh pihak kami.

Kami ingin menegaskan bahawa:

โŒ TIADA PENDAFTARAN PERCUMA ditawarkan bagi event ini.

โŒ QR code yang dikongsikan dalam posting tersebut BUKAN QR pendaftaran rasmi kami.

โŒ Pihak kami TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG KAITAN dengan tawaran yang dibuat oleh page tersebut.

โœ… Pendaftaran rasmi hanya melalui platform *lULTRAZ.MY

Kami menasihatkan semua peserta supaya tidak mengimbas QR code atau memberikan sebarang maklumat peribadi melalui pautan yang mencurigakan.

๐Ÿ“ข BANTU KAMI SEBARKAN AMARAN INI!

Sila berhati-hati dan bantu REPORT posting tersebut bagi mengelakkan lebih ramai orang menjadi mangsa.

PASTIKAN ANDA MENDAFTAR MELALUI SALURAN RASMI SAHAJA!

Terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama semua.

ULTRAZ.MY
Official Registration Platform

19/10/2026

Mai mai mai....
Pakat mai ramai-ramai...
Program Semarak Kebudayaan Masyarakat Kedah Bersama PDRM Kedah.

4 - 7 November 2026 di KHTP Sport Complex dari jam 9 pagi sampai 11 malam..

Ada pelbagai aktiviti yang menarik menanti semua..

Jumpa di sana nanti...

PERHIMPUNAN BULANAN KETUA POLIS DAERAH BAGI BULAN OKTOBER 2026YAN, 15 Oktober 2026 (Khamis) โ€“ Ibu Pejabat Polis Daerah (...
15/10/2026

PERHIMPUNAN BULANAN KETUA POLIS DAERAH BAGI BULAN OKTOBER 2026

YAN, 15 Oktober 2026 (Khamis) โ€“ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bagi bulan Oktober 2026 bertempat di Perkarangan IPD Yan, Kedah.

Perhimpunan ini telah dihadiri oleh YDH DSP Aikap Bin Dunding, Timbalan Ketua Polis Daerah Yan, pegawai-pegawai kanan, ketua-ketua bahagian, ketua polis balai, ketua cawangan, pegawai pangkat rendah serta pegawai awam IPD Yan.

Dalam amanatnya, Timbalan Ketua Polis Daerah Yan telah memaklumkan berkenaan statistik jenayah indeks bagi Daerah Yan, trend pencegahan jenayah, isu penguatkuasaan trafik, pembanterasan jenayah narkotik, serta penyeliaan dan tanggungjawab ketua-ketua bahagian dan ketua polis balai.

Majlis turut diserikan dengan bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Taat Setia.

Perhimpunan diakhiri dengan nyanyian lagu Sedia Berkhidmat sebelum pegawai baris memohon kebenaran untuk bersurai.





14/10/2026

๐Ÿšจ JANGAN KONGSI NOMBOR TAC ANDA!

Nombor TAC adalah kod keselamatan peribadi anda. Jangan sesekali berkongsi nombor TAC dengan sesiapa, walaupun mereka mendakwa daripada pihak bank atau pihak berkuasa.

๐Ÿ”’ Ingat! TAC anda, rahsia anda. Lindungi akaun perbankan anda daripada menjadi mangsa penipuan.






KULIAH PENINGKATAN INTEGRITI IPD YANYAN, 14 Oktober 2026 (Rabu)- Warga IPD Yan yang diketuai oleh YDH DSP Aikap Bin Dund...
14/10/2026

KULIAH PENINGKATAN INTEGRITI IPD YAN

YAN, 14 Oktober 2026 (Rabu)- Warga IPD Yan yang diketuai oleh YDH DSP Aikap Bin Dunding, Timbalan Ketua Polis Daerah Yan telah menyertai Kuliah Peningkatan Integriti (KPI) Tahun 2026 secara siaran langsung bertempat di Surau Ar-Rahim, IPD Yan, Kedah.

Kuliah yang disampaikan oleh YBhg. Ustaz Mohamad Syazwan Bin Shaari dari JIPS IPK Kedah itu membincangkan tajuk berkaitan masalah ketika menunaikan solat. Program turut diisi dengan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah.

