Ard Reading Centre

Ard Reading Centre

Share

Berminat untuk mendapatkan buku terkini atau terlaris..? Disini tempatnya.. Jika inginkan tajuk tajuk luar negara.. Kami akan dapatkan untuk anda..

Pada kami pelanggan adalah keutamaan kami.. Kami juga cuba mendapatkan semua buku buku yang dikehendaki.. Jika anda ada tajuk dan sukar utk mendapatkan nya.. Kami sedia membantu

Photos 26/11/2013

PISA hanya Rm24

Photos from Ard Reading Centre's post 11/11/2013

Novel melayu

Photos 22/06/2013
Photos 22/06/2013

Rawatlah Hati RM19.90

Sinopsis:
RAWATLAH HATI mengadun variasi rasa pedas, manis, masam, masin dan pahit:
Meraih cinta anak pada orang tua
Membina semula cinta yang pudar
Memupuk keintiman dengan ILAHI
Mengukuh keyakinan dan ketakwaan
Memerdekakan belenggu di dalam diri
Menangani emosi dan tekanan perasaan
Mencari rangkulan kudus yang Maha Esa
Membuang rasa ego, takbur dan penyakit hati
Memaafkan dan mengusir dendam kesumat
Menjadi insan sukses; bebas luka, bebas derita

Photos 22/06/2013

Tuhan Sedang Menguji Kita RM19.90

Sinopsis:
Kita bicara tentang pancaroba, kita berkata tentang malapetaka, tapi hati kita masih terleka. KIta tewas dalam gembira, kita tersungkur ketika derita. Namun, andai ujian itu membawa kita ke pintu kesedaran, maka ujian itu sebenarnya manis. ALLAH tidak pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia. Sesungguhnya, dunia adalah tempat ujian, akhirat jua tempat kebahagiaan abadi...

Photos 22/06/2013

Penawar Duka Pengubat Sengsara RM17.00

Sinopsis:
Duka, gundah dan sengsara itu tidak diminta bahkan kita disuruh berlindung dengan Allah daripada semuanya. Namun, betapa ajaibnya makhluk yang bernama derita. Ia boleh datang dalam pelbagai rupa, menerjah ke dalam dada dan jiwa. Perasaan itu sukar dikawal bahkan adakala kita sukar mengerti perasaaan yang dialami…

Ujian bagaikan bicara atau sapaan Allah agar kita ingat apa yang lupa, ubah apa yang salah atau tambahkan pahala dan padamkan dosa. Hiasilah hidup dengan istighfar, iaitu kembali kepada Allah dan mohon ampun kepada-Nya dengan jujur, dengan luhur, dengan khusyuk. Itulah penawar yang akan membuka kebahagiaan. Itulah janji-Nya…

Pengisian Menarik:

• Iman Tidak Dipaksa
• Bila Usia Menjelang 40
• Kemanisan Dalam Ujian
• Menangislah Wahai Mata
• Mencari Keberkatan Masa
• Di Sebalik Cinta Dan Tawakal
• Mencari Hikmah Di Sebalik Duka
• Jalan Pulang Ke PangkuanTuhan
• Di Manakah Hendak Dicari Ketenangan?
• Pengaruh Wanita Dalam Kehidupan Lelaki

Photos 18/06/2013

Sentuhan Kalbu

Mengandungi dua buku zikir..

Al-Ma'thurat dan Zikir Asma Ul-Husna
Amat sesuai dijadikan cenderahati untuk pelbagai majlis

Photos 18/06/2013

Kata Tak Rindu RM27.90


Sinopsis:
Kerana kecewa kekasih hati ber kahwin dengan gadis lain, Zafia mendaftar diri di Agensi Mencari Jodoh. Niat hatinya hanya satu, ingin membalas dendam terhadap bekas ke kasihnya, Shahril. Tanpa berfikir panjang, Zafia terus menandatangani surat per janjian tanpa berjumpa ter lebih dahulu dengan bakal suami.
Setelah berjumpa Aezwan, lelaki yang dikenali melalui Agensi Mencari Jodoh, Zafia mula berubah fikiran. Tidak mahu meneruskan perkahwinan. Namun Zafia tidak dapat mengelak dari berkahwin dengan Aezwan kerana telah terikat dengan perjanjian yang telah ditandatanganinya.
Perkahwinan berlangsung juga. Zafia dan Aezwan terpaksa menjalani hidup berumah tangga. Tiada keserasian, membuatkan mereka berdua sering bergaduh. Suaminya terlalu berdisiplin, pagi-pagi lagi sudah bangun dan mengemas rumah. Sedangkan Zafia matahari terpacak di ubun-ubun, masih terbongkang tidur.
Bekas kekasihnya, Shahril mula mengganggu rumah tangga Zafia. Dia tidak serasi dengan pasangan hidupnya. Bila Aezwan dapat tahu, dia mula berasa cemburu kerana telah timbul bibit-bibit cinta dalam hatinya. Aezwan berjumpa Shahril tanpa pengetahuan Zafia. Berlaku satu insiden yang tidak diingini. Apakah insiden itu? Kekal ke rumah tangga Zafia atau dia balik semula pada Shahril? Bagaimana p**a dengan Aezwan? Mana satu pilihan Zafia?

