01/06/2026
πππππππππ ππππππ
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah
πππππππ ππππ ππππ ππππ πππππ ππππ ππππππ πππππππ ππππ ππ-πππππππ πππππ ππππππ πππππππ
Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Sembah takzim daripada seluruh warga Konsulat Jeneral Malaysia Jeddah.
01/06/2026
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima Darjah Kebesaran Persekutuan, Bintang dan Pingat, terutamanya kepada YBhg. Tan Sri Amran Mohamed Zin, Ketua Setiausaha dan YM Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir, Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah.
Β° Kementerian Luar Negeri merafak sembah dan merakamkan Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Β° Semoga KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah Subhanahu Wataβala, dilanjutkan usia zaman, dan sentiasa sihat walβafiat selama-lamanya.
Dirgahayu Tuanku!
Β° Kementerian ini selanjutnya merafak sembah menjunjung kasih di atas perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengurniakan dan menganugerah Darjah Kebesaran Persekutuan, Bintang dan Pingat kepada Ketua Setiausaha serta pegawai-pegawai Kementerian ini, yang telah disempurnakan sempena Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 1 Jun 2026 Istana Negara, seperti berikut:
1. Tan Sri Amran Mohamed Zin
Ketua Setiausaha
Darjah Kebesaran Persekutuan
Panglima Setia Mahkota (P.S.M.)
2. Datin Paduka Anizan Siti Hajjar Adnin
Timbalan Ketua Setiausaha Khidmat Pengurusan
Darjah Kebesaran Persekutuan
Johan Setia Diraja (J.S.D.)
3. Datuk Cheong Loon Lai
Duta Besar Malaysia ke
Persekutuan Rusia
Darjah Kebesaran Persekutuan
Panglima Jasa Negara (P.J.N.)
4. Dato' Shariffah Norhana Syed Mustaffa
Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Dasar dan Penyelarasan
Darjah Kebesaran Persekutuan
Johan Setia Diraja (J.S.D.)
5. Datuk Yubazlan Haji Yusof
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Afrika Selatan
Darjah Kebesaran Persekutuan
Panglima Setia
Diraja (P.S.D.)
6. YM Raja Saifful Ridzuwan Raja Kamaruddin
Ketua Sekretariat
Sekretariat Induk Logistik ASEAN
Darjah Kebesaran Persekutuan
Johan Setia Diraja (J.S.D.)
7. YM Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir
Konsul Jeneral
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Arab Saudi
Darjah Kebesaran Persekutuan
Kesatria Setia Diraja (K.S.D.)
πΊ Kementerian merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Setiausaha dan semua penerima. Semoga penganugerahan ini akan terus mendorong kecemerlangan dalam perkhidmatan kepada negara.
27/05/2026
27 Mei 2026 | 10 Zulhijjah 1447H - Seluruh warga Konsulat Jeneral Malaysia Jeddah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam, terutamanya rakyat Malaysia di wilayah barat Arab Saudi.
Semoga segala pengorbanan dan amalan baik kita diterima dan mendapat balasan berlipat ganda.
20/05/2026
Assalamualaikum wbt,
Konsulat Jeneral Malaysia (KJM) Jeddah sekali lagi ingin mengingatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah haji tahun ini supaya mendapatkan visa/permit haji yang sah sebelum memulakan perjalanan ke Mekah, bagi mengelakkan tindakan undang-undang dikenakan.
KJM Jeddah tetap sedia membantu rakyat Malaysia di Arab Saudi. Namun, mereka yang melanggar peraturan dan undang-undang negara ini perlu bersedia menghadapi sepenuhnya tindakan undang-undang yang dikenakan ke atas mereka.
Terima kasih.
KONSULAT JENERAL MALAYSIA JEDDAH
20 Mei 2026
Illegal Hajj attempts compromise safety management and are subject to penalties.
13/05/2026
NOTIS BERKENAAN URUSAN DI KAUNTER KONSULAR
Bersempena musim Haji 1447H yang sedang berlangsung, Kaunter Konsular di Konsulat Jeneral Malaysia Jeddah hanya akan beroperasi melalui temu janji sahaja, bermula 17 Mei sehingga 4 Jun 2026. Semua temu janji perlu dibuat melalui alamat e-mel [email protected] dan [email protected].
---------------------------------------------
NOTICE ON CONSULAR COUNTER MATTERS
In conjunction with the ongoing 1447H Hajj season, the Consular Counter at the Consulate General of Malaysia in Jeddah will only operate by appointment, starting from 17 May until 4 June 2026. All appointments must be made via email address [email protected] and [email protected].
----------------------------------------------
Terima kasih.
KONSULAT JENERAL MALAYSIA JEDDAH
13 Mei 2026
05/05/2026
Selamat datang diucapkan kepada En. Zaidi bin Kassim, Konsul (Kebudayaan) yang baharu, ke Jeddah.
