Puspanita Daerah Yan

Call Directions Website

Puspanita Daerah Yan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia dengan nama singkatannya PUSPANITA

🎀✨ AYUH SERTAI PUSPANITA ONCE UPON A RUN 2026! ✨🎀“Every step becomes a magical story… and every step brings hope.” 💗Bers...
24/08/2026

🎀✨ AYUH SERTAI PUSPANITA ONCE UPON A RUN 2026! ✨🎀

“Every step becomes a magical story… and every step brings hope.” 💗

Bersempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara 2026, PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan menjemput seluruh warga Daerah Yan dan masyarakat setempat untuk bersama-sama menyertai larian amal yang penuh warna, keceriaan dan makna.

🏰 PUSPANITA ONCE UPON A RUN 2026

Fairytale Inspired • 5KM Fun Run

📅 Tarikh: 3 Oktober 2026 (Sabtu)

🕗 Masa: 8.00 Pagi (Flag Off)

📍 Lokasi: iCON Yan (Mula & Tamat)

👟 Jarak: 5 Kilometer

🎭 Tema: Fairytale Inspired – Berpakaian mengikut tema fantasi, puteri, wira, pari-pari dan karakter dongeng yang sopan serta kreatif!

💖 Yuran Penyertaan Hanya RM40

Termasuk:
🏅 Medal Eksklusif Finisher
👕 T-shirt Rasmi Once Upon A Run 2026

🎁 Calling The Enchanted Five!
5 peserta bertuah yang tampil paling kreatif mengikut tema fairytale bakal membawa pulang hadiah istimewa!

🌸 Lari Bukan Sekadar Lari…

Sebahagian hasil jualan T-shirt PUSPANITA Once Upon A Run 2026 akan disumbangkan kepada komuniti Daerah Yan yang terkesan akibat penyakit kanser.

Jom kita berlari bersama sebagai tanda sokongan, meningkatkan kesedaran dan menyebarkan kasih sayang kepada para pejuang kanser payudara.

💗 Be Active. Be Magical. Be You.

📲 Daftar sekarang melalui kod QR pada poster atau hubungi urus setia PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.

Berita MalaysiaAktif Daerah YAN,KEDAH 👇🏻
14/07/2026

Berita MalaysiaAktif Daerah YAN,KEDAH 👇🏻

Laporan/foto: Nur Syahida (Yan)

14/07/2026
PROGRAM GOTONG-ROYONG MASJID TERAPUNG YAN13 Julai 2026 (Isnin)9.00 pagi – 12.00 tengah hariبِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَ...
14/07/2026

PROGRAM GOTONG-ROYONG MASJID TERAPUNG YAN

13 Julai 2026 (Isnin)
9.00 pagi – 12.00 tengah hari

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, Program Gotong-Royong Masjid Terapung Yan telah berlangsung dengan jayanya.

Pihak PUSPANITA Daerah Yan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Masjid Terapung Yan selaku penganjur bersama, serta semua agensi dan individu yang telah hadir, berganding bahu menyumbang tenaga, masa dan komitmen bagi menjayakan program ini.

Sekalung penghargaan kepada :

- PUSPANITA Daerah Yan
- Penghulu Mukim Yan
- Pejabat Daerah dan Tanah Yan (PDTY)
- Majlis Daerah Yan (MDY)
- Jabatan Kerja Raya (JKR)
- E-Idaman
- Pejabat Agama Daerah Yan (PADY)
- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
- Hospital Yan
- HAWA Masjid Jame' Badlishah Pekan Yan
- Penduduk sekitar serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Semangat kerjasama dan kebersamaan yang dipamerkan bukan sahaja menceriakan kawasan masjid, malah menjadi bukti bahawa budaya bergotong-royong merupakan salah satu cara mengimarahkan rumah Allah serta mengeratkan ukhuwah dalam masyarakat.

Semoga setiap titik peluh, tenaga, masa dan sumbangan yang diberikan dikira sebagai amal soleh serta mendapat ganjaran pahala yang berterusan daripada Allah SWT.

*جزاكم الله خيرًا كثيرًا*

Semoga Allah membalas segala kebaikan kalian dengan sebaik-baik balasan.

Terima kasih atas sokongan semua. Semoga Masjid Terapung Yan terus menjadi sebuah masjid yang indah, bersih, makmur dan sentiasa diimarahkan.

*_"Bersama Mengimarahkan Masjid, Memperkukuh Ukhuwah."_*

✨ LAWATAN MUHIBBAH PUSPANITA LADA KE DAERAH YAN 🤝✨Lawatan Muhibbah PUSPANITA LADA ke Daerah Yan telah berlangsung dengan...
12/07/2026

✨ LAWATAN MUHIBBAH PUSPANITA LADA KE DAERAH YAN 🤝✨

Lawatan Muhibbah PUSPANITA LADA ke Daerah Yan telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Julai 2026.

Program ini merangkumi taklimat keusahawanan oleh NCER, lawatan ke produk usahawan tempatan, sesi jaringan dan perkongsian di Dusun Ummi, serta lawatan ke Masjid Terapung Yan. Serahan Bantuan Banjir sebanyak RM3800 untuk diuruskan oleh PUSPANITA Daerah Yan.