Kuliah ini dapat menambah pengetahuan tentang ilmu agama dan sebagai panduan ibadah kepada warga IPD Yan.






KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI PIHAK BERKUASA PELAKSANAAN KORIDOR UTARA (NCIA) KE ATAS TIMBALAN KETUA POLIS DAERAH YANYAN, 14 ...
14/10/2026

KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI PIHAK BERKUASA PELAKSANAAN KORIDOR UTARA (NCIA) KE ATAS TIMBALAN KETUA POLIS DAERAH YAN

YAN, 14 Oktober 2026 (Rabu) - Timbalan Ketua Polis Daerah Yan, DSP Aikap Bin Dunding telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) bertempat di Bilik Tetamu KPD, IPD Yan.

Delegasi NCIA diketuai oleh:
1. Puan Suhaila Binti Mohd Nazer, Penolong Pengurus Besar Wilayah Kedah & Perlis
2. Encik Mohd Faiz Bin Mad Udin, Pengurus Unit Pengurusan Fasiliti
3. Encik Mohd Nor Hazwan Bin Hadzir, Pegawai Kanan Pejabat Negeri Kedah

Turut hadir Pemangku Ketua Cawangan Khas Daerah Yan, Insp Dhiauddin Bin Abdul Majid dan Ketua Polis Balai Guar Chempedak, SM Rohizam Bin Osman.

Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk membincangkan jalinan kerjasama strategik serta isu-isu berkaitan keselamatan dan pembangunan di Daerah Yan. Pertemuan ini menjadi platform untuk memperkukuh hubungan strategik antara PDRM dengan NCIA dan NCER, khususnya dalam perkongsian maklumat, aspek keselamatan serta penyelarasan tindakan penguatkuasaan di iCON Yan.

Pertemuan turut memberi pendedahan mengenai peranan NCIA dalam pembangunan ekonomi dan usahawan tempatan.

Program berlangsung dalam suasana mesra dan profesional serta telah mencapai objektif yang dirancang.







14/10/2026

Bahaya Akaun Keldai dan Penyewaan/Penjualan Kad ATM
Akaun keldai (juga dikenali sebagai mule accounts) adalah akaun bank yang digunakan oleh penjenayah untuk memindahkan wang hasil aktiviti haram.

Pengguna akaun ini biasanya dipergunakan oleh sindiket tanpa menyedari implikasi undang-undang yang serius.
๐Ÿ‘ฉโ€โš–๏ธ Risiko kepada pemilik akaun:
๐Ÿ“œ Boleh didakwa dan disabitkan kesalahan undang-undang atas jenayah yang dijalankan
๐Ÿšซ Tidak boleh / Sukar membuka sebarang akaun bank
โŒ Akaun sedia ada boleh disekat dan ditutup oleh pihak institusi kewangan

Nasihat kepada Orang Ramai:
JANGAN SERAH, JUAL ATAU SEWAKAN kad bank atau akaun anda (termasuk nombor PIN, kata laluan perbankan) kepada mana-mana pihak

๐Ÿ” Amalkan Konsep 3S: Soal. Sekat. Sebar.
1๏ธโƒฃ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2๏ธโƒฃ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3๏ธโƒฃ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.

โœ… Sekiranya Anda Menjadi Mangsa
๐Ÿ“ž Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
๐Ÿ“ Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
๐Ÿ‘ฎโ€โ™‚๏ธ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.

๐Ÿšซ Hentikan penipuan!: INGAT!! AKAUN ANDA TANGGUNGJAWAB ANDA SEPENUHNYA!!

11/10/2026

PERMOHONAN PERMIT BERNIAGA BUNGA API SEMPENA MUSIM PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2027 TELAH DIBUKA.

Permohonan dibuka pada 11 Oktober 2026 dan ditutup pada 10 Disember 2026.

Kepada warganegara yang berminat boleh memohon untuk berniaga. Sebarang pertanyaan sila hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah berhampiran lokasi perniagaan anda. Tertakluk kepada terma & syarat yang ditetapkan PDRM.

Address

Yan

Telephone

+6044655222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Yan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share