“Fia tak berzina, Fia sudah berkahwin, Aril!!!”
– ZAFIA

“Hari ini abang bahagia sangat sebab apa yang abang nak, abang dapat. Fia dah jadi milik abang.”
– AEZWAN

Photos 18/06/2013

Segalanya Mungkin RM28.00


Sinopsis:
Kerana kasihkan ayahnya, Mia sanggup mengorbankan perasaannya sendiri kerana ayahnya seorang yang telah membesarkannya. Bermula saat itu ‘pengembaraan' Nur Mia dipenuhi liku-liku yang berduri.
Muaz Hasbi yang disangka dapat menumpang kasih, nyata tidak sudi menerima kehadirannya. Segala tohmahan dan cacian diterima dengan hati yang lara sehingga menjadikan dia seorang wanita yang cekal hati.
Apabila dua hati sudah mula bersatu, Nur Mia dihidangkan p**a dengan babak kecurangan suaminya. Dengan langkah penuh kecewa, Nur Mia nekad meninggalkan suaminya.
Muaz Hasbi sedar yang dia amat memerlukan Nur Mia. Egonya dibuang jauh, pujuk rayu mulai mewarnai kehidupan dua insan ini.
Bahtera bahagia yang baru dilayari kembali dilanda angin kencang dengan hadirnya insan yang tidak pernah diharapkan lagi. Nur Mia semakin lena dengan janji-janji seorang ‘ibu fantasi'. Warith Fahmi p**a semakin rancak membuai jiwa dengan angan-angan kosong rekaannya semata-mata.
Muaz Hasbi nekad mempertahankan rumah tangganya. Dia yakin masih ada sinar bahagia untuk rumah tangganya. Nur Mia juga mempunyai jiwa yang sama. Sejauh mana usaha Muaz Hasbi? Sedalam mana harapan Nur Mia?
“Kerana rindu itu aku setia... kerana kasih ini aku di sini... kerana sayang itu aku terluka... kerana cinta ini aku terus menanti.”

Photos 18/06/2013

Pengawal Cinta Peribadi RM22.00


Sinopsis:
Rakaman pembunuhan orang tuanya sampai ke tangan Alan. Adik perempuannya ditawan oleh pembunuh terbabit sebagai cara untuk mengumpannya keluar. Lantas, Alan Jon Fatah muncul semula walaupun dia sudah dianggap mati oleh media dan keluarga.

Dengan kemahiran yang dipelajarinya dia berjaya menyelamatkan Iris. Alan berhubung dengan Mazni yang berhubungan rapat dengan Iris. Melalui bantuan Mazni dia berjaya membuat rancangan untuk menjaga adiknya sehingga semua urusannya selesai tetapi terpaksa menyembunyikan identitinya sebagai Alan Jon Fatah dan hanya menggunakan nama samaran Maksim Vlad demi untuk keselamatan Iris. Semuanya berpunca daripada dendam Bernardo.

“Tiada jalan keluar selain memburu dia. Aku yakin lelaki itu Alan. Sekarang ni, jangan harap dengan kedua-dua belah tangan kau. Sepasang kaki sempurna pun belum tentu akan menolong kita melarikan diri daripada Alan!”

Hanya Iris yang mengetahui siapa Maksim sebenarnya. Walaupun dia tidak berkenan siapa abangnya yang baru muncul itu, tetapi dia meyakini bahawa mereka berdua tidak akan berpisah lagi. Satu perkara yang sangat mengejutkan Alan berkenaan Iris, adiknya itu mempunyai kemahiran luar biasa. Dia mampu membaca minda seseorang!

“Dia abang kandung saya yang hilang 19 tahun yang lalu. Dia datang ke sini semata-mata hanya untuk melindungi saya.” - Iris Jon Fatah

Want your business to be the top-listed Government Service in Singapore?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Singapore