05/05/2026
1 Mei 2026 - Konsulat Jeneral Malaysia (KJM) Jeddah dan Kelab Rakyat Malaysia Hijazi - KRMH telah menganjurkan majlis "Ceramah Perdana: Perjalanan Haji Bagi Jemaah Wilayah Hijazi" yang diadakan di premis KJM Jeddah. Program ini telah menghimpunkan kira-kira 50 orang peserta yang terdiri daripada rakyat Malaysia di Jeddah, Mekah, Rabigh dan sekitarnya, dengan tujuan memberi pendedahan dan kefahaman yang lebih mendalam mengenai ibadah haji, khususnya dari segi rukun, wajib serta amalan-amalan penting sepanjang musim haji.
Majlis dimulakan dengan solat Asar berjemaah dan diikuti dengan perkongsian oleh Ustaz Muhammad Mujahid bin Zaharuddin. Selesai solat Maghrib berjemaah dan doa selamat, para peserta disajikan dengan pelbagai hidangan yang disediakan dan disumbangkan oleh orang ramai, sebelum majlis bersambung dengan perkongsian oleh Ustaz Muhammad Hud Al-Hashir. Para peserta turut berpeluang untuk mengajukan soalan serta mendapatkan penjelasan secara langsung daripada penceramah, sekaligus menjadikan sesi ini lebih interaktif dan bermanfaat.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta dalam melaksanakan ibadah haji dengan lebih sempurna dan penuh keyakinan. Didoakan agar para tetamu Allah ini diberikan kesihatan yang baik sepanjang melaksanakan ibadah dan dikurniakan haji yang mabrur insyaAllah.
03/05/2026
"JEDDAH: Harga badal haji di bawah 9,000 riyal atau RM9,500 mencetuskan keraguan ekoran kadar itu tidak selari dengan kos sebenar pelaksanaan ibadah berkenaan di Tanah Suci.
Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, YM Tengku Mohd. Dzaraif Raja Abdul Kadir berkata, hal ini kerana harga pakej haji yang ditawarkan kepada pemastautin di negara itu sendiri mencecah sekurang-kurangnya sekitar 9,000 hingga 10,000 riyal.
Katanya, harga badal haji yang terlalu murah dan bawah kos tersebut telah menimbulkan persoalan terhadap kesahihan mana-mana tawaran badal haji oleh segelintir pihak tertentu."
Waspada kos badal haji bawah RM9,500
JEDDAH: Harga badal haji di bawah 9,000 riyal atau RM9,500 mencetuskan keraguan ekoran kadar itu tidak selari dengan kos sebenar pelaksanaan ibadah berkenaan di Tanah Suci.
26/04/2026
PERINGATAN BERKENAAN PELAKSANAAN HAJI TAHUN 1447H
Konsulat Jeneral Malaysia (KJM) Jeddah ingin mengingatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah haji tahun ini supaya mendapatkan visa/permit haji yang sah sebelum memulakan perjalanan ke Arab Saudi.
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan arahan tegas hanya individu yang memiliki visa/permit haji yang sah sahaja dibenarkan berada di Mekah mulai 1 Zulkaedah sehingga 14 Zulhijjah 1447H bagi menunaikan ibadah haji.
Seperti yang telah dilaksanakan pada tahun lepas, mana-mana individu yang didapati menunaikan atau cuba untuk menunaikan ibadah haji tanpa visa/permit haji yang sah akan dikenakan denda sehingga SAR20,000; diusir keluar dari Arab Saudi; dan disenaraihitam dari memasuki Arab Saudi untuk tempoh 10 tahun.
Manakala bagi mereka yang bersubahat dalam memudahcara pelaksanaan haji tanpa visa/permit haji yang sah akan dikenakan denda sehingga SAR100,000. Ini termasuklah mereka yang memohon visa ziarah untuk individu lain bagi tujuan menunaikan haji secara tidak sah; membawa atau cuba membawa mereka masuk ke Mekah bermula 1 Zulkaedah sehingga 14 Zulhijjah 1447H; dan memberi tempat tinggal atau melindungi mereka di Mekah pada tarikh tersebut, dengan pengangkutan yang digunakan untuk membawa penumpang berkenaan akan disita.
Justeru, KJM Jeddah sekali lagi menasihati semua rakyat Malaysia agar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi dan membatalkan hasrat menunaikan ibadah haji sekiranya tidak memiliki visa/permit haji yang sah.
KJM Jeddah tetap sedia membantu rakyat Malaysia di Arab Saudi. Namun, mereka yang melanggar peraturan dan undang-undang negara ini perlu bersedia menghadapi sepenuhnya tindakan undang-undang yang dikenakan ke atas mereka.
Sekiranya terdapat pihak-pihak yang menawarkan pakej haji selain pengelolaan Tabung Haji (PJH), KJM Jeddah menyarankan supaya tuan/puan membuat semakan dengan pihak Tabung Haji terlebih dahulu.
Terima kasih.
KONSULAT JENERAL MALAYSIA JEDDAH
26 April 2026