PD Kampung Pauh Yan Kedah

Directions

PD Kampung Pauh Yan Kedah Perpustakaan Desa sebagai sumber informasi,rekreasi dan tempat masyarakat belajar sepanjang hayat.

ULASAN BUKU OKTOBERJUDUL: BELIA BERWAWASANPENULIS: JASMAN AHMAD DAN SITI RAZMAH HJ. IDRISNO ISBN: 9789833836208TAHUN: 20...
20/10/2026

ULASAN BUKU OKTOBER
JUDUL: BELIA BERWAWASAN
PENULIS: JASMAN AHMAD DAN SITI RAZMAH HJ. IDRIS
NO ISBN: 9789833836208
TAHUN: 2008
PENERBIT: PENERBITAN MAJU MAS
NO. PANGGILAN: D 499.2386 JAS

Pembangunan sesebuah negara memerlukan belia-belia yang berwawasan dalam menggerakkan jentera pembangunan negara.Lahirnya golongan remaja dan belia yang berdisplin dan cergas tentu sahaja dapat menghindarkan gejala-gejala sosial yang negative seperti kes-kes jenayah dan ancaman AIDS serta penyalahgunaan dadah.Budaya hidup tidak bermoral dan gejala negatif ini perlu dibanteras habis-habisan dalam usaha kita mengejar kemajuan.

Golongan belia terdiri daripada anak remaja dan orang muda.Golongan ini sentiasa mendapat perhatian yang penting daripada kerajaan,para pemimpin negara dan masyarakat.Hal ini kerana tenaga mereka amat diperlukan dalam segenap bidang demi pembangunan dan masa depan negara.

Remaja yang cergas,aktif dan berwawasan seharusnya menganggap displin itu sebagai satu garis panduan yang mesti diikuti dalam kehidupan masyarakat.Belia yang sentiasa mengamalkan sikap-sikap positif,tidak akan mudah terseret untuk melakukan kerosakan dan perbuatan-perbuatan yang menjelikkan.Belia yang sihat dari segi mental akan sentiasa menggunakan akal dan fikiran dengan sebaik-baiknya sebelum mengambil sesuatu keputusan.Sifat positif ini memang perlu wujud dalam masyarakat Malaysia demi untuk mencapai status negara maju.

Golongan belia merupakan pelapis yang bakal memimpin dalam masa beberapa tahun yang akan dating dan mereka jugalah kelak akan menggubal dasar dan undang-undang negara.Bagi memenuhi tuntutan tersebut,perkara asas yang mesti diambil kira adalah untuk melahirkan generasi belia yang berkualiti,berinovatif,berketerampilan dan bercita-cita tinggi.Pelbagai usaha hendaklah dilakukan untuk mendapatkan hasil yang membanggakan di kalangan semua mereka.Proses ini seharusnya bermula sejak mereka kecil lagi supaya pendedahan awal yang diterima akan dapat membantu melahirkan perwatakan yang kukuh dan berkembang secara positif.

PROMOSI TIK TOK OKTOBER
19/10/2026

PROMOSI TIK TOK OKTOBER

18/10/2026

HEBAHAN MAKLUMAT u-Pustaka : u-Library

HEBAHAN MAKLUMAT PNM
18/10/2026

HEBAHAN MAKLUMAT PNM

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI"Just let it be. Our time is not that much to dictate explanations to every head that co...
18/10/2026

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI

"Just let it be. Our time is not that much to dictate explanations to every head that comes along."

Kredit: Pemilik Asal

ARTIKEL PILIHAN OKTOBER BERTEMA KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH
14/10/2026

ARTIKEL PILIHAN OKTOBER BERTEMA KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH

Check Kepimpinan dan Pembangunan Di Kalangan Mahasiswa from pdkgpauhzon13kedah here. Like Kepimpinan dan Pembangunan Di Kalangan Mahasiswa? Just add Kepimpinan dan Pembangunan Di Kalangan Mahasiswa of pdkgpauhzon13kedah to My Favorites. Embed Kepimpinan dan Pembangunan Di Kalangan Mahasiswa to websi...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGIMAKLUMAT SEMASA.TEMA BULAN OKTOBER : KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAHKREDIT:PEMILIK AS...
14/10/2026

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI

MAKLUMAT SEMASA.TEMA BULAN OKTOBER : KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH

KREDIT:PEMILIK ASAL

5 Alasan Yang Selalu Digunakan Pekerja Untuk Mengelak Tugasan Hingga Menyusahkan Orang Lain
1. “Saya terlalu sibuk. Banyak kerja lain yang perlu diselesaikan.”
Sibuk dijadikan alasan untuk mengelak tugasan baharu, sedangkan ada masanya kerja tersebut boleh disusun mengikut keutamaan. Akhirnya, orang lain terpaksa mengambil alih tugas yang sepatutnya dilaksanakan bersama.
2. “Itu bukan kerja saya. Itu tugas orang lain.”
Apabila sesuatu tugasan berada di luar skop yang biasa dilakukan, dia segera menolak tanpa mahu memahami keperluan organisasi. Sikap terlalu berkira tentang tugas menyebabkan kerjasama semakin sukar dibina.
3. “Saya tak tahu macam mana hendak buat.”
Tidak tahu dijadikan alasan untuk terus mengelak, bukannya peluang untuk belajar. Dia tidak mahu bertanya, mendapatkan bimbingan atau mencuba. Akhirnya, tugasan tergendala dan rakan sekerja terpaksa menyelesaikannya.
4. “Kenapa saya? Orang lain pun boleh buat.”
Dia sentiasa mencari alasan supaya tugasan diberikan kepada orang lain. Apabila diberikan tanggungjawab, dia mempersoalkan mengapa dirinya dipilih, bukannya memikirkan cara terbaik untuk menyelesaikannya.
5. “Nanti saya buat.”
Dia tidak menolak secara terang-terangan, tetapi sengaja melengah-lengahkan kerja. Apabila tarikh akhir semakin hampir, orang lain terpaksa mengingatkan, mengejar atau mengambil alih tugas tersebut demi memastikan semuanya selesai.
Renungan untuk warga organisasi
Ada pekerja yang tidak pernah berkata “Saya tidak mahu membantu.” Namun, melalui alasan yang diberikan, kerja yang ditangguhkan dan tanggungjawab yang dilepaskan, akhirnya orang lain terpaksa menanggung bebannya.
Jangan sampai kita menjadi pekerja yang ringan tugasnya kerana orang lain telah memikul beban yang kita tinggalkan.
Organisasi yang baik bukan dibina oleh pekerja yang pandai mengelak kerja, tetapi oleh pekerja yang memahami tanggungjawab, sedia bekerjasama dan tidak menyusahkan orang lain.
Razali Saaran

ARTIKEL PILIHAN:KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH
12/10/2026

ARTIKEL PILIHAN:KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGIKREDIT: PEMILIK ASAL
12/10/2026

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI

KREDIT: PEMILIK ASAL

MAKLUMAT SEMASA
08/10/2026

MAKLUMAT SEMASA

Program sepanjang Oktober 2026 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah dengan kerjasama pelbagai pihak luar.




Address

Perpustakaan Desa Kampung Pauh
Yan
06900

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 10:45 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PD Kampung Pauh Yan Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category