23/10/2026
Malam ini sambung singgah di kedai-kedai makan sekitar Yong Peng untuk berkempen! 👋🏻
Sambil anak muda makan dan lepak, kami ambil peluang untuk bertegur sapa, duduk berbual dan memperkenalkan Parlimen Belia Malaysia 2026 kepada anak muda daripada pelbagai kaum.
Ada yang baru pertama kali berkenalan, ada yang sempat bersembang dan bergambar bersama. Kami bergerak satu pasukan, saling membantu dan sama-sama turun padang.
Terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa untuk berborak dengan kami malam ini! 🤝🏻🇲🇾
#青年国会