Program ini diharap dapat memperkukuh hubungan silaturahim, memperluas jaringan kerjasama serta menyokong pembangunan keusahawanan dan pelancongan di Daerah Yan.


PROGRAM SEMARAK MUHARAM 1448H/2026Alhamdulillah, Program Semarak Muharam 1448H/2026 telah berlangsung dengan jayanya pad...
12/07/2026

PROGRAM SEMARAK MUHARAM 1448H/2026

Alhamdulillah, Program Semarak Muharam 1448H/2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 9 Julai 2026 di Perkarangan Masjid Jame' Badlishah, Pekan Yan.

Program yang bertemakan "Tradisi Asyura, Ukhuwah Bersama" ini berjaya menghimpunkan masyarakat setempat dalam suasana penuh muhibah dan semangat gotong-royong bagi mengeratkan silaturahim sempena bulan Muharam.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya HAWA Masjid Jame' Badlishah, Pekan Yan dan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, serta seluruh peserta yang telah menyumbang tenaga dan menjayakan program ini.

Semoga ukhuwah yang terjalin terus diperkukuhkan dan segala usaha diberkati Allah SWT. 🤲



Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan Bilangan 2 Tahun 2026 telah berlangsung pagi tadi di Bil...
07/07/2026

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan Bilangan 2 Tahun 2026 telah berlangsung pagi tadi di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah dan Tanah Yan yang dipengerusikan oleh Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, Puan Adila Binti Ahmad merangkap isteri Pegawai Daerah Yan.

Mesyuarat tersebut diadakan sebagai platform untuk membincangkan perancangan program tahunan, memperkukuh tadbir urus organisasi serta menyelaras pelaksanaan aktiviti yang memberi manfaat kepada ahli PUSPANITA dan komuniti setempat.

Puan Pengerusi menekankan bahawa kejayaan setiap program bergantung kepada semangat kebersamaan, komitmen dan kerjasama erat dalam kalangan ahli jawatankuasa.

Selain membincangkan agenda tahunan, mesyuarat turut memberi ruang kepada ahli jawatankuasa bertukar pandangan, mengemukakan cadangan penambahbaikan serta merancang pelaksanaan program yang lebih berkesan dan berimpak tinggi sepanjang tahun 2026.



💛💜💛💜

07/07/2026

Laporan/foto: Nur Syahida (Yan)

**PROGRAM WANITA SIHAT INSPIRASI DUNIA PERKASA KESEDARAN KESIHATAN WANITA****ALOR SETAR, 18 Jun 2026** – PUSPANITA Majli...
19/06/2026

**PROGRAM WANITA SIHAT INSPIRASI DUNIA PERKASA KESEDARAN KESIHATAN WANITA**

**ALOR SETAR, 18 Jun 2026** – PUSPANITA Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah menganjurkan Program **Wanita Sihat Inspirasi Dunia** bertemakan **“Strong Women, Stronger World”** di Dewan Besar As-Sakinah, Tingkat 7, dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan wanita serta memberikan pendedahan kepada peserta mengenai kemahiran asas menyelamat nyawa yang boleh diaplikasikan dalam situasi kecemasan.

Pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat telah diadakan sepanjang program, antaranya ceramah kesihatan wanita, sesi *Basic Survival Skills*, pemeriksaan kesihatan serta pameran kesihatan. Peserta turut didedahkan dengan teknik CPR yang betul, penggunaan mesin AED, demonstrasi Heimlich Maneuver serta latihan praktikal bersama jurulatih profesional.

Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta yang hadir dan menunjukkan komitmen tinggi dalam memperkukuhkan pengetahuan berkaitan kesihatan dan keselamatan diri serta keluarga.

Turut hadir memeriahkan program ialah **Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, Puan Adila Binti Ahmad**, bersama ahli-ahli PUSPANITA yang lain. Kehadiran beliau bersama delegasi PUSPANITA mencerminkan sokongan padu terhadap usaha memperkasakan wanita melalui pendidikan kesihatan dan pembangunan komuniti.

Harapan agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan wanita yang lebih sihat, berilmu dan berkeyakinan, selaras dengan tema program bahawa wanita yang kuat merupakan asas kepada pembentukan masyarakat dan negara yang lebih kukuh.

**“Wanita Sihat, Inspirasi Dunia”** menjadi simbol komitmen PUSPANITA MBAS dalam memperkasa kesejahteraan wanita serta menyemai budaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

🌙 Salam Maal Hijrah 1448H 🌙"Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, dan esok adalah harapan. Semoga tahun in...
17/06/2026

🌙 Salam Maal Hijrah 1448H 🌙

"Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, dan esok adalah harapan. Semoga tahun ini segala impian dan hijrah ke arah kebaikan dipermudahkan."

Selamat menyambut Awal Muharram dan Maal Hijrah 1448H 🌟✨🌟✨

Ikhlas daripada Penasihat, Pengerusi Dan Seluruh Ahli Puspanita Cawangan Kechil Daerah Yan

Address

Pejabat Daerah Dan Tanah Yan
Yan
06900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puspanita Daerah Yan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share